Isnin, 23 Julai 2012

Aku Berkerja di Syarikat Swasta Juga Akhirnya


Keratan Akhbar Berita Harian pada tahun 1997

Sejak dari kecil lagi aku bercita-cita berkerja dengan perkhidmatan Awam (kerajaan) walaupun ramai rakan yang mengatakan berkerja dengan kerajaan bergaji kecil berbanding dengan gaji berkerja di sektor swasta. Bagi aku, walaupun bergaji kecil tetapi terlalu banyak kemudahannya seperti kemudahan pencen selepas bersara, rawatan kesihatan di hospital panel & kerajaan dan kemudahan membuat pinjaman komputer, kenderaan & perumahan. Walaupun berkerja dengan sektor swasta ada potongan KWSP, tetapi wang sebanyak manapun boleh dihabiskan dengan sekelip mata sahaja.


Liza dan Adlina sedang berkemas di hari terakhir di Dewan Bahasa dan Pustaka

Akhirnya impianku menjadi kenyataan apabila aku diterima salah seorang kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tarikh 02hb Oktober 1990. Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan sebuah badan berkanun kerajaan yang mana faedah dan kemudahannya adalah lebih baik dari kakitangan kerajaan penuh di mana-mana kementerian. Aku cukup beryukur dan sungguh gembira apabila memulakan tugas di DBP dan di dalam hati berkata "insyaalah aku berkerja di sini hingga pencen"


Para pekerja sedang mengemas barang setelah Bahagian Reka Bentuk telah diswastakan

Aku ingatkan panas hingga ke petang rupa-rupa hujan di tengah hari. Pada 2hb September 2002 kami di Bahagian Reka Bentuk, Pra Cetak, Perniagaan, Stor dan Percetakkan di Dewan Bahasa dan Pustaka telah diswastakan secara mengejut semasa di bawah Dato A. Aziz Deraman yang sebagai Ketua Pengarahnya. Hampir kesemua staff DBP menentang penswastaan ini kerana tidak yakin dengan kemampuan syarikat yang mengambil alih penswastaan ini. Ketika itu, pihak pengurusan DBP sering kali menyakin kami bahawa segala kemudahan dah faedah yang kami perolehi dari pihak swasta akan melebihi dari DBP sendiri

Dua bulan sebelum kami diswastakan, pihak kesatuan sekerja DBP bercadang membuat peket membantah penswastaan ini. Setelah perbincangan antara kesatuan sekerja DBP bersama pihak pergurusan DBP dan wakil Syarikat, entah bagaimana pihak kesatuan DBP telah termakan pujukan dan bersetuju pula dengan penswastaan ini. Semua staff yang terbabit tidak boleh berbuat apa-apa. Pihak kesatuan memberi alasan bahawa ini adalah dasar kerajaan. Pihak kesatuan DBP tidak boleh melawan arus kononnya. Sebulan kemudian kami mendapat surat pilihan sama ada bersetuju berkerja dengan pihak swasta atau diminta bersara awal. Pada pandangan akulah, penswastaan ini hanya memberi keuntungan kepada staff yang berumur 50 tahun ke atas sahaja kerana mendapat dua gaji iaitu pencen dan mendapat gaji swasta. Kami staff yang berumur 40 tahun ke bawah hanya mendapat kenaikkan gaji 17% sahaja. Segala kemudahan persaraan dan wang pencen akan kami perolehi apabila kami berusia 50 tahun nanti. Itupun jika umur kami panjang.


Kini kami berkerja di syarikat swasta

Pada pandangan akulah, penswastakan ini berlaku kerana pihak pengurusan DBP sendiri yang beria-ria benar hendak menswastakan bahagian penerbitan DBP ini. Tujuannya tidak dapat aku pastikan. Hanya Maha Berkuasa sahaja yang mengetahuinya. Hati kecil ini tetanya-tanya, adakah dengan penswastaan ini akan menguntungkan lagi DBP?

Tiada ulasan: