Setelah berehat, makan tengahari dan membeli belah di Alor Star, kamipun menaiki bas dan meneruskan perjalanan ke Sik pula. Rombongan menaiki bas di Alor Star pada jam 1.00 petang menuju ke Sik dan sampai pada jam 3.00 petang. Rombongan berhenti rehat untuk membuang air di station minyak Petronas di pekan Sik selama 20 minit sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi.
|
Dalam perjalanan ke Sik. |
|
Tasik Beris |
Sebenarnya penulis tidak berminat ke ladang anggur kerana sudah keletihan dan ingin segera pulang ke Kuala Lumpur. Oleh kerana sudah ada di dalam jadual rombongan, penulis terpaksa pergi jua.
|
Pintu masuk ladang anggur. |
|
Dilarang memetik anggur. |
Ladang anggur terletak lebih kurang 15 km dari Pekan Sik melalui jalan ke Gulau/Nami. Setiap pengunjung dikena tiket bayaran masuk sebanyak RM4.00 Dewasa dan RM2.00 untuk kanak kanak 7 hingga 12 tahun. Selain dari melawat ladang anggur pengunjung juga boleh membeli buah anggur dan beberapa produk yang diperbuat dari anggur termasuk jus, kordial dan kek.
|
Anggur yang sudah masak. |
|
Rasa hendak gigit jer anggur ni. |
Ladang seluas 4 ekar memulakan perniagaan lima tahun lalu dipunyai oleh syarikat swasta. Syarikat tersebut juga mempunyai sebuah lagi ladang di Sungai Senang tidak jauh dari sini. Hanya ladang di Kampung Ternas ini yang menerima lawatan pengunjung. Hasil buah anggur dari Ladang Sungai Senang dibawa ke sini untuk dijual kepada pengunjung.
|
Sesi penerangan dari pekerja ladang anggur. |
|
Sabar menanti hendak makan anggur percuma. |
Ini adalah salah satu dari dua ladang anggur disebelah utara Malaysia. Satu lagi di Perlis yang dipunyai oleh Jabatan Pertanian. Ladang anggur di Perlis ini tidak menerima pelawat atau menjual hasil tanaman. Ladang tersebut hanya menerima pelawat dari jabatan tertentu.
|
Penerangan dari pekerja ladang anggur. |
|
Jus anggur. |
Mengikut pekerja disini, benih dan variety anggur yang ditanam diambil dari negara jiran Thailand. Syarikat ini menggunakan kepakaran pekerja dari Thailand, Indonesia dan India. Seramai 21 orang bekerja disini termasuk dibahagian jualan dan pentadbiran.
|
Anggur segar. |
|
Teket masuk ke ladang anggur. |
Dua jenis anggur diusahakan iaitu jenis hijau dan hitam. Anggur mengeluarkan buah selepas satu tahun dan perlu penjagaan rapi. Jarak setiap pokok perlu mencukupi untuk akar dan dahan. Para diperlukan untuk dahan dan buah. Tanah sentiasa lembab dan keseluruhan ladang di tutup dengan plastik lut sinar. Tujuan melindungi pokok dari hujan yang boleh menyebabkan daun rosak. Bumbung bertutup juga untuk mengawal suhu. Baja di salurkan pada jarak tertentu dari pokok dan vitamin pokok di gunakan. Dahan dan cabang perlu di buang mengikut pusingan masa tertentu.
|
Anggur segar. |
|
Lawa juga pekerja ladang anggur ni. |
Pengeluaran boleh di rancang. Ini bermakna buah anggur yang dikeluarkan tidak mengikut musim. Boleh di olah untuk setiap masa.
|
Kenangan berlatar belakangkan Tasik Beris. |
|
Pemandangan indah di hadapan ladang anggur. |
Sebelum sampai ke ladang anggur ini, penulis memang tidak berminat tetapi, tetapi setelah melawat ladang ini memangt mengasyikan, melihat buah-buah anggur yang bergantungan dan keadaan ladang yang terjaga dengan rapi dan bersih ini. Sebelum balik, belilah buah anggur dan produk anggur seperti jus anggur dan losyen biji anggur sebagai tanda anda sudah sampai ke sini.
Jam 4.00 petang lawatan pun berakhir dan kami pun berangkat pulang. Kami berehat makan malam di rumah rehat Kuala Kangsar selama satu jam dan kemudian kami meneruskan perjalanan. Rombongan selamat sampai ke Kuala Lumpur pada 11.30 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan