Tiada yang lebih bahagia buat seorang ayah daripada menerima hadiah dan doa dari anaknya. Meskipun ianya hanya sekeping kad ucapan, namun yang penting ialah nilai yang tersembunyi di sebaliknya yang merupakan nilai kasih-sayang dan penghargaan.
Kad Hari Bapa. |
Semalam, anak tunggal perempuan kami menghadiahkan penulis sebuah kad ucapan Selamat Hari Bapa dengan tulisan tangannya sendiri. Tidak ada hadiah yang lebih berharga selain daripada penghargaan dari insan yang kita kasihi apatah lagi dari darah daging kita sendiri.
Penulis sangat menghargai pemberiannya walaupun sekadar coretan dan kad ucapan buatan tangannya sendiri. Bahagia berkadar kemampuan namun batas kasih sayangnya merentasi kemewahan yang sering dijadikan ukuran oleh sesetengah orang.
Dengan kad ucapan sebegitu, penulis terkenangkan arwah ayah yang tidak pernah penulis ucapkan Selamat Hari Bapa kerana penulis tidak berpeluang untuk meluahkan kasih sayang terhadapnya dengan cara yang sedemikian. Namun begitu, penulis sangat sayangkan arwah ayah.
Selamat Hari Bapa buat seluruh bapa-bapa di dunia. Selamat Hari Bapa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan