Sejak akhir-akhir ini, kami dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan persekolahan. Dahulu kami rakan sekelas ketika sama-sama menuntut di Sekolah Menengah Vokasional Kelang pada tahun 1985 hingga 1986. Dengan usaha seorang rakan, maka banyak perjumpaan telah kami anjurkan. Antaranya pada tahun 2011, hampir 100 orang bekas pelajar SMVK 1985/86 dapat ditemukan. Jika ada masa, sekali sekala kami akan cuba berjumpa, ngeteh bersama-sama di sekitar Shah Alam, Kuala Lumpur atau Ampang.
|
Antara rakan-rakan yang hadir pada petang itu. |
|
Ada diantara kami sudah 27 tahun tidak berjumpa. |
Kelmarin kami membuat pertemuan lagi di Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang, Shah Alam. Kami berjumpa kembali dengan Baharom, Jajuli, Azhari, Shahrul, Syed Hafiz, Hanim, Arifin, Helmi, Furiz, Jannah, Jamsari, Hadi, Jailani, Mutalib dan Rozila. Sungguh gamat majlis itu, kami terasa seperti berada waktu zaman persekolahan pula.
|
Suasana menjadi gamat. |
|
Terasa seperti berada di zaman persekolahan. |
Ada yang tidak berubah wajahnya, ada yang bertambah tampan dan ada juga yang berbeza hampir tidak kami kenali, Begitulah putaran alam. Kita berpisah membawa haluan. Dengan izinnya kami dipertemukan dengan berbagai-bagai kisah kehidupan...
|
Ngeteh hingga jam 100.00 malam. |
|
Masing-masing mengimbau kenangan lama. |
Kami bergambar dan berpeluk-pelukan tanda mesra terikat di zaman persekolahan. Alhamdulilah ramai dikalangan kami yang masih kuat dan sihat. Mereka berjaya dengan kerjaya atau bidang masing-masing. Ada yang hidup secara sederhana sahaja dan ada juga yang kaya raya bersama keluarga bahagia masing-masing. Itu semua rezeki masing-masing yang dianugerahkan oleh Allah untuk hambanya..
|
Ada sekutum bunga dari kumpulan kumbang yang datang. |
|
Suasana yang meriah. |
Semuga usaha murni ini berjalan dengan lancar dan banyak mendatangkan kebaikan kepada kita semua. Seronok berjumpa semula dengan rakan-rakan di dalam majlis seperti ini.. Hopefully next time boleh berjumpa lagi dengan yang lain-lain..
|
Hampir 27 tahun tiak berjumpa en. Baharum ini. |
|
Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang. Tempat pertemuan kami kali ini. |
Firman Allah SWT.
“Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silatur rahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu.” (an-Nisaa’: Ayat 1)
Nabi saw. bersabda, “Tidak masuk Syurga, mereka yang memutuskan silatur rahim.” (HR Bukhari dan Muslim)
Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silatur rahim.” (HR Bukhari)
Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang suka agar diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silatur rahim.” (HR Bukhari)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan