Semasa dalam perjalanan pulang dari majlis kenduri kahwin seorang rakan di Teluk Intan, kami melalui lebuhraya Teluk Intan ke Kuala Selangor. Sepanjang perjalanan, ada beberapa buah gerai makanan yang mempertaruhkan pelbagai jenis cendol diantaranya iaiah Cendol Bakar, Cendol Atok, Juara Cendol dan pelbagai jenis cendol lagi yang membuatkan kami terliur hendak mencubanya.
Kami terpaksa berjalan hampir 200 meter untuk ke gerai cendol ini. |
Dalam banyak-banyak gerai cendol, kami tertarik dengan Gerai Cendol Durian Borhan. Sejak pertama kali menikmatinya pada hari Sabtu lalu, sehingga kini penulis masih terigau-igau keenakkan cendolnya. Cendolnya yang dikatakan sedap ini lah yang menyebabkan deretan kenderaan memenuhi bahu jalan berhampiran gerai ini. Malah ada yang sanggup berjalan sejauh 200 meter semata-mata untuk menikmati cendol istimewa ini. Pada masa kami ke gerai ini, setiap ruang gerai telah dipenuhi dengan pelanggan. Maklumlah, pada masa itu ialah hari cuti Depavali.
Sehingga kini masi terigau-igau Cendol Borhan. |
Lokasi Gerai Cendol Borhan ini terletak 5 km dari Bandar Kuala Selangor dan 10 km dari Pekan Tanjung Karang. Jika anda dari Kuala Selangor gerai ini akan berada di sebelah kanan dan begitulah sebaliknya.
Malang sekali ketika penulis sampai di gerai ini, kamera penulis telah kehabisan kuasa bateri. Maka, tidak dapatlah merakamkan suasana dan pemandangan menarik di gerai ini, Tetapi, mujurnya anak saudara sempat mengambil gambar gerai ini melalui kemera handponenya.
Sedang menikmati Mee Kari dan Laksa. |
Ada pelbagai variasi cendol dengan harga yang berpatutan sedia untuk dinikmati. Antaranya
- Cendol Pulut RM 2.00
- Cendol Labu RM 2.00
- Cendol Keladi RM 2.00
- Cendol Durian + Pulut RM 2.50
- Cendol Durian + Jagung RM 2.50
- Cendol Durian + Labu RM 2.50
- Cendol Durian + Keladi RM 2.50
Mee Kari dan Laksa boleh tahan juga rasanya. |
Selain cendol yang menjadi tarikan pelanggan, ada juga menu makanan lain yang disajikan seperti Mee Kari dan Laksa. Penulis bercadang hendak bungkus laksa dan mee kari untuk anak isteri di rumah, tetapi sayang sekali mereka kata NO BUNGKUS!. Siapa yang datang, makan/minum hanya di gerai SAHAJA. Alahai... ruginya. Mee Kari dan Laksanya boleh tahan sedap dan harganya pula sekitar RM 3.00 - RM 4.50
En. Daud sedang menikmati Mee Kari. |
Dari jalan raya sudah ternampak sighbord ini. |
Tidak malu penulis katakan, selain Mentarang Lazat, Cendol Durian Borhan juga mampu menjadi daya tarikan pelancongan ke Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sekinchan. Kesimpulannya, penulis masih menyimpan hasrat untuk singgah juga ke gerai Cendol itu suatu hari nanti. Harus hendak cuba...!
2 ulasan:
saya pun teringin nak rasa keenakkan cendoi durian tu nampaknya kena ke kuala selangor lah
saya pun teringin nak rasa keenakkan cendoi durian tu nampaknya kena ke kuala selangor lah
Catat Ulasan