Rabu, 25 Jun 2008

Kali Pertama Berlakon Drama Pentas


Para pelakon dan krew drama pentas "Lembing Awang Pulang ke Dayang"


Aku kali pertama berlakon drama pentas

Pada bulan November 1996, Badan Keluarga DBP telah mengadakan pertandingan drama pentas antara bahagian di Malam Sekalung Seni. Oleh itu Bahagian Reka Bentuk (BRB) juga berminat mengambil bahagian. Bahagian BRB  telah  memilih tajuk "Lembing Awang pulang ke Dayang". Skrip drama ini ditulis dan diarahkan oleh saudara Matt Said Yaacob dan dibantu oleh saudara Cliff Akid Kamijan. Saudara Gopa pula dilantik sebagai guru persembahan. Kami staff baru ketika itu dikehendaki terbabit sebagai pelakon atau krew di dalam drama pentas tersebut.

Antara pelakon yang memegang watak utama ialah Pokleng, Gopa, Zafran dan Aini. Manakala aku, Anjang, Chiks, Faizal, Cobein, Nordin, Eire, Shima dan kak Kam hanyalah sebagai pelakon tambahan sahaja he..he..he. Sementara Staff BRB yang lain menjadi krew seperti Awaludin mengajar kami cara bermain kompang, Wan Norisham dan Kak Ani menjadi make-up artis, Mohas menyumbangkan suara dan pakaian, Bob sebagai peniup bueh sabun, Sinaga pula menjaga lampu serta sound sistem ketika drama sedang berlangsung dan ada beberapa staff lagi yang tidak dapat dinyatakan di sini. Boleh dikatakan hampir kesemua staff terlibat dalam pembikinan drama pentas ini. Sungguh meriah suasa di BRB ketika itu. Taniah diucapkan kepada mereka.

Drama ini mengisahkan Awang dan Dayang yang bercinta semenjak kecil. Apabila Awang keluar merantau, Dayang dipaksa berkahwin dengan Bachok oleh bapanya. Apabila Awang mendapat tahu, Awang mengamuk mengunakan sebatang lembing di majlis perkahwian Bachok dan kekasihnya Dayang. Habis semua tetamu di majlis tersebut ditikamnya kecuali aku. Aku yang berlakon sebagai pengapit Bachok sempat melarikan diri....huhuhuh

Drama ini mendapat tempat ke tiga dari lima kumpulan yang bertanding. Kesemua kumpulan adalah hebat-hebat belaka dan mempunyai kelebihan masing-masing. Kami kalah dengan perbezaan markah yang amat tipis. Kami memenangi hadiah wang tunai sebanyak rm500.00. Wang sebanyak ini kami gunakan untuk menikmati ikan bakar di restoran belakang Istana Negara.

Drama pentas ini meninggalkan kenangan amat manis buat diriku kerana inilah kali pertama dan mungkin kali terakhir aku berlakon di atas pentas....huhuh...

Tiada ulasan: