Rabu, 23 Januari 2013

Bengkel B. Teks 100%

Sepanjang minggu lepas, penulis telah menghadiri bengkel b. teks untuk PMS 100% di Seri Petaling. Alhamdulillah, tidak banyak pembetulan kali ini tetapi banyak juga pemurnian untuk grafik dan ilustrasinya. Di bawah ini sertakan foto-foto yang sempat penulis rakamkan melalui lensa i-Tab.
Hotel Seri Petaling
Check in.
Bengkel akan dimulakan.
Hari pertama bengkel.
Muka kecewa kerana terlepas peluang menyaksikan Raja Lawak Akhir, live Piala Malaysia, Pengako Sayo dan badminton Malaysia Open separuh akhir.
Seram sejuk juga tinggal keseorangan di bilik hotel ini.
Suasana bengkel yang tenal.
Banyak juga pembetulan.
Minum petang.
Makan limau di hari terakhir.
Berakhirnya bengkel ini, maka bermulalah tugas kami untuk membuat pembetulan untuk dihantar ke kementerian selepas ini.

Selasa, 22 Januari 2013

Sorak Untuk Lee Chong Wei

Hari Ahad yang lalu merupakan hari yang terindah buat penulis dan rakan-rakan kelab kerana dapat menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2013. Kami sangat gembira kerana dapat menyaksikan Lee Chong Wei yang bertaraf pemain nombor 1 dunia. Bukan mudah hendak menyaksikan mereka beraksi di hadapan mata kita sendiri. Hanya setahun sekali sahaja mereka dapat beraksi di kejohanan Super Series seperti ini di Malaysia. Cuma tahun ini kurang ump.... kerana tidak ramai pemain bertaraf bintang beraksi.
Sebelum masuk stadium.
Janji ditepati?
Penyokong tegar badminton.
Keptan Shafari dan dorairaj.
Antara penyokong yang hadir untuk menyaksikan Lee Chong wei beraksi.
Suasana di dalam stadium
Sahabat yang datang dari singapura semata-mata ingin menyaksikan Lee Chong Wei beraksi.
Tok bomoh Malaysia vs Tok bomoh Indon.
Tahniah dan Syabas kepada Dato’ Lee Chong Wei yang mencipta rekod menngataso pencapaian Wong Peng Soon menjuarai Terbuka Malaysia buat kali ke 9 kali. Penulis amat berbangga dan menyanjung kejayaan ini, semoga ianya menjadi pembakar semangat untuk menjuarai kejohanan dunia  Malaysia yang pertama pada tahun ini!

Isnin, 14 Januari 2013

Klinik Kesihatan Ampang

Bulan lepas, penulis ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan. Ketika itu tekanan darah penulis melambung naik. Mungkin stress, terlalu banyak kerja atau terlebih makan nasi arab kot. Selesai menerima rawatan, doktor mengesyorkan penulis mendapatkan rawatan susulan di Klinik Kesihatan Ampang. Pada mulanya penulis berasa pelik, kenapa rawatan susulan, dirawat oleh pembantu perubatan di klinik Kesihatan Ampang. Bukan kah lebih baik meneruskan rawatan di Hospital Ampang?
Pintu masuk Klinik Kesihatan Ampang.
Semalam, penulis ke Klinik Kesihatan Ampang. Klinik kerajaan ini terletak di tengah-tengah pekan Ampang, di negeri Selangor. Pada mulanya tersesat juga mencari klinik ini kerana ia agak tersorok daripada pandangan. Klinik ini dikelilingan oleh rumah pamgsa, teres dan rumah kedai. Klinik ini kira-kira 2 kilometer dari rumah penulis.
Kuanter pendaftaran.
Klinik yang sekelilingnya kawasan perumahan Orang Melayu, Cina dan India.Klinik ini dikunjungi oleh ramai pesakit. Penulis dapat lihat keharmonian antara kaum. Dilihat seorang warga emas keturunan Cina berbual dengan seorang ibu muda Melayu, mungkin mereka bercerita mengenai keluarga masing-masing. Ada juga warga asing yang berkunjung ke klinik ini seperti pendatang Indonesia, Myanmar dan Bangladesh.
Kuanter temu janji dan mengambil tekanan darah.
Penulis dapati, kebanyakkan klinik kesihatan kerajaan sekarang semakin maju. Klinik Kesihatan Ampang umpamanya, berupa seperti klinik swasta. Klinik kesihatan pula kini bukan lagi di tempat yang sempit tetapi seperti hospital kecil yang berhawa dingin dengan suasana yang selesa. Cuma di Klinik Kesihatan Ampang, parkir kenderaannya agak terhad. Pesakit digalakkan menaiki motosikal atau kenderaan awam ke klinik ini.
Kuanter farmasi.
Walaupun penulis menerima rawatan hampir sejam jam. Menunggu mengambil ubat di farmasi juga sejam. Tiada apa yang hendak penulis rungutkan kerana memahami bilangan pesakit yang ramai. Penulis tidak berasa bosan sepanjang tempoh masa menunggu. Pesakit disediakan ruangan menunggu yang selesa, bersih, kipas dan pendingin udara. Nombor giliran dipanggil dengan menggunakan sistem elektronik. Layanan oleh warga klinik ini juga baik. Difahamkan ada 20 bilik iaitu 15 bilik rawatan pesakit luar, 3 bilik untuk rawatan ibu mengandung dan kanak-kanak, 1 bilik farmasi, 1 bilik rawatan kecemasan, 1 bilik suntikan & pengambilan darah dan klinik pergigian. Penulis tidak pasti ada berapa orang pegawai perubatan dan pembantu perubatan di klinik ini. Yang pasti pegawai perubatan di klinik ini agak ramai.
Bilangan pesakit yang agak ramai.
Pada mulanya penulis agak keberatan ke Klinik Kesihatan Ampang ini. Maklumlah sebelum ini penulis menerima rawatan daripada klinik panel yang disediakan oleh majikan. Lagipun ramai rakan-rakan penulis berasa fobia apabila berurusan dengan klinik-klinik kerajaan suatu ketika dahulu. Mereka masih mengambarkan suasana klinik yang tidak selesa dan terpaksa menunggu terlalu untuk menerima rawatan. Kadang-kala, kakitangan yang merawat pesakit itu bukannya pegawai perubatan tetapi pembantunya sahaja. Paling menakutkan mereka ialah layanan kakitangan klinik kerajaan kebanyakkannya adalah kasar.
Tandas klinik yang ketiadaan air.
Semasa menunggu mengambil ubat di farmasi, penulis pergi ke tandas klinik untuk membuang air. Hajat penulis terbantut kerana tandasnya berbau, kotor dan menjijikan. Rupa-rupanya tandas tidak dicuci dengan sempurna kerana di kawasan Ampang dan sekitarnya mengalami gangguan air. Penulis membatalkan hajat tersebut dan kembali ke tempat duduk. Bagaimanapun, ‘penulis tidak boleh tahan’ dan terpaksa kembali semula ke tandas untuk melepaskan hajat. Penulis percaya keadaan ini akan bersih seperti biasa sekiranya bekalan air kembali pulih.
Banguanan Klinik Kesihatan Ampang.
Peristiwa di atas adalah berdasarkan pengalaman penulis semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Ampang. Penulis tidak pasti kemudahan dan layanan di klinik-klinik kesihatan yang lain. Penulis berharap, di klinik-klinik lain mendapat kemudahan yang sama seperti di Kelinik Kesihatan Ampang, terutama klinik kesihatan di luar bandar.

