Semalam, penulis menghantar bahan PMS buku teks ke editor di DBP. Entah kenapa secara tiba-tiba penulis teringatkan Rojak Sotong. Semasa bertugas di sini dahulu, tidak teringin pula hendak makan rojak. Setahu penulis, ada beberapa tempat yang menjual rojak yang sedap di sekitar Kuala Lumpur ini. Diantaranya ialah Warung di Jalan Bellamy, Jalan Maarof dan Jalan Pasar.
Menghala ke Jalan Bellamy. |
Oleh kerana penulis teringin sangat hendak menikmati Rojak Sotong, penulispun ke Jalan Bellamy di dalam kawasan pasaraya PERNAMA, berhampiran dengan Istana Negara dan Gerai Ikan Bakar. Lagipun hanya warung ini sahaja yang paling hampir dengan DBP. Tidak terlalu sukar hendak mencari lokasi warung ini. Anda hanya perlu menaip Jalan Bellamy ke dalam Waze atau GPS sahaja.
Gerai Rojak ini terletak di dalam kawasan Pasaraya Pernama. |
Kawasan warung tersebut bersih dan suasana yang selesa, dengan ruang makannya yang agak luas. Pesanan diambil dengan cepat dan dihantar dengan tepat. Pilihan menu pula banyak pilihan dan sederhana murah memandangkan lokasinya di tengah-tengah kota metropolitan ini.
Ramai pelanggan di waktu puncak. |
Mamak ini sudah lama berniaga di sini. Katanya sejak dari tahun 70an lagi. Rojaknya menjadi tumpuan orang ramai kerana rasanya yang sedap. Rojak ini menjadi sedap kerana dilengkapi dengan ramuan seperti Cucur Udang, Tauhu, Taugeh, Telur Rebus, Senkuang dan Timun. Tetapi, bahan utama yang menjadi tarikan orang ramai ialah kuahnya.
Gerai Rojak yang bersih dan selesa. |
Tetapi, penulis syorkan anda untuk memesan Rojak Sotong yang hanya berharga RM5.00 sahaja. Agak murah bukan? Biasanya, penentu kesedapan rojak adalah pada kuahnya. Kuah rojak di Jalan Bellamy ini sangat sedap, terasa pedas dan sedikit manis ditambah dengan sambal sotong menambahkan lagi keenakkan lagi kuahnya..
Sabar menanti pesanan Rojak Sotong. |
Satu lagi keistimewaan di warung ini adalah waktu perniagaan tujuh hari seminggu. Dari jam 7.00 pagi hingga 5.30 petang bagi hari Isnin hingga Sabtu, manakala Ahad dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 3.00 petang.
Rojak Sotong yang dinanti sudah tiba. |
Jika sesiapa yang berurusan di DBP atau berada di kawasan sekitarnya jangan lupa singgahlah ke warung rojak ini. Penulis percaya, anda tidak akan menyesal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan