Rabu, 9 Julai 2008

Kami Sering Kali di hantar Kursus


Staff BRB bergambar beramai-ramai di Hotel Melaka


Penulis sedang berkusus dengan rakan-rakan di Hotel Melaka

Sepanjang aku bertugas di DBP, Bahagian Latihan DBP sering kali menghantar kami berkursus. Kebanyakan kursusnya adalah berkaitan dengan motivasi dan berkaitan dengan tugas masing-masing. Namun begitu tidak semua staff yang suka berkursus atau pergi latihan ini, terutama kursus atau latihan yang agak lasak seperti Bina semangat, Bina negara dan Bina Ehsan kerana corak latihan dan kem latihannya hampir sama seperti polis ataupun tentera. Ramai staff akan menolak apabila nama mereka tersenarai. Mereka akan memberi berbagai alasan dan cuba menggelak dari menghadiri kursus-kursus tersebut. Walaubagaimanapun nama mereka tersenarai juga akhirnya apabila kesemua staff yang lain telah menghadiri kursus tersebut. Mereka terpaksa pergi juga kerana kursus ini adalah wajib untuk kesemua staff DBP termasuk staff DBP cawangan Sabah dan Sarawak. Namum begitu, kebanyakan staff di bahagian BRB lebih suka berkursus yang berkaitan dengan kerja kerana ia sering kali di adakan di luar Kuala Lumpur seperti Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Terengganu dan yang paling dekatpun bandar Seremban. Manakala hotel penginapannya pula bertaraf lima bintang.


Kumpulan penulis sedang membentangkan kertas kerja di hadapan peserta kursus


Penulis sedang melukis di dalam Gua Senyum, Pahang


Rakan-rakan penulis sedang melukis di dalam Gua Senyum, Pahang

Pengalaman yang paling menarik semasa aku melukis di dalam gua yang gelap di Kursus Seni Reka di Pahang pada tahun 2000. Pada masa itu kami dikehendaki melukis di dalam Gua Senyum yang agak gelap. Apabila aku berada dalam gua yang gelap, aku terasa macam hendak berjumpa dengan mahaguru untuk menuntut ilmu persilatan seperti dalam adegan filem pendekar melayu dulu-dulu. Suspen juga melukis dalam gelap ni, manalah tahu ada binatang buas seperti harimau ataupun sekurang-kurangnya ular berbisa yang akan menyerang kami. Demi menuntut ilmu, aku dan rakan-rakan yang lain memberanikan diri melukis di dalam gua tersebut. Lagipun kami diberitahu oleh petugas di situ bahawa tempat ini dijamin selamat dan terkawal. Selepas melukis di dalam gua, kami di kehendaki melukis buah-buahan dalam dusun buah-buahan pula. Kami Sungguh enjoy melukis di sini kerana sambil melukis kami dapat memetik dan memakan buah-buahan yang segar tersebut. Kami di beritahu bahawa harga buah-buahan yang kami makan sudah termasuk dalam pakej kerana dusun ini kepunyaan Felda Residence. Hotel penginapan kami Tekam Plantation Resort adalah anak syarikat kepada Felda Residence.


Kursus yang amat meletihkan. Kursus Bina Negara di Pulau Langkawi

Di DBP, jika anda menunjukkan prestasi kerja yang baik, berkelayakkan dan berminat melanjutkan pelajaran, anda berpeluang memohon melanjutkan pelajaran di mana-mana kolej swasta, universiti tempatan dan luar negara. Jika anda berjaya memohon, segala pembelanjaan, sebarang elaun dan gaji bulanan akan di tanggung sepenuhnya oleh pihak DBP. Ramai staff DBP telah berjaya melanjutkan pelajarannya seperti rakan-rakan aku di BRB seperti Puan. Shima dan EnGopa yang berjaya mendapatkan diploma dalam bidang grafik di UITM Shah Alam. Manakala En. Naim dan Matt Said pula berpeluang study grafik di sebuah kolej terkemuka di Scotland. Cuma aku sahaja yang tidak sempat memohon melanjutkan pelajaran kerana Bahagian Reka Bentuk telah swastakan terlebih dahulu. Namun aku tetap bersyukur dan berterima kasih kerana di beri peluang menghadiri berbagai krusus grafik di sepanjang aku bertugas di DBP.

Tiada ulasan: