Khamis, 26 Jun 2008

Bapa Mertuaku Telah Kembali ke Rahmatullah


Allahyarham Hj Jaafar Abdullah bersama cucunya, Nur Atikah.

Selepas membacakan doa selamat sempena menyambut ulang tahun anakku yang ke dua tahun, pada tarikh 5hb April 1999, jam 9 malam, bapa mertuaku mengadu sakit perut yang teramat sangat. Kami terus membawa beliau ke hospital HUKM. Setibanya di hospital HUKM, sepasukan doktor terus merawat dan mengesahkan beliau mengidap penyakit barah usus yang serius. Menurut doktor, bapa mertuaku perlu menjalani satu pembedahan pada keesokan harinya. Setelah menjalani satu pembedahan, akhirnya di atas kehendak yang Maha Esa, bapa mertuaku telah menghembuskan nafas terakhirnya pada tarikh 6hb april 1999, jam 11.00 pagi. 

Alhamdulilah, jenazah telah selamat di kebumikan pada hari itu juga selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang. Selangor.

Semoga arwah bapa mertuaku diampuni dosanya dan dicucuri rahmatNya serta tergolong di kalangan orang-orang beriman dan bertakwa. Amin...

Bapa mertua merupakan bapa yang terbaik bagi kami sekeluarga. Kehilangannya amat dirasai oleh kami terutamanya anak tunggal aku, Nur Atikah yang begitu manja dengan datuknya. Doakan kami sekeluarga sentiasa tabah, sabar dan redha menerima kehilangan ini.

Cuma yang agak menyedihkan, semasa arwah masih hidup, hubungan kekeluargaan anak-anak arwah amat baik tetapi menjadi sebaliknya apabila arwah sudah tiada. Ini adalah kerana masalah harta pusaka tidak selesai-selesai. Moralnya: kepada sesiapa yang mempunyai banyak harta, cepat-cepatlah memberi wasiat supaya tidak menimbulkan masalah dikemudian hari.

Tiada ulasan: