Sedang sibuk membuat pembetulan reka bentuk buku teks, entah secara tiba-tiba sahaja penulis teringatkan keenakan nasi goreng kawah di Restoran Makanan Laut, Johor Bahru. Pada bulan lepas, penulis dan rakan-rakan ke Johor Bahru untuk menyaksikan satu kejohanan badminton yang bertaraf antarabangsa. Sambil menyokong pasukan badminton negara, sempat juga menjamu selera di sekitar Johor Bahru.
Berbincang, mencari tempat makan yang sedap. |
Jika tiada perlawanan badminton, kami di bawa oleh Kepten Shafari jalan-jalan cari makan di sekitar Johor Bahru. Kepten Shafari yang mahir dengan lokas-lokasi menarik di sekitar bandaraya ini, membawa kami ke tempat makan yang sedap-sedap di sekitar Johor Bahru. Selalunya kami di bawa ke tempat makan di sekitar Kompleks Stulang Laut. Menurut Kepten Shafari, ada menu istimewa di tempat ini iaitu nasi goreng seafood atau lebih dikenali dengan nasi goreng kawah.
Tukang masak. Foto sumber: Internet. |
Selepas penat menyokong dan bersorak di stadium badminton, kami terus ke restoran ini untuk makan malam. Kami bernasib baik, masih ada meja kosong. Menurut Kepten Shafari, selalunya pelanggan terpaksa menunggu agak lama untuk mendapatan meja kosong. Setelah mendapat meja kosong, kepten Shafari pun memesan nasi goreng seafood, ikan bakar dan sotong goreng sambal. Restoran ini hanya menyediakan menu nasi goreng seafood sahaja. Menurut Kepten Shafari lagi, pemilik restoran ini mempunyai kelong sendiri dan semua hasil laut yang diperolehi adalah segar.
Nasi Goreng Kawah. Foto Sumber Internet. |
Yang uniknya, nasi goreng seafood nya digoreng di atas kuali yang leper, seperti tempat masak burger, tetapi ianya agak besar seperti kawah. Sepingan atau sebungkus nasi goreng seafood mempunyai portion nasi yang banyak, dua ekor udang yang besar yang cukup memuaskan hati kami. Ikan pari bakarnya pula sangat enak jika hendak dibandingkan dengan ikan bakar di tempat lain. Sotong goreng sambal pula, sukar digambarkan, kekenyalan dan kemanisannya.
Ikan Pari bakar bersambal. Foto: Sumber Internet. |
Rakan-rakan penulis amat berpuas hati dan bersetuju, nasi goreng seafood di sini amat menyelerakan kerana padat dengan rempah, udang, sotong dan sayur-sayurannya. Restoran ini betul-betul terletak di sebelah kedai runcit yang berdekatan dengan 7-Eleven di komplek Stulang Laut.
Sotong Goreng Sambal. Foto: Sumber Internet, penulis tidak dapat ambil gambar kerana bateri kemera sudah habis. |
Terima kasih kepada Kepten Shafari kerana menjadi pemandu pelancung kami sepanjang berada di Johor Bahru. Terima kasih kasih juga kerana menaja kami makan yang sedap-sedap sepanjang berada di bandaraya ini. Kami berharap pada tahun hadapan ada kejohanan badminton seperti ini di langsungkan di JB lagi. Sesungguhnya kenangan di Johor Bahru memang sukar dilupakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan