Selasa, 17 Julai 2012

Menjamu Selera Selera di Restoran Wong Solo

Baru-baru ini penulis menjamu selera di Restoran Ayam Bakar Wong Solo. Restoran ini sebenarnya berasal dari Indonesia. Ianya lebih dikenali dengan nama Rumah Makan Ayam Bakar Wong Solo. Motto yang disampaikan restoran ini ialah Ayam Bakar Wong Solo Halalan Thayyiban, di mana pemiliknya cuba mengetengahkan konsep Islam melalui rumah makan yang dikelolakannya.

Restoran Wong Solo cawangan Bangi.
Sudah berapa kali penulis cuba menjamu selera di Restoran Ayam Bakar Wong Solo di cawangan Bangi tetapi hampa kerana sentiasa sahaja di penuhi dengan pelanggan. Beberapa minggu lepas, selepas menonton wayang di MBO, Glaxy Ampang, penulis ternampak Restoran Ayam Bakar Wong Solo. Rupa-rupanya cawangan Restoran Ayam Bakar Wong Solo ini berhampiran sahaja dengan kediam penulis di Ampang.

Pelayan menggunakan uniform tradisional Jawa.
Penulis terus masuk ke dalam dan duduk di kawasan berhawa dingin sebab cuaca terlalu panas di luar. Apabila masuk ke dalam restoran kita akan disambut oleh pelayan dengan senyuman dan selepas di persilakan duduk, pelayan akan segera menghulurkan menu.

Empal Sapi.
Penulis berpuas hati kerana servis nya yang cepat, tidak perlu menunggu lama. Tidak sampai sepuluh minit, makanan yang di pesan sudah tiba. Apabila di layan sebegini, tentu kita berpuas hati dan mungkin akan datang lagi. Di sini ada makanan stail jawa, jika kita datang bersama keluarga, ianya lebih baik kerana ada set yang lebih murah harganya. Pada masa itu, penulis hanya memesan menu nasi ayam penyet yang berharga RM10.90. Ada juga Ayam bakar dan Empal Sapi yang berharga RM10.90. Nasinya agak wangi, mungkin diletakkan daun pandan.

Ayam Penyet.
Nasi dihidangkan bersama ayam penyet, tokua goreng, terung goreng dan tempe goreng, salad dan sambal istimewa. Malangnya tidak disertakan kuah sup. Jika mahu juga kuah sup, bolehlah memesan sup bontut. Jika ada kuah sup, barulah penulis berselera makan dengan nafsunya, kesimpulan yang boleh disimpulkan Nasi Ayam Penyet Wong Solo ini memang sedap dan boleh diulang makan pada ketika lainnya (tapi ikut selera anak tekak juga). 

Habis licin?
Ada satu lagi yang penulis suka di Restoran Ayam Bakar Wong Solo ini ialah minuman jusnya. Dua jus yang selalu menjadi pilihan untuk penulis order ialah Jus Alpukat (Avocado) RM6.00 (siap ada campur coklat cair) dan Jus Jagung Sakinah RM5.50 (ahh... terbaik! Hehe).

Resit.
Jika sesiapa yang hendak menonton wayang dan berurusan di Galaxy Ampang, jangan lupa singgahlah ke Restoran Wong Solo ini. Penulis percaya, anda tidak akan menyesal.

1 ulasan:

Hunny berkata...

Ada banyak cawangan, kat cheras pun ada.