Khamis, 13 Januari 2011

Konsert Justin Bieber di KL

Tentunya peminat penyanyi remaja Justin Bieber kini tentunya tidak sabar-sabar hendak melihat aksi artis kesukaan mereka apabila anak muda yang baru saja berusia 16 tahun itu akan mengadakan konsert sulungnya di negara ini pada 21 April nanti, di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.

Menurut ruangan hiburan di Berita Harian kelmarin, konsert penyanyi dari Ontario, Kanada itu dibawakan ke negara ini oleh TuneTalk dan Fat Boy Records. Tiketnya pun sudah mula dijual, dengan harga RM98, RM188, RM288, RM358 dan RM498.

Setelah terbaca berita ini di ruang hiburan Berita Harian semalam, anak dara penulis cuba membodek penulis supaya membeli tiket dan mengajak kami sekeluarga menyaksikan konsert artis kegemaranya itu. Penulis dan isteri hanya mendiamkan diri sahaja, bukan tidak setuju dengan harga tiketnya tetapi artis ini bukannya citarasa kami. Terlalu muda sangat! Budak-budak sekolah tu lainlah ceritanya.

Menurut sumber berita tersebut, Justin Bieber yang dikesan bakatnya menerusi laman YouTube memanglah nama cukup popular sekarang ini. Sebut saja namanya, tentu remaja di seluruh dunia mengenalinya. Pendek kata, tak sah kalau peminat muzik tidak mengenali siapa Bieber... Sampai macam tu sekali.

Album pertama penyanyi ini diterbitkan pada November 2009, manakala bahagian kedua album terbabit dikeluarkan kira-kira empat bulan kemudian.

Daripada album terbabit, Bieber menguasai carta muzik dunia dengan beberapa lagu termasuk Baby, One Time, Somebody to Love, One Less Lonely Girl, Love Me, Never Let You Go dan Favourite Girl.

Penyanyi yang dilahirkan pada 1 Mac 1994 ini juga dicalonkan Artis Baru Terbaik dan Album Vokal Pop Terbaik untuk album My World 2.0 pada Anugerah Grammy ke-53 yang bakal berlangsung pada 13 Februari ini.

1 ulasan:

Ahmad Hamzah berkata...

Seorang bapa, selalunya akan korbankan kebahagiaan dirinya, kerana kebahagiaan anak itu mengatasi segala-galanya. Itulah kebahagiaan hakiki padanya. pe lagi, p la beli tiket hahaha