Rabu, 8 Oktober 2008

Kena Tag

Tujuh Fakta Menarik

Tidak sangka, blogs aku yang baru berusia empat bulan sudah kena tag oleh seorang blogger yang agak popular yang mempunyai ramai peminat iaitu saudara Rahimin dari Pahang. Aku cukup terharu. Terima kasihlah kepada saudara Rahimin yang sudi tag aku ini. Aku tengah kekeringan idea nak buat entry sebab terlalu banyak makan lemang, ketupat dan rendang di musim perayaan ini sehingga kepala naik pening hehe.... 

Di bawah ini aku tuliskan 7 fakta menarik tentang diriku yang serba kekurangan ini:
  1. Di gelar S.Jebeng semasa sekolah - Semasa sekolah menengah dahulu irama 60an kembali popular. Aku terima tempiasnya. Oleh kerana rambut dan wajah aku ada iras-iras penyanyi S.Jebeng, rakan-rakan sekolah sekolah mengelar aku S. Jibeng. Sebenarnya aku tidak berapa gemar dengan gelaran tersebut, tetapi aku lebih dikenali dengan nama glamour tersebut.
  2. Peminat Siti Nurhaliza - Dulu aku peminat fanatik penyanyi Siti Nurhaliza. Kesemua albumnya aku beli dan menjadi koleksi peribadi aku. Hampir kesemua lagunya aku uplode kan di itunes pc aku dan mendengarnya setiap hari. Kini, aku kurang meminatinya setelah beliau berkahwin dengan Dato K huhuhu...
  3. Sangat meminati sukan - Suka menonton aksi sukan negara walaupun tidak pandai bersukan. Dulu peminat fanatik pasukan bolasepak negeri Selangor tetapi sekarang tidak lagi semenjak prestasi mutu bolasepak negara semakin merosot.
  4. Sangat meminati muzik - Aku sangat meminati muzik walaupun tidak pandai menyanyi dan bermain muzik. Aku meminati semua jenis muzik janji sedap didengar.
  5. Suka Menonton Movie - Aku sangat suka menonton movie di panggung wayang. Jika tidak sibuk, hampir setiap minggu aku menonton wayang gambar di panggung. Aku menonton semua jenis cerita, tidak kira cerita orang putih, melayu, hindustan, cina, tamil dan lain-lain lagi. Aku terus menonton cerita-cerita ini selagi aku faham dan enjoy ditonton. 
  6. Sangat suka berangan  - Aku sangat suka berangan terutama semasa memandu. Pernah beberapa kali, ketika memandu motosikal ke tempat kerja, aku berangan sepanjang perjalanan, tahu-tahu sahaja sudah sampai tempat kerja.
  7. Suka melancung di dalam dan luar negara - Aku sangat suka melancung kerana ingin melihat dan menyelami budaya dan masyarakat di sesuatu tempat. Aku bercita-cita untuk melawat tujuh keajaiban dunia. Sehingga kini aku telah melawat Piramid di Mesir dan Tembok Besar China, di China.
Aku tidak hendak tag sesiapa sebab sekarang masih dalam suasa hari raya. Aku faham, bulan Syawal ini kita tengah sibuk. Sudah pasti kita semua sibuk kunjung-mengunjungi majlis rumah terbuka.

2 ulasan:

rahimin idris berkata...

hahaha abang mmg ada gaya arwah s.jibeng la. nak cakap takut abang marah! hahaha

Anuar Manshor berkata...

Oooo tersenarai dalam orang yang kecewa dengan Datuk Siti lah ya!