Semalam, entah kenapa secara tiba-tiba sahaja teringin pula tekak ini mengidam sate. Apabila berbicara tentang sate, biasanya tempat sate yang terbaik yang selalu penulis pergi ialah Sate Seri Melaka. Bukannya gerai ini terletak di negeri Melaka tetapi nama gerainya sahaja Sate Seri Melaka.
|
Gerai Seri Melaka di hujung sekali. |
|
Satay Sri Melaka. |
Sebenarnya gerai ini terletak di berhampiran dengan pejabat penulis iaitu di Medan Selera MPAJ, AU5. Kenapa gerai ini diberi nama Seri Melaka? Penulis sendiri pun tidak tahu. Kemungkinnan taukenya berasal dari negeri Melaka.
|
Gerai Satay Seri Melaka. |
|
Sate sedang dibakar. |
Sate di sini memang sedap jika hendak dibandingkan dengan sate yang lebih popular di Kajang itu. Oopp!... tidak boleh disebut namanya di sini, nanti kena saman pula!..hehe... Sate Seri Melaka ini tidak terlalu kering dan kuah kacangnya amatlah segar dan enak. Manakala daging sate nya lembut, lemak, berempah dan besar.
|
Penulis hanya order 10 cucuk sate. |
|
Daging satenya lembut, sedap dan besar. |
Harga bagi secucuk sate ayam dan daging hanya RM0.80 sahaja. Bagi sate hati RM1.00 dan sate kambing RM1.50, jika tidak silap penulis lah. Penulis hanya order 5 cucuk sate ayam dan 5 cucuk sate daging yang berharga rm9.00 sahaja. Memang rasa tidak cukup tetapi, tidak berani order banyak, nanti darah naik...hehe... Gerai sate ini beroperasi setiap hari bermula dari jam 6pm hingga12pm.
|
Sate yang berjaya dihabiskan. |
|
Sempat makan semangkuk Bakso. |
Jika anda melalui lebuhraya MRR2 di area Hulu Klang, anda akan ternampak pasaraya Giant Taman Permata, sila masuk ke simpang besar hendak ke Giant tersebut. Tetapi, jangan masuk ke lorong kecil yang hendak ke pasaraya Giant pula. Dari bangunan pasaraya Giant tersebut, anda jalan terus sehingga terjumpa dengan stesen minyak Petronas dan Esso. Di hadapan sedikit baharu ternampak Medan Selera MPAJ. Gerai Sate Seri Melaka ini terletak di hujung sekali....
|
Ada sate ayam, daging, perut dan hati. |
|
Semakin petang semakin ramai pelanggan datang. |
Antara menu-menu yang best di sini ialah Bakso, Mee Rebus, Soto Singapore dan juga Laksa. Penulis hanya sempat makan 10 cucuk sate, semangkok bakso dan segelas air kosong sahaja. Lain kali, penulis bercadang hendak makan Laksa atau Soto pula.. Hanya ini sahaja foto-foto yang sempat dirakamkan... Next time penulis akan snap foto makanan lain ekk.. huhu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan