Buat masa ini penulis amat jarang sekali menulis entry. Waktu sibuk penulis telah tiba. Penulis ditugaskan mereka bentuk buku teks untuk sekolah pendidikan khas. Buku ini perlu disiapkan dalam tempoh masa yang amat singkat. Bukan tiada masa untuk menulis, tetapi apabila terlalu sibuk dengan tugas, idea untuk menulispun semakin berkurangan.
Ketika ini penulis di tempatkan di tingkat 9, bangunan DBP. Ketika baharu tiba di bangunan DBP minggu lalu, penulis agak teruja melihat beberapa piala dan sijil yang dipamerkan di ruang tamu Pejabat Bahagian Buku Sekolah. Salah satu piala yang dipamerkan adalah piala yang penulis menangi sebagai pereka bentuk buku teks terbaik peringkat kebangsaan pada tahun 2005 yang lalu.
Piala yang dipamerkan. |
Sebenarnya ini adalah kali pertama melihat piala tersebut setelah memenanginya. Apabila melihat piala ini, penulis teringat kembali kenangan pahit manis pada lapan tahun yang lalu. Ketika itu ditugaskan mereka bentuk Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 3. Ketika itu, penulis sering kali dimarahi dan dikritik oleh editor, penulis, ahli jawatankuasa kawalan mutu dan pegawai teknikal akibat dari kesilapan dan kelemahan penulis sendiri. Maklumlah, ketika itu masih baharu untuk mengalas tangung jawab sebagai designer buku teks. Tiada kemahiran dan tiada pengalaman.
Sijil yang dipamerkan. |
Namun, kenangan pahit yang paling sukar lupakan, apabila hardisk komputer penulis rosak secara tiba-tiba di saat-saat akhir. Habis semua fail kerja dalam hardisk tersebut hilang yang membuat pihak syarikat dan BDP menjadi panik. Mujurlah pihak kementerian tidak mengatahui hal ini. Hampir kesemua designer diarahkan stayback, backup untuk untuk membuat semula buku tersebut seperti yang asal. Penulis sendiri tidak tidur hampir dua hari kerana hendak menyiapkan buku tersebut.
Majalah Bulitan Syarikat. |
Alhamdulilah, setelah tiga hari, fail asal buku ini telah dijumpai semula oleh juruteknik. Perasaan penulis ketika itu bagai mati hidup semula. Sememang mereka bentuk lebih banyak kenangan pahit dari manisnya. Alhamdulillah endingnya terlalu manis buat penulis.
Bagi penulis, kemenangan ini bukanlah kemenangan individu. Kemenangan ini untuk team buku teks ini seperti editor, ilustrator, jurufoto dan penulis buku teks. Tanpa mereka, mustahil buku ini boleh disiapkan apakah lagi untuk mencapai kemenangan sebagai reka bentuk buku teks terbaik di peringkat kebangsaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan