Sabtu, 12 Julai 2008

Penyokong Fanatik Selangor Era 90 an


Penulis penyokong fanatik Selangor di era 90an

Pada tahun 90an, aku merupakan penyokong fanatik pasukan bolasepak negeri Selangor. Ketika itu aku merupakan ahli kelab penyokong Selangor seumur hidup. Dengan menyertai kelab ini aku telah menjelajah ke semua stadium di Malaysia termasuk stadium di Singapura. Di era 90an, kelab ini merupakan kelab penyokong yang terbaik di Malaysia kerana mereka sentiasa memenuhi setiap ruang di stadium dengan memakai baju berwarna merah dan kuning. Kehebatan kelab ini dicemburui oleh penyokong negeri lain kerana menjadi tumpuan pihak media. Aku paling sakit hati apabila setiap kali Selangor kalah, rakan-rakan sekerja aku seperti Cdek dan Fadly yang tidak minat bolasepakpun turut sama mengejek...huhuhhh..


Penulis dan penyokong Selangor ketika berada di Stadium Negeri Perlis

Di zaman kehebatan pasukan bolasepak Selangor di era 90an, kunjungan ke stadium Merdeka dan Shah Alam pada setiap hujung minggu merupakan satu detik yang amat ditunggu-tunggu. Namum selepas itu, kemeriahan dan keriangan yang seperti itu sukar untuk dirasai walaupun Selangor menjuarai piala FA pada tahun 2001 dan Piala Malaysia pada tahun 2002.


Penulis dan penyokong Selangor bergambar kenangan bersama Azman Adnan

Senario bolasepak di Malaysia pula cukup menghampakan, kehadiran penyokong ke stadium masih tidak lagi tidak semeriah pada era 90 an dulu. Hanya pasukan yang berada dikelompok teratas liga sahaja yang sering menjadi tumpuan penyokong pasukan mereka. Itupun masih kurang memberangsangkan berbanding era 90 an dahulu. Kualiti permainan juga mempengaruhi minat menyokong bolasepak yang kini sering disajikan dengan pelawanan siaran lansung liga-liga antarabangsa seperti liga EPL di Astro.

Prestasi pasukan kebangsaan yang jatuh merudum memberi impak kepada peminat bolasepak tempatan yang beralih menyokong pasukan kelab dan negara lain. Semua masalah ini berpunca satu sebab sahaja iaitu mutu permainan bola tempatan. Corak permainan yang membosankan dan kurang kreativiti pemain itu sendiri menyebabkan pemain itu kurang menghiburkan. Ini masalah utama bolasepak kita. Perbezaan yang ketara dengan pasukan-pasukan lain contohnya di Asia tenggara seperti Thailand, Singapura dan Vietnam sudah cukup mencerminkan tahap bolasepak kita sebenar. Itupun belum aku sebutkan pasukan-pasukan gergasi Asia dan juga Eropah.

Kini aku hanya menyaksikan Liga Bolasepak Malaysia di rumah sahaja. Aku amat berharap suatu hari nanti bolasepak negara kembali setaraf dengan pasukan Korea ataupun Jepun... Insyaallah.... Amin.

1 ulasan:

Cob Nobbler berkata...

bro..aku bagi pendapat la..

apa kata kita buat kelab sendiri,kita sendiri yang uruskan kelab kita,kita sendiri jadi owner.

macam kat barcelona macam tu..

buang semua ahli politikus yang menyemak ni!

Viva Selangor!