Khamis, 29 November 2012

Kalau Sudah Rezeki

Minggu ini, entah kenapa entri penulis banyak bercerita tentang makanan sahaja. Makan nasi berianilah, makan nasi arablah dan entri kali ini pun penulis hendak bercerita tentang makanan juga. Sebelum itu, penulis hendak minta maaf kepada kalian yang sedang berpuasa sunat jika entri ini tidak sesuai untuk anda kalian.
Restoran My Rice.
Rasanya baharu sahaja penulis makan nasi arab. Baru-baru ini, ada lagi seorang lagi sahabat hendak belanja kami makan nasi arab. Katanya dia dapat rezeki lebih pada masa tersebut. Beliau ingin berkongsi rezeki tersebut bersama kami. Kali ini kami diberi pilihan restoran nasi arab yang manakah yang hendak beliau belanja. Kamipun bersepakat mencari restoran yang paling hampir dengan pejabat kami iaitu Restoran My Rice.
Nasi Arab Kambing Damsyik.
Walaupun restoran ini berhampiran dengan pejabat kami. Tetapi, inilah kali pertama kami makan nasi arab di Restoran ini. Penulis sendiri tidak tahu hendak menyatakan ianya sedap atau tidak. Cuma ia memang mengenyangkan kami. Jika anda kalian penggemar nasi arab datanglah ke restoran ini. Nama restoran ini ialah My Rice. My Healthy Restaurant. Pelbagai jenis menu nasi arab disediakan. Diantaranya ialah Nasi Arab Damsyik, Nasi Arab Saudi, Nasi Arab Kaherah dan pelbagai menu masakkan arab yang lain. Menu masakan tempatan pun ada. Anda hanya perlu order sahaja.
Boleh dihabiskan ker?
Jika anda memesan nasi arab, jangan terkejut kerana nasinya yang banyak. Nasinya satu pinggan penuh. Anda juga boleh memilih menu diantara nasi arab ayam atau nasi arab kambing. Pada mulanya kami jangkakan tiada lauk ayam atau daging kambing yang dihidangkan. Rupa-rupanya ada, ianya ada tersorok di dalam nasi yang banyak itu.
Nampak berselera.
Lauk ayam dan daging kambingnya boleh tahan banyaknya. Kiranya, puaslah juga kami makan satu pinggan itu. Daging kambingnya memang lembut dan tidak berbau. Manakala lauk sampingannya ialah kuah kari dan acar. Kuah karinya agak sedikit dan tidak sepadan dengan nasinya yang banyak itu. Pada pandangan penulis, nasi arab di Jalan Reko lebih sedikit  terasa keenakkannya.
Terima kasih pada sahabat yang belanja.
Jika sesiapa yang ada berurusan di Kompleks PKNS Bangi, jangan lupa singgahlah ke Restoran My Rice ini. Penulis percaya, anda tidak akan menyesal.

Rabu, 28 November 2012

Makan Nasi Arab Lagi

Alhamdulillah blog penulis kini telah pulih dari serangan virus hackers. Alhamdulillah sekarang, penulis terasa sangat lega kerana dapat menulis semula. Oleh kerana hampir tiga bulan tidak menulis blog, idea hendak menulis semakin kembali kosong. Puas penulis mencari idea. Tiba-tiba penulis teringat. Baru-baru ini penulis ada makan nasi arab yang boleh tahan sedapnya.
Masing-masing dapat satu hidangan.
Bulan lepas, ada seorang rakan sepejabat, berniat hendak belanja kami pergi makan nasi arab. Bagai pucuk dicipta, ulam yang mendatang. Tanpa membuang masa kami pun bertolak dengan menaiki sebuah kereta seorang sudi menjadi penaja pengangkutan rasmi kami. Lokasinya tidak jauh dari pejabat kami iaitu di Jalan reko, Kajang. Semasa di dalam perjalanan, penulis sudah dapat bayangkan nasinya yang panjang dan sangat fluffy. Wah.. ini pasti best!
Aini tidak makan daging kambing.
Setelah tiba di retoran tersebut, kami terus masuk dan memesan dua jenis menu. Kami memesan nasi arab kambing untuk tiga orang dan nasi arab ayam untuk seorang. Ini bermakna, ada empat orang makan. Selalunya, jika memesan sebegini, mereka akan hidangkan dalam bentuk pinggan yang besar atau pun talam. Maksudnya akan ada satu hidangan sahaja. Tetapi lain pula yang datang. Setiap kami mendapat satu pinggan nasi yang besar.
Nasi Arab Kabsah.
Wah... banyak sungguh nasi yang dihidangkan. Nasib baik kami berbadan sasa dan sedang kelaparan. Kecuali kawan penulis yang seorang ini, hanya dia sahaja berbadan slim. Walaupun berbadan slim, tetapi bila masuk bab makanan, boleh tahan juga hebatnya. Nasi arab ini ungguh menyelerakan, tetapi kami tidak yakin boleh menghabiskannya. Banyak sangat. Walaubagaimanapun kami cuba juga menghabiskannya.
Chiks dengan tenang cuba menghabiskan nasi arab.
Nasi arab di sini diantara nasi arab yang terbaik yang pernah penulis makan. Nasinya yang lembut manakala daging kambingnya sangat sedap, lembut dan terasa rempah ratusnya. Manakala dagingnya ayam pula boleh tahan juga sedapnya. Ini berdasar citara penulis lah. Tetapi malangnya salah seorang rakan yang pernah makan di restoran ini tidak berpuas hati. Dia rasa tidak berbaloi makan nasi arab di restoran ini kerana tidak sedap. Biasalah, ada orang yang suka dan ada yang tidak. Mungkin dia jenis yang tidak sukakan makanan arab kot.
Sangat Menyelerakan.
Akhirnya, kami tidak berjayat menghabiskan nasi arab tersebut. Nasinya terlalu banyak. Sudah tidak boleh  menolak masuk ke dalam perut. Jadi, lain kali kena kongsi atau memesan yang saiz kecil sahaja.

Selasa, 27 November 2012

Apa yang Kau Buat?

Kelakar dan kreatif layout  ini yang penulis perolehi dari sumber internet.
Perlawanan Piala AFF 2012, diantara Harimau Malaya menentang Sang Singa sudahpun berlalu. Sang Singa berjaya membaham Harimau Malaya dengan keputusan 0-3. Mutu permainan Harimau Malaya  amat mendukacitakan.

Rajagopal menyalahkan Apek sebagai punca kekalahan itu. Apa sudah jadi dengan ungkapan, "saya kenal pemain saya". Adakah hanya Apek seorang yang dipersalahkan? Mana kehebatan pemain yang bertaraf jutawan seperti Safee Sali dan Sharul Idlan Tahala?

Rajagopal sila lah jawab... Janganlah sombong lagi....