Isnin, 23 Julai 2012

Aku Berkerja di Syarikat Swasta Juga Akhirnya


Keratan Akhbar Berita Harian pada tahun 1997

Sejak dari kecil lagi aku bercita-cita berkerja dengan perkhidmatan Awam (kerajaan) walaupun ramai rakan yang mengatakan berkerja dengan kerajaan bergaji kecil berbanding dengan gaji berkerja di sektor swasta. Bagi aku, walaupun bergaji kecil tetapi terlalu banyak kemudahannya seperti kemudahan pencen selepas bersara, rawatan kesihatan di hospital panel & kerajaan dan kemudahan membuat pinjaman komputer, kenderaan & perumahan. Walaupun berkerja dengan sektor swasta ada potongan KWSP, tetapi wang sebanyak manapun boleh dihabiskan dengan sekelip mata sahaja.


Liza dan Adlina sedang berkemas di hari terakhir di Dewan Bahasa dan Pustaka

Akhirnya impianku menjadi kenyataan apabila aku diterima salah seorang kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tarikh 02hb Oktober 1990. Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan sebuah badan berkanun kerajaan yang mana faedah dan kemudahannya adalah lebih baik dari kakitangan kerajaan penuh di mana-mana kementerian. Aku cukup beryukur dan sungguh gembira apabila memulakan tugas di DBP dan di dalam hati berkata "insyaalah aku berkerja di sini hingga pencen"


Para pekerja sedang mengemas barang setelah Bahagian Reka Bentuk telah diswastakan

Aku ingatkan panas hingga ke petang rupa-rupa hujan di tengah hari. Pada 2hb September 2002 kami di Bahagian Reka Bentuk, Pra Cetak, Perniagaan, Stor dan Percetakkan di Dewan Bahasa dan Pustaka telah diswastakan secara mengejut semasa di bawah Dato A. Aziz Deraman yang sebagai Ketua Pengarahnya. Hampir kesemua staff DBP menentang penswastaan ini kerana tidak yakin dengan kemampuan syarikat yang mengambil alih penswastaan ini. Ketika itu, pihak pengurusan DBP sering kali menyakin kami bahawa segala kemudahan dah faedah yang kami perolehi dari pihak swasta akan melebihi dari DBP sendiri

Dua bulan sebelum kami diswastakan, pihak kesatuan sekerja DBP bercadang membuat peket membantah penswastaan ini. Setelah perbincangan antara kesatuan sekerja DBP bersama pihak pergurusan DBP dan wakil Syarikat, entah bagaimana pihak kesatuan DBP telah termakan pujukan dan bersetuju pula dengan penswastaan ini. Semua staff yang terbabit tidak boleh berbuat apa-apa. Pihak kesatuan memberi alasan bahawa ini adalah dasar kerajaan. Pihak kesatuan DBP tidak boleh melawan arus kononnya. Sebulan kemudian kami mendapat surat pilihan sama ada bersetuju berkerja dengan pihak swasta atau diminta bersara awal. Pada pandangan akulah, penswastaan ini hanya memberi keuntungan kepada staff yang berumur 50 tahun ke atas sahaja kerana mendapat dua gaji iaitu pencen dan mendapat gaji swasta. Kami staff yang berumur 40 tahun ke bawah hanya mendapat kenaikkan gaji 17% sahaja. Segala kemudahan persaraan dan wang pencen akan kami perolehi apabila kami berusia 50 tahun nanti. Itupun jika umur kami panjang.


Kini kami berkerja di syarikat swasta

Pada pandangan akulah, penswastakan ini berlaku kerana pihak pengurusan DBP sendiri yang beria-ria benar hendak menswastakan bahagian penerbitan DBP ini. Tujuannya tidak dapat aku pastikan. Hanya Maha Berkuasa sahaja yang mengetahuinya. Hati kecil ini tetanya-tanya, adakah dengan penswastaan ini akan menguntungkan lagi DBP?

Rabu, 18 Julai 2012

Reunion?

Tahun 2012 ini sudah menjadi tahun Jejak Rakan pula. Apa tidaknya, penulis telah dapat berhubung semula sebahagian rakan-rakan sepejabat semasa bertugas di Bahagian Reka Bentuk, Dewan Bahasa dahulu. Kenangan bersama mereka telah lama hilang dari ingatan kerana sudah melebihi 10 tahun kami tidak bersua muka. Semuanya bermula daripada seorang rakan, sms dan seterusnya melalui Facebook.

Bukan selalu dapat berjumpa macam ini.
Bersyukur dengan pertemuan ini.
Alhamdulilah ada seorang rakan bergelar doktor sekarang.
Dua rakan karib bertemu kembali.
Ada yang mempunyai perniagaan sendiri sekarang.
Menu hari ini.
Menjamu selera.
Alhamdulilah ada rakan yang sudi menaja hari ini.
Ya! penulis telah pun join group FB atas pelawaan seorang kawan baik sewaktu di pejabat dulu. Bermula dari seorang, semakin hari semakin bertambah Friendlist. Minggu lepas, kami telah berkumpul dan saling bertukar nombor telefon dan terus berbual panjang.

Selasa, 17 Julai 2012

Menjamu Selera Selera di Restoran Wong Solo

Baru-baru ini penulis menjamu selera di Restoran Ayam Bakar Wong Solo. Restoran ini sebenarnya berasal dari Indonesia. Ianya lebih dikenali dengan nama Rumah Makan Ayam Bakar Wong Solo. Motto yang disampaikan restoran ini ialah Ayam Bakar Wong Solo Halalan Thayyiban, di mana pemiliknya cuba mengetengahkan konsep Islam melalui rumah makan yang dikelolakannya.

Restoran Wong Solo cawangan Bangi.
Sudah berapa kali penulis cuba menjamu selera di Restoran Ayam Bakar Wong Solo di cawangan Bangi tetapi hampa kerana sentiasa sahaja di penuhi dengan pelanggan. Beberapa minggu lepas, selepas menonton wayang di MBO, Glaxy Ampang, penulis ternampak Restoran Ayam Bakar Wong Solo. Rupa-rupanya cawangan Restoran Ayam Bakar Wong Solo ini berhampiran sahaja dengan kediam penulis di Ampang.

Pelayan menggunakan uniform tradisional Jawa.
Penulis terus masuk ke dalam dan duduk di kawasan berhawa dingin sebab cuaca terlalu panas di luar. Apabila masuk ke dalam restoran kita akan disambut oleh pelayan dengan senyuman dan selepas di persilakan duduk, pelayan akan segera menghulurkan menu.

Empal Sapi.
Penulis berpuas hati kerana servis nya yang cepat, tidak perlu menunggu lama. Tidak sampai sepuluh minit, makanan yang di pesan sudah tiba. Apabila di layan sebegini, tentu kita berpuas hati dan mungkin akan datang lagi. Di sini ada makanan stail jawa, jika kita datang bersama keluarga, ianya lebih baik kerana ada set yang lebih murah harganya. Pada masa itu, penulis hanya memesan menu nasi ayam penyet yang berharga RM10.90. Ada juga Ayam bakar dan Empal Sapi yang berharga RM10.90. Nasinya agak wangi, mungkin diletakkan daun pandan.

Ayam Penyet.
Nasi dihidangkan bersama ayam penyet, tokua goreng, terung goreng dan tempe goreng, salad dan sambal istimewa. Malangnya tidak disertakan kuah sup. Jika mahu juga kuah sup, bolehlah memesan sup bontut. Jika ada kuah sup, barulah penulis berselera makan dengan nafsunya, kesimpulan yang boleh disimpulkan Nasi Ayam Penyet Wong Solo ini memang sedap dan boleh diulang makan pada ketika lainnya (tapi ikut selera anak tekak juga). 

Habis licin?
Ada satu lagi yang penulis suka di Restoran Ayam Bakar Wong Solo ini ialah minuman jusnya. Dua jus yang selalu menjadi pilihan untuk penulis order ialah Jus Alpukat (Avocado) RM6.00 (siap ada campur coklat cair) dan Jus Jagung Sakinah RM5.50 (ahh... terbaik! Hehe).

Resit.
Jika sesiapa yang hendak menonton wayang dan berurusan di Galaxy Ampang, jangan lupa singgahlah ke Restoran Wong Solo ini. Penulis percaya, anda tidak akan menyesal.

Isnin, 16 Julai 2012

Bengkel Buku....

Sejak kebelakangan ini, kaki penulis terasa sakit yang menyebabkan badan tidak berapa sihat sehingga terpaksa menelan beberapa biji ubat untuk kembali sihat. Ketika ini, penulis dan rakan-rakan designer di pejabat sedang sibuk dengan tugas. Penulis perlu menyiapkan kerja mereka bentuk buku manakala dateline yang diberi adalah singkat. 

Minggu lepas, penulis dan rakan-rakan telah menghadiri bengkel buku untuk PMS 100% dengan kementerian di Grand Continental Hotel, Jalan Raja Laut. Alhamdulillah, walaupun markahnya sederhana tetapi tidak banyak pembetulannya. Namun begitu, banyak juga pemurnian untuk grafik dan ilustrasinya.

Di bawah ini sertakan foto-foto yang sempat penulis rakamkan.

Suasana bengkel yang tenang.
Perbincang semakin rancak.
Namun designer kelihatan masih tenang.
Suasana bengkel yang tenang.
Suasana bengkel.
Pemandang indah dari bilik bengkel.
Perbincangan dengan penulis
Berehat di bilik hotel.

Bermulanya bulan Ramadhan ini, bermulalah tugas penulis untuk membuat pembetulan dan seterusnya dihantar ke pihak kementerian untuk tindakan seterusnya.

Khamis, 12 Julai 2012

Melancung ke Pulau Langkawi bhg. 05

Setelah berehat, makan tengahari dan membeli belah di Alor Star, kamipun menaiki bas dan meneruskan perjalanan ke Sik pula. Rombongan menaiki bas di Alor Star pada jam 1.00 petang menuju ke Sik dan sampai pada jam 3.00 petang. Rombongan berhenti rehat untuk membuang air di station minyak Petronas di pekan Sik selama 20 minit sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi.

Dalam perjalanan ke Sik.
Tasik Beris
Sebenarnya penulis tidak berminat ke ladang anggur kerana sudah keletihan dan ingin segera pulang ke Kuala Lumpur. Oleh kerana sudah ada di dalam jadual rombongan, penulis terpaksa pergi jua.

Pintu masuk ladang anggur.
Dilarang memetik anggur.
Ladang anggur terletak lebih kurang 15 km dari Pekan Sik melalui jalan ke Gulau/Nami. Setiap pengunjung dikena tiket bayaran masuk sebanyak RM4.00 Dewasa dan RM2.00 untuk kanak kanak 7 hingga 12 tahun. Selain dari melawat ladang anggur pengunjung juga boleh membeli buah anggur dan beberapa produk yang diperbuat dari anggur termasuk jus, kordial dan kek.

Anggur yang sudah masak.
Rasa hendak gigit jer anggur ni.
Ladang seluas 4 ekar memulakan perniagaan lima tahun lalu dipunyai oleh syarikat swasta. Syarikat tersebut juga mempunyai sebuah lagi ladang di Sungai Senang tidak jauh dari sini. Hanya ladang di Kampung Ternas ini yang menerima lawatan pengunjung. Hasil buah anggur dari Ladang Sungai Senang dibawa ke sini untuk dijual kepada pengunjung.

Sesi penerangan dari pekerja ladang anggur.
Sabar menanti hendak makan anggur percuma.
Ini adalah salah satu dari dua ladang anggur disebelah utara Malaysia. Satu lagi di Perlis yang dipunyai oleh Jabatan Pertanian. Ladang anggur di Perlis ini tidak menerima pelawat atau menjual hasil tanaman. Ladang tersebut hanya menerima pelawat dari jabatan tertentu.

Penerangan dari pekerja ladang anggur.
Jus anggur.
Mengikut pekerja disini, benih dan variety anggur yang ditanam diambil dari negara jiran Thailand. Syarikat ini menggunakan kepakaran pekerja dari Thailand, Indonesia dan India. Seramai 21 orang bekerja disini termasuk dibahagian jualan dan pentadbiran.

Anggur segar.
Teket masuk ke ladang anggur.
Dua jenis anggur diusahakan iaitu jenis hijau dan hitam. Anggur mengeluarkan buah selepas satu tahun dan perlu penjagaan rapi. Jarak setiap pokok perlu mencukupi untuk akar dan dahan. Para diperlukan untuk dahan dan buah. Tanah sentiasa lembab dan keseluruhan ladang di tutup dengan plastik lut sinar. Tujuan melindungi pokok dari hujan yang boleh menyebabkan daun rosak. Bumbung bertutup juga untuk mengawal suhu. Baja di salurkan pada jarak tertentu dari pokok dan vitamin pokok di gunakan. Dahan dan cabang perlu di buang mengikut pusingan masa tertentu.

Anggur segar.
Lawa juga pekerja ladang anggur ni.
Pengeluaran boleh di rancang. Ini bermakna buah anggur yang dikeluarkan tidak mengikut musim. Boleh di olah untuk setiap masa.

Kenangan berlatar belakangkan Tasik Beris.
Pemandangan indah di hadapan ladang anggur.
Sebelum sampai ke ladang anggur ini, penulis memang tidak berminat tetapi, tetapi setelah melawat ladang ini memangt mengasyikan, melihat buah-buah anggur yang bergantungan dan keadaan ladang yang terjaga dengan rapi dan bersih ini. Sebelum balik, belilah buah anggur dan produk anggur seperti jus anggur dan losyen biji anggur sebagai tanda anda sudah sampai ke sini.

Jam 4.00 petang lawatan pun berakhir dan kami pun berangkat pulang. Kami berehat makan malam di rumah rehat Kuala Kangsar selama satu jam dan kemudian kami meneruskan perjalanan. Rombongan selamat sampai  ke Kuala Lumpur pada 11.30 malam.

Rabu, 11 Julai 2012

Melancung ke Pulau Langkawi bhg. 04

Hari terakhir di Pulau Langkawi, hujan turun dengan lebatnya di sebelah pagi. Namun, kami tetap meneruskan perjalanan ke jeti Kuala Perlis. Tiba di jeti Kuala Perlis, hujan masih turun dengan lebatnya. Kami meneruskan perjalanan kei Bandaraya Alor Setar untuk berhenti berehat. Di Alor Setar kami  jalan-jalan cari makan dan bershopping di Pekan Rabu.

Bergambar kenangan di hadapan hotel penginapan.
Bersiap sedia menaiki feri ke jeti Kuala Perlis.
Pekan Rabu merupakan salah satu mercu tanda di Bandaraya Alor Setar, Kedah Darul Aman. Tidak sah bagi mereka yang mengunjungi Alor Setar jika tidak ke sini. Malah mantan PM kita Tun Mahathir pun suka membeli belah di sini. Pekan Rabu bolehlah disamakan dengan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu dan Pasar Payang di Kuala Terengganu. Tetapi Pekan Rabu lebih kecil dari segi saiznya.

Suasana di dalam feri.
Suasana di Jeti Kuala Perlis.
Pekan Rabu yang terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar, memang tidak asing lagi di kalangan penduduk tempatan ataupun luar negeri Kedah. Kompleks perniagaan orang-orang Melayu yang tersergam indah itu merupakan lambang kemegahan bukan sahaja kepada peniaga-peniaga bumiputera di Kedah, bahkan menjadi kebanggaan kepada seluruh masyarakat bumiputera di Kedah. Bagi pelancong-pelancong, sekiranya mereka singgah ke Alor Setar, semacam tidak cukup syarat, jika tidak singgah atau membelah-belah di Kompleks Pekan Rabu.

Bas sudah sedia menunggu di Jeti Kuala Perlis.
Ruang bagasi bas telah dipenuhi dengan barang-barang yang dibeli di Langkawi.
Pendek kata banyak benda yang boleh dicari semasa di sini. Harganya boleh dirunding tetapi kebanyakan harga makanan adalah harga tetap. Pelbagai barangan terjual di sini, antaranya pelbagai jenis tudung, pakaian, songkok cek det, pakaian ihram, pakaian sekolah, kedai jamu dan barang kraftangan. Semasa penulis berada di sini, di perhatikan ramai yang memegang senarai barang pesanan untuk saudara mara dan teman-teman di pejabat.

Pekan Rabu.
Gerai di Pekan rabu.
Di ruangan ini (foto di atas) barulah penulis berminat untuk membeli untuk keperluan sendiri atau dibuat ole-ole. Iaitu gerai yang menjual asam jawa tanpa biji, belacan special, dodol, kueh bahulu panas dan pelbagai jenis serunding. Ada juga gerai yang menjual ikan pekasam. Ikan pekasam pastinya menambat selera. Anda boleh tentukan ikan jenis apa yang diingini. Harganya bergantung kepada jenis ikan yang dipilih. Di sini penulis sempat membeli setengah kilo ikan pekasam Lampam dan Gelama.

Antara gerai di Pekan Rabu.
Macam-macam ada di Pekan Rabu.
Berdasarkan sumber internet, Pekan Rabu sudah memulakan aktivitinya sejak Perang Dunia Pertama lagi. Ini merupakan inisiatif dari Y.T.M. Tunku Yaacob, Putera Diraja Kedah dalam usaha baginda menggalakkan penglibatan orang Melayu dalam dunia perniagaan terutamanya di bandar.

Antara kerepek yang di jual di Pekan Rabu.
Ikan Pekasam.
Permulaanya, Pekan Rabu merupakan sebuah pasar minggu di Tanjong Chali iaitu terletak di persinggahan antara Jalan Pekan Cina dan Jalan Pengkalan Kapal di Bandar Alor Setar ketika itu. Sejarah membuktikan bahawa Tanjong Chali adalah tapak bagi melatih orang-orang Melayu dalam bidang perniagaan. YTM Tunku Yaacob merupakan pengasas kawasan perniagaan ini menjadi pasar minggu di situ pada setiap hati Rabu sahaja pada awal 1920-an.

Gerai Makan di Pekan Rabu.
Kueh tradisional juga ada dijual di Pekan Rabu.
Bertitik-tolak dengan perkembangan kemajuaan daripada pasar minggu itu, maka pasar itu berlangsung setiap hari. Justeru, Kerajaan Negeri Kedah telah memindahkan Pekan Rabu ini ke sebuah tapak baru menjelang tahun 1932 berdasarkan perkembangan aktiviti perniagaan.

Nampaknya masih mampu membeli belah di Pekan Rabu.
Pekan Rabu.
Setelah makan tengahari dan membeli belah di Pekan Rabu, kami meneruskan perjalanan ke bandar sik untuk melawat ladang anggor pula.

Bersambung...