Sabtu, 28 Jun 2008

Bercuti di Pulau Langkawi


Isteri dan anak penulis di Dataran Langkawi

Selepas beberapa bulan pemergian bapa mertua ke Rahmatullah, anak aku masih merindui datuknya. Keluarga kami masih lagi dalam suasana kesedihan. Pada tarikh 11hb hingga 14hb Febuari 2000, kami sekeluarga berpeluang bercuti ke Pulau Langkawi. Aku sebenarnya memenangi peraduan A&W iaitu pakej percutian bernilai seribu ringgit. Jadi, Langkawilah menjadi pilihan kami. To me Langkawi is a good place for family holiday. Sebelum ini aku pernah pergi ke Langkawi iaitu pada tahun 1992. Antara tempoh berkenaan, banyak juga perubahannya. Kali ini kami pergi bersama abang ipar, isteri dan anaknya.

Sebaik sahaja kami sampai di Jeti Pulau Langkawi, kami terus menyewa sebuah kereta proton Iswara 'buruk' manual. Ah!... siksanya, ditambah pula alat penghawa dingin yang tidak berfungsi. Kami terus ke hotel Burau Bay Resort. Selepas chek-in dan makan tengahari, kami terus ke Makam Mahsuri. Pada masa itu area Makam Mahsuri ini masih lagi dipanggil 'Perkampungan Kedah' tidak seperti sekarang yang sudah diupgradekan sehingga menjadi Kota Mahsuri. Kini dilengkapi dengan Muzium Lagenda Mahsuri, Mini Zoo, Pentas Budaya, pameran batu-batan Langkawi serta beberapa replika mereka yang mempunyai hubung kait dengan Mahsuri.


Keluarga penulis di Makam Mahsuri


Anak dan isteri penulis menyaksikan buaya di Taman Buaya Langkawi

Dari Makam Mahsuri kami terus ke Pekan Kuah untuk bershoping pula. Pada mulanya kami bercadang ke kedai Impian Samudera yang dikatakan barang-barangnya murah, but since ada orang kata taukenya 'keyahudian,' maka tidak jadilah kami pergi. Kami hanya merayau di sekitar Pekan Kuah. Kami hanya membeli cokelat, kain batik dan t-shit sahaja. Kebetulan pada hari tersebut, musim cuti sekolah maka ramailah pelancung yang datang terutamanya di kedai Haji Ismail Group. Kedainya betul-betul mengadap ke laut. Di situ pengunjung boleh membeli pinggan mangkuk imported yang berjenama.


Keluarga penulis di dalam bilik chalet Burau Bay Resort

Isteri dan anak penulis di tepi pantai

Keesokan harinya, kami ke Dataran Langkawi. Suasananya masih tenang seperti dulu. Maklumlah helang batu, hendak berubah macam mana he...he.. Cuma tempat ruangan gerai jualan di situ masih tidak ramai yang berniaga dan macam tidak terurus sebahagiannya. Burung helang inilah yang memberi nama kepada Pulau Langkawi iaitu 'Lang' dari perkataan Helang dan 'Kawi' daripada warnanya yang 'reddish brown.' Tambahan tiada bayaran dikenakan dan terletak berhampiran dengan jeti ferri.

Dari Dataran Langkawi kami menuju ke Telaga Tujuh pula. Telaga Tujuh ini betul-betul berada di atas bukit. Sangat meletihkan apabila menaiki tangga yang setinggi tangga di Batu Caves. Namun keletihan itu akan hilang apabila bermandi-manda di telaga tersebut kerana airnya yang dingin akan menyegarkan badan. Setelah puas mandi dan berenang, kami ke Underwater World pula. Di sini kami dapat melihat berbagai spesis ikan kecil dan besar. Kesemuanya ikan di sini kelihatan cantik-cantik belaka. Pada masa itu Underwater World ini dikatakan yang terbesar di Asia Tenggara, tetapi sekarang difahamkan di KLCC lagi besar.

Selepas puas melihat berbagai jenis ikan, kami melihat buaya pula. Di Taman Buaya ini kami dapat melihat berbagai spesis buaya seperti buaya katak, buaya Tembaga. Walaupun banyak buaya, yang boringnya buaya di sini agak pemalas dan tidak aktif. Buaya ini duduk diam kerana sudah kekenyangan kot. Boring dengan gelagat buaya yang tidak akti, kami terus balik sambil menikmati keindahan pantai serta pelabuhan kapal layar. Kami sempat singgah di Beras Terbakar. Tiada perubahan sangat, kecuali rumput di tapak beras terbakar sudah hampir menetupi keseluruhan permukaannya.


Isteri dan anak penulis berehat di hadapan chalet Burau Bay Resort

Hari terakhir, selepas chek-out, kami pack barang dan terus bershopping buat kali terakhir di Kompleks Jeti. Kemudian kami menunggu ferri untuk menuju ke Kuala Perlis. Kompleks Jeti ini di lengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti ATM, kedai makan dan pelbagai kedai lain untuk last minute shopping sementara menunggu ferri tiba. Di atas kertas katanya perjalanan 45 minit, tetapi rupanya hampir 1 jam 15 minit. Apabila dapat menaiki kereta barulah badan terasa segar dan tidak sabar pulang kembali ke Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: