Jumaat, 27 Jun 2008

Merehatkan Minda di Pulau Pangkor


Isteri anak di tepi pantai bersama perahu layar

Beberapa sebulan pemergian bapa mertua ke Rahmatullah, keluarga kami masih lagi bersedih terutamanya anak kami Nur Atikah yang sentiasa merindui datuknya. Sememangnya anak kami sangat manja dengan datuknya. Untuk menghilangkan kesedihan dan kerinduan, kamipun merancang untuk merehatkan minda di tempat-tempat menarik yang berhampiran seperti di Pulau Pangkor


Anak beranak bercanda di tepi kolam renang Hotel Pan Pacific Resort.

Kebetulan aku memenangi pakej percutian tiga hari dua malam ke Pulau Pangkor dari peraduan susu F&N yang bernilai RM500. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, pada pertengahan bulan April 2000 kami sekeluarga melancung ke Pulau Pangkor.


Nur Atikah bergaya di tepi pantai

Inilah kali pertamanya kami menjejakkan kaki ke Pulau Pangkor ini. Ternyata keindahannya telah menarik minat kami untuk berkongsi pengalaman selama di sana. Alhamdulillah sebagai pemenang peraduan, aku tidak perlu membayar apa-apa kerana kesemuanya telah ditanggung oleh pihak syarikat F&N. Banyak aktiviti yang dibuat termasuklah snorkelingbanana boat(bayar sendiri), BBQ dan macam-macam lagi aktiviti pantai yang dilakukan.


Penulis mencari ketenangan di tepi pantai

Bagi kami Pulau Pangkor menjanjikan percutian yang menjadi kenangan dalam hidup anda kerana keindahan semulajadi pantai dan lautnya. Selain aktiviti di Pulau Pangkor, aktiviti di jeti pula amat menyeronokkan. Apa tidaknya, kami memborong sakan ikan masin dan hasil laut yang lain. Yang penting aku dapat membeli t-shirt Pulau Pangkor untuk dijadikan kenangan.

Tiada ulasan: