Khamis, 5 Januari 2012

Selamat Tinggal 2011 yang Mendukacitakan

Hari ini sudah lima hari kita berada di tahun 2012 dan ini adalah cubaan keempat penulis memerah idea untuk menulis entry ini. Sebenarnya penulis tidak pasti apa yang hendak diceritakan sebab 2011 adalah tahun hitam yang paling mendukacitakan sepanjang hidup penulis. Banyak peristiwa pahit telah berlaku dan kesabaran penulis diuji sehingga sampai ke satu tahap penulis terpaksa ignore. Walaupun hati ini telah remuk tetapi penulis tidak pernah menaruh sebarang perasaan dendam pada sesiapapun...


Tahun 2011 adalah tahun yang paling mendukacitakan kerana penulis telah kehilangan pekerjaan. Seminggu sebelum menyambut Aidilfitri, penulis dan rakan-rakan telah diberi notis pemberhentian kerja dengan alasan majikan tidak mampu lagi membayar gaji kerana ketiadaan job. Penulis diberhenti secara tidak sopan dan tidak mengikut undang-undang buruh. Oleh itu, penulis terpaksa turun-naik mahkamah kerana menuntut hak seperti yang telah dijanjikan di dalam terma. Ketika sibuk berurusan dengan mahkamah, secara tiba-tiba penulis dikejutkan dengan satu tawaran perkerjaan oleh majikan lama dengan jawatan yang sama tetapi gaji dipotong sebanyak 20% daripada gaji asal serta terma dan syarat yang baru. Penulis dipersimpangan delima...

Tahun ini merupakan tahun kelima penulis menjadi seorang blogger. Pada awal kemunculan blog ini, penulis cuma menulis pengalaman secara ringkas tetapi gaya penulisan semakin berubah beberapa tahun berikutnya. Tahun ini juga menyaksikan perubahan yang mendadak pada bilangan pelawat serta followers dan penulis berterima kasih kerana melalui dunia blogging inilah penulis dapat berkenalan dengan ramai bloggers.

Apa harapan dan azam penulis di tahun 2012? Tough question sebab penulis tidak penah meletakkan apa-apa sasaran sebab melihat kepada pengalaman lepas yang mana kesemua harapan dan azam itu jatuh ke dalam gaung jadi penulis memutuskan untuk biarkan kesemuanya mengikut flow secara semulajadi. Secara kasarnya penulis telah merancang beberapa perkara untuk 2012 ini, tetapi penulis tidak boleh berkongsi buat masa ini. Penulis juga akan meneruskan pekerjaan secara free lance seperti biasa dan masa yang sama, penulis tetap mencari pekerjaan tetap kerana kerja secara free lance ini selalu kena kencing hehehe...

Sebelum mengakhiri entry ini penulis hendak mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua pembaca blog penulis dan jika ada yang tersinggung selama setahun ini dan terima kasih kepada pembaca senyap dan nyata serta followers yang rajin bertegur sapa, semoga ikatan ukhwah ini akan terjalin untuk selamanya. Akhir sekali semoga kita sama-sama berusaha untuk memajukan diri dan berubah ke arah yang lebih baik seiring dengan penambahan usia, Insya Allah. Masih belum terlewat untuk ucapakan “Selamat Tahun Baru 2012!”

Tiada ulasan: