Seterusnya kami di bawa ke Underwater World Langkawi yang menempatkan lebih 5000 jenis ikan serta lebih 500 spesies haiwan termasuk anjing laut, singa laut dan penguin. Uniknya di Underwater World penulis dipertontonkan dengan pelbagai hidupan air dalam terowong bercermin sepanjang 15 meter dengan 800,000 liter air masin.
|
Penulis berada di dalam Underwater world. |
|
Burung Penguin. |
Akuarium di Underwater World Langkawi ini dikatakan antara yang terbesar di Asia. Penulis rasa sangat teruja apabila melihat keindahan hidupan laut dan seolah-olah berada di lautan dalam. Sayangnya penulis tidak dapat merakamkan lebih banyak foto menarik di sini kerana kuasa bateri kamera penulis semakin berkurangan. Penulis perlu menyimpan lebihan kuasa bateri kamera ini untuk merakamkan kenangan terindah di kereta kabel nanti.
|
Salah seekor ikan yang unik di Underwater World. |
|
Obor-obor. |
Underwater World ini di buka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang dengan bayaran RM 28 seorang. Terdapat juga kompleks membeli-belah di sini yang menyediakan pelbagai barangan cendera mata untuk di bawa pulang. Masa diberikan hanya satu jam dan terasa amat singkat apabila berada di dalam akuarium besar Underwater World ini. Belumpun puas menikmati keindahan hidupan laut seperti pelbagai jenis ikan yang comel-comel, penulis menerima sms dari ketua rombongan untuk segera ke kereta kabel pula. Kami perlu ke sana kerana hari semakin petang. Manakala pintu masuk ke kereta kabel akan di tutup pada jam 6 petang.
|
Ketam. |
|
Teket untuk memasuki Underwater World. |
Pengalaman menarik menaiki Kereta Kabel menyulusuri keindahan permandangan hutan, laut dan Gunung Machincang memang sukar dilupakan. Lokasi tempat stesyen kereta kabel ini ialah di kawasan Burau Bay. Di stesyen bawah terdapat perkampongan kebudayaan dimana kami dapat melihat hasil kerja tangan masyarakat tempatan. Stesyen Gunung Machincang ini terletak 30 minit perjalanan dari Pekan Kuah. Mencari tempat ini tidak susah kerana terdapat tanda arah jalan yang jelas dan terang.
|
Di puncak gunung Machincang. |
|
Menikmat pemandang Pulau Langkawi dari puncak gunung Machincang. |
Projek Kereta Kabel ini merupakan hasil inspirasi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed. Projek yang menelan belanja lebih kurang RM 45 juta dikendalikan oleh usahasama syarikat tempatan bersama Dopple -Mayer Australia dan diselia oleh syarikat Wyss Planning Consultant dari Switzerland. Ia mengambil masa satu tahun untuk disiapkan. Akhirnya ia dibuka secara rasmi untuk orang ramai pada 27 Februari 2005 yang lalu.
|
Terasa gayat apabila di dalam gandola. |
|
Sempat posing di puncak gunung machincang. |
Pada mulanya penulis terasa gementar menaiki kereta kabel ini. Perjalanan kereta kabel ini kelihatan sangat tinggi, namun penulis dan rakan-rakan cuba memberanikan diri untuk menaikinya. Setiap gondola boleh memuatkan 6 orang penumpang. Setiap gondola ini disokong oleh seutas kabel besi. Perjalanannya agak menegak yang membuatkan kami rasa gayat. Lebih lebih lagi ketika perjalanan ke perhentian tengah dengan angin yang kencang yang membuatkan gondola berbuai buai.
|
Pemandangan dari puncak gunung machincang. |
|
Kereta kabel bergerak dari perhentian 1 ke perhentian ke 2 |
Kereta kabel ini bergerak perlahan di sekitar 3m /saat. Semuanya seperti di dalam kawalan. Setelah beberapa minit di perhentian kedua, kami telah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan. Selepas itu perjalanan tidak lagi merisaukan.Di perhentian kedua kami berhenti dan turun di situ. Terdapat Dek Pemerhatian 360 darjah dan kami dapat melihat persekitaran Langkawi. Perhentian teratas yang berada pada aras 708m di atas paras laut. Keseluruhan perjalanan mengambil masa 30 minit.
|
Jambatan gantung. |
|
Pemandangan menarik dari perhentian ke 2. |
Pegalaman menaiki kereta kabel di Gunung Machinchang Langkawi ini lebih mencabar daripada kereta kabel di Genting Highland. Oleh itu, penulis cadangkan agar rakyat Malaysia dan siapa sahaja patut mencubanya. Kaunter dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang kecuali hari hujung minggu dan cuti am ia dibuka setengah jam lebih awal. Sekiranya terlewat masa akhir ialah 6 petang hari biasa dan 7 malam hari kelepasan am. Namun begitu datanglah pada siang hari untuk menikmati keindahan panorama.
Kami seterusnya ke Pekan Kuah. Kalau ke Pekan Kuah sudah tentulah untuk membeli belah. Salah satu pusat membeli belah yang terkenal di sini ialah Haji Ismail Group yang menyediakan pelbagai barangan seperti pinggan mangkuk, kain batik, coklat dan sebagainya. 10 malam kami pulang ke hotel penginapan. Malam tersebut penulis tidur dengan nyeyak hingga ke pagi akibat keletihan.
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan