Isnin, 30 Jun 2008

Mencari Ketenangan di Negeri Serambi Mekah


Antara papan iklan yang terdapat di negeri Kelantan.

Pada penghujung tahun 2000, aku sekeluarga mengikuti rombongan Badan Keluarga DBP ke negeri pantai timur iaitu negeri Kelantan dan Terengganu. Kami ke sana dengan menaiki bas yang disewa khas. Kami dibawa melawat ke negeri Kelantan terlebih dahulu. Walaupun dikatakan negeri ini termundur di Malaysia, tetapi aku merasakan kelainan apabila berada di sini. Aku merasakan ketenangan apabila berada di negeri yang digelar Serambi Mekah ini.


Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu, Kelantan

Semasa kami bercuti di negeri Kelantan, rombongan kami di bawa melawat oleh pemandu pelancung dari agensi pelancungan di Kota Bahru. Kami di bawa melawat ke tempat-tempat menarik di sekitar Khota Bahru termasuklah kediaman menteri besar iaitu Tuan Guru Nik Abd Aziz di kampung Pulau Melaka. Malangnya tuan guru tidak dapat melayan kami kerana masalah kesihatannya yang tidak mengizinkan. Harga barang-barangnya juga agak murah dan ini menyebabkan kami merasa geram dan ingin memborong semua barang di Pasar Besar Siti Khadijah. Lagipun lokasi hotel penginapan kami berhampiran dengan pasar tersebut maka mudahlah kami bershopping sakan... huhuhh


Isteri dan anak penulis bergambar di hadapan kediaman Tuan Guru Nik Abd Aziz

Kami bernasib baik kerana telah menempah hotel terlebih dahulu jika tidak terpaksa kami membuat tempahan sehingga menalefon lebih sepuluh buah hotel untuk mendapatkan tempat penginapan. Kebanyakkan hotel di Kota Bahru telah ditempah oleh pengunjung lerlebih dahulu. Cuba bayangkan betapa ramainya pengunjung yang datang melawat Kelantan sepanjang tahun.


Penulis dan keluarga berada di ruang tamu kediaman Tuan Guru Nik Abd Aziz

Apabila melihat ramai orang luar datang ke sini mendorong aku berfikir sendirian. Kenapakah negeri Kelantan ini begitu dikagumi oleh orang luar?. Kesimpulan yang dapat aku lihat ialah, inilah kesannya apabila pemerintahan yang bercorak Islam yang diamalkan oleh Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abd Aziz di mana ia meletakkan bekas yang cukup mendalam ke dalam hati masyarakat kerana masyarakat nampak kelainan yang ada pada negeri yang mendapat jolokkan Serambi Mekah ini di bawah kepimpinan bercorakkan Islam.

Lalu berfikir panjang dalam lubuk hatiku ini dan meletakkan harapan bahawa suatu hari nanti corak pemerintahan yang betul-betul islamik akan diamalkan dan dilaksanakan oleh negara kita Malaysia yang tercinta ini kerana kesannya dapat diperhatikan oleh masyarakat melalui pemerintahan Islam yang diamalkan di Kelantan.


Isteri dan anak penulis bergambar di hadapan Masjid Terapung Kuala Terengganu

Tengoklah bagaimana hebatnya kesan pemerintahan Islam apabila ia dipraktikkan dalam sesebuah negeri. Kita hanya akan dapat menikmati "Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur" hanya melalui corak pemerintahan yang berpaksikan Islam yang mana Islamnya seratus peratus menjadi dasar dalam pemerintahan negara.

Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah ke bandar Kuala Terengganu untuk bershopping di Pasar Payang pula.

Menikmati Keindahan Pulau Tioman



Isteri dan anak penulis berada di dalam feri ke Pulau Tioman


Penulis bersama keluarga berada di Jeti Pulau Tioman

Selepas sebulan bercuti di Pulau Langkawi, aku memenangi peraduan Kenny Rogers pula. Aku memenangi pakej percutian ke Pulau Tioman selama 3 hari dua malam yang bernilai seribu ringgit. Seperti biasa kami persama abang ipar yang merangkap sebagai sebagai pemandu kami. Kami melancung pada 29hb Jun hingga 1hb Julai 2000. 

Selama 3 hari 2 malam adalah tempoh masa kami berada di sana. Pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak resort. Semua aktivitinya sangat menarik. "Credit' aku berikan kepada Berjaya Beach Resort atas kecemerlangan mereka memberi servis yang terbaik kepada kami. Segala permintaan kami tidak pernah dikecewakan... SYABAS!


Isteri dan anak penulis bermandi-manda di pantai Berjaya Beach Resort, Pulau Tioman.

Isteri dan anak penulis di hadapan Resort 

Kami ke sana bersama abang ipar, isteri dan anaknya. Tujuan kami bercutu adalah untuk menyaksikan keindahan flora dan founa Pulau Tioman serta ingin merehatkat minda. Lagipun kami sekeluarga masih lagi bersedih dengan kehilangan orang tersayang iaitu arwah bapa mertua. 

Perjalanan menaiki feri dari jeti Mersing ke Pulau tioman adalah saat-saat yang paling menarik. Semasa di Jeti kali lihat semua pelancung tersangatlah excited. Tetapi apabila feri berada di tengah-tengah perjalanan yang memakan masa lebih dua jam, masing-masing muka sudah kelihatan sememeh kerana penangan ayunan feri yang mengasyikkan (mabuk laut). Ada yang macam orang mabuk todi, ada yang terbaring di atas kerusi macam kutu rayau. Bermacam-macam perangai yang sungguh mencuit hati kami. Badan yang besar macam gajah, jadi lembik macam batang sayur. 



Menyaksikan ikan Neemo dari Jeti


Penulis terpegun dengan keindahan flora dan fauna Pulau Tioman 

Apabila sampai sahaja di Pulau Tioman, aku terpegun melihat kejernihan air lautnya. Paling aku 'jakun' apabila melihat batu karang dan ikan-ikan Neemo bermain di permukaan air. Ikan ini memang tidak takut dengan manusia. Selamba sahaja mereka bermain-main berhampiran dengan jeti yang ramai dengan pelancung. Saat yang paling kelakar apabila melihat abang ipar aku yang tidak sabar hendak turun. Beliau asyik bertanya jeti yang mana sepatutnya kami akan turun. Akupun berbisik ke telinga abang ipar " Kita punya jeti, jeti yang ke limalah Bang Ngah!."


Isteri dan anak penulis di hadapan chalet yang kami menginap


Kami berada di hadapan bilik pameran Taman Laut Pulau Tioman

Apabila feri menghimpit ke jeti Berjaya Beach Resort, kami dengan segera menuju ke arah pintu keluar feri. Tidak sabar rasanya hendak menjejakkan kaki di bumi Pulau Tioman ini. Inilah kali pertama kami pergi ke pulau ini. Kami memang tersangat exited !, mana tidaknya, aktiviti seperti snorkelling, karaoke dan bershopping sedang sedia menanti. Yang paling ditunggu-tunggu apabila melihat awek-awek mat saleh berjemur di tepi pantai sambil memakai bikini. Jika bernasib baik, aku boleh lihat yang tidak memakai bra punya ..hu..hu..hu

Sebenarnya banyak pengalaman manis di pulau ini tetapi aku masih ingat-ingat lupa hendak menceritakannya kerana pengalaman ini sudah lama berlalu. Apa-apapun, korang layanlah apabila melihat gambar-gambar yang sempat kami rakamkan semasa di sana dulu (tekan pada gambar untuk besarkan), sayang sekali pada masa itu belum ada kamera digital. Jika tidak sudah pasti lebih banyak gambar-gambar menarik yang boleh kami rakamkan.

Sabtu, 28 Jun 2008

Bercuti di Pulau Langkawi


Isteri dan anak penulis di Dataran Langkawi

Selepas beberapa bulan pemergian bapa mertua ke Rahmatullah, anak aku masih merindui datuknya. Keluarga kami masih lagi dalam suasana kesedihan. Pada tarikh 11hb hingga 14hb Febuari 2000, kami sekeluarga berpeluang bercuti ke Pulau Langkawi. Aku sebenarnya memenangi peraduan A&W iaitu pakej percutian bernilai seribu ringgit. Jadi, Langkawilah menjadi pilihan kami. To me Langkawi is a good place for family holiday. Sebelum ini aku pernah pergi ke Langkawi iaitu pada tahun 1992. Antara tempoh berkenaan, banyak juga perubahannya. Kali ini kami pergi bersama abang ipar, isteri dan anaknya.

Sebaik sahaja kami sampai di Jeti Pulau Langkawi, kami terus menyewa sebuah kereta proton Iswara 'buruk' manual. Ah!... siksanya, ditambah pula alat penghawa dingin yang tidak berfungsi. Kami terus ke hotel Burau Bay Resort. Selepas chek-in dan makan tengahari, kami terus ke Makam Mahsuri. Pada masa itu area Makam Mahsuri ini masih lagi dipanggil 'Perkampungan Kedah' tidak seperti sekarang yang sudah diupgradekan sehingga menjadi Kota Mahsuri. Kini dilengkapi dengan Muzium Lagenda Mahsuri, Mini Zoo, Pentas Budaya, pameran batu-batan Langkawi serta beberapa replika mereka yang mempunyai hubung kait dengan Mahsuri.


Keluarga penulis di Makam Mahsuri


Anak dan isteri penulis menyaksikan buaya di Taman Buaya Langkawi

Dari Makam Mahsuri kami terus ke Pekan Kuah untuk bershoping pula. Pada mulanya kami bercadang ke kedai Impian Samudera yang dikatakan barang-barangnya murah, but since ada orang kata taukenya 'keyahudian,' maka tidak jadilah kami pergi. Kami hanya merayau di sekitar Pekan Kuah. Kami hanya membeli cokelat, kain batik dan t-shit sahaja. Kebetulan pada hari tersebut, musim cuti sekolah maka ramailah pelancung yang datang terutamanya di kedai Haji Ismail Group. Kedainya betul-betul mengadap ke laut. Di situ pengunjung boleh membeli pinggan mangkuk imported yang berjenama.


Keluarga penulis di dalam bilik chalet Burau Bay Resort

Isteri dan anak penulis di tepi pantai

Keesokan harinya, kami ke Dataran Langkawi. Suasananya masih tenang seperti dulu. Maklumlah helang batu, hendak berubah macam mana he...he.. Cuma tempat ruangan gerai jualan di situ masih tidak ramai yang berniaga dan macam tidak terurus sebahagiannya. Burung helang inilah yang memberi nama kepada Pulau Langkawi iaitu 'Lang' dari perkataan Helang dan 'Kawi' daripada warnanya yang 'reddish brown.' Tambahan tiada bayaran dikenakan dan terletak berhampiran dengan jeti ferri.

Dari Dataran Langkawi kami menuju ke Telaga Tujuh pula. Telaga Tujuh ini betul-betul berada di atas bukit. Sangat meletihkan apabila menaiki tangga yang setinggi tangga di Batu Caves. Namun keletihan itu akan hilang apabila bermandi-manda di telaga tersebut kerana airnya yang dingin akan menyegarkan badan. Setelah puas mandi dan berenang, kami ke Underwater World pula. Di sini kami dapat melihat berbagai spesis ikan kecil dan besar. Kesemuanya ikan di sini kelihatan cantik-cantik belaka. Pada masa itu Underwater World ini dikatakan yang terbesar di Asia Tenggara, tetapi sekarang difahamkan di KLCC lagi besar.

Selepas puas melihat berbagai jenis ikan, kami melihat buaya pula. Di Taman Buaya ini kami dapat melihat berbagai spesis buaya seperti buaya katak, buaya Tembaga. Walaupun banyak buaya, yang boringnya buaya di sini agak pemalas dan tidak aktif. Buaya ini duduk diam kerana sudah kekenyangan kot. Boring dengan gelagat buaya yang tidak akti, kami terus balik sambil menikmati keindahan pantai serta pelabuhan kapal layar. Kami sempat singgah di Beras Terbakar. Tiada perubahan sangat, kecuali rumput di tapak beras terbakar sudah hampir menetupi keseluruhan permukaannya.


Isteri dan anak penulis berehat di hadapan chalet Burau Bay Resort

Hari terakhir, selepas chek-out, kami pack barang dan terus bershopping buat kali terakhir di Kompleks Jeti. Kemudian kami menunggu ferri untuk menuju ke Kuala Perlis. Kompleks Jeti ini di lengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti ATM, kedai makan dan pelbagai kedai lain untuk last minute shopping sementara menunggu ferri tiba. Di atas kertas katanya perjalanan 45 minit, tetapi rupanya hampir 1 jam 15 minit. Apabila dapat menaiki kereta barulah badan terasa segar dan tidak sabar pulang kembali ke Kuala Lumpur.

Jumaat, 27 Jun 2008

Merehatkan Minda di Pulau Pangkor


Isteri anak di tepi pantai bersama perahu layar

Beberapa sebulan pemergian bapa mertua ke Rahmatullah, keluarga kami masih lagi bersedih terutamanya anak kami Nur Atikah yang sentiasa merindui datuknya. Sememangnya anak kami sangat manja dengan datuknya. Untuk menghilangkan kesedihan dan kerinduan, kamipun merancang untuk merehatkan minda di tempat-tempat menarik yang berhampiran seperti di Pulau Pangkor


Anak beranak bercanda di tepi kolam renang Hotel Pan Pacific Resort.

Kebetulan aku memenangi pakej percutian tiga hari dua malam ke Pulau Pangkor dari peraduan susu F&N yang bernilai RM500. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, pada pertengahan bulan April 2000 kami sekeluarga melancung ke Pulau Pangkor.


Nur Atikah bergaya di tepi pantai

Inilah kali pertamanya kami menjejakkan kaki ke Pulau Pangkor ini. Ternyata keindahannya telah menarik minat kami untuk berkongsi pengalaman selama di sana. Alhamdulillah sebagai pemenang peraduan, aku tidak perlu membayar apa-apa kerana kesemuanya telah ditanggung oleh pihak syarikat F&N. Banyak aktiviti yang dibuat termasuklah snorkelingbanana boat(bayar sendiri), BBQ dan macam-macam lagi aktiviti pantai yang dilakukan.


Penulis mencari ketenangan di tepi pantai

Bagi kami Pulau Pangkor menjanjikan percutian yang menjadi kenangan dalam hidup anda kerana keindahan semulajadi pantai dan lautnya. Selain aktiviti di Pulau Pangkor, aktiviti di jeti pula amat menyeronokkan. Apa tidaknya, kami memborong sakan ikan masin dan hasil laut yang lain. Yang penting aku dapat membeli t-shirt Pulau Pangkor untuk dijadikan kenangan.

Khamis, 26 Jun 2008

Bapa Mertuaku Telah Kembali ke Rahmatullah


Allahyarham Hj Jaafar Abdullah bersama cucunya, Nur Atikah.

Selepas membacakan doa selamat sempena menyambut ulang tahun anakku yang ke dua tahun, pada tarikh 5hb April 1999, jam 9 malam, bapa mertuaku mengadu sakit perut yang teramat sangat. Kami terus membawa beliau ke hospital HUKM. Setibanya di hospital HUKM, sepasukan doktor terus merawat dan mengesahkan beliau mengidap penyakit barah usus yang serius. Menurut doktor, bapa mertuaku perlu menjalani satu pembedahan pada keesokan harinya. Setelah menjalani satu pembedahan, akhirnya di atas kehendak yang Maha Esa, bapa mertuaku telah menghembuskan nafas terakhirnya pada tarikh 6hb april 1999, jam 11.00 pagi. 

Alhamdulilah, jenazah telah selamat di kebumikan pada hari itu juga selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang. Selangor.

Semoga arwah bapa mertuaku diampuni dosanya dan dicucuri rahmatNya serta tergolong di kalangan orang-orang beriman dan bertakwa. Amin...

Bapa mertua merupakan bapa yang terbaik bagi kami sekeluarga. Kehilangannya amat dirasai oleh kami terutamanya anak tunggal aku, Nur Atikah yang begitu manja dengan datuknya. Doakan kami sekeluarga sentiasa tabah, sabar dan redha menerima kehilangan ini.

Cuma yang agak menyedihkan, semasa arwah masih hidup, hubungan kekeluargaan anak-anak arwah amat baik tetapi menjadi sebaliknya apabila arwah sudah tiada. Ini adalah kerana masalah harta pusaka tidak selesai-selesai. Moralnya: kepada sesiapa yang mempunyai banyak harta, cepat-cepatlah memberi wasiat supaya tidak menimbulkan masalah dikemudian hari.

Rabu, 25 Jun 2008

Kali Pertama Berlakon Drama Pentas


Para pelakon dan krew drama pentas "Lembing Awang Pulang ke Dayang"


Aku kali pertama berlakon drama pentas

Pada bulan November 1996, Badan Keluarga DBP telah mengadakan pertandingan drama pentas antara bahagian di Malam Sekalung Seni. Oleh itu Bahagian Reka Bentuk (BRB) juga berminat mengambil bahagian. Bahagian BRB  telah  memilih tajuk "Lembing Awang pulang ke Dayang". Skrip drama ini ditulis dan diarahkan oleh saudara Matt Said Yaacob dan dibantu oleh saudara Cliff Akid Kamijan. Saudara Gopa pula dilantik sebagai guru persembahan. Kami staff baru ketika itu dikehendaki terbabit sebagai pelakon atau krew di dalam drama pentas tersebut.

Antara pelakon yang memegang watak utama ialah Pokleng, Gopa, Zafran dan Aini. Manakala aku, Anjang, Chiks, Faizal, Cobein, Nordin, Eire, Shima dan kak Kam hanyalah sebagai pelakon tambahan sahaja he..he..he. Sementara Staff BRB yang lain menjadi krew seperti Awaludin mengajar kami cara bermain kompang, Wan Norisham dan Kak Ani menjadi make-up artis, Mohas menyumbangkan suara dan pakaian, Bob sebagai peniup bueh sabun, Sinaga pula menjaga lampu serta sound sistem ketika drama sedang berlangsung dan ada beberapa staff lagi yang tidak dapat dinyatakan di sini. Boleh dikatakan hampir kesemua staff terlibat dalam pembikinan drama pentas ini. Sungguh meriah suasa di BRB ketika itu. Taniah diucapkan kepada mereka.

Drama ini mengisahkan Awang dan Dayang yang bercinta semenjak kecil. Apabila Awang keluar merantau, Dayang dipaksa berkahwin dengan Bachok oleh bapanya. Apabila Awang mendapat tahu, Awang mengamuk mengunakan sebatang lembing di majlis perkahwian Bachok dan kekasihnya Dayang. Habis semua tetamu di majlis tersebut ditikamnya kecuali aku. Aku yang berlakon sebagai pengapit Bachok sempat melarikan diri....huhuhuh

Drama ini mendapat tempat ke tiga dari lima kumpulan yang bertanding. Kesemua kumpulan adalah hebat-hebat belaka dan mempunyai kelebihan masing-masing. Kami kalah dengan perbezaan markah yang amat tipis. Kami memenangi hadiah wang tunai sebanyak rm500.00. Wang sebanyak ini kami gunakan untuk menikmati ikan bakar di restoran belakang Istana Negara.

Drama pentas ini meninggalkan kenangan amat manis buat diriku kerana inilah kali pertama dan mungkin kali terakhir aku berlakon di atas pentas....huhuh...

Selasa, 24 Jun 2008

Melawat ke Negeri di Bawah Bayu


Aku kali pertama menaiki kapal terbang

Pada pertengahan bulan Mei 1997 aku mengikuti Badan Keluarga BDP pergi melancung ke negeri di Bawah Bayu. Kami pergi ke sana melancung sambil berkerja. Disamping melancung, kami dikehendaki menghadiri majlis perasmian bangunan baru DBP Sabah. Kami diberi cuti tanpa rekod. 

Majlis tersebut disambut dengan meriah kerana pelbagai program diadakan seperti pertandingan sukan dan persembahan kebudayaan antara DBP Semenanjung, DBP Cawangan Sarawak dan DBP Cawangan Sabah. Disamping itu DBP Cawangan Sabah juga mengadakan pelbagai program dengan tetamu-tetamu DBP Sabah seperti pertandingan membaca puisi, menulis sajak dan lain-lain lagi

Selepas majlis perasmian, kami dibawa melawat  ke tempat-tempat menarik di sekitar bandar Kota Kinabalu seperti Pasar Filipina, Kundangsang, Kaki Gunung Kinabalu, Taman Laut Sabah, Pulau Manukan dan Kota Belud. Kami amat terpesona ketika berada di negeri ini kerana flora dan faunanya masih terpelihara. 

Sepanjang dalam perjalanan ke Gunung Kinabalu, Kami dapat menyaksikan pemandangan indah dengan bentuk muka buminya yang bergunung-ganang. Didalam pertengahan perjalanan, kami sempatlah singgah di Jambatan Tamparuli untuk bergambar kenangan. Apabila berada di kaki Gunung Kinabalu, kami dapat menikmati udara segar lagi dingin. Kami juga menikmati makanan tengahari berlaukkan kari ayam yang sungguh lazat di restoran Kinabalu Balsam. Dalam perjalanan pulang kami sempat membeli belah di pekan Kundangsang. Aku membeli sebotol madu untuk tenaga dalaman... huhuh...

Keindahan Taman Laut di Sabah memang sudah terkenal di seluruh dunia. Ramai pelancung dari dalam dan luar negeri yang datang melawat ke Taman Laut ini. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk menikmatinya. Kami di bawa menaiki bot ke Pulau Manukan. Suspen juga naik bot ini kerana dipandu dengan laju. Aku terpaksa berpaut ditiang bot sepanjang perjalanan. Mungkin sudah biasa, aku lihat semua penumpang tempatan tenang sahaja. 

Mereka hanya tersenyum melihat gelagat kami yang ketakutan. Dalam setengah jam perjalanan, kamipun sampai ke Pulau Manukan. Kami terpegun dengan keindahan pantai di pulau ini. Airnya sungguh jernih hingga dapat melihat batu karang yang cantik dan ikan Neemo yang bebas berenang-renang. Ramai pelancung yang mandi, berenang dan bersnorkling di sini termasuk aku.

Membeli-belah di KK juga agak murah. Terutama di Pasar Filipina, Kita boleh membeli rantai mutiara dengan harga hanya RM10 sahaja. Bermacam-macam barang termasuk barang antik dijual di pasar ini. Jika kita pandai tawar-menawar, kita dapat membeli dengan harga yang murah. Aku hanya membeli beberapa helai baju tshirt  Sabah sebagai tanda kenangan.


Aku berlatar belakangkan Gunung Kinabalu

Semasa aku di zaman kanak-kanak, melihat kapal terbang adalah sesuatu yang amat luar biasa. Pada masa itu hendak melihat kereta memasuki kampungpun susah. Tidak ramai orang kampung aku yang mampu memiliki motosikal. Kebanyakannya mereka hanya berbasikal sahaja. 

Masih lagi aku teringat, semasa berada di tengah-tengah sawah kami bersorak terlompat-lompat kegembiraan apabila melihat kapal terbang lalu di ruang angkasa kampung kami. Kami melambai-lambai hingga kapal terbang tersebut hilang dari pandangan. Ketika itu, aku pernah berkata kepada kawan-kawan "Suatu hari nanti aku dapat naik kapal terbang tu...". Kawan-kawan hanya gelakkan aku sahaja. 

Semenjak itu aku memasang impian akan menaiki kapal terbang pada suatu hari nanti. Aku telah menaiki pesawat MAS boeng 747 ke Sabah. Kini impian aku telah tercapai walaupun terpaksa memotong gaji beberapa bulan untuk membayarnya... hahhahahah.. 

Jumaat, 20 Jun 2008

Aku Mendapat Cahaya Mata yang Pertama



Nur Atikah semasa berumur seminggu

Setelah dua tahun melayari bahtera rumah tangga, akhirnya isteriku disahkan mengandung oleh doktor di klinik Fauziah Ampang. Seluruh keluarga aku dan isteri cukup merasa gembira. Sejak itu aku menjaga isteri dengan baik. Setelah genap sembilan bulan, di pagi 3hb April 1997, isteri aku mengadu sakit perut. Akupun dengan pantas menghantar isteri ke Hospital Besar Kuala Lumpur menggunakan teksi jiran. 

Seharian aku resah menunggu isteri di wad bersalin HKL namun isteriku tetap juga tidak menunjukkan tanda-tanda hendak bersalin. Menurut doktor, baby di dalam perut masih tidak mahu turun. Namun doktor akan cuba mengeluarkan baby secara normal dengan kaedah terapi. Aku cukup gelisah menunggu di luar bilik bersalin bersama-sama suami-suami yang lain. Apabila jam menunjukkan jam 7.00 malam, aku terpaksa pulang kerana kerana waktu melawat sudah tamat.

Pada jam 11.00 malam, doktor menalefon mengatakan isteri aku terpaksa menjalani pembedahan. Aku dikehendaki datang ke HKL kerana perlu menandatangani satu surat persetujuan pembedahan. Alhamdulillah, tepat jam 12.00 malam isteri aku telah selamat menjalani pembedahan dan melahiran cahaya mata aku yang sulung. Aku mendapat baby perempuan yang comel seberat 3.3 kilogram. Namun hanya keesokan paginya barulah aku dapat menatap wajah comel baby yang comel itu dan kemudian mengqamadkanya.

Semenjak itu aku sering berulang-alik ke wad bersalin HKL kerana isteri dan baby aku di tahan di wad selama empat hari. Baby aku mengalami masalah kerana kepalanya tidak boleh berpaling ke sebelah kanan. Doktor perlu merawat leher baby aku dengan kaedah fisioterafi. Setelah empat hari berada di wad, isteri dan baby aku dibenarkan pulang. Walaupun dibenarkan pulang, kami perlu membawa baby ke HKL setiap minggu kerana merawat leher baby aku. Setelah beberapa bulan berulang-alik dari HKL, akhirnya kepala baby aku boleh berpaling ke sebelah kiri dan ke kanan... alhamdulillah.

Setelah berbincang dengan isteri seperti yang dirancang, kami bersetuju menamakan baby kami dengan nama Nur Atikah. Kami mendapat nama ini melalui sebuah buku yang bermaksud lebih kurang 'cahaya yang gagah berani'. Ramai rakan-rakan yang mengatakan nama ini aku ambil sempena nama bekas rakan setugas aku di bahagian keselamatan dulu iaitu puan Eatikah. Sebenarnya tidak itu hanyalah suatu kebetulan sahaja.

Khamis, 19 Jun 2008

Aku Bertugas di Bahagian Reka Bentuk


Aku sedang bertugas

Pada awal tahun 1995, ramai pelukis tersohor DBP seperti Imuda, Fazrul, Meo, Saiful, Zawawi, Rosli dan Khazim telah meletakkan jawatan kerana mendapat tawaran yang lebih menarik di tempat lain. Oleh kerana itu banyak kekosongan jawatan pelukis di DBP. Di atas galakan rakan-rakan, aku telah mengambil dan mengisi borang jawatan kosong tersebut. Aku telah lulus dalam ujian melukis dan layak menghadiri temuduga. Pada 15hb Mei 1995, Aku diterima sebagai pelukis bersama Wan Norisham, Rozlin dan Zafran. Aku di tempatkan di unit koporat di Bahagian Reka Bentuk (BRB). Rasa gembira memang tidak terkata kerana dengan kerjaya baru ini saya dapat mengembangkan lagi bakat dalam bidang lukisan.

Aku memang minat melukis sejak di bangku sekolah rendah lagi. Aku turut mendapat galakan untuk terus melukis daripada keluarga dan rakan-rakan.

Aku bersama ilustrator Gopa

Aku ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Ada seorang rakan setugas yang membodek boss dengan menjatuhkan orang lain. Akibatnya aku jadi mangsa. Semenjak itu hubungan aku dengan boss tidak 'ngam'. Boss memasang spy untuk mencari kesalahan aku. Aku sengaja diberi aku kerja yang mudah dan tidak mencabar. Akibatnya markah prestasi (SKT) aku agak rendah dan tidak disahkan jawatan. Setelah lima tahun, akhirnya aku disahkan jawatan juga itupun setelah campur tangan dari Bahagian Personel.

Peristiwa yang paling aku tidak dapat lupakan apabila boss meminta aku mencari kerja lain kerana beliau mengatakan aku tidak layak berkerja di Bahagian Reka Bentuk (BRB). Dengan bengangnya aku segera naik ke tingkat empat dan berjumpa dengan pegawai personel. Aku bertanya bagaimana mahu kembali kejawatan jawatan pengawal keselamatan. Pegawai personel tersebut pada mulanya agak terperanjat kerana kes ini agak luar biasa dan belum pernah terjadi sebelum ini. Pegawai personel tersebut hanya tersenyum dan berkata, dia akan cuba membantu. Mujurlah rakan setugas, Siganaga menasihati aku supaya membatalkan sahaja niat tersebut. Beliau memberi kata-kata perangsang dan semangat dengan mengatakan kata-kata boss itu hanyalah sebagai satu cabaran sahaja. Terima kasih Siganaga dan akupun sahut cabaran itu.

Aku ingatkan hanya aku seorang sahaja yang tidak 'ngam' dengan boss, rupa-rupanya ramai lagi staff BRB yang tidak 'ngam' dengan beliau. Bahagian Reka Bentuk (BRB) ketika itu terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan berhaluan kanan, kumpulan berhaluan kiri dan kumpulan atas pagar. Ramai staff tidak 'ngam' dengan boss kerana sebab-sebab tertentu yang berkaitan dengan kelemahan pentadbirannya. Ketika itu Boss sering menerima surat layang yang mengecam cara pentadbirannya. Bahagian BRB bertambah tegang apabila ada staff yang menampal poster di tandas yang mengatakan staff BRB akan mogok jika boss tidak ditukarkan. Oleh itu Pengarah Pentadbiran dan Operasipun memangil kami membuat satu masyuarat tergempar dengan segera. Kekalutan ini tiada penghujungnya sehinggalah BRB diswastakan. 


Aku bersama kartunis Wahidi

Sebenarnya banyak kenangan pahit semasa kerja aku di BRB ini tetapi terlalu sensitif untuk diceritakan kerana tidak mahu menyinggung mana-mana pihak. Kini BRB telah menjadi sejarah di DBP. BRB kini telahpun diswastakan.

Rabu, 18 Jun 2008

Aku di Hari Pernikahan



Aku di malam pernikahan

Sebenarnya aku merancang hendak mendirikan rumah tangga apabila usia mencecah tiga puluh tahun iaitu kira-kira lima tahun lagi. Apabila sudah bertunang, aku meminta tempoh dua tahun lagi. Kita hanya mampu merancang hanya Allah yang menentukan. Dari dua tahun menjadi tiga bulan sahaja. Di atas nasihat kawan-kawan dan keluarga yang menasihatkan aku supaya melangsungkan majlis perkahwinan serentak dengan anak saudara iaitu Abd. Aziz anak kepada kak Minah. Bila difikir-fikirkan kembali, bagus juga dapat aku save budget!!... huhuhhh


Aku di hari persandingan

Pada malam 20hb Januari 1995 aku telah melangsungkan pernikahan di rumah bapa mertua selepas sembahyang Isyak. Aku di nikahkan oleh iman Kampung Tasek iaitu ustaz Osman dengan tiga kali lafaz sahaja. Aku agak "gabra" juga pada malam itu kerana ramai tetamu dari pihak isteri. Semua mata tertumpu kepada aku ketika itu. Majlis di malam itu cukup meriah kerana diterangi oleh cahaya lampu limpah  fhotographer fro dan camera video. Cuma tidak ramai keluarga aku yang datang kerana sebahagian keluarga yang lain mengiringi majlis pernikahan anak saudara pada hari yang sama di Sungai Besar. Di malam itu juga diadakan majlis doa selamat, berinai dan menepung-tawar sehingga jam 12 tengah malam. 

Terima kasih kepada rakan setugas iaitu en. Shahrudin, Khantan dan Wahab kerana menemani aku di majlis pernikahan. Korang sahajalah yang dikatakan "sahabat sejati" kerana datang walaupun tanpa dijemput. Bukan aku sengaja, aku terlupa hendak menjemput korang semua kerana terlalu sibuk menguruskan pelbagai hal ketika itu. Maafkanlah aku kepada rakan-rakan setugas yang lain sehingga merajuk tidak mahu datang ke majlis aku.

Esoknya 21hb Januari 1995 diadakan majlis kenduri dan majlis persandingan di rumah bapa mertua Kampung Tasek. Majlis itu sungguh meriah kerana ramai tetamu yang datang. Aku disandingkan selepas waktu Zohor. Kemudian ditepung-tawar dan makan beradap. Sebelah malam diadakan pula majlis memotong kek dan membuka hadiah yang disaksikan oleh keluarga terdekat sahaja. Terima kasih kepada en. Wahab, rakan setugas aku kerana menjadi penggapit aku di majlis yang bersejarah itu.


Seminggu kemudian diadakan pula majlis kenduri di Sungai Besar pula. Majlis itu diadakan di rumah Kak Minah iaitu kakak aku yang sulung. Kami bersanding bersama-sama pengantin Abd. Aziz dan isteri iaitu anak buah aku di majlis itu. Bapa Mertua telah menyewa sebuah bas untuk membawa keluarga dan orang kampung ke majlis perkahwinan itu. Terima kasih lagi sekali kepada en. Shahrudin, arwah Sharif L, Khantan dan Subdin kerana telah datang dan sama-sama memeriahkan majlis perkahwinan aku di kampung.

Selasa, 17 Jun 2008

Aku Mengikat Tali Pertunangan


Penulis di alam percintaan yang singkat

Pada bulan Jun 1994, aku berkenalan dengan seorang awekz bernama Fauziah melalui seorang kawan (nak cari sendiri, tak reti he...he..). Awekz yang sudi berkenalan dengan aku ini adalah anak jiran sekampung kepada kawan opis aku. Pada mulanya kami berkenalan melalui sekeping gambar kemudian bertukar nombor talepon. Apabila kami bertemu dan bertentang mata, aku terus jatuh cinta pandang pertama.. hu..hu...hu... Setelah berjumpa dengan keluarga dan kedua orang tuanya, aku diminta merisik dan menetapkan tarikh masuk meminang.


Kakak, abang ipar, anak saudara dan bapa saudara di majlis pertunangan

Seluruh keluarga dan saudara-mara agak terperanjat apabila aku menyampaikan hasrat hendak bertunang. Mereka terperanjat kerana aku tiada teman wanita sebelum ini. Merekapun tahu aku memang tidak reti hendak bercouple ni. Walaupun agak terperanjat tetapi mereka serius membantu menyediakan persiapan majlis pertunangan aku. 

Dengan bantuan Kak Nor dan Kak Siti yang membelikan cincin, kek dan mengubah barang-barang hantaran, pada 8hb Oktober 1994 aku menghantar rombongan untuk meminang awekz aku di Ampang Tasek. Rombongan aku yang di ketuai oleh arwah pak usu, abang ipar, kakak dan anak-anak saudara. Rombongan kami telah disambut mesra oleh pihak tuan rumah. Abang Sabri sebagai jurucakap kami telah membuka bicara untuk meminang anak gadis tuan rumah. Pihak perempuan telah bersetuju dan menerima pinangan dengan meminta wang hantaran bernilai RM2000 serba-satu. Pihak kami meminta tempoh selama dua tahun untuk diijabkabulkan. Setelah kedua-dua pihak telah bersetuju, maka Kak Minahpun menyarungkan cincin belah rotan di jari manis tunang aku.


Kami di hari pertunangan

Terima kasih kepada Kak Nor dan Kak Siti yang banyak membantu aku membelikan cincin, barang-barang hantaran dan mengubah cantik barang-barang tersebut. Terima kasih kepada Abang Sabri kerana menjadi wakil juru cakap semasa majlis meminang. Terima kasih juga kepada pak usu, kakak dan anak-anak saudara kerana turut serta menjayakan majlis peminangan tersebut. Tanpa korang semuanya majlis ini tidak akan berjaya dengan sepenuhnya. Terima kasih bebanyak!!

Isnin, 16 Jun 2008

Aku Berpindah ke Bandar Tun Razak


Penulis di rumah pangsa Sri Kota, Bandar Tun Razak

Pada tahun 1988, Kak Siti berpindah rumah ke Bandar Tun Razak kerana abang ipar dapat menyewa rumah pangsa DBKL di situ. Demi untuk menjimatkan kos, akupun turut berpindah ke rumah tersebut. Memang menjimatkan kerana makan-minum telah disediakan dengan pakaian dibasuh sekali, aku hanya perlu membayar kepada kak Siti rm100 sebulan. 

Ketika itu Bandar Tun Razak masih tiada LRT lagi. Aku terpaksa menaiki bas ke tempat kerja. Aku menaiki bas Tong Fong bernombor 123 ke Jalan Silang dengan teket berharga rm 1.20. Kemudian aku menaiki bas mini bernombor 33 dengan teket berharga lima puluh sen ke Muzium Negara pula. Walaupun mengambil masa yang lama dan sangat meletihkan tetapi amat happy dan enjoy kerana menaiki bas yang penuh-sesak boleh bergesel dengan awekz. Ketika berebut-rebut menaiki bas, pastinya aku tergesel dengan awekz-awekz yang cun... he..he...he..

Tetapi apabila aku berkerja DBP, aku tidak menaiki bas lagi kerana bas ke DBP agak susah. Bas Serijaya bernombor 13 hanya muncul sejam sekali. Apabila bas tersebut terlepas bermakna aku terpaksa menapak dari Kotaraya ke DBP. Aku terpaksa membeli sebuah motosikal Suzuki RC80 dengan load DBP sebanyak rm3000.00 dengan potongan gaji selama lima tahun.


Penulis di rumah sewa sepupu iaitu Rosli dan Jef di Segambut

Semasa aku tinggal di Bandar Tun Razak, aku sering lepak di rumah sepupu iaitu Rosli, Roslan dan Jefry di Segambut Dalam. Apabila di hari cuti am atau hujung minggu kami sering keluar bersiar-siar di sekitar Petaling Jaya atau Kuala Lumpur. Kadang-kala kami keluar bersiar-siar hingga ke Genting Higlands untuk menikmati udara yang segar dan sejuk. Kenangan kami yang paling menyeronokkan ketika menyaksikan konsert live Wings dan Search di Stadium Negara. Ketika itu kumpulan Search dan Wings tengah top. Manakala harga teketnya pula agak mahal. Mujurlah kami dapat masuk free kerana pejabat sepupu aku berada di dalam bangunan Stadium Negara. Jika ada sebarang konsert rock, pasti kami tidak miss datang untuk menyaksikannya. Lagipun kami memang berimejkan rockers cuma hanya rambut sahaja pendek kerana tututan kerja.

Jika mereka berkerja atau ada masalah-masalah lain, aku akan keluar bersendirian di sekitar Kuala lumpur. Tempat-tempat menjadi tumpuan aku ketika itu adalah Pertama Kompleks, Jalan Tengku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, Petaling Streat, Kota Raya, Central Market dan panggung-panggung wayang di sekitar ibu kota untuk menonton movie-movie terbaru. Jika musim bolasepak Piala Malaysia sedang berlangsung, aku sering menonton dan memberi sokongan kepada team Selangor yang bermain di Stadium Merdeka. Jika dapat cuti, aku akan mengikuti Kelab Penyokong Selangor untuk menyokong team bolasepak Selangor bermain di luar Lembah Klang.


Penulis bersama rosli di Genting Higland

Apabila aku berkerja di DBP, aktiviti bersama sepupu aku semakin berkurangan. Tumpuan aku lebih terarah bersama member-member di bahagian keselamatan DBP pula. En. Shahrudin rakan setugas aku begitu rajin mengadakan pelbagai aktiviti. Antara aktiviti yang kami adakan seperti berkelah di pantai Port Dickson dan melancung ke Cameroon Higlands. Kadangkala aktiviti yang kami lakukan secara spontan dan tidak dirancang. Suatu hari selepas waktu kerja, secara tiba-tiba en. Shahrudin hendak pergi ke Genting Higlands maka dia mengajak kami turut serta ke Genting. 

Hampir setiap bulan kami makan angin dekat Genting. Pernah juga en. Shahrudin mengajak aku dengan menaiki motosikal kapcai pergi berhari raya ke rumah rakan setugas, en. Aidi Paiman di Labis, Johor. Itulah kali pertama aku memandu motosikal menggunakan lebuhraya Utara-Selatan. Dalam perjalanan pulang, setibanya di Melaka hujanpun turun. Kami memandu dalam suasana hujan lebat hingga ke Seremban. Apabila sampai tol Sungai Besi, baju yang aku basah lenjun telahpun kering. Aku memandu tanpa memakai jaket ketika itu.


Penulis dan rakan-rakan berkelah di Sungai Congkak

Kadangkala aku lepak di rumah sewa rakan setugas iaitu Sidek Mohd Alias di Taman Putra, Ampang, Selangor. Oleh kerana Ampang dengan Hulu Langat sudah dekat, kami sering merancang aktiviti perkelahan di Sungai Congkak atau Sungai Gabai. Sebelum bertolak, Sideklah yang rajin memasak untuk menjamu selera di tempat perkelahan nanti. Sidek hanya tahu masak yang simple-simple sahaja seperti mee goreng dan telur dadar. Sidek cukup 'angin' bila aku kata masakkannya masin. Dengan bengangnya Sidek berkata "bila kat Sungai Congkak nanti engkaulah yang paling banyak makan". Sememangnya kami selalu bergurau senda sehingga kadang-kala bermasam muka karana terlebih gurauan.

Apabila selesai memasak, kamipun berkonvoi ke Sungai Congkak dengan kapcai masing-masing. Pada suatu ketika sidek terlibat dengan satu kemalangan. Beliau tertiarap di atas jalan raya kerana motosikalnya bergesel dengan sebuah kereta. Mujurlah beliau tidak mengalami sebarang kecederaan. Oleh kerana cara beliau tertiarap agak kelakar, dengan spotan aku tergelak dan terkata " hai... dah tak sabar nak mandi ke? hingga berkelah di atas jalan raya". Sejak itu Sidek cukup benggang dengan aku hingga memasang satu perangkap. Apabila aku lepak di rumahnya,  Sidek akan meletakkan sebuah kerusi yang kakinya sudah hampir patah dan mengharapkan aku duduk dikerusi tersebut. Suatu hari aku duduk di kerusi tersebut dan terjatuh terduduk di atas lantai. Sidek yang melihat kejadian itu bukan main suka dan berkata " aiks!! dah tak sabar nak mandi ke?". Aku hanya tersenyum dan bersabar sahaja huhuhu...

Apabila kami sudah jemu berkelah di Sungai Congkak atau Sungai Gabai, kami mandi di kolam renang pula. Selalunya kami mandi di kolam renang DBKL di Bandar Tun Razak dengan bayaran rm2.00 sejam. Mandi di kolam renang memang best kerana boleh 'cuci mata' apabila melihat awekz sedang mandi memakai bikini. Kata orang menyelam sambil sambil minum air sekali.... he...he...

Sabtu, 14 Jun 2008

Aku Berkerja di Dewan Bahasa dan Pustaka


Segak tak penulis beruniform?

Pada 02hb September 1990 aku melaporkan diri di bahagian Perjawatan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Aku melaporkan diri bersama-sama Sidek dan Aidi serta pekerja-pekerja baru yang lain. Selepas melaporkan diri di bahagian perjawatan, aku melaporkan diri kepada ketua pengawal pula yang dikenali sebagai 'Pak Long". Setelah berkenalan dengan rakan-rakan setugas, Pak Long meminta aku memulakan tugas di pintu masuk pos dua bersama pengawal berbangsa india iaitu en. Khantan. 

Semasa aku bertugas bersama Khantan, aku cukup benggang dengan dia. Ada ke patut dia buli aku dengan menyuruh membuka dan menutup pintu pagar besi yang besar dan berat itu apabila ada kereta yang hendak keluar-masuk dalam suasana hari hujan lebat. Kemudian dengan muka yang garang dan angkuhnya beliau berkata " Aku berkulit hitam dan hati akupun sama hitam!!". Pada ketika itu aku rasa seperti hendak menjerit " Celaka punya Keling!!" namun aku bersabar sahaja ketika itu. Setelah  beberapa hari aku berkawan dengan Khantan, rupa-rupanya si Khantan ni sungguh baik orangnya. Rupa-rupanya dia sengaja nak raging aku sahaja. Kini bila aku terjumpa dengan Khantan pastinya kami ketawa bila terkenangkan peristiwa itu.


Pasukan keselamatan berkawad di perkarangan bangunan DBP

Berkerja sebagai Pengawal Keselamatan di DBP agak mudah cuma tangungjawabnya agak berat. Jika berlaku sesuatu kes seperti kehilangan atau kecurian, pasti kami didisoal-siasat terlebih dahulu. Tugas pengawal keselamatan sebenarnya mudah sahaja tetapi sengaja disusahkan kerana kami berkerja dengan pesara-pesara tentera. Pegawai keselamatan kami adalah bekas pegawai tentera yang berpangkat kepten bersara manakala penyelia-penyelia keselamatan adalah dari kalangan pesara pegawai tentera yang berpangkat sarjan ataupun sarjan mejar. 

Oleh kerana itu, budaya kerja dan disiplin pengawal keselamatan di DBP seperti ala-ala tentera guga. Setiap bulan kami diwajibkan membuat latihan kawad selama lebih kurang dua jam di perkarangan bangunan DBP. Ada juga dikalangan kami yang terpilih membuat latihan menembak di pusat latihan menembak di sekitar Kuala Lumpur. Mereka yang terpilih ini selalunya bertugas mengiringi pegawai BDP menghantar wang ke Bank. Dari semasa kesemasa, bahagian latihan DBP sering menghantar kami menjalani pelbagai krusus keselamatan di pusat-pusat latihan tertentu.


Penulis bersama en. tahir dan cik Eatikah

Kami berkerja tiga shif iaitu Shif pagi (7 pagi - 3 petang), petang (3 petang - 11 malam) dan malam (11 malam - 7 pagi). Sebenarnya kami cuba menggelak berkerja shif pagi kerana kerjanya agak berat sedikit. Setiap pagi kami perlu menjaga parking lot yang dikhaskan untuk ketua lembaga pengelola, ketua pengarah dan pegawai-pegawai kanan DBP. Bertambah parah lagi jika DBP mengadakan sesuatu majlis seperti majlis perasmian buku baru atau masyuarat lembaga pengelola. 

Suasana menjadi sibuk, kami terpaksa mengawal lalu-lintas dan menyediakan parking untuk VIP. Ada juga beberapa orang staff DBP yang degil, mereka hendak juga parking di tempat yang tidak dibenarkan dan berlakulah satu sedikit pertengkaran kecil. Jika mereka parking juga, terpaksalah kami menjawab kepada kepten pula. Silap hari bulan kami pula mendapat "surat cinta" dari kepten pula... hu..hu..hu. Pada masa itu parking DBP amat terhad, kerana lot parkingnya tidak luas dan staff DBP terpaksa bersaing antara satu sama lain untuk mencari parking lebih selesa. Jika boleh mereka hendak parking kereta di hadapan pintu masuk opis ... he... he... he... staff DBP jangan marah erk.


Penulis bersama Sidek Md. Alias  semasa bertugas di malam majlis jamuan raya

Sungguh banyak kenangan pahit-manis ketika berkerja di sini. Antara kenangan pahit yang masih aku ingat ialah:
  1. Bertugas pada hari raya pertama.
  2. Bertugas pada setiap kali DBP membuat jamuan hari raya. Aku hanya melihat kawan-kawan DBP yang lain menikmati jamuan hari raya.
  3. Penyelia en. Sharif B menuduh aku menghilangkan nombor kunci jam.
  4. Kepten. Amir memarahi aku di hadapan orang ramai kerana meninggalkan kuanter keselamatan. Aku mendapat surat amaran selepas itu.
  5. En. Subdin memarahi aku kerana membawa balik kunci pintu pagar dan store Ulu Klang.
  6. Rakan-rakan setugas yang diketuai oleh en. Fadly dan Sidek mengutuk aku apabila setiap kali pasukan bolasepak Selangor kalah. Mereka menconteng di papan kenyataan dan mengantung poster yang mengutuk pasukan Selangor kalah di bilik rehat pengawal. Aku penyokong nombor satu Selangor pada masa itu. Sekarang sudah tidak minat lagi.
  7. Rakan-rakan setugas mengatakan aku frust apabila puan Eatikah berkahwin dengan Aidi.
  8. En. Sidek sering-kali bermasam-muka dengan aku dengan sebab yang tidak ketahui.
Antara kenangan manis yang masih aku ingat ialah:
  1. Sidek memanggil aku abang ketika sama-sama melaporkan diri di DBP.
  2. Merasuah Pak Long sebungkus teh tarik mamak untuk mendapatkan overtime.
  3. Mengikuti rombongan gang keselamatan yang diketuai oleh en. Shahrudin berkelah di Port Dickson.
  4. Mengikuti rombongan gang keselamatan yang di ketuai oleh en. Shahrudin ke Cameroon Highland.
  5. Sering-kali mengikuti en. Sharudin, Eatikah dan Khantan menikmati udara dingin dan segar di Genting Highland.
  6. Mengikuti rombongan gang keselamatan yang diketuai oleh en. Shahrudin ke rumah kawan-kawan keselamatan secara mengejut ketika suasana raya Aidilfitri.
  7. Sering kali mengusik puan Eatikah yang bertunang secara senyap-senyap dengan Aidi.
  8. Berlumba dengan sidek, siapa paling banyak dapat Overtime. Pernah berkerja lebih 24 jam untuk mendapatkan Overtime.
  9. Sering kali memasuki bahagian Reka Bentuk DBP untuk melihat lukisan dan melihat artis melukis.
  10. Menconteng dengan melukis kartun di pondok pengawal.