Isnin, 25 Mei 2009

Kau Tercipta Untukku

Entah kenapa aku tiba-tiba jadi jiwang hehehe... Dua tiga hari ini aku asyik mendengar lagu ini...

Kau Tercipta Untukku (Ungu)

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu

Jumaat, 22 Mei 2009

Bermasyuarat dan Berehat....

Masa yang terhad tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kami bermasyuarat Kesatuan dan seterusnya bercuti.

Kami inginkan bermasyuarat dan berkelah dalam suasana selesa di kawasan air terjun yang dingin yang terletak jauh di tengah-tengah hutan belantara, jadi kami mengunjungi Air Terjun sungai Inki di Kalumpang, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan.


Para peserta sedang bermasyuarat sambil menikmati keindahan flora dan fauna.

Kawasan ini dimajukan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor, (MDHS) Air Terjun sungai Inki terkenal sebagai sebuah kawasan air terjun yang serba lengkap dan sering dikunjungi terutamanya pada setiap hujung minggu.

Selain kaya dengan khazanah flora dan fauna yang bernilai tinggi, kami dapat merehatkan minda sambil menghirup udara segar setelah seharian bermasyuarat kesatuan di resort berhampiran. Kami juga dapat mendengar suara unggas dan bermandi manda di anak sungai jernih dan dingin.


En. Anuar dan en. Yusuf sedang meninjau kawasan tapak perkhemahan.

Percutian kami menjadi lebih menarik apabila berpeluang memancing ikan di anak Sungai Inki dan kolam yang disediakan bersebelahan kawasan resort tersebut.

Kawasan air terjun ini menyediakan ruang santai yang luas, beberapa wakaf, bilik persalinan selain tempat berbeku membakar daging atau ikan untuk santapan kami setelah penat bermandi-manda.


Sebahagian pemandangan indah anak Sungai Inki.

Penulis dapati tapak perkhemahan yang luas juga membuka ruang terbuka kepada lebih ramai kumpulan remaja, pelajar dan dewasa untuk berkhemah pada setiap masa.


Siganaga sedang merakamkan keindahan flora dan fauna di kawasan ini.

Kepada keluarga-keluarga yang sibuk membakar ikan air tawar yang dipancing di sini ataupun makanan laut yang dibawa dari rumah, jangan alpa untuk mengawasi anak-anak bermain air kerana air sungai di sini agak deras dan dalam.


En. Anuar dan Siganaga yang tidak sabar-sabar menikmati kesejukkan air Sungai Inki.

Bagi penulis yang sememangnya meminati fotografi alam semula jadi dan ingin berkongsi segala keindahan tersebut bersama rakan-rakan kesatuan, capai sahaja kamera dan rakamkan segala keindahan flora dan fauna di kawasan tersebut.


Penulis sedang menikmati kedinginan air Sungai Inki.

Di satu sudut pula, kami dapat berjalan di atas sebuah titi gantung sepanjang kira-kira 50 meter merentasi anak sungai jernih sambil menikmati dari dekat keindahan alam semula jadi di kawasan berkenaan.


Rakan-rakan Kesatuan yang begitu teruja untuk mandi anak sungai ini.


Rakan-rakan Kesatuan sedang memilih batang pancing yang disediakan oleh pengurusan resort.

Pada kami, soal keselamatan tidak perlu bimbang kerana titi gantung ini diselia dengan baik oleh MDHS.


En. Zulakmal sedang tekun memancing di anak Sungai Inki.


Siganaga dan rakan-rakan sedang siap sedia untuk berangkat pulang.

Bagi kami, Air Terjun sungai Inki ini memberikan kenangan terindah percutian dalam negara yang mendamaikan dan jauh dari kesibukkan kota.

Khamis, 14 Mei 2009

Demam dan Sakit Kepala


Hadapan pintu masuk kementerian di Putera Jaya


Para editorpun menunggu sama


Para desingner dan editor yang teruja untuk menghadiri bengkel


Para desingner yang bergelar ustaz


Berdebar-debar menanti pegawai kementerian



Tetap tenang apabila menerima kritikan


Para designer yang bergelar ustaz


Para designer yang bergelar ustazah


Suasana bengkel


Seisi pembentangan dari pegawai kementerian


Suasana bengkel yang tenang


Antara bahan yang dibengkelkan


Ada tugas berat menati selepas ini


Menaiki Limo semasa pulang ke pejabat

Sepanjang minggu ini, kepala penulis terasa sakit dan badanpun demam sehingga terpaksa menelan bebeapa biji panadol untuk kembali sihat. Sememangnya penulis dan rakan-rakan designer di pejabat memang terlalu sibuk dengan tugas. Aku perlu menyiapkan kerja-kerja reka bentuk Buku Teks Bahasa Arab manakala dateline yang diberi adalah terlalu singkat.

Sebenarnya kerja-kerja design buku arab ini mudah sahaja, tetapi oleh kerana penulis tidak faham akan bahasanya dan tidak mahir menaip arab, kerja-kerja ini menjadi sukar. Mujurlah ada designer dari kalangan kami yang boleh berkomunikasi dan menulis bahasa arab yang sudi membantu.

Di atas adalah foto-foto semasa kami beramai-ramai menghadiri bengkel di Putera Jaya pada hari Jumaat, minggu lalu.

Isnin, 11 Mei 2009

Selamat Hari Ibu


Kad ucapan anakda untuk ibunya.

Rabu, 6 Mei 2009

Happy Birthday to you my daughter

SYUKUR ALHAMDULILLAH, pada 3hb Mei yang lalu, aku telah selamat mengadakan Majlis Hari Jadi anak tunggalku, genap usianya 12 tahun.

Happy Birthday to you my daughter ~ Nur Atikah.


Nur Atikah dikelilingi rakan-rakan sekolahnya

Sebenarnya majlis ini dirancang pada tarikh kelahirannya pada 4hb April yang lalu. Tetapi malangnya, pada ketika itu, anakda masih lagi berada di wad Hospital Ampang. Alhamdulillah kini Nur Atikah kembali sihat dan pada hari minggu lalu, majlis hari jadinya berjaya dilaksanakan.


Nur Atikah sedang memotong kek hari jadinya

Majlis yang diadakan begitu sederhana, namun meriah, ini kerana pada permulaanya, aku hanya merancang untuk mengadakan birthday party itu dalam lingkungan keluarga terdekat sahaja, namun ibunya, mahu mengadakan majlis kesyukuran dan do'a selamat, maka majlis itu digabungkan sekali, Alhamdulillah, segala perancangan yang diatur, berjalan dengan lancar.

Nur Atikah sedang melayani tetamu yang hadir ke majlisnya

Cuaca pada hari itu begitu redup sejak dari pagi hingga petang, selesai bacaan doa oleh paksunya, hujan gerimis pun turun, masing - masing mengucapkan kesyukuran yang teramat sangat kehadrat Illahi.


Suasana riuh rendah dan begitu gamat, oleh rakan-rakan yang datang

Wajahnya kelihatan seperti hendak menangis kegembiraan, dek kerana suasana riuh rendah dan begitu gamat, oleh rakan-rakan yang datang, menyanyikan lagu "Happy Birthday to you".


Nur Atikah mengucapakan ribuan terima kasih kepada tetamu yang datang

Kelihatan gambar-gambar di atas, anakda sedang memotong kek.

Walau apapun, Syukur Alhamdulillah, semuanya sudah selesai.

Isnin, 4 Mei 2009

Pusat Latihan dan Resort Kalumpang (KRTC)

Kesatuan sekerja opis aku ingin mengadakan satu masyuarat sambil menikmati keindahan alam semula jadi dan pada yang sama, bersantai sambil merasai kedinginan air sungai jernih yang tidak tercemar mengalir melalui bongkah batu. Oleh itu pada hari Jumaat yang lepas, penulis bersama Naib Presiden Kesatuan iaitu Tuan Haji Azman Kamis dan Setiausahanya iaitu en. Yusuf melawat dan menempah beberapa buah chalet dan dewan masyuarat di Pusat Latihan dan Resort Kalumpang (KRTC) di Kampung Pasir Putih, Kelumpang, Selangor. Secara kebetulan juga pengarah urusan resort ini adalah anak saudara kepada abang ipar penulis.


Perjalanan ke KRTC melalui perkampungan dan jalan kebun 


Tuan Haji Azman berbincang dengan petugas KRTC

Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira 45 minit dan dari Ipoh, perjalanan hanya satu jam setengah melalui Lebuh Raya Utara Selatan. Gunakan susur keluar Plaza Tol Tanjung Malim menuju ke Kuala Kubu Bharu. Jarak di antara plaza tol ke KRTC hanya tujuh kilometer dan pengunjung dikenakan sebanyak RM5.

Dikelilingi Taman Warisan dan kaki Bukit Kubah, tentunya satu kelebihan kepada KRTC sebagai salah satu destinasi pelancungan di negeri ini.


Penulis di pintu masuk KRTC

Pelan Lokasi KRTC

Perjalanan ke KRTC akan melalui kawasan perkampungan dan jalan kebun yang berturap yang turut diserikan dengan kewujudan banyak bongkah batu semula jadi di kawasan kebun milik penduduk di situ.

Bongkah batu itu cukup memberi gambaran awal KRTC yang mula menjadi tumpuan orang ramai itu mempunyai daya tarikan tersendiri.


Chalet Kabin 


Tuan Haji Azman dan Tok Ciakz sedang meninjau lokasi resort ini

Sungai Inki yang mengalir di tengah resort berkenaan adalah tarikan utama di KRTC kerana ia menjanjikan panorama menarik untuk diteroka sepanjang berada di situ.

Air sungai jernih tanpa dicemari itu mengalir dan lereng Bukit Kubah dan bertakung di kawasan jeram batu membentuk takat, membolehkan pengunjung merasai kesejukan serta kedinginannya.


Sungai Inki menjadi tarikan KRTC


Bongkah batu sudah cukup memberi gambaran bahawa KRTC menjadi tumpuan orang ramai

Resort yang berkonsepkan pelancungan agro itu dipenuhi pokok buah-buahan tempatan dan pokok hutan berusia ratusan tahun serta dikelilingi kenidahan flora dan fauna menimbulkan suasana damai. Ia kini menjadi pilihan pencinta alam untuk meneroka rahsia di sebalik kenidahan KRTC.

Jika mahu bermalam, pengunjung boleh menginap di chalet Cenderawasih di atas bukit. Dari situ, pengunjung boleh merasai keindahan alam semula jadi sebenar dengan melihan keindahan kawasan sekeliling.


Tapak perkhemahan disediakan di KRTC


Tok Ciakz bergambar kenangan di salah satu lanskap menarik KRTC

Selain pelancung, KRTC menjadi pilihan jabatan kerajaan dan swasta menganjurkan krusus., seminar dan hari keluarga sambil bersantai menikmati keindahan alam semula jadi.

Bagi yang sukakan aktiviti lasak, anda boleh cuba aktiviti merentas hutan atau cabaran pacuan empat roda.

Pengarah Urusan KRTC Hasni Mohd Khir berkata, KRTC yang berkeluasan 2.5 hektar itu adalah tapak dusun durian. Jika bernasib baik, pengunjung boleh merasai keenakan buah durian secara percuma di kawasan chalet itu.


Pemandangan menarik di KRTC


Tuan Haji Azman Kamis berbincang sesuatu dengan Pengarah Urusan KRTC

“Lanskap yang mengunakan pokok buah-buahan tempatan serta mengekalkan pokok hutan itu membuatkan anda berasa seperti berada di kawasan hutan sebenar. Melalui laman web KRTC juga menyebabkan resort ini mula dikenali sehingga di peringkat antarabangsa,” katanya.


KRTC menjadi tumpuan murid-murid di musim percutian sekolah.


Salah satu chalet menari di KRTC

Kadar sewa di situ adalah di antara RM135 hingga RM230 semalam dengan pelbagai kemudahan yang disediakan di KRTC seperti rumah wakaf, tapak perkhemahan, dewan, surau, berbeku, restoran dan sebagainya bagi memberi keselesaan pengunjung.


Surau yang agak selesa di KRTC


Antara chalet VIP di KRTC

Selain itu. pembinaan KRTC juga menyumbang kepada kegiatan ekonomi di kawasan itu dan membuka peluang pekerjaan serta menjadikan ia satu pusat latihan institusi tempatan


Perbincangan Tuan Haji Azman dengan pekerja chalet

Pintu masuk ke KRTC

Insyaallah jika tiada apa-apa masalah dan rintangan, Kesatuan Sekerja opis aku akan bermasyuarat dan berbengkel di resort ini tidak lama lagi.