Rabu, 25 Januari 2012

Menonton Movie di Tahun Baru Cina

Semenjak penulis berkerja kembali, masa untuk bersosial terutama untuk menonton wayang kembali terhad. Oleh kerana ada cuti Tahun Baru Cina yang agak panjang, penulis berkesempatan menonton dua buah movie iaitu The Viral Factor dan Underworld: Awakening. Kedua-dua movie ini penulis tonton di pawagam MBO, Galaxy Ampang.


Pada Hari Isnin yang lalu, penulis berpeluang menonton filem aksi Hongkong yang hampir 80% pengambarannya di Kuala Lumpur. Filem ini mengisahkan ejen Jon (Jay Chou) mengalami kecederaan teruk ketika menjayakan sebuah misi dan memutuskan untuk menghabiskan hari-hari terakhir hidupnya bersama si ibu. Wanita itu pula mendedahkan rahsia yang lama tersimpan kepadanya.

Bagi menunaikan impian ibunya, Jon pergi ke Kuala Lumpur dan bersahabat dengan pakar perubatan, Rachel (Lin Peng). Apabila Rachel dipaksa menyertai skim anjuran pertubuhan jenayah, Jon cuba menyelamatkannya.


Semalam, penulis berpeluang menonton filem Underworld: Awakening. Filem ini merupakan franchise ke-4 dalam siri filem Underworld selepas filem pertamanya, Underworld yang ditayangkan pada tahun 2003, Underworld: Evolution (2006) dan Underworld: Rise of The Lycans (2009).

Kate Beckinsale kembali memegang watak Selene, selepas watak beliau tiada dalam filem ketiga (Underworld: Rise of The Lycans) kerana filem tersebut merupakan prequel kepada dua siri filem sebelum ini. Filem ini merupakan sambungan kepada Underworld: Evolution. Kebiasaannya, filem ini akan melibatkan pertempuran antar kaum vampire dan werewolf. Tetapi kali ini, ia juga melibatkan manusia.

Manusia telah dijangkiti dengan wabak vampire dan werewolf, dimana manusia mula berubah rupa dan boleh berubah menjadi vampire dan werewolf. Satu pasukan telah ditubuhkan untuk menjalankan pembasmian dimana mereka membunuh semua manusia yang telah dijangkiti dengan wabak tersebut kerana tiada vaksin yang mampu mengembalikan mereka menjadi manusia normal.

Ini meneybabkan kaum manusia juga membunuh puak vampire dan werewolf (Lycans) menyebakan mereka semua terpaksa menyorok dari menjadi mangsa pembasmian manusia.

Selene (Kate Backinsale) dan Michael Corvin (Scott Speedman) cuba melarikan diri dar pembasmian. Mereka telah ditangkap tetapi tidak dibunuh sebaliknya mereka manjadi bahan ujikaji oleh kaum manusia yang diketuai oleh Doktor Jacob Lane (Stephen Rea).

Selene dan Corvin telah dibekukan di dalam makmal tetapi akhirnya ada seseorang yang telah membantu Selene melepaskan diri. Selene pun melarikan diri dari makmal tersebut dan baru Selene sedar yang dia sudah dibekukan selama 12 tahun.

Selene kemudiannya bertemu dengan David (Theo James) salah seorang dari suku vampire yang kini menyembunyikan diri kerana takut terbunuh dalam pembasmian yang dilakukan oleh kaum manusia. Selene kemudian berjuang untuk mempertahankan suku vampire tersebut sambil mencari kembali kemana hilangnya Michael Corvin.

Kesimpulannya kedua-dua filem aksi ini sangat menghiburkan.

Sumber: Internet


Jumaat, 20 Januari 2012

Anniversary Perkawinanku Yang ke 17

Syukur Alhamdulillah...

Hari ini genap sudah 17 tahun penulis melayari kehidupan rumah tangga bersama isteri tercinta.. semoga perhubungan ini terus dan terus berpanjangan hingga akhir hayat kami.. insyallah.

Dimalam pernikahan.

Posing malu-malu kucing.

Isteriku....

terima kasih atas segala-galanya yang diberi hingga kini..
terima kasih kerana membahagiakanku..

Selasa, 17 Januari 2012

Sorak Untuk Lee Chong Wei...

Hari Jumaat dan Sabtu yang lalu merupakan hari yang terindah buat penulis dan rakan-rakan kelab kerana dapat menyaksikan perlawanan suku dan separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2012. Kami sangat gembira kerana dapat bertemu dengan pemain pemain yang bertaraf antarabangsa. Bukan mudah hendak menyaksikan mereka beraksi di hadapan mata kita sendiri. Hanya setahun sekali sahaja mereka dapat beraksi di kejohanan Super Series seperti ini di Malaysia.

Stadium Putra Bukit Jalil.

Antara penonton yang menyaksikan perlawanan separuh akhir.

Tidak sabar menyaksikan Lee Chong Wei beraksi.

Niat di hati hendak menyaksikan pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei beraksi pada jam 8.30 malam, akhir telah BERJAYA!. Kepenatan setelah menunggu hampir 12 jam akhirnya terbalas apabila Lee Chong Wei mula berjalan keluar ke arah gelanggang satu. Tidak sabar menanti untuk menyaksikan Lee Chong Wei beraksi. Tidak mengecewakan setelah menunggu hampir 12 jam, Lee Chong Wei berjaya menewaskan pemain muda dari China yang sedang meningkat naik iaitu Chen Long dengan pertarungan tiga set.

Sabar menanti Lee Choong Wei beraksi.

Perlawanan antara Lee Chong Wei dan Chen Long.

Antara rakan-rakan yang turut menyokong.

Agak mengecewakan penulis tidak dapat ke stadium diperlawanan akhir kerana penulis tidak sihat. Penulis hanya dapat menyaksikan kejayaan Lee Chong Wei melalui kaca TV sahaja. Tahniah untuk Lee Chong Wei.

Suasana Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2012.

Penulis adalah tetamu he..he...

Nampak kepuasan diwajah masing-masing.

Tahniah dan Syabas kepada Dato’ Lee Chong Wei yang mencipta rekod menyamai Wong Peng Soon menjuarai Terbuka Malaysia buat kali ke 8!. Penulis amat berbangga dan menyanjung kejayaan ini, semoga ianya menjadi pembakar semangat kepada Pingat Emas Olimpik Malaysia yang pertama!

Jumaat, 13 Januari 2012

Maafkan Aku, Rakan-rakan Seperjuangan...

Hidup ini umpama suatu perjudian. Jika niat dan langkah kita, maka baiklah keseluruhannya. Jika buruk, buruklah keseluruhannya. Dalam mengejar kesempurnaan hidup, kita harus sentiasa ingat bahawa tidak semestinya kita miliki semua yang kita inginkan dan tidak semestinya juga semua yang tidak kita inginkan, tak mungkin kita miliki kerana semuanya melebihi takdir Allah. Tidak ada satu perkara pun yang berlaku tanpa izin dari Nya. Wallahualam.

Aku dalam delima...

Apa pun pilihan, tetap yang terbaik mengikut kadar kemampuan, permasalahan, peluang dan takdir masing-masing. Tidak semestinya pilihan yang dianggap buruk adalah malapetaka selamanya dan pilihan yang dianggap baik adalah nikmat selamanya. Kita tidak pernah tahu apa yang kita semua akan hadapi esok hari. Namun, bersedialah untuk menghadapi segala kemungkinan.

Maafkan aku, kepada rakan-rakan seperjuangan, jika keputusan aku ini mengecewakan anda semua. Keputusan ini terpaksa aku lakukan juga walaupun pahit untuk ditelan...

Selasa, 10 Januari 2012

Tahniah! Datuk Lee Chong Wei

Cobra Club di Petaling Jaya "bertukar wajah" umpama stadium, petang kelmarin ketika penulis dan rakan rakan kelab Famemas bersorak mengapikan semangat perjuangan Lee Chong Wei ketika menentang Lin Dan dalam perlawanan akhir terbuka Korea di Gimnasium Olimpik Seoul.










Tahniah dan Syabas kami ucapkan kepada Dato’ Lee Chong Wei atas kejuaraan Terbuka Korea menewaskan Lin Dan, semoga ianya terus menyemarakkan hasrat Malaysia untuk merangkul emas Olimpik Malaysia yang pertama.


Khamis, 5 Januari 2012

Selamat Tinggal 2011 yang Mendukacitakan

Hari ini sudah lima hari kita berada di tahun 2012 dan ini adalah cubaan keempat penulis memerah idea untuk menulis entry ini. Sebenarnya penulis tidak pasti apa yang hendak diceritakan sebab 2011 adalah tahun hitam yang paling mendukacitakan sepanjang hidup penulis. Banyak peristiwa pahit telah berlaku dan kesabaran penulis diuji sehingga sampai ke satu tahap penulis terpaksa ignore. Walaupun hati ini telah remuk tetapi penulis tidak pernah menaruh sebarang perasaan dendam pada sesiapapun...


Tahun 2011 adalah tahun yang paling mendukacitakan kerana penulis telah kehilangan pekerjaan. Seminggu sebelum menyambut Aidilfitri, penulis dan rakan-rakan telah diberi notis pemberhentian kerja dengan alasan majikan tidak mampu lagi membayar gaji kerana ketiadaan job. Penulis diberhenti secara tidak sopan dan tidak mengikut undang-undang buruh. Oleh itu, penulis terpaksa turun-naik mahkamah kerana menuntut hak seperti yang telah dijanjikan di dalam terma. Ketika sibuk berurusan dengan mahkamah, secara tiba-tiba penulis dikejutkan dengan satu tawaran perkerjaan oleh majikan lama dengan jawatan yang sama tetapi gaji dipotong sebanyak 20% daripada gaji asal serta terma dan syarat yang baru. Penulis dipersimpangan delima...

Tahun ini merupakan tahun kelima penulis menjadi seorang blogger. Pada awal kemunculan blog ini, penulis cuma menulis pengalaman secara ringkas tetapi gaya penulisan semakin berubah beberapa tahun berikutnya. Tahun ini juga menyaksikan perubahan yang mendadak pada bilangan pelawat serta followers dan penulis berterima kasih kerana melalui dunia blogging inilah penulis dapat berkenalan dengan ramai bloggers.

Apa harapan dan azam penulis di tahun 2012? Tough question sebab penulis tidak penah meletakkan apa-apa sasaran sebab melihat kepada pengalaman lepas yang mana kesemua harapan dan azam itu jatuh ke dalam gaung jadi penulis memutuskan untuk biarkan kesemuanya mengikut flow secara semulajadi. Secara kasarnya penulis telah merancang beberapa perkara untuk 2012 ini, tetapi penulis tidak boleh berkongsi buat masa ini. Penulis juga akan meneruskan pekerjaan secara free lance seperti biasa dan masa yang sama, penulis tetap mencari pekerjaan tetap kerana kerja secara free lance ini selalu kena kencing hehehe...

Sebelum mengakhiri entry ini penulis hendak mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua pembaca blog penulis dan jika ada yang tersinggung selama setahun ini dan terima kasih kepada pembaca senyap dan nyata serta followers yang rajin bertegur sapa, semoga ikatan ukhwah ini akan terjalin untuk selamanya. Akhir sekali semoga kita sama-sama berusaha untuk memajukan diri dan berubah ke arah yang lebih baik seiring dengan penambahan usia, Insya Allah. Masih belum terlewat untuk ucapakan “Selamat Tahun Baru 2012!”