Khamis, 30 Oktober 2008

Menjejak Rahsia Alam - Tasik Kenyir


Kulit dvd Menjejak Rahsia Alam - Tasik Kenyir

Melihat risalah mengenai Tasik Kenyir yang dilihat melalui internet, menggamit rasa hati merasai keindahan panorama di tasik buatan terbesar di Asia Tenggara itu. Berikutan pesona Tasik Kenyir, program perkhemahan dan memancing di tasik itu diatur menerusi Kelab Kebajikan, Rekreasi dan Kebudayaan Badan Keluarga Dewan Bahasa dan Pustaka, tahun lalu.

Menurut exco kelab, Puan Miza, tidak sabar-sabar untuk menjejakkan kaki ke Tasik Kenyir kerana belum pernah ke sana, ditambah dengan cerita menarik yang digembar-gemburkan oleh Cdek iaitu salah seorang rakan kami yang pernah memancing di sana. Program tiga hari disertai 15 kakitangan itu bermula dari Jeti Loji Tenaga Hidro Sultan Mahmud sebelum peserta menaiki rumah bot dua tingkat ke Taman Herba. Ia turut dipelbagaikan dengan aktiviti seperti menghayati keindahan panorama Tasik Kenyir, mengenali herba, memancing, mandi air terjun, menjelajah gua dan memulihara kawasan bagi menjadikannya lebih menarik.



"Secara keseluruhan, aktiviti ini berjaya mencapai matlamat, walaupun dalam aktiviti memancing tidak banyak ikan dipancing. Kami tidak bernasib baik kerana walaupun ikan banyak, tetapi tidak makan umpan. Antara umpan yang dibawa ialah biji sawit dan cacing. Ada yang membawa pulang hasil tangkapan, tidak kurang memasaknya untuk dijadikan lauk pauk ketika di dalam bot. Kami memancing sepanjang hari hingga ke malam. Kami jiga sibuk merakam keindahan Tasik Kenyir serta menghayati keindahan alam yang menenangkan fikiran," katanya

Tasik Kenyir yang meliputi 209,199 hektar di Terengganu bersempadan dengan Kelantan di barat manakala Pahang di Selatan. Ia mempunyai 240 pulau meliputi tanah tinggi dan dataran, lebih 14 air terjun dan sungai serta menjadi habitat ikan air tawar dan hidupan liar. "Di Taman Herba Tasik Kenyir yang terletak di kawasan seluas 15.84 hektar di Pulau Sah Kecil, kami melihat pelbagai tumbuhan herba yang ada nilai perubatan. Dianggarkan lebih 12,500 spesies tumbuhan berbunga ditemui di Malaysia dan lebih 1,200 spesies direkodkan ada nilai perubatan yang penting," katanya.


Kumpulan itu itu kemudian bergerak ke Sungai Cacing sambil menunggu peserta mengambil kesempatan menyediakan peralatan untuk memancing. Menempuh perjalanan lebih empat jam, mereka tiba di Taman Negara Tasik Kenyir. Selepas makan tengah hari dalam bot dan mandi Sungai Terenggan, aktiviti seterusnya dipenuhi dengan memancing. Peserta yang tidak memancing, mereka menaiki bot kecil melalui perjalanan satu jam setengah dari Sungai Cacing ke Gua Bewah yang menpunyai pemandangan yang sangat cantik.

Di Gua Bewah, mereka melihat bentuk stalaktif dan stalagmit yang terhasil kesan luluhawa selama beribu-ribu tahun di gua batu kapur itu serta melihat penemuan fosil yang ditempatkan di sebuah geleri. "Gua ini dilengkapi trek yang memudahkan pengunjung menjelajahnya serta lampu yang memudahkan kami melihat sekitar gua. Disamping mendaki tangga yang tinggi, peserta dibawa merasai suasana dalam gua selama dua minit tanpa cahaya serta mendengar bunyian dalam gua," katanya.


Menurutnya, perjalanan diteruskan ke Sungi Maluh dan berhenti di tengah tasik untuk peserta menikmati makan tengah hari. Di situ, ada peserta mengambil kesempatan memancing mengunakan bot kecil. Mereka kemudian bergerak ke Sungai Lasir  dan bermalam di situ.

Hari terakhir program, aktiviti diteruskan dengan mandi Air Terjun Lasir dengan mendaki tangga selama 10 minit. Selepas mandi manda kami kembali ke Loji Tenaga Hidro Sultan Mahmud. Selepas makan tengah hari, kami mengagihkan ikan dan diberikan kepada semua peserta sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

INFO TASIK KENYIR
  • Tasik Kenyir adalah tasik buatan terbesar di Asia Tenggara.
  • Kaya dengan spesies ikan air tawar
  • Meliputi 209,199 hektar dan 340 pulau.

Selasa, 28 Oktober 2008

Keindahan Pulau Perhentian



Perhentian janji kedamaian dan pesona alam

Pantai timur semenanjung Malaysia menjanjikan kelainan baik dari segi aspek budaya, juadah tempatan mahu pun destinasi percutian. Selain pemandangan memukau diiringi bayu Laut China Selatan yang mendamai jiwa, negeri pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang punya tarikkan tersendiri.

Terengganu yang terkenal dengan resepi makanan dan kebudayaan sering menjadi destinasi pilihan utama bagi pelancung asing. Bagai tidak lengkap percutian di negeri bertuah ini andai tidak mencuri masa bersantai di pantai mahupun di pulau peranginannya.

Pulau yang diiktiraf antara yang tercantik di dunia itu menjadi pilihan kerana pemandangan serta terumbu karang yang menampilkan keunikkan tersendiri, selain spesies ikan pelbagai warna viriasi.

Menaiki bas dari Kuala Lumpur, perjalanan menyusuri lebuhraya mengambil masa lebih kurang lapan jam sebelum tiba di bandar Kuala Besut. Panorama indah dengan pohon kelapa melambai-lambai mencuri perhatian sepanjang perjalanan.

Jumaat

8. malam: Aku dan rakan-rakan sepejabat menaiki bas di Hulu Klang menuju ke Kuala Besut. Kami tidur sepanjang perjalanan. Kami tiba di Kuala Besut keesokan paginya.

Sabtu

7 pagi: Selesai membuat pemeriksaan terakhir barangan keperluan yang hendak dibawa, kami berserapan pagi di pertengahan perjalanan ke kuala Besut. Perjalanan dengan bas menyusuri jalan tepi pantai lebih mudah dan menyeronokkan. Bagaikan pantas masa berlalu, sejam lebih perjalanan berlalu begitu pantas.

10 pagi: Tiba di pekan Kuala Besut, terbentang jeti untuk ke Pulau Perhentian. Pelancung tidak akan sesat kerana banyak papan tanda arah boleh dijadikan panduan untuk ke jeti Pualau Perhentian. Kami berehat sebentar sebelum menaiki bot.


11 pagi: Bot laju yang membawa kumpulan pelancung sedia membawa penumpang pengembara di syurga percutian mengagumkan. Tidak sabar rasanya untuk memulakan pengembaraan di pulau terkenal itu, sekali gus menyelami khazanah alam semula jadi yang terus kekal terpelihara.

12 tengahari: Bagaikan sebuah dunia asing, begitulah yang dirasai setibanya di Pulau Perhentian. Kami yang memilih menginap di Perhentian Islands Resort disambut mesra bagaikan anggota keluarga sendiri. Kami rasa diri dihargai!...


2 petang: Inilah masanya untuk menyelami nadi di Pulau Perhentian. Menyaksikan aktiviti petang bagaikan sesuatu kemestian di pulau ini. Pelancung juga boleh bermain bola sepak dan bola tampar pantai dengan penduduk tempatan. Mereka cukup mesra. Puas menyusuri laluan di gigi air, aku termenung seketika sambil sambil menyaksikan detik matahari terbenam.

8 malam: Selesai membersihkan diri, sajian makan malam menanti tetamu di Perhentian Island Resort. Istimewanya, pelancung disajikan dengan menu masakan tempatan serta makanan laut segar yang menjadi identiti sajian makanan di Pulau Perhentian. Menariknya, malam itu ada juga pasangan baru berkahwin sedang di raihkan di tepi pantai. Romantisnya suasana. Malam nyata masih muda, pelancung boleh mendapat hiburan malam di sekitar pantai Pulau Perhentian sambil menari mengikut irama lagu.

11 malam: Kami bergambar dan menyaksikan Siti Nurhaliza menyanyi bersama keluarganya yang kebetulan mengadakan majlis keluarganya di hotel kami menginap.

1 pagi. Kami keletihan dan masuk tidur di bilik masing-masing.

Ahad

6.00 pagi: Selesai solat subuh, tidak terasa hendak menyambung tidur. Kami menghayati panorama fajar menyingsing di pantai. Bukan sahaja suasananya jauh lebih berbeza, tetapi udara pagi terasa begitu nyaman sekali. Apatah lagi menyaksikan detik matahari terbit dari timur. Indahnya suasana sukar digambarkan dengan kata-kata.

8.30 pagi: Kata orang, tidak lengkap percutian ke Pulau Perhentian jika tidak menyertai aktiviti snorkeling. Di Pulau Perhentian terdapat beberapa lokasi menarik untuk aktiviti snorkeling dengan keindahan terumbu karang unik serta spesies ikan berwarna-warni. Dengan pakej serendah rm30, memang puas menjelajah keindahan panorama indah dasar laut.

4.00 petang: Puas menyelam, baru terasa letih. Kami pulang ke hotel dan berehat.

5.00 petang: Kami menyaksikan kembali aktiviti petang di pulau ini. Seperti petang semalam ada diantara kami yang bermain bola sepak dan bola tampar bersama penduduk kampung dan ada juga diantara kami yang berjalan kaki menyusuri pantai pulau ini.

8.00 malam: Selesai solat Magrib, sajian makan malam sedia menanti kami. seperti semalam kami disajikan dengan menu masakan tempatan serta masakan laut segar. 

9.00 malam: Kami berkaroeke hingga ke pagi.

Isnin

7.00 pagi: Sebenarnya hati seakan berat untuk pulang. Terasa mahu menghabiskan masa sekurang-kurangnya dua atau tiga hari lagi . namun apakan daya waktu cuti yang terhad seakan mencemburui kami. Kami terpaksa bergegas mengemas untuk check out dan menuju ke jeti.

8.00 pagi: Perjalanan dengan bot laju mengambil masa selama 45 minit untuk ke jeti Kuala Besut. Berhenti seketika untuk berehat, perjalanan diteruskan untuk kembali ke Kuala Lumpur.

10 pagi: Terasa puas dengan percutian singkat di Pulau Perhentian. Dalam hati, tertanam azam untuk bercuti lebih lama di Pulau berkenaan, sekali gus membiarkan perasaan dibuai dengan bayu pantai Laut China Selatan.

Khamis, 23 Oktober 2008

Sesingkat di Kota Singa


PERSUASIVE VIEW LEISURE TIME

Singapura dilanggar todak. Aku masih ingat cerita si pelipur lara, sewaktu aku masih kecil lagi. Pada  5hb Mei 2007, aku sampai di Kota singa bersama 40 ahli Kelab Penyokong Malaysia (Famemas). Kami ke Kota Singapura di atas tajaan syarikat Samsung untuk menyaksikan Kejohanan Badminton AVIVA OPEN SINGAPORE 2007 & SUPER SERIES. Walaupun kami ke Kota Singa ini untuk memberi sokongan kepada pemain badminton negara, tetapi kami masih lagi berkesempatan melawat tempat-tempat menarik di sekitar negara Singapura.


Bandaraya Singapura

Perjalanan menaiki bas dari Kuala Lumpur bersama ahli rombongan Famemas ke Singapura yang memakan masa lebih 4 jam perjalanan. Rombongan ini membawa satu makna dalam hidup aku kerana ini kali pertama aku ke negara Singapura menaiki bas. Sebelum ini, aku hanya dua kali transit sebentar di Lapangan Terbang Antarabangsa Canggi sahaja.

Sudah lama aku mendengar cerita tentang Kota Singa, negara Singapura ini merupakan sebuah negara yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia, berjiran dengan negeri Johor Darul Takzim. Negara Singapura yang seluas 692.7 kilometer persegi ini mempunyai penduduk yang berjumlah 4.16 juta, terdiri daripada bangsa Cina (76.8%), Melayu (13.9%), India (7.9%) dan lain-lain (1.4%). Bahasa rasmi yang digunakan di Singapura adalah Inggeris diikuti bahasa Madarin dan Melayu.


Penulis bergambar berlatar belakangkan mercu tanda Singapura

Kami tiba di Johor Bahru pada jam 12 tengahari. Kami disambut Kepten Shafari seorang ahli Famemas yang bertugas di Johor bahru dan terus check-in di Hotel Kosmo Inn yang dikatakan oleh Kepten Shafari, hotel yang bertaraf tiga bintang. Setelah makan tengahari kami meneruskan perjalanan ke Singapura.

Di Singapura kami disambut oleh Cik Ayu  seorang ahli Famemas, warganegara Singapura yang amat meminati sukan badminton Malaysia. Kami terus dibawa ke stadium untuk menyaksikan Kejohanan Badminton AVIVA OPEN SINGAPORE 2007 SUPER SERIES. Aku dan ahli-ahli Famemas menyokong pemain badminton negara sehingga berjaya ke perlawanan akhir. Setelah penat menyokong, haripun semakin larut malam. Kami kembali ke Johor Bahru untuk bermalam di Hotel Kosmo Inn.


Penulis sempat bergambar kenangan di kawasan Merlion Tower

Keesokkan paginya kami bertolak semula ke Singapura. Kami ke Lavender Street dan terus di bawa ke kawasan Orchard Road untuk membeli belah. Sementara menunggu perlawanan akhir badminton bermula, aku sempat meluangkan masa untuk bersiar-siar dan bergambar kenangan di sekitar Orchard Road, kami berjalan dari permulaan Orchard Road sehinggalah ke Bugis Street. Sepanjang berjalan kaki, kami melihat keunikan Bandar Singa yang cantik dan bersih. Sememangnya Orchard Road dan Bugis Street ini dikenali sebagai syurga membeli belah, pelbagai barangan ada dijual dengan harga yang berpatutan.


Ahli Famemas memberi sokongan kepada pemain negara di Aviva Badminton Open Singapore 2007

Kami sempat singgah di Merlion Tower untuk bergambar kenangan dengan kepala singa yang mengeluarkan air tanpa henti. Patung kepala singa ini juga merupakan mercu tanda negara Singapura. Tidak sah jika ke kota Singa jika tidak berkunjung ke Merlion Tower untuk bergambar kenangan. Setelah puas bergambar di sekitar Merlion Tower, kami diberitahu oleh Cik Ayu, bahawa perlawanan akhir badminton akan bermula pada jam 2 petang, tanpa berlinggah masa lagi kami terus ke Stadium Utama Singapura untuk memberi sokongan kepada pemain badminton negara yang akan beraksi di perlawanan akhir. Setelah memberi sokongan dengan penuh semangat, malangnya pemain Malaysia tewas juga di perlawanan akhir.

Sungguh singkat masa lawatan aku di Kota Singa ini, tetapi aku amat berpuas hati dengan keadaan di sepanjang perjalanan perjalanan aku di sana.

Isnin, 20 Oktober 2008

Eye On Malaysia


Sesekali berpeluang menyaksikan keindahan alam bersama insan yang tersayang, memang mendamaikan. Pemandangan indah yang disajikan membangkitkan ketenangan mengusik perasaan. Eye on Malaysia memberi perspektif baru bagi keluarga penulis yang mahu melihat seluruh bandar Kuala Lumpur dengan cara berbeza. Sungguh tidak disangka, kami mampu melihat pemandangan indah kotaraya metropolitan Kuala Lumpur dengan hanya berkunjung ke Tasek Titiwangsa.

Tetapi kini warga kota tidak berpeluang lagi menaiki Eye On Malaysia di Tasik Titiwangsa kerana Eye On Malaysia telahpun berpindah ke negeri Melaka Bandaraya bersejarah. Sesiapa yang belum berpeluang menaiki Eye on Malaysia, bolehlah berkunjung ke negeri Melaka bersama Dato Shah Rukh Khan....hehehe

Jumaat, 17 Oktober 2008

Mencurah Janji di Daun Keladi


Mencurah Janji di daun Keladi

Dengan mudah kau lepaskan kata-kata
Hingga aku terpesona
Dibuai gelora cinta dan asmara

Gitu halus, lembut dan indah sekali
Rupa-rupanya diselimuti duri
Hingga aku dikau lukai

Butakah aku dalam cinta
Hingga aku diperbudak-budakkan
Miskinkah aku dalam cinta
Hingga menjadi barang buangan
Tahulah aku sekarang
Siapakah kau sebenarnya

Tiada aku sangka sama sekali
Kau hanya mencurah janji di daun keladi
Sungguh tak bererti

Rabu, 15 Oktober 2008

Bersatu Membawa Berkat.


Seisi fotografi di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Midah, Cheras.

Pada tahun 2006/2007, aku ditugaskan mereka bentuk buku teks PJPK tahun 06. Pada mulanya aku berat juga menerima tugas ini kerana dari pengalaman tahun yang sebelumnya, mereka bentuk buku ini terlalu banyak masalah dan karenahnya. Lagipun ketika itu aku sudah seronok mereka bentuk buku teks jawi. Demi tugas aku terpaksa menerima tanggunjawab yang berat ini dengan perasaan agak gementar juga.


Seisi fotografi di Stadium UPM Serdang.

Kali ini aku ditugaskan bersama ilustrator yang cukup berpengalaman dan berbakat iaitu en. Rosli Hamid sementara editornya pula ialah en. Khairol Eruwan dan puan Nor Azita dari bahagian buku teks DBP.

Penulis buku ini pula merupakan individu-individu yang cukup berpengalaman dalam bidang Pendidikan Jasmani iaitu en. Dzulkifli yang merupakan seorang guru Pendidikan Jasmani sebuah sekolah menengah di Bangi manakala puan Jamaliyah dan en. Aris pula merupakan seorang penyarah Pendidikan Jasmani di sebuah maktab di Kuala Lumpur.

Sepanjang aku design buku teks PJPK ini, tiada masalah besar yang berlaku dan semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Ini adalah kerana ada kesefahaman antara ilustrator, editor, penulis dan ahli Jawatankuasa Kawalan Mutu. Mereka bersatu dan telah mencapai kata sepakat demi kebaikan buku teks ini. Segala masalah yang timbul, kami berbincang dan menyelesaikannya sebagai satu pasukan. Aku cukup selesa berkerja dengan kumpulan ini kerana para penulis, editor dan Ahli Jawatan Kuasa Kawalan Mutu cukup hormat menghormati diantara satu sama lain. 

Diharap pada masa akan datang, aku dapat bertugas lagi seperti kumpulan seperti ini. 

Bersatu membawa berkat.

Jumaat, 10 Oktober 2008

Kad Raya Yang Paling Istemewa


Kulit luar kad raya kartunis Wahidi



Karikator bahagian dalam kad raya Wahidi

Semalam aku menerima sekeping kad raya yang paling istemewa dari kawan lama iaitu kartunis terkenal iaitu saudara Wahidi. Kartunis Wahidi merupakan rakan lama ketika sama-sama melukis kartun di Bahagian Reka Bentuk, DBP dahulu. Saudara Wahidi bukan sahaja berbakat dalam bidang lukisan, malah berbakat juga dalam bidak muzik terutama di bidang nyayian. Saudara Wahidi yang suka menyanyi irama 60an sering menghiburkan kami di Bahagian Reka Bentuk, dengan menyanyikan lagu-lagu R. Azmi dengan iringan petikan gitar saudara Anjang pada waktu-waktu rehat. Saudara Wahidi juga merupakan diantara sepuluh penyanyi solo terbaik DBP di era 90an dahulu.


Penulis bersama kartunis Wahidi semasa di DBP dulu

Kini saudara Wahidi telahpun bersara tetapi masih lagi aktif melukis kartun untuk majalah-majalah dan media massa. Terima kasih saudara Wahidi kerana mengirimkan sekeping kad raya yang cukup istemewa itu. Rindu dengan suara merdu saudara Wahidi. Bila agaknya boleh mendengar kembali suaranya itu?. Mungkin di majlis perkawinan anak bungsunya nanti.

Rabu, 8 Oktober 2008

Kena Tag

Tujuh Fakta Menarik

Tidak sangka, blogs aku yang baru berusia empat bulan sudah kena tag oleh seorang blogger yang agak popular yang mempunyai ramai peminat iaitu saudara Rahimin dari Pahang. Aku cukup terharu. Terima kasihlah kepada saudara Rahimin yang sudi tag aku ini. Aku tengah kekeringan idea nak buat entry sebab terlalu banyak makan lemang, ketupat dan rendang di musim perayaan ini sehingga kepala naik pening hehe.... 

Di bawah ini aku tuliskan 7 fakta menarik tentang diriku yang serba kekurangan ini:
  1. Di gelar S.Jebeng semasa sekolah - Semasa sekolah menengah dahulu irama 60an kembali popular. Aku terima tempiasnya. Oleh kerana rambut dan wajah aku ada iras-iras penyanyi S.Jebeng, rakan-rakan sekolah sekolah mengelar aku S. Jibeng. Sebenarnya aku tidak berapa gemar dengan gelaran tersebut, tetapi aku lebih dikenali dengan nama glamour tersebut.
  2. Peminat Siti Nurhaliza - Dulu aku peminat fanatik penyanyi Siti Nurhaliza. Kesemua albumnya aku beli dan menjadi koleksi peribadi aku. Hampir kesemua lagunya aku uplode kan di itunes pc aku dan mendengarnya setiap hari. Kini, aku kurang meminatinya setelah beliau berkahwin dengan Dato K huhuhu...
  3. Sangat meminati sukan - Suka menonton aksi sukan negara walaupun tidak pandai bersukan. Dulu peminat fanatik pasukan bolasepak negeri Selangor tetapi sekarang tidak lagi semenjak prestasi mutu bolasepak negara semakin merosot.
  4. Sangat meminati muzik - Aku sangat meminati muzik walaupun tidak pandai menyanyi dan bermain muzik. Aku meminati semua jenis muzik janji sedap didengar.
  5. Suka Menonton Movie - Aku sangat suka menonton movie di panggung wayang. Jika tidak sibuk, hampir setiap minggu aku menonton wayang gambar di panggung. Aku menonton semua jenis cerita, tidak kira cerita orang putih, melayu, hindustan, cina, tamil dan lain-lain lagi. Aku terus menonton cerita-cerita ini selagi aku faham dan enjoy ditonton. 
  6. Sangat suka berangan  - Aku sangat suka berangan terutama semasa memandu. Pernah beberapa kali, ketika memandu motosikal ke tempat kerja, aku berangan sepanjang perjalanan, tahu-tahu sahaja sudah sampai tempat kerja.
  7. Suka melancung di dalam dan luar negara - Aku sangat suka melancung kerana ingin melihat dan menyelami budaya dan masyarakat di sesuatu tempat. Aku bercita-cita untuk melawat tujuh keajaiban dunia. Sehingga kini aku telah melawat Piramid di Mesir dan Tembok Besar China, di China.
Aku tidak hendak tag sesiapa sebab sekarang masih dalam suasa hari raya. Aku faham, bulan Syawal ini kita tengah sibuk. Sudah pasti kita semua sibuk kunjung-mengunjungi majlis rumah terbuka.