Jumaat, 18 Julai 2008

Rahsia di Sebalik Nama?


Puan Eatikah dikelilingi jejaka-jejaka dari bahagian keselamatan


Puan Eatikah bersama penulis, en. Tahir dan en. sharif B

Ramai rakan seperjuangan beranggapan nama anak aku Nur Atikah mengambil nama mantan rakan sekerja aku iaitu nama Puan Eatikah, tetapi sebenarnya tidak, itu hanya kebetulan sahaja. Aku mendapat nama Nur Atikah itu melalui pencarian di sebuah buku. Setelah terjumpa beberapa nama yang sesuai, akupun berbincang dengan isteri dan kamipun bersetuju memilih nama Nur Atikah yang bermaksud cahaya, gagah dan berani.

Berbalik cerita Puan Eatikah, suatu nama yang agak popular di Bahagian Keselamatan DBP pada tahun 90 an dulu. Beliau merupakan salah satu pengawal wanita yang bertugas di DBP ketika itu. Dalam ramai-ramai jejaka pengawal yang meminati beliau, hanya seorang sahaja yang berjaya memikat hatinya iaitu salah seorang dikalangan rakan kami sendiri iaitu en. Aidi Paiman.


Puan Eatikah bersama penulis dan en. Tahir sedang bertugas di DBP Cawangan Hulu Klang


Puan Eatikah di alam percintaan di PD pada tahun 1993

Ada banyak cerita yang menarik tentang puan Eatikah ini. Salah satunya ialah, beliau cuba merahsiakan percintaan dan pertunangannya kepada kami semua (macam artis pula). Akhirnya rahsia beliau terbongkar juga apabila aku, Cdek dan fadly membuat siasatan. Di dalam tempoh edisi siasatan itu, banyak peristiwa lucu berlaku. Antaranya, kami sering melihat en. Aidi sering bergayut talepon  ketika kami sama-sama berkerja di shif malam. Sebelum inipun kami telah mendengar gossip yang mengatakan beliau sedang bercinta sakan dengan Puan Eatikah. Untuk memastikan beliau bergayut dengan puan Eatikah, kamipun menalipon puan Eatikah di rumahnya. Ternyata nombor taleponnya sedang digunakan. Apabila en. Aidi telah melatakkan ganggang taleponnya, kamipun terus menalipon dan dengan pantasnya puan Eatikah menjawab "hello abang" ...huhuhuhhh... puan Eatikah sudah kantoi!!.


Puan Eatikah bersama Rose, Milah dan Badar sedang mandi-manda di PD


Puan Eatikah terlelap ketika berada di dalam Van

Kini puan Eatikah bertugas di Bahagian Sistem Maklumat DBP. Sekarang beliau bahagia bersama empat orang anaknya. Semoga beliau terus bahagia bersama anak-anaknya walaupun sekarang sedang menempuh berbagai dugaan hidup yang amat mencabar. Anggaplah semua yang berlaku itu hanyalah satu dugaan dan cabaran kehidupan. Namun kenangan manis kita ketika remaja dahulu tetap abadi di dalam ingatan.

Tiada ulasan: