Isteri dan anak penulis bergambar kenangan di Hotel Regency Port Dickson
Pada bulan November 1999 aku memenangi pakej percutian yang bernilai rm300.00. Oleh kerana nilai pakej yang tidak seberapa itu, kami memilih Port Dickson sebagai distinasi pelancungan kali ini. Ramai kawan-kawan yang mengatakan pantai ini agak kotor dan dipenuhi dengan sampah sarap tetapi dari pemerhatian aku, Port Dickson langsung tidak seperti yang digambarkan walaupun aku tidak nafikan aspek kebersihan tidak mencapai standard seratus peratus. Kenyataan ramai pengunjung yang terpaksa berkelah di celahan sampah, adalah keterlaluan, tidak bertanggunjawab dan tidak mengambarkan keadaan sebenar.
Isteri dan anak penulis bersiar-siar di tepi pantai Port Dickson
Pada hari itu kami sekeluarga menaiki teksi dari Pudu Raya pada jam 8.00 pagi dan sampai di Port Dickson pada jam 12.00 tengah hari. kami menginap di hotel Regency yang dikatakan bertaraf lima bintang. Kami menginap di hotel ini selama tiga hari dua malam. Selepas check-in hotel dan berehat di bilik hotel, kami terus ke Pantai Teluk Kemang kerana tidak sabar lagi hendak mandi laut sambil menikmati keindahan pantainya. Keindahan pantainya pasti meninggalkan 1001 kenangan manis buat kami. Pantai Teluk Kemang adalah pantai yang paling popular buat pelancung terutama hari minggu dan hari kelepasan am. Malah pantai sepanjang 1.8 kilometer ini dikunjungi lebih 20 ribu pengunjung setiap minggu dan ianya meningkat kepada 50 ribu pengunjung semasa cuti persekolahan
Pantai Teluk Kemang yang indah
Selain keindahan pantai dan pemandangan lautnya, kami dapati Teluk Kemang ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas untuk memberi keselesaan kepada pengunjung. Antara kemudahannya seperti parking kereta yang luas dan bilik mandi serta tandas awam yang bersih. Selain itu terdapat juga banyak gerai-gerai pakaian dan cenderamata yang sesuai dibeli untuk di bawa pulang sebagai tanda kenangan.
Penulis sedang mandi di pantai Teluk Kemang
Pantai ini mempunyai landskap yang menarik serta dilengkapi dengan khidmat penyelamat pantai. Di sini pengunjung yang sukan aktiviti laut yang lasak boleh memilih pelbagai aktiviti laut seperti jet ski, kayak dan banana boat. pihak pengusaha akan mengenakan harga yang berpatutan jika anda berminat menyewa kemudahan tersebut. Malah beberapa orang pengusaha jet ski dan banana boat, mereka boleh memberi harga istemewa kepada pengunjung yang datang secara berkumpulan.
Isteri dan anak penulis selepas check-out dari hotel
Pada kami yang tidak berminat melakukan sebarang aktiviti laut, kami hanya bermandi-manda dan berjalan-jalan di persisiran pantai sahaja. Jika kami mahu menjamu selera. kami akan mengunjungi di kedai-kedai makan yang berhampiran. Di sini terdapat puluhan kedai makan dengan menu yang pelbagai. Kami hanya memilih kedai yang menyediakan menu makanan laut yang segar. Sebelum pulang, sempat kami membeli t-shirt yang berimejkan Port Dickson untuk dijadikan kenangan apabila pulang ke Kuala Lumpur nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan