Khamis, 31 Disember 2009

Begitu Pantas Masa Berlalu

Diam tidak diam tahun 2009 sudahpun berada dipenghujungnya. Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi, fajar 2010 akan muncul dan umur kita juga akan meningkat.

Nur Atikah, satu-satunya anak penulis sudahpun melewati usia 12 tahun dan pada tahun hadapan usianya akan mencecah 13 tahun. Ya, dia akan menjadi anak remaja. Ah, penulis dapat merasakan betapa pantasnya masa berlalu. 

Nur Atikah ketika bercuti di Cameron Higland

Sebelum ini, penulis menghantarnya dari hari pertama di sekolah rendah dan berada di tahun satu hingga ke tahun enam dan tahun hadapan, dia akan memasuki sekolah menengah dan pastinya akan menemui rakan-rakan baru di sekolah barunya. Sudah tentulah dia akan mencipta memori baru untuknya juga.

Penulis ketika berada di tingkatan dua

Penulis sendiri, kekadang masih terbayang sewaktu di alam persekolahan dahulu. Lebih-lebih lagi semasa penulis berada di sekolah menengah. Rakan-rakan sekelas penulis yang masih diingati sehingga kini ialah Jelani Jaini, Anuar, Azmi, Ishak, Rosani dan yang lain-lain lagi.

Kekadang penulis merasakan mereka semua seakan-akan masih bersama penulis. Dan merasakan seolah-olah usia penulis dan mereka masih lagi belasan tahun. Tetapi itu semua hanya khayalan penulis sahaja. Kini sudah lebih 22 tahun penulis telah meninggalkan alam persekolahan. Tetapi, penulis seakan merasakan masih berada dialam persekolahan dan bersama rakan-rakan sekolah.

Penulis ketika berada di tingkatan lima

Ah, cepatnya masa berlalu. Pastinya seperti penulis juga, rakan-rakan penulis juga kini telah punya keluarga dan kehidupan masing-masing. Mungkin juga ada diantara mereka tidak lagi menetap di Sungai Besar, tidak mustahil juga ada yang menetap di luar negara?. Mungkin di negara Jerman, Egypt, China dan sebagainya. Penulis pula? sehingga kini, penulis masih lagi setia di sini. Masih setia menjadi warga Selangor. Cuma bezanya dulu di Sungai Besar dan kini di Ampang.

Keada semua rakan lama, apakah kalian juga merasakan apa yang penulis rasakan sekarang? Kerinduan kepada alam persekolahan dahulu? Ah, alangkah indahnya jika kita dapat memutarnya kembali kenangan manis itu... dan kita kembali menjadi kanak-kanak?

Rabu, 30 Disember 2009

Foto Semasa di Vientiane, Laos

Perkampungan Sukan SEA

Di hadapan hotel penginapan

Di muzium di raja Laos

Berlatar belakangkan Wat Si Saket

Di depan pintu masuk Vientiane Temples

Vientiane Temples

Berlatar belakangkan Wat Si Saket

Berlatar belakangkan bandar Vientiane

Bersama Judy yang banyak membantu kami di Vientiane

Berlatar belakangkan Arc. Patuxai, mercu tanda Vientiane

Pintu masuk Pha Tat Luang

Berlatar belakangkan Pha Tat Luang

Berlatar belakangkan Stadium Nasional Vientiane

Bersama gadis-gadis comel Laos

Semasa menyaksikan perlawanan separuh akhir bolasepak antara Malaysia lawan Laos

Bersama gadis-gadis Laos yang comel

Di luar Stadium Utama di Vientiane

Isnin, 14 Disember 2009

Memberi sokongan kepada atlit Malaysia di sukan Sea Laos

Pesawat Air Asia dinaiki bersama ahli rombongan Famemas selamat mendarat di Lapangan Antarabangsa Laos kira-kira 11 pagi (waktu Laos) pada 12hb Desimber 2009, selepas penerbangan kira-kira 2 jam setengah dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur. Perbezaan waktu Vietnam dengan Malaysia adalah 1 jam. Cuaca di Vientiane adalah sama seperti di Malaysia. Rombongan kami seramai 10 orang adalah tajaan dari Majlis Sukan Negara, yang akan memberi sokongan kepada atlit Malaysia yang akan bertanding di Sukan SEA di bandaraya Vientiane. Kami disambut oleh agensi pelancungan di sana. Kami mendapat khidmat seorang pemandu pelancung berbangsa Laos bernama En. Tam. Dari lapangan terbang, kami di bawa bersiar-siar di sekitar badaraya Vientiane.

Laos, satu daripada anggota ASEAN yang dahulunya terpinggir dari segi pembangunan dan ekonominya kini semakin melangkah maju. Dari segi geografinya negara itu diapit oleh beberapa negara dengan Myanmar dan China di barat laut, Vietnam di timur, Kemboja di selatan dan Thailand di barat. Sejarah Laos bermula ketika zaman pemerintahan Lan Xang atau lebih dikenali sebagai ‘tanah sejuta gajah’. Setelah sekian lama dijajah Perancis, Laos kemudian mendapat kemerdekaannya pada tahun 1949. Namun negara itu terus menghadapi perang saudara berpanjangan.

Pertelingkahan hanya tamat pada tahun 1975 apabila pergerakan komunis Pathet Lao mengambilalih kuasa. Bagaimanapun sengketa terus berlanjutan sehingga beberapa tahun selepas itu. Ekonomi Laos mula berkembang pesat pada tahun 1990an apabila reformasi ekonomi dilaksanakan. Lesen perniagaan selepas itu dikeluarkan secara meluas. Keterbukaan terhadap dasar luarnya memberi peluang peniaga dari luar termasuk Malaysia melabur ke Laos.

Negara Laos sedang melalui perubahan, walaupun pada kadar yang perlahan, dengan kafe internet tumbuh bagaikan cendawan, perdagangan dan pelaburan asing yang terus bertambah dan peningkatan dalam bilangan pelancong khasnya di daerah utara Luang Prabang. Ketika penulis mengunjungi negara ini, Vientiane, bandar raya di tebing Sungai Mekong sedang menyambut lebih 5,000 olahragawan dan olahragawati, beratus-ratus wakil media serantau dan beribu-ribu pelancong, khasnya dari negara jiran Thailand, Kemboja dan Vietnam.

Penulis dapati, ibu negara ini telahpun membuat pelbagai persiapan dengan jalan-jalan diperluaskan daripada dua lorong sempit kepada empat lorong dan sebilangan hotel-hotel baru, termasuk beberapa yang dimiliki oleh rakyat Malaysia, telah dibuka bagi perniagaan sejak beberapa bulan yang lepas. Temasya Sukan SEA ke-25, atau lebih dikenali sebagai Sukan SEA, telah dianjurkan buat pertama kali di Laos dari 9-18 Disember, iaitu setelah 50 tahun negara Indochina itu mengasaskan temasya sukan itu bersama rakan-rakan Asean. Temasya dwitahunan itu kali ini akan mempertandingkan 370 acara, dengan sejumlah 1,279 pingat, yang terdiri daripada 370 emas, 370 perak dan 539 gangsa.

Para atlet dan pegawai sukan diingatkan supaya tidak mengharapkan layanan mewah daripada pihak tuan rumah, tetapi usaha sedang dijalankan untuk memastikan keselesaan dan kemudahan sepenuhnya bagi mereka. Sebagai sebuah negara yang banyak bergantung kepada bantuan asing bagi tujuan pembangunan dan dengan 10 peratus daripada populasinya hidup di bawah garis kemiskinan antarabangsa iaitu berpendapatan AS$1.25 sehari, Laos telah meminta bantuan jiran dan rakan serantau untuk membina kemudahan sukan.

Perkampungan Sukan dengan kemudahan 4,000 buah katil, yang berada di National University, dibina oleh sebuah firma Vietnam iaitu Hoang Anh Gia Lai (HAGL) melalui bantuan kewangan bernilai AS$4 juta dan AS$15 juta lagi dalam bentuk pinjaman tanpa faedah daripada kerajaan Vietnam. Dalam menyediakan makanan bagi atlet dan pegawai Laos telah menawarkan pelbagai hidangan, termasuk makanan halal, apabila Perkampungan Sukan ini telah membuka pintunya pada 25 November yang lalu.

Kerja-kerja membaik pulih Stadium Chao Anouvong (yang dahulunya Stadium Kebangsaan) di pusat bandar raya juga telah siap dan telah menjadi venue pusingan kelayakan bola sepak lelaki. Jepun, Brunei Darussalam, Korea Selatan, Thailand dan Majlis Olimpik Asia juga menghulurkan sumbangan bagi pembinaan beberapa daripada venue sukan, termasuk sebuah padang golf dan dewan dewan bagi acara seni mempertahankan diri.

Walaupun Laos telah mengurangkan bilangan acara dari 43 pada Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand kepada hanya 25 di Vientiane, dengan beberapa negara yang mengambil bahagian tidak senang dengan langkah ini, bilangan penyertaan yang diterima tidak kurang hebat. Walaupun Laos bukanlah sebuah negara yang hebat dalam sukan, ia mengharapkan kelebihan di tempat sendiri untuk menempa nama khasnya dalam sukan-sukan yang kurang dikenali seperti petanque, muay dan bulu tangkis dan juga dalam acara bola sepak lelaki.

Untuk memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar semasa temasya Sukan Sea ini, penulis difahamkan mereka telah membawa 300 pegawai teknikal dari luar negara dan 1,000 lagi telah dilatih di dalam negeri bagi 25 acara sukan dan seramai 3,000 sukarelawan.Bagi rakyat Laos, mereka berharap peluang perniagaan baru dan pekerjaan yang dijana oleh Sukan SEA akan membantu mereka. Seorang pemilik teksi persendirian yang hanya mahu dikenali sebagai Yoo berkata bilangan pelancong yang tiba di Laos telah berkurang sejak beberapa tahun yang lepas oleh kerana masalah ekonomi global.“Saya biasanya membawa pelancong dari lapangan terbang ke hotel, dan ada kalanya ke kawasan-kawasan pelancongan. Tetapi bisnes kurang baik sekarang ini, mungkin ia lebih baik pada Disember,” katanya yang memandu kereta Honda lama.

Setelah seminggu tirai mini Olimpik rantau ini telah berlangsung, gerai gerai menjual pelbagai cenderahati seperti kemeja t, gelang kunci dan yang lain masih dibuka di ibu negara ini. Para pelawat di Laos boleh menikmati pelbagai juadah di pelbagai kafe makanan barat, selain restoran Thai dan India

Jumaat, 11 Disember 2009

Foto: Maskara 18

Poster Maskara 18

Hos anda - Vovin & Pipiyapong

Adik ini memulakan acara dengan bacaan puisinya

Lt. Kol. Mohd Razi - penembak tepat dan juara sayembara puisi kebangsaan 2009

Raihani - perempuan yang tidak suka menulis pasal kawin cerai dan cinta tiga segi

Mat Jan & Siganaga - Sol-Jah menceritakan cerita perang-perang

Belilah novel ini kerana saya yang designnya - Kata Siganaga

Azzam Supardi - Lelaki rahsia yang minum air sambil bercerita tentang rahsia lelaki. Kini, semuanya bukan lagi rahsia

Pada malam Sabtu yang lalu, penulis lagi sekali ke rumah PENA untuk menyaksikan malam Maskara anjuran rakan-rakan Sindikit Soljah. Agak malang, tidak banyak yang dapat penulis rakamkan suasana majlis tersebut, kerana bateri kamera penulis telah kehabisan kuasa.

Isnin, 30 November 2009

Selamat Hari Raya Korban

Selamat berhari Raya Aidiladha dan menjalankan ibadah korban. Jika kita tidak membuat korbanpun, sama-samalah kita membantu dan menyaksikan ibadah korban yang dibuat di kariah kita. Setiap yang menyaksikan ibadah korban itu pasti ada ganjaran pahalanya.

Bukan mudah menumbangkan seekor lembu.

Laungan takbir bergema selama beberapa hari ini di masjid, surau dan di rumah-rumah. Sama-samalah kita bertakbir untuk memuji kebesaran Allah.

Telah selamat dikorbankan.

Hari Sabtu lepas, penulis berkesempatan menyaksikan dan membantu merakamkan gambar rakan-rakan sedang menumbangkan lima ekor lembu di Surau Baitul Ehsan, Ampang Tasik, Ampang. Bukan senang hendak menundukkan lembu-lembu ini. Untuk tarik sebelah kaki, memerlukan lima orang dewasa memegang talinya. Terasa seperti terlucut lengan dibuatnya. Tetapi apabila setelah ditumbangkan, mudah sahaja Saudara Didi menyembelih untuk menyempurnakan ibadah korban ini.

Gotong royong melapah lembu.

Laungan takbir Saudara Didi sebelum menyembelih lembu tersebut membuatkan hati penulis rasa tersentuh. Betapa besarnya dan agungnya pencipta kita. Seharian kami menguruskan daging-daging lembu ini. Bahagian paling letih sekali apabila hendak membasuh perut lembu. Kami dikehendaki membuang sisa makanan didalamnya sehingga baunya hilang. Yang pasti, tangan kami berbau harumlah.

Beramai-ramai memotong daging lembu.

Semoga sama-samalah kita mendapat apa yang sepatutnya di Hari Raya Korban kali ni. Selamat hari raya. Maaf zahir batin.

Ahad, 29 November 2009

Melawat ke Taman Burung Kuala Lumpur

Semenjak kebelakangan ini anak perempuan penulis kelihatan muram sahaja. Beliau bersedih kerana keputusan peperiksaan UPSRnya kurang cemerlang dan mengagalkanya untuk mendapatkan sekolah berasrama penuh. Namun kekecewaannya sedikit terubat kerana mendapat hadiah dari pihak sekolah agama kerana mendapat keputusan yang agak cemerlang semasa peperiksaan percubaan PSRA.

Anak penulis menerima hadiah daripada pengurusi PIBG.

Walaupun keputusan UPSRnya kurang cemerlang, penulis tetap merasa bangga kerana keputusan peperiksaannya itu jauh lebih baik daripada keputusan peperiksaan penilaian darjah lima penulis dahulu. Untuk mengurangkan rasa kesedihannya, kamipun melawat ke Taman Burung Kuala Lumpur.

Kami sudah sampai Taman Burung Kuala Lumpur.

Taman burung kuala lumpur atau KL bird park ini di bawah kelolaan DBKL. Rupa-rupanya tempat ini merupakan sebuah taman yang berbentuk free-flight walk-in aviary yang terbesar di dunia.

Nur Atikah menunjukkan teket dan bruser ke Taman Burung Kuala Lumpur.

Free flight walk in aviary ini berkonsepkan, pengunjung boleh berjalan-jalan bebas sambil melihat sebahagian burungnya bebas berterbangan disekililing pengunjung. Kecuali spesis burung yang boleh membahayakan atau yang membuatkan pengunjung tidak selesa. Unggas-ungas seperti ini ditempatkan di dalam kurungan.

Pintu masuk ke bahagian jenis-jenis burung Kakak Tua.

Taman burung ini agak luas, rasanya lebih kurang keluasan Zoo Negara, cuma di Zoo Negara ada train. Letih juga kami berjalan-jalan kerana hendak memanfaatkan harga teket yang berharga rm15. Tiket ini diikat pada pergelangan tangan kami, rasanya seperti pesakit di wad hospital pula.

Sebahagian burung bangau bebas berterbangan dan berkeliaran di sekeling kami.

Konsep taman ini dibahagikan mengikut jenis spesis. Contohnya seperti spesis Brahminy land, ia diletakkan setempat pada jenis burung pemangsa. Spesis Hornbill Park pula diletakkan setempat pada jenis burung enggang. Spesis World of Parrot di tempat pada jenis burung seperti kakak tua, nuri dan serindit. Manakala Flightless bird pula di tempatkan pada jenis burung gergasi seperti burung Unta, Kasawari, Emu dan Rhea.

Sempat lagi bergambar dengan burung Merak.

Ada juga tempat khas untuk burung-burung air tawar seperti Ruak-ruak, Ayam-ayam, Belibis dan pelbagai jenis Bangau dan Pucung. Sesetengah burung, seperti Merak dan Bangau putih dilepas bebas, hampir boleh ditemui di mana-mana tempat di dalam taman ni.

Kami dikelilingi oleh berbagai spesis burung yang bebas berkeliaran.

Antara tempat lain yang menarik di dalam taman ini ialah waterfall aviary. Air terjunnya memang cantik, yang turut dihuni spesis-spesis unggas tertentu. Ada juga nursery, tempat penetasan burung dan pemeliharaan burung. Didapati ada beberapa buah restoran dan kiosk cenderahati yang dinamakan mengikut nama-nama burung, tetapi kami hanya masuk untuk melihat dan bergambar sahaja kerana harganya agak mahal...

Antara spesis burung Kakak Tua.

Sayang sekali, semasa kami melawat, cuacapun mendung dan hujan turun renyai-renyai, jadi kami tidak sempat merakamkam foto di beberapa tempat menarik yang lain. Namun kami masih lagi sempat menyaksikan amphitheatere iaitu pertunjukan burung.

Sempat lagi merakamkan kenangan di pintu masuk Taman Burung Kuala Lumpur.

Lebih kurang pukul enam petang, kami selesai melawat keseluruhan taman, dan keluar dari sana untuk pulang kembali ke rumah.

Rabu, 11 November 2009

Segala-galanya Sudah Berubah

Dua minggu lalu, penulis telah menghadiri satu majlis perkahwinan seorang rakan di Banting, Selangor. Entah kenapa secara tiba-tiba sahaja penulis terkenangkan kembali memori indah semasa di sekolah menengah dahulu. Secara kebetulan rumah pengantin berhampiran dengan sekolah, tempat penulis pernah belajar dahulu, penulispun mengambil kesempatan berkunjung dan ini kali pertama penulis dapat melawat kembali sekolah ini.

22 tahun dulu, jalan ini hanya satu lorong dan kiri-kanannya adalah ladang kelapa sawit.

Bangunan asrama putera SMT Klang.

Pintu masuk SMT Klang.

Setibanya di pintu utama sekolah ini, penulis begitu terperanjat sekali kerana semuanya telah berubah. Bukan sahaja jenis sekolah ini telah berubah kepada jenis sekolah menengah teknik, malah segala-galanya telah berubah. Kini, landkapnya semakin menarik dan cantik, semakin luas dan dikelilingi oleh bangunan-bangunan premis perniagaan yang bertingkat-tingkat. Jika dahulu sekolah ini dikelilingi ladang kelapa sawit tetapi kini sebatang pokok kelapa sawitpun tidak kelihatan.

Hadapan SMT Kelang, kini dipenuhi dengan deretan premis perniagaan.

Pintu masuk SMT Kelang.

Bagunan asrama SMT Kelang, pemandangan dari jalan utama.

Masa begitu pantas sekali. Rupa-rupanya sudah 22 tahun penulis meninggalkan sekolah ini. Zaman telah berubah. Segala-galanya telah berubah. 

Penulispun terus memandu dan meninggalkan kawasan sekolah ini dengan seribu kenangan.

Jumaat, 6 November 2009

Ikon Gadis Melayu

Semalam, penulis ke Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menyaksikan peringkat akhir pertandingan Gadis Melayu anjuran TV9. Penulis sebenarnya hendak masuk ke tempat duduk penonton biasa sahaja, tetapi rakan penulis membawa masuk melalui pintu yang di khas untuk wartawan. Penulis mendapat tempat duduk dibarisan hadapan sekali bersama wartawan media massa. Mujurlah wartawan di sebelah tidak bertanya, penulis dari akhbar mana. Jika tidak, susah juga hendak jawap... he... he....

Empat peserta akhir Gadis Melayu musim kedua.

Salah seorang peserta sedang membuat persembahan.

Penulis difahamkan, peringkat akhir Gadis Melayu ini disiarkan disiarkan secara langsung dari Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka menerusi TV9 malam tadi. Pada malam tersebut menyaksikan Shazfinas Hashim (Finas), Nadia Adriana (Nadia), Putri Noor Nawal (Putri), Siti Nur Syafiqa Amirul Melvin (Fiqa) dan Hazlin Hussain (Lin) telah menonjolkan kebolehan, kebolehan dan keistimewaan masing-masing untuk menawan hati juri dan juga penonton untuk meraih undian SMS.

Antara wartawan yang membuat liputan.

Penulis mendapat tempat duduk dibarisan hadapan sekali.

Pertandingan ini menyaksikan Adlin Aman Ramli dan isterinya Emelda Rosmila sebagai pengacara buat pertama kalinya. Malam tadi juga, para peserta bergandingan dengan artis popular yang mewakili pelbagai bidang seperti lakonan, nyayian, tarian dan teater. Finaz berpasangan dengan dengan Alam (You Think You Can Dance), Putri menyanyi bersama kumpulan The Fabulous Cats, Lynn berlakon bergandingan dengan  Beego, Nadia pula menari dengan Sazlan yang merupakan penari profesional dan Fiqa berlakon bersama Fauzi Nawawi yang berpengalaman dalam bidang lakonan dan teater.

Fiqa sedang membuat persembahan dengan begitu bertenaga sekali.

Empat peserta sedang berdebar menanti keputusan yang akan diumumkan.

Keyakinan yang tinggi serta menepati ciri yang dikehendaki kepada peserta, Siti Nur Syafiqah atau dikenali sebagai Fiqa untuk dinobatkan sebagai Gadis Melayu musim kedua. Penampilan diri serta keunikan persembahan berkonsepkan drama yang ditonjolkan Fiqa berjaya menarik perhatian juri, sekali gus meletakkan fiqa sebagai ikon dalam membentuk jati diri sebagai gadis melayu tulen. Fiqa menerima wang tunai RM10.000, trofi serta hadiah iringan yang disampaikan tetamu Diraja, Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun. Baginda diiringi Datuk Johan Jaafar.

Siti Nur Syafiqa ikon Gadis Melayu musim kedua.

Fiqa bergambar bersama ahli keluarganya.

Selesai sahaja majlis, penulis dijemput menjamu selera bersama para wartawan, peserta dan tetamu VIP. Penulis terpaksa menolak kerana hanya berselipar sahaja. Huh! menyesal pula penulis!.