Sabtu, 14 Jun 2008

Aku Berkerja di Dewan Bahasa dan Pustaka


Segak tak penulis beruniform?

Pada 02hb September 1990 aku melaporkan diri di bahagian Perjawatan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Aku melaporkan diri bersama-sama Sidek dan Aidi serta pekerja-pekerja baru yang lain. Selepas melaporkan diri di bahagian perjawatan, aku melaporkan diri kepada ketua pengawal pula yang dikenali sebagai 'Pak Long". Setelah berkenalan dengan rakan-rakan setugas, Pak Long meminta aku memulakan tugas di pintu masuk pos dua bersama pengawal berbangsa india iaitu en. Khantan. 

Semasa aku bertugas bersama Khantan, aku cukup benggang dengan dia. Ada ke patut dia buli aku dengan menyuruh membuka dan menutup pintu pagar besi yang besar dan berat itu apabila ada kereta yang hendak keluar-masuk dalam suasana hari hujan lebat. Kemudian dengan muka yang garang dan angkuhnya beliau berkata " Aku berkulit hitam dan hati akupun sama hitam!!". Pada ketika itu aku rasa seperti hendak menjerit " Celaka punya Keling!!" namun aku bersabar sahaja ketika itu. Setelah  beberapa hari aku berkawan dengan Khantan, rupa-rupanya si Khantan ni sungguh baik orangnya. Rupa-rupanya dia sengaja nak raging aku sahaja. Kini bila aku terjumpa dengan Khantan pastinya kami ketawa bila terkenangkan peristiwa itu.


Pasukan keselamatan berkawad di perkarangan bangunan DBP

Berkerja sebagai Pengawal Keselamatan di DBP agak mudah cuma tangungjawabnya agak berat. Jika berlaku sesuatu kes seperti kehilangan atau kecurian, pasti kami didisoal-siasat terlebih dahulu. Tugas pengawal keselamatan sebenarnya mudah sahaja tetapi sengaja disusahkan kerana kami berkerja dengan pesara-pesara tentera. Pegawai keselamatan kami adalah bekas pegawai tentera yang berpangkat kepten bersara manakala penyelia-penyelia keselamatan adalah dari kalangan pesara pegawai tentera yang berpangkat sarjan ataupun sarjan mejar. 

Oleh kerana itu, budaya kerja dan disiplin pengawal keselamatan di DBP seperti ala-ala tentera guga. Setiap bulan kami diwajibkan membuat latihan kawad selama lebih kurang dua jam di perkarangan bangunan DBP. Ada juga dikalangan kami yang terpilih membuat latihan menembak di pusat latihan menembak di sekitar Kuala Lumpur. Mereka yang terpilih ini selalunya bertugas mengiringi pegawai BDP menghantar wang ke Bank. Dari semasa kesemasa, bahagian latihan DBP sering menghantar kami menjalani pelbagai krusus keselamatan di pusat-pusat latihan tertentu.


Penulis bersama en. tahir dan cik Eatikah

Kami berkerja tiga shif iaitu Shif pagi (7 pagi - 3 petang), petang (3 petang - 11 malam) dan malam (11 malam - 7 pagi). Sebenarnya kami cuba menggelak berkerja shif pagi kerana kerjanya agak berat sedikit. Setiap pagi kami perlu menjaga parking lot yang dikhaskan untuk ketua lembaga pengelola, ketua pengarah dan pegawai-pegawai kanan DBP. Bertambah parah lagi jika DBP mengadakan sesuatu majlis seperti majlis perasmian buku baru atau masyuarat lembaga pengelola. 

Suasana menjadi sibuk, kami terpaksa mengawal lalu-lintas dan menyediakan parking untuk VIP. Ada juga beberapa orang staff DBP yang degil, mereka hendak juga parking di tempat yang tidak dibenarkan dan berlakulah satu sedikit pertengkaran kecil. Jika mereka parking juga, terpaksalah kami menjawab kepada kepten pula. Silap hari bulan kami pula mendapat "surat cinta" dari kepten pula... hu..hu..hu. Pada masa itu parking DBP amat terhad, kerana lot parkingnya tidak luas dan staff DBP terpaksa bersaing antara satu sama lain untuk mencari parking lebih selesa. Jika boleh mereka hendak parking kereta di hadapan pintu masuk opis ... he... he... he... staff DBP jangan marah erk.


Penulis bersama Sidek Md. Alias  semasa bertugas di malam majlis jamuan raya

Sungguh banyak kenangan pahit-manis ketika berkerja di sini. Antara kenangan pahit yang masih aku ingat ialah:
  1. Bertugas pada hari raya pertama.
  2. Bertugas pada setiap kali DBP membuat jamuan hari raya. Aku hanya melihat kawan-kawan DBP yang lain menikmati jamuan hari raya.
  3. Penyelia en. Sharif B menuduh aku menghilangkan nombor kunci jam.
  4. Kepten. Amir memarahi aku di hadapan orang ramai kerana meninggalkan kuanter keselamatan. Aku mendapat surat amaran selepas itu.
  5. En. Subdin memarahi aku kerana membawa balik kunci pintu pagar dan store Ulu Klang.
  6. Rakan-rakan setugas yang diketuai oleh en. Fadly dan Sidek mengutuk aku apabila setiap kali pasukan bolasepak Selangor kalah. Mereka menconteng di papan kenyataan dan mengantung poster yang mengutuk pasukan Selangor kalah di bilik rehat pengawal. Aku penyokong nombor satu Selangor pada masa itu. Sekarang sudah tidak minat lagi.
  7. Rakan-rakan setugas mengatakan aku frust apabila puan Eatikah berkahwin dengan Aidi.
  8. En. Sidek sering-kali bermasam-muka dengan aku dengan sebab yang tidak ketahui.
Antara kenangan manis yang masih aku ingat ialah:
  1. Sidek memanggil aku abang ketika sama-sama melaporkan diri di DBP.
  2. Merasuah Pak Long sebungkus teh tarik mamak untuk mendapatkan overtime.
  3. Mengikuti rombongan gang keselamatan yang diketuai oleh en. Shahrudin berkelah di Port Dickson.
  4. Mengikuti rombongan gang keselamatan yang di ketuai oleh en. Shahrudin ke Cameroon Highland.
  5. Sering-kali mengikuti en. Sharudin, Eatikah dan Khantan menikmati udara dingin dan segar di Genting Highland.
  6. Mengikuti rombongan gang keselamatan yang diketuai oleh en. Shahrudin ke rumah kawan-kawan keselamatan secara mengejut ketika suasana raya Aidilfitri.
  7. Sering kali mengusik puan Eatikah yang bertunang secara senyap-senyap dengan Aidi.
  8. Berlumba dengan sidek, siapa paling banyak dapat Overtime. Pernah berkerja lebih 24 jam untuk mendapatkan Overtime.
  9. Sering kali memasuki bahagian Reka Bentuk DBP untuk melihat lukisan dan melihat artis melukis.
  10. Menconteng dengan melukis kartun di pondok pengawal.

Tiada ulasan: