Khamis, 12 Jun 2008

Aku di alam perkerjaan


Penulis bergambar bersama tukang kebun di sebuah sekolah agama di Sabak Bernam

Sementara menunggu keputusan SPMV pada penghujung tahun 1986, aku menjadi penganggur buat sementara. Aku hanya membantu abang ipar mengerjakan sawah dan membuat kerja-kerja kampung sahaja. Suatu hari kak Nor dari Kuala Lumpur memberi tahu syarikat di tempat kerjanya ada kerja kosong. Katanya kerja itu sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah agama di Sabak Bernam dengan gaji RM 330.00 sebulan. 

Oleh kerana pada masa itu susah hendak mencari kerja, maka aku terima sahaja apa jenis kerja. Pada bulan Disember 1986 aku memulakan tugas sebagai pengawal keselamatan di sekolah tersebut. Akupun menyewa sebuah rumah yang berhampiran dengan kadar sewaan rm 100.00 sebulan. Kebetulan pula ada seorang rakan hendak menjual motosikal kapcainya. Untuk memudahkan aku berulang-alik ke tempat kerja, akupun membelinya motosikal Yamaha CDI80 itu dengan harga rm 300.00 dengan dua kali bayar.

Aku berkerja dua shif iaitu pagi dan petang selama 12 jam setiap shif. Aku ditugaskan menjaga keselamatan harta benda, keselamatan murid dan keselamatan kawasan sekolah. Disamping itu aku memastikan keluar-masuk penghuni asrama mesti mendapat kebenaran dari pihak warden asrama. Aku juga diminta memanggil penghuni asrama apabila ada ibu-bapa ingin berjumpa anak mereka pada hari cuti. Pada waktu tertentu aku dikehendaki meronda kawasan sekolah untuk memastikan tiada penceroboh yang masuk ke kawasan sekolah.

Sungguh kelakar apabila ada pelajar-pelajar perempuan memanggil aku "pakcik" sedangkan ada dikalangan mereka yang lebih tua dari aku, contohnya pelajar tingkatan enam atas yang berumur 19 tahun. Waduh!!... terasa sangat diri ni macam dah tua sedangkan aku baru 18 tahun pada masa itu. Ada juga pelajar-pelajar dari kalangan bekas rakan sekelas aku semasa sekolah rendah dahulu. Pada mulanya mereka agak terkejut juga melihat aku namun lama-kelamaan mereka faham. Cuma aku sahaja termalu sedikit he...he... 

Namun begitu aku berkerja di sekolah ini tidak lama. Mungkin pada masa itu aku masih lagi muda, tiada pengalaman dan prestasi kurang memuaskan, pihak pentadbir sekolah tidak berpuas hati, maka pihak syarikat terpaksa memindahkan aku di tempat baru iaitu di Sungai Besar. Bila terkenangkan peristiwa itu, aku tersenyum sendiri. Memang patutpun aku dipindahkan. Aku memang tidak sesuai bertugas di sekolah itu.


Penulis bergambar kenangan bersama Din Pak Abu dan Rosli di Sungai Besar

Pada April 1987, aku memulakan tugas di Sungai Besar. Aku dikehendaki menjaga keselamatan kawasan perumahan yang belum diduduki. Aku bertugas bersama 3 rakan yang lain iaitu wak Botak, Rosli dan Din Pak Abu. Kerja di sini agak senang dan menyeronokkan kerana kami bebas ke sana ke mari, tidak perlu memakai uniform kerana pegawai pemantau hanya datang sebulan sekali itupun semasa hendak menghantar gaji. Kami tidak perlu menyewa rumah kerana kami tinggal di rumah yang kami jaga. Bila dikenang kembali, kesian sungguh tuan rumah yang kami duduki ini kerana membeli rumah yang second hand .... he... he

Hampir setiap petang, tidak kiralah waktu kerja atau tidak, pastinya kami lepak bersama pemuda-pemuda Kampung Nelayan, Sungai Besar. Kami selalunya lepak di tembok yang berhampiran dengan tempat kerja kami. Pelbagai aktiviti yang kami lakukan diantaranya adalah bermain gitar, menyanyi, berborak mengenai isu semasa, mengusik awekz yang lalu-lalang dan bermacam-macam lagi. Pada sebelah malamnya kami selalu lepak dan makan nasi lemak di benteng Sungai Besar. Kami selalu makan di situ kerana anak-anak dara yang melayan kami sungguh mesra dan cun ... he ... he... Kadang kala ada juga aktiviti mereka yang tidak bermoral seperti membeli dan menghisap ganja tetapi aku tidaklah terpengaruh. Alhamdulillah iman aku masih kuat.

Aku berkerja di sinipun tidak lama. Setelah beberapa bulan berkerja, projek perumahan yang kami jaga telah siap sepenuhnya dan layak diduduki oleh pembeli. Maka kontrak syarikat dengan pemaju telah ditamatkan dan akupun berpindah ke Petaling Jaya untuk menyambung perkerjaan.


Penulis bergambar kenangan bersama en. Razak semasa bertugas di Sungai way, P. Jaya 

Sekitar bulan Ogos 1987 aku berpindah ke Petaling Jaya, selangor. Aku tinggal di rumah kak Siti di Jalan Klang Lama. Aku masih lagi berkerja di syarikat yang sama. Aku ditugaskan menjaga keselamatan dibeberapa buah kilang di sekitar Petaling Jaya. Kalau tidak silap ada tiga atau empat buah kilang yang pernah aku jaga diantaranya yang aku ingat, kilang elektronik Statsym di Sungai Way.

Berkerja di kilang ini agak meletihkan. Setiap hari kami dikehendaki menyemak nombor invois setiap kali barang-barang hendak keluar atau masuk dari kilang. Jika tiada barang keluar atau masuk, kami dikehendaki mengadap CCTV untuk memastikan keadaan kilang sentiasa dalam keadaan selamat dan terkawal. Jika berkerja shif malam, kami seperti operator talepon kerana perlu menjawap segala panggilan dan memanggil pegawai kilang berkenaan. Setiap beberapa jam kami dikehendaki memasuki kawasan operasi kilang untuk berjumpa dengan penyelia shif untuk mendapatkan tanda tangannya sebagai tanda mengesahkan bahawa kami telahpun meronda kawasan kilang. Semua ini adalah arahan dari pegawai keselamatan kilang tersebut iaitu Pak Razak.

Antara peristiwa yang tidak dilupakan apabila aku terbawa balik segala kunci kilang ke rumah. Kata Razak kawan satu shif aku, kilang menjadi kecoh kerana pekerja shif pagi tidak dapat masuk dan pekerja shif malam tidak dapat pulang. Pihak syarikat tidak dapat mengesan tempat tinggal aku. Mahu tidak mahu pihak kilang terpaksa mengergaji pintu pagar keluar masuk kilang. Akibatnya kilang lambat beroperasi dan mengalami kerugian walaupun lewat beberapa minit sahaja. Pelik sungguh kenapa kilang tiada kunci pendua ketika itu. Selang beberapa hari kemudian aku dapat surat amaran yang pertama dari pihak syarikat.... huhuhuhhh

Di sinilah aku berkenalan dengan sahabat baik iaitu en. Abdul Razak bin Cek Leh. Aku selalu berkerja satu shif dengan dia. Beliau merupakan seorang yang kelakar, peramah dan periang. Memang gamat sesuasa bila berkerja satu shif dengan dia. Kami sentiasa bergurau senda dan bertepuk tampar. Sungguh kelakar, pada ketika itu beliau sungguh bangga berkerja sebagai pengawal keselamatan. Berliau kata pengawal keselamatan adalah polis nombor dua ... ha... ha... Aku pernah mengikuti dia pulang ke kampungnya di Alor Pungsu Perak. Aku agak rapat dengan keluarganya. Menurut emaknya, Razak ni memang gatal. Sebab itulah dia ramai awekz... ha... ha... ha... Sehingga kini aku masih berhubungan dia. Difahamkan beliau sekarang mempunyai tiga isteri dan menjadi agen pekerja asing sekarang.

Aku berkerja kilang di Statsym tidak lama. Hanya bertahan dua bulan sahaja. Aku mendapat tawaran berkerja di Muzium Negara.

Tiada ulasan: