Khamis, 28 Jun 2012

Sate Kajang

Baru-baru ini penulis berbengkel di Kajang. Oleh kerana sudah jemu dengan makanan di hotel, penulis pun jalan-jalan cari makan di sekitar bandar Kajang. Setibanya di Stadium Kajang, penulis ternampak restoran Sate Kajang Hj. Samuri. Sate Kajang Hj. Samuri memang terkenal kerana keenakannya. Sebab itu ramai pelancung datang ke bandar Kajang semata-mata mahu menikmati keenakan Sate Kajang Hj. Samuri ini.

Restoran Sate Kajang Hj. Samuri.
Kuanter Memesan.
Sebenarnya sate adalah makanan tradisi masyarakat Indonesia. Mengikut sejarah, sate ini diperkenalkan oleh dua orang perantau Indonesia yang datang ke Kajang pada sekitar tahun 60 an dahulu. Pada masa itu sate dijual di tepi jalan dengan mengandar tempat membakar satay. Terdapat lebih kurang 10 peniaga sate di Kajang dan kebanyakan mereka adalah bersaudara. Salah satu daripada pengusaha sate terdebut ialah Hj. Samuri. Restoran Hj. Samuri kini agak besar yang terletak di Jalan Stadium, Kajang. Ini semua adalah fakta dan sejarah, takut nanti rakyat Indonesia menuduh Malaysia mencuri menu masakan mereka pula.

Kuah Sate.
Sambal Sate.
Sate Hj. Samuri sememangnya sedap tetapi tidak sesedap sepuluh tahun yang lalu. Mungkin mereka masak sate menggunakan mesin dengan kuantiti banyak, rasanya pun sudah “kurang uumph”. Keenakan Sate Kajang Hj. Samuri ini bergantung pada kuah kacangnya. Yang istimewanya kuah sate ini di sediakan dengan kuantiti yang banyak walaupun kita hanya memesan sedikit sate sahaja. Bagi yang suka pedas, disediakan sambal yang boleh di campurkan sendiri mengikut sukatan masing-masing.

Sate.
Sate.
Sewaktu penulis datang, meja di tingkat bawah sudah dipenuhi dengan pelanggan. Jadi, penulis pun naik ke tingkat atas. Masih banyak meja kosong dan penulis pun terus memesan sate ayam dan sedikit sate lembu kerana sate ayam lebih lembut daripada sate daging. Menu sate yang disediakan ada bermacam-macam jenis seperti sate ayam, sate lembu, sate perut dan juga sate rusa.

Menu Sate.
Resit.
Laju juga penulis makan, sate yang penuh di dalam pinggan itu sekejap sahaja di habiskan. Memang kuah kacangnya sedap, sampaikan ada pelanggan di sebelah yang menghirup kuah itu dari mangkuk!. Tidak sampai setengah jam, semua sate dan nasi himpit telah berjaya di selesaikan. Lihatlah pinggan-pinggan kosong yang tersusun di atas meja membuatkan penulis puas hati dan perut pun semakin kenyang. Namun begitu, Sate Station Ampang dan Sate AU5 lagi terasa keenakannya.

Isnin, 25 Jun 2012

Menonton Telenovela Filipina

Dahulu kita sanggup membeli VCD sebab hendak menonton telenovela Filipina yang berjudul Pangako Sa Yo dan Sanay Wala Nang Wakas. Pada masa itu penulis sangat meminati pelakon wanitanya yang jelita iaitu Kristine Hermosa, apa lagi penulispun layanlah cerita sedih ini. Isteri penulis juga turut menonton telenovela Pangako Sa Yo ini. Siap menangis bersama lagi.. hahaha..

Kristine Harmosa dan Jerrricho Rosales. Foto Internet
Gandingan pelakon Jerricho Rosales dan Kristine Hermosa memang serasi dan menjadi. Dahulu mereka pernah digossipkan, sebagai real couple. Tetapi kini, mereka sudah membawa haluan masing-masing. Khabarnya Jerricho Rosales sudah mempunyai pasangan baharu dan Kristine Hermosa pula telahpun berumah tangga dengan pelakon Oyo Boy Sotto dan mempunyai seorang cahaya mata.

Para pelakon Destined Hearts - Foto Internet
Kini, telenovela lakonan pasangan ini yang bertajuk Dahil May Isang Ikaw (Destined Hearts) sedang di tayangkan di Astro Bella saluran 133. Sesiapa yang melanggan channel Mustika dapatlah menonton telenovela ini setiap hari Isnin sehingga Jumaat pada jam 3.00 petang. Manakala siaran ulangannya pula pada pada jam 8.00 malam dan 12.00 malam. Penulis tahu masa siaran ini kerana sedang follow telenovela ini setiap hari. Cerita ini memang sedih, suspen dan sangat menghiburkan

Dahil May Isang Ikaw - Foto Internet
Dahulu mereka pernah berlakon dalam telenovela yang bertajuk Sanay Wala Nang Wakas. Pada masa itu, pasangan pelakon Jerricho Rosales dan Kristine Hermosa ini menjadi kegilaan.

Salah satu babak Telenovela.
Setelah hampir lima tahun mereka tidak digandingkan di mana-mana telenovela, sekarang mereka digandingkan semula di dalam telenovela Destined Hearts. Seperti telenovela yang terdahulu, gandingan mereka ini sangat serasi dan sepadan..

Aksi pelakon Kristine Hermosa.
Penulis sangat rindukan untuk menyaksikan keagungan cinta sejati mereka seperti di dalam telenovela Pangako Sa Yo dan Sanay Wala Nang Wakas. Jadi, telenovela Destined Hearts ini menjadi pengubat rindu setelah sekian lama tidak menonton lakonan cinta sejati mereka. Cerita telenovela Destined Hearts ini mengesahkan Ella dan Miguel telah diambil untuk dijadikan anak angkat kepada keluarga yang berada. Mereka akhirnya bertemu dan jatuh cinta antara satu sama lain. Bermacam-macam halangan yang mereka hadapi setelah berjumpa semula.

Penulis terpaksa menonton telenovela ini sehingga episod terakhir untuk mengatahui kesudahan cinta mereka.

Rabu, 20 Jun 2012

Kucing

Anak dara penulis sangat sukakan kucing. Jika dia mengadap kucing boleh berjam-jam lamanya. Malangnya permintaan beliau hendak memelihara kucing tidak dipersetujui oleh ibunya. Mujurlah ada kucing jiran yang sering datang ke rumah, dapat lah dia melepaskan rindu dan membelai kucing-kucing tersebut. Kucing ini sering datang ke rumah penulis untuk bermanja, melepak dan meminta makanan. Walaupun isteri penulis tidak gemarkan kucing, hampir setiap hari kucing ini menjadi tetamu di rumah penulis. Baru-baru ini salah seekor kucing tersebut telah melahirkan 4 ekor anak yang comel di rumah penulis.

Nama kucing ini Miky. Tetapi kini mengikut tuannya berpindah ke tempat lain.
Orang tua-tua ada berkata jika kanak-kanak sukakan binatang peliharaan seperti kucing, sifat kasih sayangnya dan perhatian terhadap orang tua juga sangat tinggi. Mungkin ada betulnya, sebab penulis tengok salah seorang anak saudara memang suka sangat dengan kucing dan sekarang dia sedang melayan karenah dan menjaga ibu bapanya yang sedang uzur dengan penuh kesabaran. Semoga anak dara penulis juga mempunyai sifat yang sama dan boleh memberi khidmat kepada penulis dan isteri di suatu hari nanti.

Ibu Miky yang bernama Miuww.
Kucing juga binatang kesayangan Nabi Muhamad SAW. Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tidak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu.

Anak Miuww.
Kucing ini memang binatang yang unik dan sangat manja. Penulis bukanlah peminat kucing tetapi seronok juga melayan apabila kucing datang ke rumah yang hendak bermanja-manja. Penulis tahu ramai juga rakan facebook yang suka dengan kucing antaranya Halim Deanz dan Erma Sari.

FB group Kucing Kami Comel.
Baru-baru ini ketika penulis sedang melayari facebook rakan-rakan, tiba-tiba terjumpa beberapa buah group mengenai kucing seperti group Dunia Kucing dan Kucing Kami Comel. Memanglah seronok apabila melihat foto dan video kucing yang ada di dalam group tersebut. Foto kucing yang dipaparkan di group tersebut, tersangatlah comel yang membuatkan penulis bersemangat hendak pelihara kucing tetapi apakan daya tidak dapat perkenan dari isteri. Kepada peminat kucing yang sudah join group Dunia Kucing dan Kucing Kami Comel, jangan lupa pula komen dan like foto untuk berkongsi cerita.

Selasa, 19 Jun 2012

Nasi Goreng Kawah

Sedang sibuk membuat pembetulan reka bentuk buku teks, entah secara tiba-tiba sahaja penulis teringatkan keenakan nasi goreng kawah di Restoran Makanan Laut, Johor Bahru. Pada bulan lepas, penulis dan rakan-rakan ke Johor Bahru untuk menyaksikan satu kejohanan badminton yang bertaraf antarabangsa. Sambil menyokong pasukan badminton negara, sempat juga menjamu selera di sekitar Johor Bahru.

Berbincang, mencari tempat makan yang sedap.
Jika tiada perlawanan badminton, kami di bawa oleh Kepten Shafari jalan-jalan cari makan di sekitar Johor Bahru. Kepten Shafari yang mahir dengan lokas-lokasi menarik di sekitar bandaraya ini, membawa kami ke tempat makan yang sedap-sedap di sekitar Johor Bahru. Selalunya kami di bawa ke tempat makan di sekitar Kompleks Stulang Laut. Menurut Kepten Shafari, ada menu istimewa di tempat ini iaitu nasi goreng seafood atau lebih dikenali dengan nasi goreng kawah.

Tukang masak. Foto sumber: Internet.
Selepas penat menyokong dan bersorak di stadium badminton, kami terus ke restoran ini untuk makan malam. Kami bernasib baik, masih ada meja kosong. Menurut Kepten Shafari, selalunya pelanggan terpaksa menunggu agak lama untuk mendapatan meja kosong. Setelah mendapat meja kosong, kepten Shafari pun memesan nasi goreng seafood, ikan bakar dan sotong goreng sambal. Restoran ini hanya menyediakan menu nasi goreng seafood sahaja. Menurut Kepten Shafari lagi, pemilik restoran ini mempunyai kelong sendiri dan semua hasil laut yang diperolehi adalah segar.

Nasi Goreng Kawah. Foto Sumber Internet.
Yang uniknya, nasi goreng seafood nya digoreng di atas kuali yang leper, seperti tempat masak burger, tetapi ianya agak besar seperti kawah. Sepingan atau sebungkus nasi goreng seafood mempunyai portion nasi yang banyak, dua ekor udang yang besar yang cukup memuaskan hati kami. Ikan pari bakarnya pula sangat enak jika hendak dibandingkan dengan ikan bakar di tempat lain. Sotong goreng sambal pula, sukar digambarkan, kekenyalan dan kemanisannya.

Ikan Pari bakar bersambal. Foto: Sumber Internet.
Rakan-rakan penulis amat berpuas hati dan bersetuju, nasi goreng seafood di sini amat menyelerakan kerana padat dengan rempah, udang, sotong dan sayur-sayurannya. Restoran ini betul-betul terletak di sebelah kedai runcit yang berdekatan dengan 7-Eleven di komplek Stulang Laut.

Sotong Goreng Sambal. Foto: Sumber Internet, penulis tidak dapat ambil gambar kerana bateri kemera sudah habis.
Terima kasih kepada Kepten Shafari kerana menjadi pemandu pelancung kami sepanjang berada di Johor Bahru. Terima kasih kasih juga kerana menaja kami makan yang sedap-sedap sepanjang berada di bandaraya ini. Kami berharap pada tahun hadapan ada kejohanan badminton seperti ini di langsungkan di JB lagi. Sesungguhnya kenangan di Johor Bahru memang sukar dilupakan.

Isnin, 18 Jun 2012

Kad Hari Bapa

Tiada yang lebih bahagia buat seorang ayah daripada menerima hadiah dan doa dari anaknya. Meskipun ianya hanya sekeping kad ucapan, namun yang penting ialah nilai yang tersembunyi di sebaliknya yang merupakan nilai kasih-sayang dan penghargaan.

Kad Hari Bapa.
Semalam, anak tunggal perempuan kami menghadiahkan penulis sebuah kad ucapan Selamat Hari Bapa dengan tulisan tangannya sendiri. Tidak ada hadiah yang lebih berharga selain daripada penghargaan dari insan yang kita kasihi apatah lagi dari darah daging kita sendiri. 

Penulis sangat menghargai pemberiannya walaupun sekadar coretan dan kad ucapan buatan tangannya sendiri. Bahagia berkadar kemampuan namun batas kasih sayangnya merentasi kemewahan yang sering dijadikan ukuran oleh sesetengah orang. 

Dengan kad ucapan sebegitu, penulis terkenangkan arwah ayah yang tidak pernah penulis ucapkan Selamat Hari Bapa kerana penulis tidak berpeluang untuk meluahkan kasih sayang terhadapnya dengan cara yang sedemikian. Namun begitu, penulis sangat sayangkan arwah ayah. 

Selamat Hari Bapa buat seluruh bapa-bapa di dunia. Selamat Hari Bapa.

Jumaat, 15 Jun 2012

Bengkel Buku Teks PMS 100%

Ingatkan tahun ini penulis tidak terlibat dengan pembikinan buku teks, rupa-rupanya tidak. Semenjak berkerja kembali dengan Syarikat D, penulis ditugaskan mereka bentuk Buku Teks yang bertajuk Masalah Penglihatan.

Minggu lepas, penulis ke Hotel Oriental Crytal, Kajang. Ada bengkel buku teks yang dianjurkan oleh DBP. Sebagai designer, penulis kena pergi. Alhamdulillah, tidak banyak pembetulan kali ini tetapi banyak juga pemurnian untuk grafik dan ilustrasinya. Di bawah ini di sertakan foto-foto yang sempat penulis rakamkan.

Muka kecewa kerana tidak dapat menonton perlawanan bolasepak antara Malaysia lawan Singapura.

Tugas editor yang sangat mencabar.

Sudah lama tidak menghadiri bengkel seperti ini.

Abang Razif sedang belajar menaip Braille.

Editor dan ilustrator.

Kumpulan buku teks kali ini.

Sedang menulis buku pelawat di SMK Kajang Utama.

Ilustrator, designer dan editor sedang mencuba kanta pembesar.

Ilustrator sedang menjiwai....

Designer sedang menjiwai...

Bengkel kali ini kami berpeluang melawat ke Sekolah Pendidikan Khas iaitu di SMK Kajang Utama dan SRK Sungai Kantan, Kajang. Tujuan lawatan ini adalah untuk sesi menjiwai. Kami perlu menjiwai  suasana pembelajaran murid-murid ini di sekolah mereka untuk menghasilkan buku teks yang berkualiti dan terbaik.

Berakhirnya bengkel ini, maka bermulalah tugas kami untuk membuat pembetulan dan seterusnya dihantar ke pihak kementerian untuk tindakan seterusnya.

Khamis, 7 Jun 2012

Mimpi yang Tidak Sudah

Foto Sekadar Hiasan.

Mimpi yang Tak Sudah

Apa makna impian 
Datang dan pergi 
Membawa hati 
Menyusuri kembali 
Jalan-jalan sepi 

Kau kah di situ 
Yang menantiku 
Atau jelmaan 
Dalam kenangan 
Yang bernama pengalaman

 Siapakah di antara kita 
Dengan rela menjadi pendusta 
Siapakah dulu membina harapan 
Dan siapa yang memusnahkan impian 
Tanpa sebab dan alasan 
Kau lahirkan perasaan 
Bagai taufan tiba-tiba datang 
Dan menghilang 

Kau bayang-bayang 
Masa nan silam 
Ada ketika terbawa-bawa
 Oleh resah mimpi yang tak sudah

Lagu: Ibnor Riza