Jumaat, 11 Januari 2013

Menghalang Kenderaan

Semasa penulis bertugas sebagai pengawal keselamatan dahulu, masalah menghalang parkir kereta menjadi suatu kebiasaan. Ketika itu parkir kenderaan di DBP agak terhad. Manakala pihak DBP sering mengadakan majlis rasmi. Manakala tugas pengawal keselamatan adalah menjaga parkir kereta yang dikhas untuk Ahli Lembaga dan pegawai kanan DBP daripada dicerobohi oleh orang luar atau kakitangan DBP sendiri. 

Selalunya, pantang pengawal leka, pasti ada kereta lain yang memasuki parkir khas ini. Bertambah parah apabila tuan punya parkir ini akan menghalang kereta ini dengan meletakan keretanya dibelakang kereta tersebut. Akibatnya pengawal keselamatan juga yang dimarahi oleh pegawai keselamatan. 

Itu dahulu semasa di bangunan DBP lama, parkirnya tidak mencukupi. Kini DBP ada bangunan baru yang digelar Menara Dewan Bahasa. Menara ini memiliki 31 tingkat manakala parkirnya sahaja ada 4 tingkat. Satu tingkat dikhaskan untuk kakitanganya sendiri manakala tiga lagi untuk para tetamu DBP. Ini bermakna, parkir di DBP memang luas dan banyak kosong. Ingatkan sudah ada empat tingkat yang khaskan untuk parkir, masalah menghalang kenderaan tidak akan berlaku lagi. Tetapi sebaliknya. Masih juga berlaku. 

Semasa penulis ada urusan di DBP, ada suatu peristiwa berlaku pada sekitar pertengahan bulan lepas. Pemandu kereta wira telah meletakkan keretanya di parkir yang dikhaskan untuk pegawai kanan DBP. Apabila tuan punya parkir tersebut mendapati parkirnya telah diambil oleh orang lain, beliau bertindak menghalang kereta wira tersebut dengan meletakkan keretanya di belakang kereta wira tersebut. 

Penulis akui pemandu kereta wira tersebut telah melakukan kesalahan, tetapi tindakan tuan punya parkir itu memang tidak wajar. Tindakanya itu telah menyusahkan pengguna-pengguna parkir yang lain. Keretanya itu turut menyusahkan kenderaan lain untuk mencari parkir dan keluar-masuk ke bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Sebagai kakitangan DBP yang mengamalkan slogan Bahasa Jiwa Bangsa, tindakan seperti ini sememangnya tidak wajar. Pegawai tersebut sepatutnya bersikap positif. Mungkin pemandu kereta wira tersebut salah seorang tetamu yang pertama kali datang ke DBP. Ada kemungkinan pemandu kereta wira tersebut tidak perasan parkir di tingkat satu hanya dikhaskan untuk kenderaan kakitangan DBP sahaja. 

Pegawai DBP tersebut hanya perlu membuat aduan kepada pihak keselamatan. Biarkan pihak keselamatan sahaja yang membuat tindakan selanjutnya. Pegawai tersebut tidak perlulah menghalang kereta wira tersebut. Beliau bolehlah parkir keretanya di tingkat dua atau tiga. Penulis dapati parkir di tingkat tersebut masih banyak kosong. Apalah salahnya pada hari tersebut, hanya satu hari sahaja, parkir kereta di tempat awam. Melainkanlah semua parkir di DBP telah dipenuhi oleh kenderaan. 

Apa yang pasti, pihak keselamatan DBP juga yang mendapat susah. Pengawal keselamatan terpaksa mencari pemandu kereta wira tersebut. Bukannya mudah, Menara DBP ada 31 tingkat. Bertambah parah lagi jika pemandu kereta wira tersebut pergi ke tempat lain seperti ke warung mamak contohnya. Apabila sudah bertemu dengan pemandu tersebut, sudah pasti ada berlaku sedikit salah faham dan pertengkaran kecil mungkin akan berlaku. Apabila ada yang terkasar bahasa, pengawal keselamatan juga akan dipersalahkan. 

 Pengajaran dalam peristiwa ini sebenarnya adalah supaya kita jangan bersikap terlalu ego. Tidak elok sebenarnya. Bukannya ego itu salah, penulis sendiri pun ada ego penulis sendiri. Tetapi orang kata biarlah ego bertempat. Ego yang tidak bertempat ini kadang kala boleh memakan diri sendiri. Sikap ego memang ada dalam diri setiap insan. Sikap yang mendorong seseorang tu untuk merasakan dirinya sahaja yang betul, bersikap keras kepala, degil dan mementingkan diri sendiri... Oleh itu kita harus bermuhasabah diri kita sendiri.

Rabu, 9 Januari 2013

Pekena Nasi Arab di Middle East Food, Al Diafah

Rasanya baharu sahaja penulis makan nasi arab. Baru-baru ini, selepas masyuarat kelab, ada lagi seorang lagi seorang sahabat ingin belanja penulis makan nasi arab. Katanya dia dapat bonus dari majikannya. Beliau ingin berkongsi rezeki tersebut bersama kami. Kali ini kami di bawa ke restoran Middle East Food, Al Diafah di Sri Petaling. Semoga rezeki sahabat penulis ini semakin bertambah-tambah rezeki hendaknya. Aminnnn.... Terima kasih daun keladi kerana berkongsi rezeki bersama kami.
Restoran Al Diafah.
Ketika penulis melangkah masuk ke restoran ini, memang terpegun dengan suasana dan deco Restoran ini. Dari pintu masuk hingga ke toilet nya dihias dengan cantik. Penulis rasakan seolah-olah berada di sebuah hotel yang bertaraf lima bintang. Pastinya harga nasi arab di sini agak mahal. Nasib baik lah ada sahabat hendak belanja makan di sini. Sementara menanti pelayan sampai, sempat juga lah penulis snap-snap gambar. Sebelum membuat pesanan, kami dihidangkan dengan air halia. Memang pure punyer ginger. Tiada gula langsung... tahan jela rasanya semasa minum... nasib baik diberi dalam bekas yang kecil.
Suasana yang selesa.
Deco Al-Dafiah. memang sarat dengan perhiasan kaca dan cermin. Memang cantik, tetapi yang penting, suasananya amat menyelesakan. Cuma, kami terasa seperti tertutup sahaja. Ada aircond dan kipas tetapi agak malap cahaya lampunya, mungkin mereka ingin menimbulkan suasana yang romantis kot. Semasa berada di restoran ini, terasa berada di dalam restoran yang bertaraf lima bintang pula. Memang high clas.
TokMo tanya siapa nak bayar? aku jawab tah!...
Kami memesan dua jenis menu iaitu nasi arab mady ayam panggang dan kebab daging untuk tiga orang. Selalunya, jika memesan sebegini, mereka akan hidangkan dalam bentuk pinggan yang besar atau pun talam. Maksudnya akan ada satu hidangan sahaja. Tetapi lain pula yang datang. Setiap kami mendapat satu pinggan nasi yang besar.
Nasi arab mandy ayam panggang.
Lauk ayam boleh tahan banyaknya. Kiranya puas lah juga kami makan satu pinggan itu. Nasi arab nya memang banyak dan sedap. Pertama kali penulis menikmati menu makanan middle east yang sedap seperti ini. InsyaALLAH jika ada rezeki boleh bawa keluarga makan di sini. Harganya memang mahal, tapi kalau hendak merasa nasi arab yang sedap, apa salahnya...
Kebab.
Jika anda ada urusan di Sri Petaling, jangan lupa menjamu selera arab di restoran ini. Lokasinya yang within walking distance dari Hotel Sri Petaling.
Sahabat yang belanja kami makan. Semoga dimurahkan rezeki.
Alamat: 
43-45, Jalan Radin Anum 
Seri Petaling, KL 
tel: 03-9059 6237