Bergambar kenangan di hadapan A. Famosa, Melaka
Pada sekitar bulan April 2000, Badan Keluarga DBP telah mengadakan lawatan sambil bershopping di tangkak, Johor dan negeri Melaka. Ini merupakan kali kedua aku melawat negeri Melaka. Kali pertama aku melawat Melaka pada tahun 1979. Ketika itu aku mengikuti rombongan sekolah. Dalam jangkamasa tersebut, terlalu banyak perubahannya. Lagipun pada masa aku masih lagi dalam darjah empat. Aku masih lagi tidak tahu sejarah Melaka. Aku hanya seronok berjalan sahaja.
Bergambar kenangan di hadapan Muzium Melaka
Hampir tiga jam perjalanan dari bangunan DBP, kamipun tiba di Tangkak, Johor. Tangkak merupakan syurga untuk kaum wanita. Mereka bershopping sakan di Tangkak yang memang terkenal dengan kain ela dengan corak yang terkininya. Harganya pula agak murah yang membuatkan orang rumah aku menjadi rambang mata. Setelah puas bershopping sakan, kami akan melancung ke Melaka pula. Aku yang agak bosan ketika di Tangkak bertukar menjadi ceria apabila menjejakkan kaki di bumi Melaka Bandaraya Bersejarah ini.
Bergambar kenangan di hadapan Muzium Melaka
Setelah dua jam perjalanan kami singgah ke Kota Melaka Bandaraya Bersejarah ini. Di sini memang banyak kesan sejarah terutamanya kubu A. Formosa yang menjadi mercu tanda negeri ini. Apabila aku melihat kubu A. Formosa, tiba-tiba hati ini menjadi sayu kerana aku pernah terbaca di sebuah majalah yang mengatakan kubu ini dibina atas air mata dan darah rakyat negeri Melaka. Pada pembinaannya, rakyat Melaka dipaksa untuk membina kubu yang hebat itu. Batu Lada yang dibina diambil dari Pulau Upeh. Batu Lada memang batu yang kuat dan tahan bedilan peluru dan meriam.
Malah ada yang mengatakan bahawa bahagian batu yang digunapakai untuk membina A. Farmosa ialah batu-batu nisan sultan-sultan Melaka yang terdahulu. Oleh yang demikian sehingga kini kita tidak dapat melihat dan mengatahui makam-makam sultan Melaka yang pernah memerintah sebelum penjajahan Portugis begitu juga kubur orang Islam Melaka terdahulu dan lebih buruk ada yang mengatakan bahawa bancuhan simen di A, Formosa sebahagiannya dibancuh dengan darh rakyat Melaka yang disembelih.
Penulis bergambar kenangan dengan meriam
A. Formosa dibina di Bukit Melaka. Pembinaannya secara tidak langsung menlenyapkan kesan-kesan pemerintahan kesultanan Islam di Melaka. Masjid Melaka dan Istana Melaka dihapuskan kesannya. A. Formosa di bina di atas runtuhan masjid dan Istana Melaka. Yang nyata, A. Formosa di bina atas air mata dan darah rakyat Melaka dan hasil binaannya adalah untuk kepentingan Portugis di Melaka.
Bergambar kenangan dengan beca yang dihias cantik
Tanpa ku sedari, malam akan bertakhta, namun kami belum puas bersiar-siar di sekitar Kota ini. Setelah malam tiba, kami akan pulang ke Kuala Lumpur. Butir-butir bintang yang menghias dada malam mengerdip cantik, menambahkan lagi keindahan suasana malam itu. Sedang sibuk kami bersiar-siar, haripun larut malam. Kamipun pulang ke Kuala Lumpur dengan persaan penat tetapi gembira.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan