Waterfront, salah satu tempat yang menjadi kemestian pengunjung di Kuching
Penulis berada di Stadium Utama Kuching untuk menyaksikan pasukan bolasepak DBP KL bertanding
Seramai 40 staff DBP dari semenanjung telah berpeluang mengikuti lawatan sambil bersukan ke Kuching, Sarawak sempena Karnival Sukan Tiga Penjuru DBP Cawangan Sarawak. Lawatan selama 3 hari 2 malam pada sekitar bulan Julai 2002 itu, adalah salah satu program Ajk Badan Keluarga DBP Kuala Lumpur.
Staff-staff tersebut terdiri daripada ibu pejabat DBP Kuala Lumpur dan Percetakan DBP Hulu Klang. Pihak Badan Kelurga BDP telah mengenakan bayaran sebanyak rm400 secara potongan gaji untuk teket penerbangan sahaja. Bayaran lain termasuk penginapan, pemandu pelancung dan bas lawatan telah diuruskan oleh pihak DBP Cawangan Sarawak. Staff yang terlibat 100% dengan persembahan kebudayaan dan pertandingan sukan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Badan Keluarga DBP. Cuma bezanya, kami berpeluang melawat tempat-tempat menarik di sekitar Khucing, Sarawak.
Penulis bergambar kenangan di Perkampungan Budaya Sarawak
Penulis berada di persisiran Sungai Sarawak, Kuching, Sarawak
Para staff telah berkumpul di airport Subang pada awal pagi dan bertolak ke Sarawak pada pukul 8.15 pagi dengan pernerbanagan Air Asia. Kami selamat menjejakkan kaki di bumi Sarawak pada pukul 10 pagi di mana dua buah bas lawatan telah bersedia menunggu kami di airport Khucing, Sarawak.
Pada hari pertama lawatan, kami terus dibawa mengelilingi Bandar Kuching. Kami juga berkesempatan melawat Muzium Kuching yang menyimpan pelbagai khazanah berharga dari negeri tersebut. Muzium ini dibina pada tahun 1891 dan dikatakan muzium yang terbaik di Asia. Reka bentuk hadapan bangunan ini mempunyai corak Perancis tetapi bahagian dalamnya dikhaskan untuk warisan dan kebudayaan Borneo. Ia mempunyai koleksi peninggalan barang-barang lama di Sarawak.
Selepas melawat di sekitar bandar Kuching, kami check-in di Hotel Tiara Inn yang dikatakan bertaraf 3 bintang. Setelah makan tengahari di sebuah restoran berhampiran, kami di bawa ke Stadium Utama Kuching untuk menyaksikan perlawanan pembukaan bolasepak diantara DBP KL menentang DBP Cawangan Sarawak. Perlawanan itu berlangsung dengan sengit tetapi pasukan DBP KL tewas dengan jaringan 2-1. Pada sebelah malamnya kami menyaksikan Pertandingan Malam Sekalung Seni di Dewan DBP Cawangan Sarawak. Malangnya aku sudah lupa pasukan manakah yang menjuarai pertandingan kebudayaan dan nyayian pada malam tersebut. Maklumlah pengalaman ini sudah lama berlalu.
Pada keesokkan paginya kami di bawa melawat Kampung Budaya. Perkampungan Budaya ini nyata istimewa buat rakyat Sarawak kerana ia pernah menjadi gelanggang Festival Muzik Hutan Hujan Dunia yang menghimpunkan ribuan pencinta muzik etnik dari seluruh dunia. Festival menuai juga diadakan di sini setiap tahun sempena Hari Gawai. Jauh saujana mata memandang, memang mengagumkan suasana perkampungan budaya ini yang pernah dilatari dengan pemandangan hijau Gunung Santubung, tasik dan rumah panjang yang menonjolkan senario kehidupan masyarakat Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melanau dan Penan.
Sebaik sahaja kami melangkah ke dalam perkampungan yang kaya dengan adat resam, kami kami dapat mendengar alunan muzik tradisional seperti sape dan gong yang dimainkan mengikut rentak tarian kebudayaan pelbagai etnik masyarakat Sarawak. Kami cukup tertarik dengan tarian buluh yang dipersembahkan. Mereka mempamerkan kecekapan bergerak mengikut rentak sambil meletakkan kaki di antara empat buluh yang dilagakan. Ada dikalangan kami diajak menari dan pengalaman ini sukar diperolehi di tempat lain.
Apabila memasuki ke kediaman kaum etnik, kami terasa seperti dibawa masuk ke alam semangat pemburu kepala dan pemujanya. Lebih-lebih lagi, ketika kami melihat tengkorak musuh yang dipancung dan masih dipuja sehingga kini, ini semua cukup mengerunkan kami. Kami juga dapat menyaksikan demonstrasi kegitan yang dilakukan kaum ibu untuk menyara dan hasi kerja tangan kaum wanita yang menenun pua kumbu, bakul, beg tangan serta menghasilakan aksesori daripada manik. Di rumah Penan, kami dapat melihat cara menghasilakn sumpit dan senjata lain yang digunakan untuk mempertahankan diri serta bunga hiasan seperti jarau yang nyata memukau kerana dihasilkan dalam tempoh yang begitu singkat.
Kami membeli ikan terubuk masin di Pasar satok ini
Hari berikutnya, kami di bawa melawat Kuching Waterfront, satu tempat yang menjadi kemestian bagi pengunjung di Kuching. Kuching Waterfront menjadi tempat santai yang sesuai dan berada betul-betul berhadapan dengan Sungai Sarawak. Di sini juga kami menjamu selera di gerai makan yang menyediakan pelbagai jenis makanan termasuk delicacy tempatan seperti Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Kami dapati harga di sini agak mahal berbanding di Pasar Satok kerana di sini kawasan tumpuan pelancung. Kuching Waterfront dilengkapi dengan kemudahan tandas, tempat solat dan tourist information centre. Ada dikalangan kami yang sudah tidak sabar hendak bershopping barangan kraftangan, jadi kami di bawa ke seberang jalan Waterfront. Di situ ada deretan kedai yang menjual barangan kraftangan terutamanya kraftangan Sarawak termasuk sumpit, pasu, tikar baju, kain pua kumbu dan lain-lain kraftangan lagi.
Jika melawat Sarawak jangan tidak beli ikan masik terubuk dan tikar rotan. Kami juga tidak melepaskan peluang mencarinya di Pasar Satok. Pada malam kedua pada jam 10 malam, kami merayau mencari apa yang ada di persisiran sungai. Aktiviti di waktu malam ialah jualan borong barangan basah seperti ikan dan sayur-sayuran di mana para peruncit sedang berurusniaga. Ikan terubuk masin ada berharga dua atau tiga ekor sepuluh ringgit dan kadang-kala empat ekor sepuluh ringgit. Aku membeli beberapa ekor dan sambil menunggu dibungkus, kami sempat makan mee sup di warung yang paling simple. Setelah kekenyangan dan ikanpun telah siap di bungkus, kamipun pulang ke hotel dan keletihan.
Pada keesokkan paginya kami check-out hotel untuk pergi airport Kuching untuk menaiki pesawat kembali ke Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan