Rabu, 2 Julai 2008

Karikatur



Aku tertarik dengan artikel Puan Ritah Yahya di dalam blognya yang bertakjuk Menaksir yang Molek. Artikel ini di tulis pada tarikh 23hb Jun 2008 yang lalu. Beliau menulis mengenai isu tentang kartunis dan pelukis karikatur.



Beliau mengatakan kartun dan karikatur adalah satu bentuk seni yang popular dan komunikasi yang unik. Kartun dan karikatur merupakan rekod perwatakan dan kehidupan manusia yang merupakan suara masyarakat. Selain untuk menghibur, fungsi kartun dan karikatur ada kalanya adalah untuk mendidik., "mencuit", mengkritik, merakam, menyindir dan mengolak-alikkan melalui masej yang di sampaikan.

Dalam menghasilkan kartun dan karikatur, kartunis dan pelukis karikatur akan mempamerkan kreativiti, keunikan dan keanekaan lakaran serta bahasa dan bentuk bahasa yang digunakan, sama ada bahasa verbal ataupun bukan bahasa verbal yang sarat dengan humor, sinis, slanga, loghat dan seumpamanya yang disesuaikan dengan tujuan dan masej kartun serta karikatur.



Kendatipun demikian, kartunis dan pelukis karikatur di negara ini seharusnya jelas tentang adab berkarya yang mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, iaitu lakaran kartun dan karikatur serta penggunaan apa-apa sahaja bahasa dan bentuk bahasa untuk menyampaikan masej seharusnya diolah dengan baik, berhemah, bijaksana serta tidak berlebih-lebihan yang menyentuh sensitiviti individu, kaum, budaya agama dan sebagainya.

Apabila aku membaca artikel beliau, aku tersenyum sendiri kerana pada sekitar tahun 1997 hingga 2000 kartun aku pernah tersiar di akhbar Harian Metro. Hampir setiap minggu kartun aku tersiar di akhbar tersebut. Ketika itu aku berkarya bukannya kerana imbuhan yang aku terima tetapi untuk kepuasan hati kerana dapat mengkritik dan menyindir seseorang. Di atas adalah sebahagian daripada kartun aku yang pernah tersiar di akhbar Harian Metro.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sdr. Zul,

Kartun sdr. cukup kelakar tetapi saran dengan sindiran dan kritikan yang bermakna.Mungkin dekat dengan dunia kita. Tahniah lah!

Nama Mat Jhon tu macam biasa ku dengar je ...