Semalam, rakan sepejabat bertanya, karipap di Batu Caves itu sedap sangat ke? Penulis jawab., “Tengok saiznya memang besar tetapi kalau hendak tahu rasanya, kena cuba lah sendiri”. Oleh kerana penulis teringin sangat hendak makan karipap dan secara kebetulan berada di Gombak, penulis pecut sekejap ke Taman Samudera, Batu Caves untuk beli karipap…
Gerai Karipap Gergasi Gombak ini terletak di Pinggiran Batu Caves. Di Belakang pasaraya Giant dan berhampiran dengan Rumah Bekam. |
Rakan-rakan sepejabat tergelak besar apabila penulis bercadang hendak membeli karipap di Batu Caves. Mereka tertanya-tanya kenapa perlu pergi jauh sehingga ke Batu Caves untuk membeli karipap. Karipap di area Lembah Keramat atau Hulu Klang ini sudah tidak sedap lagi ke? Tetapi, tidak mengapalah, apabila anda semua sudah terbaca posting ini, baru lah anda semua akan tahu dan tidak perlu bertanya lagi di mana hendak membeli karipap ini yerr…
Gerai Karipap Gergasi ini dibuka setiap hari. |
Mari cuba kita lihat karipap ini, ianya besar bersaiz 6 inci panjang dan 3 inci lebar. Penulis dapati saiz karipap ini hampir sama besar dengan saiz tangan penulis. Seumur hidup penulis yang sudah makan beratus-ratus jenis karipap tetapi belum pernah terjumpa saiz Karipap Gergasi yang sebesar ini. Bak kata orang Banjar “wahhh.... ganal nyak wadai karipap nih!!”...
Karipap gergasi ini sepanjang 6 inci dan 3 inci lebar. |
Nasib baik penulis sempat merakamkan gambar foto karipap gergasi ini melalui kamera handphone sebagai bahan bukti. Jika tidak, sudah tentu penulis akan lupa dan terus ngap keripap ini, kemudian baharulah teringat hendak merakamkan gambarnya. Jika tiada gambar, mungkin anda semua sukar mempercayainya bukan?
Sudah sama saiz dengan tangan penulis. |
Karipap Gergasi ini memang sedap. Harganya RM3.50 sahaja. Jika beli 3 dapat RM10. Agak mahal sedikit, berbanding Karipap Gergasi di Kuala Selangor yang cuma berharga RM2.50 sahaja. Tetapi tidak mengapalah, janji karipap ini sedap dan enak. Intinya penuh, tidak terlalu ranggup dan tidak pula terlalu rapuh. Just nice. Patutlah ramai orang yang melalui jalan ini akan singgah untuk mendapatkannya. Karipapnya digoreng segar. Pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkannya.
Karipap Gergasi Gombak Cikgu Din. |
Penulis hendak tulis lebih-lebihpun tidak guna juga. Nanti jadi iklan percuma kat tauke gerai karipap itu pula. Tetapi, jika sesiapa yang mengidam sangat dengan karipap gergasi ini dan hendak mencari di mana lokasi nya. Cukup mudah untuk mencarinya. Gerai ini terletak di Taman Samudera, Batu Caves iaitu belakang pasaraya Giant Batu Caves. Gerai Karipap Gergasi ini kecil sahaja. Tetapi, pelanggannya memang tidak putus-putus....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan