Selasa, 24 Jun 2008

Melawat ke Negeri di Bawah Bayu


Aku kali pertama menaiki kapal terbang

Pada pertengahan bulan Mei 1997 aku mengikuti Badan Keluarga BDP pergi melancung ke negeri di Bawah Bayu. Kami pergi ke sana melancung sambil berkerja. Disamping melancung, kami dikehendaki menghadiri majlis perasmian bangunan baru DBP Sabah. Kami diberi cuti tanpa rekod. 

Majlis tersebut disambut dengan meriah kerana pelbagai program diadakan seperti pertandingan sukan dan persembahan kebudayaan antara DBP Semenanjung, DBP Cawangan Sarawak dan DBP Cawangan Sabah. Disamping itu DBP Cawangan Sabah juga mengadakan pelbagai program dengan tetamu-tetamu DBP Sabah seperti pertandingan membaca puisi, menulis sajak dan lain-lain lagi

Selepas majlis perasmian, kami dibawa melawat  ke tempat-tempat menarik di sekitar bandar Kota Kinabalu seperti Pasar Filipina, Kundangsang, Kaki Gunung Kinabalu, Taman Laut Sabah, Pulau Manukan dan Kota Belud. Kami amat terpesona ketika berada di negeri ini kerana flora dan faunanya masih terpelihara. 

Sepanjang dalam perjalanan ke Gunung Kinabalu, Kami dapat menyaksikan pemandangan indah dengan bentuk muka buminya yang bergunung-ganang. Didalam pertengahan perjalanan, kami sempatlah singgah di Jambatan Tamparuli untuk bergambar kenangan. Apabila berada di kaki Gunung Kinabalu, kami dapat menikmati udara segar lagi dingin. Kami juga menikmati makanan tengahari berlaukkan kari ayam yang sungguh lazat di restoran Kinabalu Balsam. Dalam perjalanan pulang kami sempat membeli belah di pekan Kundangsang. Aku membeli sebotol madu untuk tenaga dalaman... huhuh...

Keindahan Taman Laut di Sabah memang sudah terkenal di seluruh dunia. Ramai pelancung dari dalam dan luar negeri yang datang melawat ke Taman Laut ini. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk menikmatinya. Kami di bawa menaiki bot ke Pulau Manukan. Suspen juga naik bot ini kerana dipandu dengan laju. Aku terpaksa berpaut ditiang bot sepanjang perjalanan. Mungkin sudah biasa, aku lihat semua penumpang tempatan tenang sahaja. 

Mereka hanya tersenyum melihat gelagat kami yang ketakutan. Dalam setengah jam perjalanan, kamipun sampai ke Pulau Manukan. Kami terpegun dengan keindahan pantai di pulau ini. Airnya sungguh jernih hingga dapat melihat batu karang yang cantik dan ikan Neemo yang bebas berenang-renang. Ramai pelancung yang mandi, berenang dan bersnorkling di sini termasuk aku.

Membeli-belah di KK juga agak murah. Terutama di Pasar Filipina, Kita boleh membeli rantai mutiara dengan harga hanya RM10 sahaja. Bermacam-macam barang termasuk barang antik dijual di pasar ini. Jika kita pandai tawar-menawar, kita dapat membeli dengan harga yang murah. Aku hanya membeli beberapa helai baju tshirt  Sabah sebagai tanda kenangan.


Aku berlatar belakangkan Gunung Kinabalu

Semasa aku di zaman kanak-kanak, melihat kapal terbang adalah sesuatu yang amat luar biasa. Pada masa itu hendak melihat kereta memasuki kampungpun susah. Tidak ramai orang kampung aku yang mampu memiliki motosikal. Kebanyakannya mereka hanya berbasikal sahaja. 

Masih lagi aku teringat, semasa berada di tengah-tengah sawah kami bersorak terlompat-lompat kegembiraan apabila melihat kapal terbang lalu di ruang angkasa kampung kami. Kami melambai-lambai hingga kapal terbang tersebut hilang dari pandangan. Ketika itu, aku pernah berkata kepada kawan-kawan "Suatu hari nanti aku dapat naik kapal terbang tu...". Kawan-kawan hanya gelakkan aku sahaja. 

Semenjak itu aku memasang impian akan menaiki kapal terbang pada suatu hari nanti. Aku telah menaiki pesawat MAS boeng 747 ke Sabah. Kini impian aku telah tercapai walaupun terpaksa memotong gaji beberapa bulan untuk membayarnya... hahhahahah.. 

Tiada ulasan: