Sebelah pagi di hari kedua, adalah aktiviti bebas. Maka, kami pun ke Pekan Kuah untuk aktiviti membeli belah. Pekan Kuah merupakan salah satu destinasi wajib jika anda melawat ke Pulau Langkawi. Pelbagai jenis pingan mangkuk, kain batik dan jenama coklat ada di sini, rambang mata dibuatnya. Oleh kerana tujuan utama penulis ke Pulau Langkawi untuk menikmati alam semula jadinya, penulis hanya membeli dua helai t-shirt dan beberapa jenis coklat sahaja.
|
Pasaraya yang popular di Langkawi. |
|
Pelbagai jenama coklat ada di sini. |
Setelah puas membeli belah di Pekan Kuah, sebelah petang kami terus ke Awana Porto Malai satu-satunya jeti untuk ke Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah dengan kos RM25.00. Kami mengambil masa selama 4 jam untuk meneroka tiga pulau ini, di mana untuk sampai ke lawatan pulau pertama (Pulau Dayang Bunting) cuma mengambil masa 20 minit menggunakan enjin berkuasa 200 kuasa kuda.
|
Kain palikat dan batik pun ada. |
|
Baju t-shirt yang cantik. |
Tasik Dayang Bunting memang terkenal dan popular di kalangan pelancong. Sebelum tiba di tasik, kami di bawa ke tempat di mana “dayang bunting” ini “bersemadi”. Setiba di tempat itu, masyaallah, rupa bukit ini seperti perempuan yang sedang berbaring dan bunting!
|
Bot menuju ke Pulau Dayang Bunting. |
|
Berhenti menyaksikan pulau yang berbentuk dayang bunting. |
Sememangnya ramai yang sudah tahu mengenai Tasik Dayang Bunting ini. Bukit itu memangnya menyerupai dengan seorang wanita hamil sedang terbaring. Cukup sifat dengan kepala, buah dada, tangan, dan perut yang memboyot. Seperti dalam kisah sejarah tasik ini.
|
Bot yang agak laju. |
|
Sudah sampai Pulau dayang Bunting. |
Setelah penat menapak, mendaki anak tangga dan menuruni bukit sejauh 200 meter, akhirnya kami sampai di Tasik Dayang Bunting. Peliknya, tasik ini dikeliling laut tetapi tasik ini adalah air tawar. Walhal pada hujung tasik ini bercantum dengan laut. Itulah keajaiban tuhan. Pintu tasik ini sememangnya ajaib dan itulah indahnya ciptaan tuhan. Terdapat jeti dan kolam itu budak-budak bermain air manakala orang dewasa pun boleh mandi tasik ini tetapi ada halangan supaya tidak terlepas semasa mandi. Kalau tak? Fikir-fikirkan kesannya.
.
|
Berpeluh juga mendaki ke Tasik dayang Bunting. |
|
Sudah sampai Tasik dayang Bunting. |
Setibanya di jeti, kami di sambut sekumpulan kera. Kera-kera ini nampaknya sudah biasa dengan kedatangan pelancong. Bagi mereka, inilah rezeki yang datang pada mereka. Pastinya anda kena berhati-hati dengannya kerana mereka pasti mengambil apa jua plastik tidak kira makanan ataupun minuman. Namun, memang enjoy dan kelakar dapat tengok kera ini.
|
Merendam kaki di Tasik dayang Bunting. |
|
Berkayuh di Tasek Dayang Bunting. |
Tasik ini sangat dalam, jika tidak pandai berenang alamatnya boleh lemas. Tetapi jika anda ingin mandi, bolehlah memakai life jacket yang boleh disewa. Memang seronok dan jika anda perasan semasa berenang seperti ada magnet yang menarik kita ke bawah. Mungkin air tasik ini tawar yang membuatkan tubuh kita menjadi berat. Berbeza dengan air laut yang masin yang membuatkan badan kita menjadi lringan yang membolehkan badan kita terapung di permukaan air..
|
Mandi di Tasik dayang Bunting. |
|
Kera yang sangat ganas. |
Jika baca pada sejarah Tasik Dayang Bunting adalah seperti ini,
Tasik Dayang Bunting pada asalnya terdapat seoramg perempuan dari kayangan turun ke Bumi dan berkahwin dengan orang Bumi. Semasa di Bumi, dia tinggal di tasik dan mengandung. Kemudian dia mati ketika melahirkan anak dan bersemadi di tasik ini. Suaminya kemudian bersumpah bahawa setiap perempuan yang tidak dapat mendapat zuriat bolehlah mandi di dalam tasik ini.
|
Jeti Pulau Dayang Bunting. |
|
Berhenti untuk mengambil gambar helang menyambar makanan. |
Jika baca pada sejarah Tasik Dayang Bunting adalah seperti ini,
Itulah sejarahnya dan aku tidak pasti samada ia dongeng atau sebaliknya. Pastinya, memang bagi aku jika kroang tidak dapat zuriat boleh la mandi di sini. Bukan percaya, tapi kita berusaha. Yang pastinya zuriat dapat atau tak adalah rezeki daripada Allah swt.
|
Berehat di tepi pantai Beras Bakar. |
|
Menyaksikan keindahan Pulau Beras Basah. |
Kemudian, bot kami ke Pulau Singa Besar di mana, pertunjukan Eagle Feeding diadakan. Bot berhenti ditengah-tengag laut dan akan diletakkan kulit ayam ke dalam laut. Beratus-ratus ekor helang melayang di udara. Dengan ketajaman mata, ia terus menjunam dan mencari mangsanya iaitu kulit ayam. Menarik!
|
Mandi manda di pantai Beras Basah. |
|
Penulis di Pulau Beras Basah. |
Destinasi seterusnya dan terakhir ialah Pulau Beras Basah. kami berehat di Pulau ini sambil menyaksikan pemandangan yang indah. Ada di kalangan kami mandi di pantai pulau ini sehingga matahari hendak terbenam. Pulau ini tak berpenghuni dan katanya sebelum ini terdapat chalet tetapi sudah ditutup operasinya.
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan