Selasa, 23 Disember 2008

Aku di Korat, Thailand Bhg. 05


Ahli Famemas menuju ke stadium

Memasuki hari keenam di bumi Korat tidak sesekali mengurangkan semangat kami untuk meneruskan perjuangan menyokong dan menyorak untuk atlit Malaysia. Hari demi hari, hubungan dengan ahli baru dan lama di dalam Famemas semakin rapat dan suasana dalam kem kami semakin ceria dan menghiburkan. Apa yang menarik tentang kami di Famemas adalah diversiti yang wujud di dalamnya, daripada bangsa Melayu, Cina, India, Sabah dan sebagainya serta kelainan ideologi politik yang mengukuhkan lagi andaian penulis bahawa sukan adalah elemen penyatu yang paling berkesan. Hidup Sukan!.

Destinasi pertama kami hari ini adalah Dewan Kebkanjana di mana berlangsungnya acara Karate do yang juga merupakan pertaruhan emas terbaik negara setiap kali Sukan Sea. Kedatangan kami tidak menghampakan apabila S. Mahendran telah berjaya menghadiahkan negara pingat emas menerusi kategori bawah 75kg lelaki. Namun begitu seorang lagi atlit negara, G. Yamini tumpas dalam saingan sengit 3-4 kepada atlit dari Vietnam dalam kategori waniata bawah 60 kg.


Pasangan Famemas, teman tapi mesra Shafari dan Renny

Oleh kerana tiada aksi melibatkan Malaysia pada sebelah pagi, kami bergerak menuju ke Stadium Utama di Kompleks Sukan bagi memberikan sokongan kepada atlit gimrama negara. Sebelum itu kami menikmati hidangan makan tengahari, nasi berlaukan ayam masak kicap dan buah-buahan sebelum menghabiskan masa selama sejam untuk membeli belah di pasar. Kesempatan ini penulis untuk membeli sedikit cenderahati yang mulai turun harga.

Penulis mula meminati sukan gimrama semenjak terdedah secara langsung dengan sukan ini pada Sukan Komanwel 1998 di mana Malaysia telah menggondol emas di dalam acara berpasukan menerusi El Regina Tajuddin, Sarina Sundarajah, Carolyn Au Yong dan Thye Chee Kiat. Malaysia merupakan kuasa utama di rantau ini apabila sering berjaya menghasilkan para gimrama yang hebat menerusi program yang diusahakan oleh MGF dan MSN. Kami menyaksikan dua disiplin terakhir dalam acara berpasukan yang bermula semalam iaitu bagi disiplin club dan ribbon dan Malaysia telah muncul pemenang menewaskan tuan rumah yang juga pesaing kuat. Tahniah! Chrystal Lim, Fong Seow Ting, Wan Siti Haniza dan Jaime Lee.t


Kami menaiki lori menjelajah Kota Korat di malam hari

Seterusnya kami menuju ke gelanggang bola keranjang di mana aksi terakhir pasukan wanita menentang menentang tuan rumah menjadi penentu sama ada pingat emas atau perak yang akan dikecap. Setibanya kami di sana, gelanggang telah dipenuhi penyokong-penyokong tuan rumah dan ini tidak melemahkan semangat kami sehinggakan detik kami menjejakkan kaki ke dalam stadium, suasana bertukar sepi seolah-olah mereka terkejut dengan kehadiran kami. Mana tidaknya, kami sentiasa berada di dalam lokasi pertandingan sebelum sesuatu bermula tetapi kali ini kami tiba sedikit lewat dan mungkin telahan awal mereka, kami tidak hadir atau takut untuk hadir telah salah. Dengan serta merta juga para penyokong Thailand bersemangat dan paluang gendang yang rancak mengiringi mereka menjadikan suasana di dalam stadium menjadi pesta.


Kami menikmati urutan kaki di bumi Korat, Thailand

Suasana pesta tidak sama sekali mengurangkan debaran kami apabila pasukan negara sentiasa mengejar pasukan lawan walaupun pada satu masa mendahului. setelah tamat permainan, kedudukan terikat-ikat pada jumlah mata 50 dan memaksa perlawanan dilanjutkan selama 5 minit lagi bagi menentukan pemenang mutlak. Malaysia dan Thailand saling serang menyerang dan lontaran pasukan negara sering tersasar kerana tertekan dengan sorakan kuat dari penyokong tuan rumah. Walaupun begitu, tuah berpihak kepada pasukan negara apabila memenangi perlawanan ini dengan hanya kelebihan satu mata, 61 berbalas 60. secara jujur penulis mengangap detik ini adalah detik terhebat di dalam pengalaman penulis dalam menyokong negara sehingga kini. Malah tangan yang sudah lenguh dek kerana memalu kompang dari awal perlawanan seperti hilang begitu sahaja, wajah kegembiraan dan bangga jelas terpampang di muka setiap ahli Famemas. Tahniah Malaysia!!.


Antara awekz Korat yang mengurut kaki kami

Topik hangat di kalangan kami di Famemas ketika ini adalah sikap sombong dan angkuh yang membelenggu sebilangan pegawai dan atlit negara. Kami di Famemas sangat tidak berpuas hati dengan sikap yang mereka tonjolkan di Korat seolah-olah kehadiran kami seperti tidak dihargai. Manakan tidak hendak menunjukkan muka kepada rakyat sendiripun seperti sesuatu yang sukar untuk dilakukan di dalam hidup, tidak terkecuali juga menteri kita, Dato' Azalina Othman. Insiden semasa perlawanan bola keranjang sebentar tadi menjadi kemuncak kemarahan kami apabila atlit bola keranjang lelaki dan beberapa sukan lain yang duduk di bahagian pertentangan enggan menyertai kami dengan jawapan 'tak payahlah'. Bukan banyak yang kami tagih, hanya sekadar sokongan moral dengan duduk bersorak untuk rakan seperjuangan bersama-sama kumpulan kami. Itupun sukar dilakukan dan apa jelas tergambar adalah keberkesanan program latihan pusat anjuran MSN yang sepatutnya boleh menaikan semangat patriotik negara boleh dipersoalkan. Tambah menyakitkan hati, para atlit negara sekadar duduk rehat dan terlalu relex seolah-olah berharap Malaysia gagal supaya kekalahan pasukan mereka dapat dikongsi bersama. Apabila menang barulah hendak menunjukkan muka tidak malu mereka dan nasib baik menang, kalau tewas pasti stadium ditinggalkan secepat mungkin. Berubahlah Malaysia!.

Khamis, 18 Disember 2008

Aku di Korat, Thailand Bhg. 04


Bersama penyokong fanatik Thailand di velodrom lumba basikal

Setakat laporan ini ditulis, hari ini merupakan hari paling gembira buat kontinjen negara apabila berjaya menuai sebanyak 13 pingat emas yang juga merupakan pencapaian terbaik negara setakat ini. Tahniah!! pastikan 20 lagi emas akan dapat digengam dalam tiga hari terakhir ini. GO MALAYSIA GO! GO FOR GOLD!.

Destinasi pertama kami hari ini Lawn Bowls Green, QSSC di mana sukan petanque dilansungkan. Petanque merupakan sukan berasal dari Perancis dan amat popular di Laos, Thailand dan Combodia. Berdasarkan pengalaman penulis, sukan ini boleh dilihat dimainkan di mana sahaja jika berkunjung ke negara tersebut. Peraturan dan cara permarkahan permainan hampir sama dengan sukan lawn bowl di mana bola besi perlu dilontar ke arah jack dan bola yang hampir akan memenangi mata. Apa yang berbeza dengan lawn bowl adalah bola perlu dilorongkan ke jack dan bentuknya adalah lonjong dan agak pelbagai. Penulis menyarankan supaya usaha promosi yang lebih giat dapat dilakukan supaya sukan ini kan lebih popular dan beroleh lebih kejayaan di masa akan datang seperti mana yang berjaya dicapai sukan lawn bowl.


Bersama awekz, petugas Sukan Sea Korat, Thailand

Seterusnya kami ke arena memanah yang terletak di padang bola di Universiti Teknologi Suranaree. Namun setibanya kami di sana acara yang melibatkan pemanah negara baru sahaja berakhir di mana keputusannya tidaklah begitu menceriakan, sekadar pingat gangsa menerusi acara berpasukan lelaki compund. Alang-alang di sana, kami menziarah para pegawai dan juga atlit yang menerima kedatangan kami dengan hati gembira, tidak seperti di beberapa acara di mana para pegawai kelihatan sombong dan tidak tahu menghargai kehadiran kami. Untuk pengatahuan Malaysia telah berjaya muncul antara kuasa sukan memanah di rantau ini dan juga di Asia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terima kasih kepada persatuan kebangsaan yang melakar program yang sudah menampakkan hasil. Penulis percaya jika persatuan kebangsaan sesuatu sukan komited dalam program pembangunan dan mengurangkan politiking dalaman, Malaysia boleh melahirkan lebih ramai lagi atlit yang bertaraf Asia mahupun dunia.

Oleh kerana kami telah merancang untuk menonton aksi bola keranjang wanita di stadium berhampiran menentang Filipina yang dijadualkan berlangsung pada pukul 1 petang, serta mempunyai banyak masa lagi sementara menanti perlawanan bermula. Kami menggunakan kesempatan ini untuk membuat latihan sorak dan nyayian lagu 'Kalau Rasa Gembira' yang dipimpin dua cherleader dari Famemas yang sangat dedikasi dan bersemangat, Khairol Nizam dan Raja Azuan. Selesai latihan, kami menikmati hidangan makanan tengahari yang dibungkus dan menu hari ini adalah nasi berlaukkan ayam dan sambal yang sangat pedas!.


Ahli Famemas di hadapan stadium bola keranjang

Perlawanan menentang Filipina boleh diibaratkan seperti perlawanan akhir kerana Filipina adalah pencabar utama kita. Format pertandingan adalah secara liga satu pusingan dan pasukan teratas akan muncul juara dan sokongan kami dalam perlawanan ini amat bermakna untuk pemain negara. Hasi usaha sorak yang hebat dari Famemas dan pasukan sorak dari Thailand yang turut dibantu oleh kami, Malaysia muncul pemenang dengan jumlah perbezaan mata yang agak besar, 70 berbalas 56. Taniah Malaysia!.

Gelanggang seterusnya adalah Dewan Universiti Vongchavalitkul di mana acara teakwando yang bermula hari ini dilangsungkan. Setibanya di gelanggang, kami diberitahu seorang atlit Malaysia, Che Chew Chan yang juga telah layak ke Beijing 2008 akan beraksi di perlawanan akhir bagi kategori wanita bawah 72kg. Sementara menanti aksi tersebut, kami telah memainkan peranan aktif di dalam menceriakan suasana dewan dengan paluan kompang dan sorakan untuk atlit dari negara Indonesia, Vietnam, Filipina dan juga tuan rumah, Thailand.


Bersama atlit memanah negara

Seperti biasa para penonton gembira dan terhibur dengan aksi kami sepertinya kumpulan kami memberi mereka hiburan secara percuma. Kumpulan kami juga sangat popular ketika ini di Korat dan penulis berani menyatakan Famemas adalah kumpulan sorak terbaik Asia Tenggara setakat ini sehinggakan Singapura juga sudah mula mengaktifkan semula kumpulan sorak mereka. Penantian kami yang agak lama sangat berbaloi apabila atlit taekwando memberikan negara satu lagi pingat emas dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas atlit dari Vietnam. Di gelanggang juga ada beberapa sepanduk yang tertulis 'Fair Game' akibat rasa tidak puas hati beberapa buah negara terutamanya Filipina dan Indonesia yang sering tumpas di dalam aksi sengit yang melibatkan atlit tuan rumah. Kisah sama yang berulang-ulang tanpa kelihatan kesudahanya.


Wartawan Kosmo menemurah exco Famemas

Kami meninggalkan gelanggang dengan perasaan gembira dan puas untuk menuju ke velodrom yang mungkin akan memberikan beberapa emas lagi kepada negara. Penonton hari ini agak ramai di velodrom, mungkin disebabkan ramai pelumba Thailand beraksi hari ini. Suasana velodrom seperti semalam bertukar suasana sebaik sahaja perarakan aman kami masuk ke arena dengan laungan 'Malaysia Boleh!' dan paluan kompang beselang-seli dengan bunyi hon. Selepas itu velodrom menjadi milik kami dengan cheerleader kami memain peranan yang berkesan untuk menghidupkan suasana pesta bersama-sama pasukan sorak Thailand yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. Hasil Malaysia tidak menghampakan seperti semalam apabila berjaya menggondol dua emas menerusi kejar mengejar berpasukan. Taniah dan 200 meter pecut menerusi Josiah Ng yang menewaskan seorang lagi pelumba negara, Azizul Hasni. Taniah! velodrom sekali lagi didendangkan dengan lagu Negaraku yang dinyanyikan penuh semangat.

Walaupun ramai diantara kami sudah kenal mengenali secara tidak formal. Hari ini merupakan giliran penulis memperkenalkan diri kepada semua ahli Famemas secara rasmi. Terima kasih Famemas!.

Selasa, 16 Disember 2008

Aku di Korat, Thailand Bhg. 03


Cik Hasnira melukis Jalur Gemilang dimuka Ivy

Perjalanan hari ini bermula agak lewat sedikit berbanding sebelumnya, terima kasih kepada pengerusi yang sudi memberi kami rehat yang secukupnya. Hampir 10 pagi kami bergerak ke pusat membeli belah terbesar di Korat, The Mall yang juga gelanggang acara sepak takraw yang mana pasukan Malaysia telah menarik diri.

The Mall penuh dengan manusia pelbagai bangsa, rupa dan usia yang mungkin jarang disaksikan jika tidak berlangsungnya Sukan Sea Korat ini. Penulis sangat setuju dengan langkah Thailand yang memberikan hak penganjuran ini kepada wilayah Nakhon Ratchasima ataupun Korat kerana ia dapat memberikan pendedahan dan peluang menonton secara langsung kepada penduduk Korat aksi sukan bertaraf tinggi. Sebelum ini peluang sebegini diberikan kepada bandar Chiangmai pada tahun 1995. Penulis berharap kerajaan Malaysia dapat melakukan hal yang sama di masa akan datang kerana langkah seperti ini dapat menyemarakkan minat dan semangat sukan di seluruh pelusuk negara.


Sebahagian ahli Famemas bergambar di The Mall, Korat, Thailand

Kami diberikan masa sehingga pukul 12.45 tengahari dan kesempatan ini penulis gunakan untuk melayari internet secara percuma di pejabat Pelancungan Thailand sebelum menikmati makan tengahari di medan selera bersama Encik Ahmad Siam, Encik Izuan, Encik Jason Tiang dan Encik Lee Hui Seng.

Kami tiba di Stadium Utama untuk menyaksikan acara olahraga sekitar pukul 1.15 petang dan diberikan masa selama sejam lagi untuk membeli belah atau nama lainnya aktiviti bebas. Penulis tidak melepaskan ini untuk membeli cendera hati untuk kawan-kawan tetapi malangnya gagal untuk mendapatkan walau sehelaipun t-shirt untuk diri sendiri dek kerana ketiadaan saiz baju yang sesuai.

Sempat menonton aksi tenis yang melibatkan pemain dari Filipina dan Vietnam sebelum meninjau-ninjau pasar yang terdapat di bahagian belakang. Suasana tidaklah begitu meriah berbanding semasa di Manila 2005 dan cuaca panas membahang cepat meletikan diri penulis.


Bergambar bersama penyokong fanatik Thailand

Tepat 2.15 petang kami masuk ke stadium dan seperti kebiasaan, kami membuat kecoh dengan alunan kompang yang lantang dan bunyi hon yang membingitkan berselang-seli. namun begitu penonton-penonton di Korat amat peramah dan seperti teruja apabila dapat melihat orang luar serta turut terhibur dengan gelagat kami. Satu benda yang penulis perhatikan adalah ketiadaan mata-mata yang menjeling liar terhadap wanita seperti mana yang sering terjadi di stadium di Malaysia. Dengan lain kata penduduk Korat amat sopan dan menghormati orang lain.

Di stadium Utama ini kami sempat menyaksikan beberapa acara seperti lompat kijang wanita di mana Ng Siew Mei, pemenang pingat emas edisi terdahulu terlepas kilauan emas kepada atlit Filipina di aksi lompatan terakhir. Wajah sugul Siew Mei tidak dapat disembunyikan walaupun kami memberikan slogan-slogan motivasi untuk beliau supaya tidak terasa terlalu kecewa. Kami pada mulanya seperti sudah yakin pingat emas akan digengam beliau apabila diberitahu rekod kejohanan telah dipecahkan Siew Mei sebaik sahaja memasuki stadium. Acara lain yang melibatkan negara dan memberikan berita duka adalah acara 1500 meter menerusi V. Mahnedran yang hanya berpuas hati dengan pingat perak setelah dipintas beberapa meter sebelum garisan penamat oleh pelari dari Vietnam. sebagai rekod, Malaysia sering menguasi acara ini brmula dengan M. Ramachanran dan diteruskan oleh A. Munusamy sebelum kita kekosongan atlit yang berkemampuan buat seketika. Berdasarkan kenyataan-kenyataan di dalam media sebelum ini, acara ini merupakan salah satu prospek emas malah diarahkan oleh jurulatih, Hanafiah Nasir untuk tidak beraksi di dalam acara 800 meter untuk memastikan emas di dalam acara ini. Tetapi apa boleh buat nasib tidak menyebelahi beliau dan jangan patah semangat hanya kerana kekalahan ini. Mudah kata, tiada peluang menyanyikan lagu kebangsaan di stadium hari ini.


Famemas bergambar kenangan bersama atlit lumba jalan kaki negara.

Setelah semua acara kecuali heptatlon berakhir, kami bergerak ke valodrom lumba basikal yang terletak bersebelahan untuk memastikan dua emas lagi berada di tangan Malaysia. Setiba di velodrom, suasana berubah seperti biasa dan ketibaan kami tepat pada masanya apabila upacara penyampaian hadiah untuk acara pecut berpasukan lelaki akan dilangsungkan dan peluang ini digunakan sebaiknya untuk mendendangkan lagu Negaraku dengan kuat dan bersemangat. walau begitu, dua aksi akhir yang berlangsung kemudian tidak memberi khabar gembira apabila kedua-duanya tewas dan ditambah lagi dengan sikap Menteri Belia dan Sukan, Azalina Othman yang enggan turun berjumpa kami dan sikap sombong Presiden MNCF, Naim yang membuatkan beberapa individu di dalam Famemas naik angin.

Tamat aksi yang melibatkan negara di valodrom, kami bergegas ke gelanggang akuatik untuk memastikan Malaysia boleh menambah sekurang-kurangnya dua lagi pingat emas dan sebagai balasan perenang negara berjaya berbuat demikian menerusi acara 50 meter dan 200 meter gaya bebas, terima kasih Chui Lan dan Daniel Bego yang memberikan kami dua peluang untuk berkaraoke lagu yang sangat petriotik di stadium. Suasana di gelanggang akuatik bertambah meriah dengan kehadiran kami dan aksi-aksi 'ombak Maxico' berjaya dilakukan dengan kerjasama penonton-penonton dan pasukan sorak Thailand. seperti semalam, kami di Famemas masih tetap dengan pendirian kami untuk menyuruh penonton senyap tatkala nama Singapura disebutkan dan walaupun ia memperlihatkan sikap tidak professional, tindakan ini terpaksa dilakukan apabila melihat telatah-telatah angkuh dan sombong beberapa pegawai dan penyokong dari singapura. Itu tidak lagi termasuk polisi mengimport atlit dari negara China yang menyebabkan mereka memungut banyak pingat emas tidak seperti sebelumnya.


Famemas bergambar kenangan dengan pegawai olahraga Malaysia di Stadium Utama Korat.

Habis di gelanggang akuatik tugas kami untuk menyorakpun berakhir dan hari ini juga adalah hari terakhir pemandu pelancung kami yang sangat baik hati, Ying melakukan tugasnya untuk kami dan akan digantikan dengan seorang lagi pemandu pelancung. Dalam perjalanan pulang kami dan Ying bertukar-tukar lagu perpisahan dengan Ying dan beberapa wakil kami menyanyikan lagu khas untuk dalam pelbagai bahasa dari Tamil, Cina, Jepun English, Thai dan dialek Kelantan. Suasana sedih walaupun tetap ceria menyelubungi kami, tetapi apa boleh buat, bertemu dan berpisah adalah sesuatu yang sentiasa akan dilalui.

Semasa makan malam, sessi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap menteri serta sesiapa sahaja baik peminpin persatuan sukan atau pegawai-pegawai yang bersikap sombong dan angkuh diadakan di hadapan wakil-wakil media yang mengikut kami.

Khamis, 11 Disember 2008

Aku di Korat, Thailand Bhg. 02


Penulis bersama Jalur Gemilang di Stadium Utama Korat

Hari ini merupakan hari ketiga penulis dan ahli Famemas lain di Korat dan wajah segar terlihat pada setiap peserta kerana mendapat rehat yang secukupnya semalam. Selepas berserapan sambil membaca akhbar Bangkok Post untuk melihat pungutan pingat terkini pasukan negara, kami bergerak sekitar pukul 9 pagi menuju ke Plaza Klang sekali lagi untuk menonton aksi separuh akhir pereorangan wanita di antara pemain negara Ng Soke Kim dan Thailand.

Kami tiba awal dan masih ada digunakan untuk dijadikan sessi fotografi dan bertukar-tukar pin dan sebagainya. Sebelum aksi bermula, pasukan Famemas seperti biasa menjadi jagoan dalam bersorak sehingga slogan kami 'China Best' yang ditujukan kepada atlit Singapura ditegur oleh seorang pegawai teknikal dari Singapura dan sebagai penganti ditukar kepada 'Singapore Import'. Untuk pengatahuan, pasukan Singapura sering mengimport atlit dari negara China untuk memantapkan skuad mereka dan sering kali tindakan ini mengundang kontroversi.

Menyaksikan aksi permainan pantas permainan ping pong sememangnya mendebarkan dan perlawanan ini tidak terkecuali. Setelah kedua-kedua pemain kejar mengejar set, permainan akhirnya menjadi milik pemain Malaysia dengan kemenangan 4 set berbalas 2. Kemenangan ini merupakan satu kejutan kerana pemain Thailand ini merupakan pemain pilihan untuk mara ke perlawanan akhir bertemu pilihan kedua dari Singapura, Wang Yuegu yang juga pemain nombor 8 dunia. Sebelum itu Soke Khim telah melakukan kejutan terbesar apabila muncul juara kumpulan setelah menewaskan pemain nombor 6 dunia dari Singapura, Li Jiawei. Malaysia Boleh! tanpa mengambil pemain import. Namun begitu beliau tewas pada perlawanan akhir. Tahniah Ng Soke Khim!


Dua wartawan yang turut mengibarkan jalur gemilang

Selepas aksi menarik berikut, kami menuju ke gelanggang wushu di mana satu lagi kumpulan kami berada di situ. Setibanya di sana kami diberitahu bahawa pingat emas telah dimenangi oleh Malaysia melalui acara nanquan wanita menerusi Diana Bong Siong Lin, taniah!. Kami menikmati makanan tengahari kami di luar gelanggang dan seperti semalam menu kami adalah burger McFish McDonalds.

Gelanggang seterusnya adalan Dewan Universiti Teknologi Suranaree untuk menyaksikan perlawanan pertama negara di dalam aksi bola keranjang menentang Singapura. Malaysia sememangnya pasukan pilihan untuk mengekalkan kejuaraan yang dimenangi di Sukan SEA Vietnam 2003 setelah tidak dipertandingkan di Sukan SEA Manila 2005 akibat perbalahan dalaman persatuan sukan bola keranjang di Filipina. seperti dijangka, Malaysia menang mudah ke atas pasukan lawan dangan mata jaringan 60 berbalas 43.

Sekitar pukul 3 petang, kami dalam dua kumpulan menuju ke lokasi pertandingan yang berbeza iaitu satu di Stadiun Utama untuk menyaksikan acara olahraga dan satu lagi ke Dewan tertutup di mana berlangsungnya acara gimnastik.


Famemas memberi sokongan padu kepada atlit pingpong negara

Penulis telah diarahkan untuk menyaksikan acara olahraga yang membuatkan di antara kami mengantuk kerana senggang setiap acara yang panjang dan ketiadaan maklumat terkini terhadap apa yang sedang berlaku di dalam acara balapan. Namun begitu kami sempat merasa bangga di bumi asing apabila sebanyak dua kali berpeluang menyanyikan lagu Negaraku semasa penyampaian hadiah kepada pemenang dari Malaysia iaitu Teoh Boon Lim untuk acara jalan kaki semalam dan juga 110 meter berpagar menerusi Rayzam Shah Wan Sofian. Kami hanya sempat menyaksikan beberapa acara sahaja iaitu 10.000 meter lelaki, 4X100 meter lelaki dan wanita serta lompat jauh lelaki dan lempar cekera.

Tamat sessi olahraga hari ini, kami berkumpul di luar stadium menanti kumpulan gimnastik sambil bergambar kenang-kenangan dengan penduduk Korat yang teruja menyaksikan kehadiran kami yang penuh warna-warni dan keceriaan.

Kami tiba di gelanggang renang agak awal dan kesempatan ini digunakan untuk sorak menyorak bersama penonton Thailand dan juga kami, Famemas. Sikap sporting kami yang membantu penonton Thailand di bahagian kami menyorak 'Thailand Soso' amat dihargai dan sebagai balas pasukan sorak rasmi Thailand beberapa kali menjerit slogan 'Malasia Boleh' dan 'Malaysia Bagus'. Perasaan muhibbah ASEAN amat dirasai kecuali Singapura yang seperti lazim, kelihan kurang mesra dan agak sombong. Manakan tidak, cubaan untuk membuat ombak dari sebelah tepi di mana kami duduk tidak disambut segerombolan penyokong Singapura yang duduk di tengah-tengah walaupun penonton Thailand telah memberi kerjasama.


Famemas bergambar beramai-ramai berlatar berlatarbekangkan Stadium Utama Korat

Aksi renang hari ini tidak memberikan sebarang pingat emas dan kekalahan Siow Yi Ting di beberapa meter terakhir amat mengecewakan. Apapun taniah kerana telah memberi aksi yang tebaik!.

Selesai acara renang, kami pulang ke hotel untuk menikmati hidangan makan malam. Di dalam perjalanan, Encik Lee Hui Seng memberi sedikit taklimat dan keputusan-keputusan terkini yang melibatkan atlit Malaysia sambil diselang selikan dengan sessi memperkenalkan diri bagi ahli Famemas yang baru. Kami juga diberitahu oleh bapa kepada atlit negara Chan Sau Wah bahawa kehadiran kami di gelanggang gimnastik amat dihargai kerana sememangnya ia sedikit sebanyak telah memberi tekanan kepada juri untuk tidak bersikap bias dalam membuat penghakiman.

Sukan Sea memang terkenal dengan politik sukan negara-negara yang bertanding yang sering kali berfikiran singkat semata-mata untuk meraih pingat emas di peringkat serantau tanpa memikirkan impak jangka panjang. Tidak hairanlah pasukan tuan rumah sering kali muncul juara dan acara sukan subjektif seperti gimnastik, karate do, silat, taekwando dan sebagainya sering menjadi tajuk kontroversi saban kali Sukan Sea diadakan.


Kami bergambar beramai-ramai bersama atlit bola keranjang wanita negara yang memenangi pingat emas

Semasa menikmati makan malam, Timbalan pengerusi Famemas, Encik David Foo telah membuat satu pengumuman penting di mana kami diberi sedikit masa untuk membeli belah keesokan hari kerana jadual kami di sini sememangnya penuh dan jarang dapat menjenguk-jenguk cenderahati yang dijual. Pengumuman ini disambut gembira kerana ramai ahli-ahli Famemas ingin membeli buah tangan dari Korat untuk keluarga, rakan-rakan, saudara mara dan yang tersayang jarang berpeluang berbuat demikian.

Selepas makan adalah aktiviti bebas dan penulis bersama-sama rakan yang lain membuat keputusan untuk berurut di pasar malam ala-ala Uptown yang terletak kira-kira 2 kilometer dari hotel penginapan. Terdapat banyak rumah dan khidmat urut di sini dan kadar yang ditawarkan sangat murah, penulis hanya dikenakan bayaran sebanyak 100 bhat (RM10) untuk khidmat urut kaki dan badan selama sejam. Jumpa lagi esok dari bandar kucing, korat Thailand.

Rabu, 10 Disember 2008

Aku di Korat, Thailand Bhg. 01

Penulis berada di stadium pertandingan tarian

Penulis hanya sempat lena kira-kira tiga jam sebelum terpaksa bangun awal untuk berserapan sebelum memulakan hari pertama menyorak dengan menaiki bas yang disediakan pada pukul 9 pagi. Sepanjang kami di sini, pihak hotel akan menyediakan makanan halal dan juga satu bilik khas untuk Famemas. Perjalanan keseluruhan trip Famemas ke Korat ini diuruskan oleh Myflower Acme Tours Sdn. Bhd. Tambah menarik, wartawan dari The Star dan juga ibu bapa kepada pemain badminton wanita negara, Anita turut menginap di hotel penginapan kami ini.

Gelangang utama yang dituju adalah Institut Teknologi Chanapolkhan, tempat di mana berlangsungnya acara Wushu dan Karate Do yang akan berlansung kemudian. Sebelum tiba di gelangang, Presiden Famemas en. Lee Hui Seng memberikan perkembangan-perkembangan terkini atlit Malaysia dan kami diberitahu bahawa atlit jalan kaki negara, Yuan Yu Fang dan teo telah memenangi emas. Berita ini menaikan semangatkan semangat kami untuk mengharungi hari yang masih panjang. Turut dilakukan adalah pengagihan peranan setiap peserta dan penulis telah diberikan peranan untuk bermain kompang bersama tujuh orang lain

Penyokong Famemas berada di Stadium Utama Korat

Setibanya di lokasi, kami memulakan riuh rendah kami dengan menyanyikan lagu "Barisan Kita" sebelum memasuki stadium. Kehadiran kami disambut meriah oleh warga petugas dan juga pasukan sorak Thailand yang terdiri dari kanak-kanak sekolah yang comel-comel. Kami sempat menyaksikan beberapa atlit Malaysia beraksi di dalam acara taijiquan dan beberapa lagi dan kami diberitahu bahawa emas acara taijiquan adalah milik Malaysia semasa dalam perjalanan lokasi lain. Tahniah Chai Fong Ying!. Menonton acara wushu tidak seperti menonton badminton yang mana riuh-rendah adalah kemestian. Penonton harus berdisiplin dan tidak menjerit-jerit agar tumpuan peserta tidak terganggu. Namun begitu jika diarahkan 'leader', dari pasukan wushu negara untuk menyorak slogan dan memukul gendang atau kompang, kami dengan rela hati akan mengikut.

Setelah berada di gelangang hampir sejam, kami terpaksa bertukar ke gelangang lain yang memerlukan kami dan gelangang itu adalah Plaza Klang di mana acara pingpong dilangsungkan. Namun perjalanan kami kelokasi tersebut tergendala sebentar sementara menanti 'escort' dari pihak polis Thailand. Escort ini memudahkan kami melepasi jalan-jalan utama yang sesak dengan mudah. Terima kasih kepada polis Thailand yang memberikan layanan VIP kepada kami.

Khairol melukis Jalur Gemilang di mukanya sendiri

Untuk pengatahuan, turut bersama kami adalah wakil dari media seperti dari RTM, TV3, Kosmo dan Berita harian serta dua para pemenang melalui Radio Traxx FM, Encik Mohd Nordin dan raja Azuan. Selainnya adalah ahli-ahli lama dan juga ahli-ahli baru yang terpilih berjaya melepasi sessi temuduga yang dilangsungkan setelah dipilih melalui peraduan kuiz dan slogan yang diiklankan di media arus perdana.

Kehadiran kami di Plaza Klang telah menukar suasana di pusat membeli belah tersebut dengan bunyi bising kami seperti biasa, penduduk Korat menyambut dengan mesra. Acara dilangsungkan di tingkat 7 pusat membeli belah tersebut dan gelangang pertandingan bertukar wajah apabila gendang dan kompang kami dipalukan dan diiringi sorakan Malaysia Boleh! dan bunyian hon yang membingitkan.

TokMoh sedang skodeng atlit olahraga sedang bertanding

Sukan Pingpong juga merupakan sukan kegemaran penulis. Oleh kerana itu peluang menonton aksi Malaysia di depan mata merupakan impian menjadi kenyataan penulis. Malangnya atlit negara yang beraksi, Shakirin Ibrahim yang merupakan juara kebangsaan pertama yang bukan berbangsa cina tewas 0-3 kepada pemain Thailand yang diberitau oleh gandingan beregu beliau yang duduk di sebelah, Chai Kian Beng sebagai pemain pilihan di dalam kumpulan tersebut. Perlawanan walaupun tidak berapa sengit, namun penyokong kedua-dua negara bersaing sengit dalam bersorak dan pastinya dimenangi juga oleh Thailand yang jumlahnya lagi ramai. Penulis juga sempat berbual dengan pegawai Malaysia, Pah Cheng Yip tentang perkembangan sukan pingpong di Malaysia.

Setelah tamat perlawanan, tiba masa untuk makan tengah hari dan bertukar ke gelangang lain iaitu acara tarian dan juga badminton yang dilangsungkan di Universiti Vongchavalitkul. Berlaku sedikit salah faham apabila kami ingin memasuki gelangang sukan tari dan selah pimpinan tertinggi berbincang, kumpulan kami dipecahkan kepada dua, satu kumpulan menonton sukan tari dan satu lagi sukan badminton. Penulis memilih sukan badminton dan seperti biasa suasana bertukar meriah dengan kehadiran kumpulan kami yang tidak begitu besar, sekitar 25 orang.

Famemas sedang menunggu atlit tarian negara beraksi

Pasukan wanita Malaysia sedang beraksi menentang Singapura dan Thailand menentang Indonesia ketika kami hadir. Pertentangan di antara Thailand dan Indonesia sangat sengit dan kami di Famemas akan acara spontan menyokong Thailand sekiranya pemain Malaysia belum atau rehat beraksi. Tambah mengharukan apabila penonton memberikan kerjasama apabila kami membuat inisiatif memulakan ombak Mexico untuk menceriakan stadium dan cuba membawa budaya badminton di Malaysia ke jiwa rakyat Korat. Keputusan bukanlah segala-galanya kerana apa yang lebih penting semangat melawan yang jitu di samping semangat kesukanan yang tinggi.

Harus diingatkan bahawa Sukan Sea bukanlah yang tersangat penting untuk negara-negara Asia Tenggara kerana tumpuan harus lebih diberi kepada sukan yang lebih berpretij seperti Sukan Asia dan Sukan Olimpik. Mungkin Sukan Sea di masa akan datang adalah medan yang sesuai untuk atlit-atlit muda yang meningkat naik untuk meraih pengalaman sekiranya atlit senior sesuatu acara itu sudah bertaraf dunia seperti yang dilakukan Malaysia melalui Nicol David, pasukan hoki, Lee Chong Wei dan lain-lain.

Selepas Malaysia menang beregu kedua, kami terpaksa berpindah ke gelanggang ke lokasi acara renang yang memungkinkan kilauan emas melaui Daniel Bego. Tiba sahaja lokasi, suasana menjadi hiruk pikuk dan sangat meriah dengan aksi tarian penyokong Thailand diiringi dengan bunyi drum dan pakaian badut yang mudah menarik perhatian media. aksi sorak menyorak semasa Thailand dan Malaysia yang memperlihatkan semangat setia kawan yang tinggi berlangsung agak lama dan berjaya menarik perhatian banyak pihak media merakam aksi kami. Kegembiraan jelas terbayang di wajah setiap orang.

Walaupun tidak dapat duduk setempat dek kerana kehadiran penonton yang ramai, ia tidak mematahkan semangat kami untuk melihat kilauan emas di kolam renang dan Daniel Bego memang tidak menghampakan apabila telah menghadiahkan pingat emas melalui acara 100 meter kuak lentang.

Oleh kerana hal yang penting, kami terpaksa pulang ke hotel sebelum sempat menyanyi bersama-sama lagu keramat, Negaraku di celah-celah ribuah rakyat Thailand. Apa yang pasti esok, Isnin 10 Disember 2007 kami akan menjanjikan yang terbaik untuk atlit negara dalam memberi sokongan dan kami berharap atlit Malaysia dapat memberikan persembahan terbaik agar matlamat 64 emas berjaya diraih. Malaysia Boleh!!.

Jumaat, 5 Disember 2008

Hari Keluarga Opis Aku


Antara yang bertugas di kuater pendaftaran

Hari keluarga opis aku telah berjaya dijalankan pada 16hb November 2008 di Desa Water Park. Lebih 200 orang yang terdiri daripada warga opis aku berserta keluarga telah memeriahkan Hari Keluarga ini.


Tuan Haji Azman Azman merasmikan Majlis Hari Keluarga

Program anjuran Badan Keluarga Opis aku ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kakitangan yang berjawatan Penolong Pengurus ke bawah yang datang bersama ahli keluarga masing-masing. Aku tidak faham kenapa kakitangan yang berjawatan Pengurus Kanan dan ke atas tidak hadir ke majlis yang cukup meriah ini. Mungkin mereka terlalu sibuk dengan tugas masing-masing kot....


Acara dimulakan dengan pertandingan melukis untuk anak-anak staff

Acara dimulakan dengan ucapan Pengurusi Badan Keluarga, Tuan Haji Azman Khamis dan seterusnya merasmikan majlis.


Antara staff yang tidak mandi kerana takutkan air

Suasana pada hari keluarga tersebut sungguh meriah dengan aktiviti-aktiviti seperti pertandingan mewarna, sukaneka yang dijalankan di atas dan di dalam air untuk kanak-kanak, perempuan dan lelaki dewasa. Ia turut disertai oleh ahli keluarga kakitangan di Bahagian Kreatif dan Multimedia yang bersama-sama memeriahkan sukaneka tersebut.


Sarapan pagi

Permainan telemacth untuk anak-anak serta keluarga juga tidak kurang hebatnya. Semua anak-anak dapat hadiah, itu prinsip asas Hari Keluarga kali ini. Hingga baby sebesar tapak tanganpun mendapat hadiah.


Penulis merakamkan suasana

Pujian juga harus diberikan kepada en. Ismail Ahmad yang bertindak sebagai DJ pada hari tersebut. Celoteh beliau menyebabkan semua staff tidak kering gusi, ditambah pula dengan pakaian beliau yang sangat istemewa itu.


Penulispun turut mandi juga

Majlis tersebut berakhir pada sebelah petang dengan kebanyakkan ahli keluarga menemani anak-anak mereka bermain air. Semoga hari keluarga ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kakitangan bawahan di opis aku bersama ahli keluarga yang lain.


Lepas mandi keletihan, kami makan dulu...

Secara keseluruhan, semua yang datang nampaknya seronok, terutamanya anak-anak. Semoga tahun depan, Badan Keluarga Opis aku dapat anjurkan Hari Keluarga yang lebih gah dan meriah lagi insya-Allah....

Rabu, 3 Disember 2008

Selamat Tinggal Bumi Minang

Senja terakhir di bumi Padang kami habiskan di Teluk Bayur yang tidak jauh dari Kota Padang. Teluk Bayur kini merupakan sebuah pelabuhan terbesar di Sumatera Barat. Pemandangan waktu senja di Teluk Bayur sungguh mengasyikkan. Laut lepas mengadap lautan Hindi yang seakan yang tak bertepi.

Kenangan melihat matahari terbenam di Teluk Bayur seakan menutup tirai kisah kembara kami di Tanah Minang. Terbenamnya matahari senja itu, menandakan berakhirnya kenangan manis di Padang yang kami simpan kemas di dalam memori.