Ahad, 29 Mei 2011

Maskara 28

Oleh kerana ada masa kelapangan, penulis berkesempatan menghadiri Malam Membaca Naskah Sindiket Sol-jah atau dikenali juga dengan malam MASKARA yang telah berlangsung di Rumah Pena, malam tadi. Penulis amat terhibur kerana telah menyaksikan persembahan hebat dari kumpulan Paradoks, kumpulan Society, Acid Hadi, Rayza Mukmin, Fahmi Freakmie dan Mohamad Farez.

Persembahan yang menarik dari kumpulan Paradoks.

Gitaris kumpulan Paradoks.

Bacaan Puisi dari Mohamad Farez.

Vovin mempromosikan bukunya.

Antara penonton yang hadir.

Persembahan dari Kumpulan Society.

Antara penonton yang hadir.

Nasi lemak bungkus.

Antara buku yang di jual di Maskara.

Penonton sungguh terhibur pada malam itu.

Suara penyanyi ini seperti penyanyi kumpulan Ungu.

Persembahan teater yang hebat dari pelakon ini.

Tidak ramai yang hadir, mungkin kerana ada program Sejuta Belia di Puterajaya dan ada live Akademi Fantasia 9 di Astro. Tetapi, nasi lemak bungkus berlaukan telor mata yang disediakan oleh penaja & pihak penganjur sungguh menyelerakan sehingga berjaya dihabiskan oleh tetamu yang hadir. Terima kasih daun keladi kepada mereka.

Tidak sabar pula menanti majlis MASKARA yang akan datang... Maskara 29

Sabtu, 28 Mei 2011

Mesyuarat B. Teks MPAT - Readers

Semalam, penulis telah menghadiri mesyuarat peningkatan mutu B. Teks MPAT di Crytal Crown Hotel, Petaling Jaya. Alhamdulillah, tidak banyak pembetulan kali ini tetapi banyak juga pemurnian untuk grafiknya. Di bawah ini sertakan foto-foto yang sempat penulis rakamkan.















Sabtu, 21 Mei 2011

Pengwal Keselamatan

Berdasarkan pengalaman penulis yang pernah bertugas sebagai pengawal keselamatan agensi kerajaan dan swasta, kerjaya ini sering kali dipandang rendah. Bahkan, ramai yang melabelkan kerjaya ini sebagai ‘jaga’ bagi mencerminkan tugas mereka yang dianggap remeh. Namun, ‘jaga’ sekarang sudah banyak berubah. Pengawal keselamatan kini bukan lagi ‘jaga pintu’ sahaja, tetapi skop pekerjaan mereka meliputi pelbagai kerja keselamatan.


Sejak peristiwa serangan pengganas 11 September, dan serangan-serangan lain, tugas sebagai pengawal keselamatan terbukti kian genting dan penting. Mereka diperlukan untuk bukan sahaja menjaga keamanan, malah dalam membantu kes-kes kecemasan dan menjalankan rondaan. Banyak tugas mereka juga memerlukan kemahiran.


Dalam sekitaran keselamatan yang terdedah kepada pelbagai ancaman yang tidak diingini, tugas sebagai pengawal keselamatan kini tidak lagi rutin, tetapi lebih mencabar. Ini ditambah pula dengan adanya pembangunan pesat pelbagai projek mega yang memerlukan para pengawal keselamatan terlatih.


Bagi pekerja yang mahu menceburi bidang tersebut, sekarang merupakan masanya memandangkan kerjaya tersebut tidak mudah terjejas dengan kemelesetan ekonomi. Hari ini, ramai pengawal keselamatan kita bukan sahaja mampu mengawal bangunan-bangunan komersial seperti hotel dan pejabat serta sekolah, malah mereka juga terlibat dalam mengawal tempat-tempat strategik seperti loji-loji kimia dan petroleum.

Kita tidak boleh mengharap polis dan tentera sahaja untuk menangani masalah keselamatan di negara kita. Sebaliknya, ia juga merupakan tanggungjawab orang ramai dan juga pihak Pengawal keselamatan. Oleh itu, usahlah memandang remeh tugas yang dijalankan para pengawal keselamatan. Mungkin suatu hari nanti mereka akan menjadi benteng pertama dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Selasa, 17 Mei 2011

Hari Terakhir di Kota Kinabalu

Kami mendaftar keluar hotel pada jam 2 petang. Manakala penerbangan pulang ke semenanjung pada jam 10.15 malam. Oleh kerana ada masa yang agak panjang, kami menaiki bas secara percuma ke One Borneo. One Borneo shopping Mall merupakan sebuah kompleks membeli belah terbesar di Kota Kinabalu.

2.00 petang mendaftar keluar dari hotel.

Menanti bas ke One Borneo.

Bersedia menaiki bas percuma ke One Borneo.

Kami sukakan suasana di sini kerana agak tenang, tidak terlalu hingar-bingar seperti di Centre Point Sabah. Kebanyakan orang yang berkunjung ke sini adalah orang dewasa yang berkerja untuk membeli belah. Di sini ada beberapa buah kedai cenderamata. Namun harganya agak mahal berbanding di Pasar Pilipine. Kami tidak membeli belah di sini dan kami hanya bercadang menontong wayang, namun masa tidak mengizinkan. Takut. nanti tertinggal pesawat pula.

One Borneo.

Sempat membeli belah di One Borneo.

9.00 malam kami sampai Lapangan Terbang Antara Bangsa Kota Kinabalu.

Walaupun One Borneo ini lokasinya jauh, kami sanggup juga ke sini, simply sebab sukakan suasana persekitarannya.

Ahad, 15 Mei 2011

Menonton di Growball Cinemax, Centre Point..

Setelah seharian bermesyuarat, untuk menghilangkan stres, rakan penulis mengajak menonton wayang beramai-ramai di Growball Cinemax, Centre Point, Kota Kinabalu. Filem yang kami tonton ialah Fast Furious. Tiket berharga RM6. Masa yang kami pilih ialah 9.50 malam. Ketika sampai, penonton sangat ramai sehingga kehabisan teket. Mujurlah rakan penulis terlebih dahulu menempah teket. Sememangnya masyarakat di Kota Kinabalu memang gemar menonton wayang.

Poster.

Filem ini memang menarik kerana jalan ceritanya yang bagus dan plot yang tersusun tidak seperti filem sebelum ini yang hanya lebih kepada perlumbaan kereta sahaja. Di dalam filem kali ini anda akan dipertontonkan dengan nilai kekeluargaan, setiawakan, kebebasan dan elemen komedi serta aksi kejar - mengejar dan berlawan yang sangat menarik dan hebat. Anda akan terpesona melihat kereta mahal yang terjunam ke dalam tasik, perlumbaan kereta menggunakan kereta polis dan berbagai - bagai lagi aksi dan suasana yang direka dengan cukup kreatif dan menghiburkan.

Pawagam di Center Points.

Kami terhibur dengan humor yang ditonjolkan oleh watak Roman dan Tej serta aksi yang dilakonkan oleh Van Diesel serta Dwayne Johnson. Memang anda tidak akan kering gusi menonton sebab memang kelakar dan sangat dramatik. Penulis tidak tahu membuat ulasan, tetapi senang cakap, filem ini memang terbaik dan kreatif kerana dari babak permulaan filem ini sahaja sudah membuatkan anda teruja, ingin tahu dan bersemangat menonton sehingga ke penamat filem ini.

Menanti movie ditayangkan.

Anda boleh menonton filem ini di pawagam berdekatan untuk mengetahuinya secara lebih lanjut. Bagi penulis, filem ini tidak sesuai untuk tontonan seisi keluarga kerana banyak adegan ganas dan diketogori sebagai filem 18 SG.

Sabtu, 14 Mei 2011

Taman Laut Sabah

Oleh kerana buku yang penulis tangani memerlukan beberapa keping foto berkenaan pulau - pulau di Sabah, kami berpeluang mengunjungi ke Tunku Abdul Rahman Park yang terdiri daripada gabungan lima buah pulau iaitu: Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sulug dan Pulau Sapi. Namun Begitu, kami hanya berpeluang melawat dua buah pulau sahaja. Terlebih dahulu, kami telah melawat Pulau Manukan dengan menaiki bot dari jeti Kota Kinabalu selama lebih kurang 15 minit. Pemandangan di pulau ini sangat cantik dan terdapat pelbagai jenis ikan yang cantik.

Di jeti ke Taman Laut Sabah.

Dalam perjalanan ke Pulau Manukan.

Penulis di jeti Pulau Manukan.

Pulau Manukan merupakan salah sebuah pulau yang tercantik di Kota Kinabalu Sabah. Pulau ini menjadi daya tarikan, bukan sahaja kepada pelancong tempatan malahan antara distinasi pilihan pelancong luar negara. Pulau Manukan terletak di perairan Kota Kinabalu. Sekiranya dari Pasar Tamu Gaya, kita boleh berjalan kaki ke jeti ke Pulau Manukan dan perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Jika menaiki teksi, sebut sahaja jeti ke Pulau Manukan, tahulah pemandu teksi di mana lokasinya.

Sea Walking atau mini kapal selam.

Air yang jernih.

Pantai yang cantik.

Di pulau ini, pelbagai aktiviti di air dapat dijalankan. Salah satu aktiviti yang penulis tertarik ialah aktiviti “Sea Walking”. Menurut rakan penulis, peserta akan menaiki bot dan akan diturunkan 5 meter ke dalam laut. Setelah itu, mereka dapat melihat keindahan di dalam laut dan juga melihat pelbagai jenis ikan. Untuk membolehkan mereka berada di dalam laut selama 30 minit untuk aktiviti tersebut, mereka perlulah memakai topi khas dan dibekalkan dengan bekalan oksigen.

Menanti bot datang.

Menaiki bot ke Pulau Gaya.

Perkampungan di Pulau Gaya.

Selepas puas menikmati pemandangan di Pulau manukan, kami disyorkan melawat ke Pulau Gaya pula. Pulau Gaya adalah pulau terbesar dalam lingkungan Taman Tunku Abdul Rahman (TTAR) yang meliputi lima pulau di sekitar 3 - 8 km dari Kota Kinabalu, Sabah. Selain Pulau Gaya, terdapat empat lagi pulau lain yang dikategorikan dalam TTAR iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Sulug. Gaya dalam bahasa Bajau adalah ‘gayo’ bermaksud besar.

Kanak-kanak di Pulau Gaya.

Pemandangan di Pulau Gaya.

Di Pulau Gaya juga ada Masjid Terapung.

Pulau Gaya banyak dihuni oleh orang Bajau di mana kebanyakan rumah mereka adalah terletak atas air. Untuk ke Pulau Gaya, anda boleh mendapatkan perkhidmatan penduduk tempatan yang selalu berulang-alik dari KK ke Pulau Gaya. Bot-bot kecil penduduk tempatan (yang kebanyakannya adalah orang Bajau) banyak beroperasi di tebing perairan berhampiran kompleks membeli-belah dengan kadar tambang RM1.50 sehala. Jika anda melawat perkampungan di sini, anda dinasihati berhati-hati dengan penduduk pulau tersebut yang kebanyakanya pendatang Filipina