Semasa penulis bertugas di Bahagian Buku Sekolah, DBP dahulu, penulis selalu dapat makan kuih secara percuma. Pihak DBP sering mengadakan masyuarat atau bengkel di bahagian ini kerana ada banyak bilik masyuarat di dalamnya. Apabila selesai mereka bermasyuarat atau berbengkel, selalunya masih banyak makanan atau kuih muih berlebihan. Untuk mengelakkan pembaziran, kamilah yang akan mengabiskannya.
Makanan yang berlebihan selepas masyuarat. |
Kini, kami bertugas di Hulu Kelang. Kadang-kadang kami rindukan air Teh O panas dan kuih muih tradisional yang selalu kami nikmati di DBP dahulu. JIka ada dikalangan kami yang teringin sangat hendak makan kuih, kami terpaksa keluar dari pejabat untuk mencari kuih muih tersebut. Kami masih bernasib baik kerana ada banyak gerai kuih-muih di sekitar Lembah Keramat dan Hulu Kelang ini. Dalam banyak-banyak gerai tersebut, hanya Gerai Kuih D’Liza inilah menjadi tumpuan utama kami.
Gerai kuuih D'Liza di AU3. |
Sebut sahaja gerai kuih D’Liza di AU3 Taman Keramat, pasti ramai yang teringatkan kelazatan kuih-muih tradisi melayu seperti Pisang Goreng, Ubi Getok, Keria, Donat, Popiah, Kuih Lopes, Cekodok Pisang, Bujang Lapok, Wadeh, Karipap, Lompat Tikam dan sebagainya.
Bermacam-macam jenis kuih muih ada. |
Gerai kuih D’Liza yang terletak di AU3 ini bukan sahaja popular dikalangan penduduk setempat di AU3 sahaja, malah turut dikenali oleh dari kalangan pekerja-pekerja perindusrian, kakitangam kerajaan atau swasta dan pelajar-pelajar sekolah di sekitar Keramat dan Hulu Kelang.
Kesemua kuih nampak sedap. |
Gerai kuih ini dibuka pada setiap hari dan amat popular dengan kuih Ubi Getok, Pisang Goreng, Keledek Goreng dan Kuih Lopesnya. Gerai ini dibuka seawal jam 12 tengahari sehingga 7 petang, gerai kuih ini bukan sahaja bersih malah menawarkan kuih-muih tradisional melayu dan lain-lain dengan harga yang sangat berpatutan.
Karipap ini macam sedap jer.... |
Bagi anda kebetulan berada di sekitar Lembah Keramat dan teringin menikmati kuih-muih untuk minum petang di rumah atau di pejabat, jangan lupa untuk singgah ke gerai ini. Anda mesti akan membeli dan mencuba sendiri kelazatan Ubi Getok, Kuih Lopes, Karipap, Cengkodok dan pelbagai jenis kuih lagi. Selain itu juga mereka ada menjual Mee Goreng bungkus dan Mee Hoon goreng bungkus!
Selain kuih muih, mee goreng bungkus pun ada. |
Sambil membeli, penulis sempat merakamkan pelbagai jenis kuih-muih di gerai ini. Tiba-tiba penulis teringatkan kembali di zaman semasa tinggal asrama sekolah dahulu. Ketika itu penulis dan rakan-rakan dibenarkan beramai-ramai keluar bandar di Kelang setiap hari Sabtu. Di bandar Kelang, selain shopping keperluan harian di pasaraya GreatWall, kami sempat memborong pelbagai jenis kuih muih untuk makan beramai-ramai di asrama. Penulis dapati ramai pelajar sekolah membeli kuih-muih yang dijual di gerai ini.
Kuih Lompat Tikam. |
Kalau ikutkan hati, memang hendak beli kesemua kuih-muih ini. Kesemua kuih muih ini nampaknya sedap. Jika beli banyak-banyak, nanti tiada siapa yang hendak makan pula. Sebelum rambang mata, lebih baik penulis cabut dahulu... hehehe.... Rakan-rakan di pejabat sedang menunggu tu... Mereka sedang menanti kuih untuk minum petang....
2 ulasan:
SEKADAR bertanya gerai ini kat mana. AU3 Keramat. Landmarknya kat mana.
terima kasih
Jika anda melalui AU3 Keramat, anda masuk lorong AU3/12 yang ada kedai MAROZ. 500 meter ke dalam anda akan jumpa gerai ini....
Catat Ulasan