Khamis, 10 Julai 2008

Penyokong Setia Kelab Bolasepak DBP FC


Pasukan bolasepak DBP sedang bersiap sedia dalam perlawanan persahabatan dengan pasukan belia Kampung Seronok, Pulau Pinang. 

Pada sekitar tahun 1992 hingga 2002, aku sering kali menyaksikan dan memberi sokongan kepada pasukan Kelab Bolasepak DBP FC. Pasukan Bolasepak DBP ketika itu banyak menyertai pertandingan bolasepak seperti Liga Bolasepak Selangor, Kejohanan Badan Berkanun, Kejohanan MAKSWIP dan berbagai-bagai kejohanan lagi.

Aku pergi menyaksikan dan memberi sokongan kepada pasukan ini di Kejohanan MAKSWIP 9 sebelah pada setiap tahun. Aku pergi memberi sokongan sehingga ke negeri Perlis, terengganu, Perak, Pulau Pinang dan Johor. Sepanjang aku memberikan sokongan, pasukan DBP hanya layak ke peringkat separuh akhir sahaja. Selalunya pasukan DBP tewas dalam penentuan sepakan panalti. Sebenarnya pasukan DBP pernah dua kali menjuarai kejohanan ini. Ketika itu aku masih belum aktif menyokong pasukan ini. Dalam Kejohanan Badan Berkanun pula, pasukan DBP pernah menduduki tempat ke tiga. Pasukan DBP tidak dapat pergi jauh dalam kejohanan ini kerana pasukan lawan menurun beberapa pemain yang bertaraf negeri seperti pasukan Perumahan Sarawak dan LADA Langkawi.

Dalam Kejohanan Liga Bolasepak Negeri Selangor pula, aku menyaksikan dan memberi sokongan sejak dari Bisnes League lagi sahingga layak bermain dalam liga DUNHILL. Pada tahun 2001 adalah kemuncak kejayaan pasukan DBP kerana telah berjaya menduduki tempat ke tiga dalam Liga Bahagian Satu Selangor. Jika tidak kerana protes dari pasukan Cheras United, pasukan DBP sudah layak bermain dalam perlawanan separuh akhir. Pasukan Cheras United menghantar protes kepada FAS dengan menuduh pasukan DBP menurunkan pemain dari Liga Kuala Lumpur semasa menentang pasukannya. Pasukan Cheras United tewas dengan jaringan 3-2 ketika itu. Walaupun pasukan DBP telah membuat rayuan, namun rayuan tersebut ditolak oleh ahli jawatan kuasa FAS. Pada musim berikutnya, pasukan DBP telah layak bermain dalam liga DUNHILL. Taniah diucapkan kepada pengurus pasukan iaitu en. Azman Kamis dan jurulatih iaitu Mohd. Rezam kerana membawa pasukan ini ke Liga tertinggi di Selangor iaitu liga Dunhill.

Walapun pasukan DBP bermain di liga Dunhhil pada musim berikutnya, namum pasukan ini tidak disenangi oleh beberapa orang kuat Badan Keluarga DBP . Menurut mereka pasukan ini diwakili oleh bukan staff DBP. Mereka mahukan pasukan ini diwakili oleh staff DBP sendiri. Kebanyakkan pemain DBP ketika itu adalah bekas pemain Kelab Sultan Sulaiman Kg. Bharu yang cukup berbakat. Suasana menjadi hangat kerana ada ura-ura Badan Keluarga DBP mahu membubarkan pasukan ini. Mereka menganggap pasukan bolasepak ini hanya membazirkan wang Badan Keluarga DBP sahaja. 

Akulah salah seorang individu yang sangat kecewa pada masa itu. Pada pandangan aku Badan Keluarga DBP sepatutnya berterima kasih kepada pemain tersebut kerana membawa nama baik DBP ke puncak kejayaan. Pemain ini dengan suka relanya bermain dengan pasukan DBP tanpa menerima sebarang elaun malah mereka pergi dan balik ke lokasi latihan dan perlawanan dengan mengunakan kenderaan sendiri. Ketika itu pengurus pasukan, En. Azman terpaksa bertungkus-lumus mencari penaja untuk menampung kos pembelanjaan pasukan seperti membeli pakaian sukan, peralatan sukan serta makan dan minum pemain. Kadang-kala en. Azman terpaksa menggunakan wang sendiri untuk belanja pemain-pemain makan selepas sesuatu perlawanan.

Sekarang aku difahamkan pasukan Kelab Bolasepak DBP sudah tidak menyertai Liga Bolasepak Selangor lagi dengan alasan Kelab Bolasepak DBP kini telah kehabisan duit. Apabila bercerita tentang bolasepak di DBP sekarang, Aku hanya mampu mengelengkan kepala sahaja. Dalam hati aku berkata "inilah yang mereka minta pada suatu waktu dahulu".

Tiada ulasan: