Isnin, 29 Disember 2014

Derma....

Berita yang diterima melalui facebook, whatsapp, telegram, instagram, media cetak mahupun media elektronik menunjukkan banjir yang berlaku memberikan kesan kepada penduduk setempat. Atas faktor simpati yang mendalam, penulis mengambil peluang menyebarkan maklumat bagi sebarang sumbangan kepada mangsa banjir dengan maklumat di bawah.
Tabung Derma.
Namun begitu, penulis meminta pihak berkenaan memantau kepada mereka-mereka yang menjalankan derma kepada mangsa-mangsa banjir supaya tidak disalah gunakan supaya derma-derma itu sampai kepada pihak sasarannya. Penulis melihat di Selangor dan Kuala Lumpur ini terlalu banyak tabung-tabung derma ini berjalan. Antara sampai atau tidak. Wallahualam. 

Sekiranya anda ingin membuat sumbangan, mendermalah di tempat yang diiktiraf serta menyakinkan anda. Di pejabat penulis juga ada disediakan tabung derma mangsa-mangsa banjir di ruang legar Menara DBP untuk kakitangan yang ingin menderma. Kepada rakan-rakan, pelanggan, tetamu DBP dan sesiapa sahaja juga boleh menderma di tabung ini. 

Penulis hanya menyebarkan maklumat di medium ini dengan niat untuk sama-sama membantu saudara yang di landa banjir. Untuk semakan lanjut, sila berhubung dengan wakil pegawai DBP yang bertugas, kutipan telah bermula pada 25.12.2014 yang lalu. 

Semoga penderma dan yang membantu menguruskan kutipan sumbangan ini diberikan ganjaran berlipat ganda oleh NYA. Hanya Allah sahaja yang membalas jasa baik kalian. 

Isnin, 22 Disember 2014

Pekena Sate Station Ampang Waterfront..

Semalam, penulis sekeluarga pekena sate di Restoran Satay Station. Dikatakan restoran mereka yang ketiga selepas Kampung Pandan dan Setiawangsa. Lokasinya ialah berhadapan dengan lampu isyarat simpang 3, Jalan Bukit Belacan ke Hulu Langat/Kajang. Restoran ini mengambil keseluruhan ruang bawah kompleks perniagaan di situ.
Pintu masuk Restoran Satay Station Ampang Waterfront.
Oleh kerana rumah penulis sudah berhampiran dengan Restoran Satay Station ini, kami tiba awal, iaitu sebelum masuknya waktu Maghrib lagi. Pada masa itu, restoran baharu dibuka dan masih belum ramai pelanggan tegar sate yang datang.
Bagunan Restoran Satay Station.
Sudah tiga tahun restoran sate ini beroperasi di Ampang Waterfront ini. Restoran sate ini semakin popular dan semakin ramai pengunjungnya. Di sebelah malam pula, pengunjung dihiburkan oleh nyanyian tradisional. Persembahan ini adalah sebahagian dari aktiviti promosi restoran sate ini. Persembahan yang ditunjukkan adalah menghiburkan serta bertepatan dengan tema restoran ini.
Kawasan drive thru.
Selepas waktu Mahgrib, semakin ramai pengemar sate tegar yang datang. Ramai diantara mereka datang dalam berkumpulan atau datang dengan seisi keluarga mereka.
Harga boleh tahn. Sesekali kalau teringin bolehlah hehehe.....
Didapati masih banyak lagi gerai yang belum dibuka. Buat masa ini, selain dari gerai sate, hanya gerai mi rebus dan mi bandung sahaja yang sedang beroperasi. Gerai-gerai selain dari sate adalah gerai “sub-tenant” yang mana ianya disewakan kepada peniaga-peniaga lain tetapi beroperasi dibawah logo restoran sate ini.
Sate Station...
Lebih kurang 15 ke 20 minit kami menunggu, hidangan sate kami pun tiba. Tidak lama menunggu seperti di restoran-restoran sate yang lain. Didapati, ada seorang kakitangan restoran ini yang akan berlegar-legar untuk mendapatkan maklum balas dari pelanggan, berkenaan masa menunggu serta ketepatan pesanan seperti, adakah jumlah sate yang dapat adalah seperti yang dipesan, kesilapan kakitangan mereka serta maklum balas yang lain.
Pekerja sedang membakar sate
Bagi penulis, so far, they have the best beef sate in Ampang. Cumanya, kuah kacangnya agak kurang sedikit, tetapi masih ok dan ada kemungkinan untuk membangkitkan lebih rasa kepada satenya juga. Namun, inilah diantara sate yang sedap yang pernah penulis rasa di Ampang setakat ini.
Restoran Satay Station di sebelah malam.
Memang tidak jemu makan sate di sini kerana dagingnya yang lembut, lemak, berempah dan besar. Tetapi, harganya agak mahal sedikit daripada gerai sate yang lain. Sate Daging RM1.80, Sate Ayam RM1.40, Sate Hati Ayam RM2.50 dan Sate Kambing RM2.50. Sesekali bolehlah makan sate di sini. Jika selalu boleh bengkok juga jadinya.... hehehe...
Harga yang perlu dibayar...
Secara keseluruhannya, penulis berpendapat kualiti makanan yang disediakan dinilai dari segi kesedapan dan keseluruhanya adalah OK. Jadi, silalah pergi mencuba sate di Restoran Sate Station ini. Jika tidak sedap jangan marahkan penulis. Citara rasa manusia adalah berbeza beza..... heh


Jumaat, 19 Disember 2014

Apabila Cinta di Dusta

Foto Sekadar Hiasan.
Bila Cinta Di Dusta 

Bila cinta didusta 
Hati mula gelisah 
Hilang kekasih hati 
Hidup jadi merana 

Insan jadi idaman 
Kini dimilik orang 
Cinta yang diimpikan 
Putus di tengah jalan 
Terpaksa mengalah 

Mengapa menyinta 
Andainya tak setia 
Tak usahlah bercinta 
Jika hanya berpura 
Bila hati dah jemu 
Mula berpaling tadah 
Tak pernah difikirkan 
Orang yang ditinggalkan 
Tersiksa sayu pilu 

Ooo...oo merayu-rayu 
Ooo...oo ingin kembali 
Ooo...oo meratap sayu 
Tidak mungkin orang simpati 
Menoleh pun tak sudi 

Andainya ditakdirkan 
Cintamu didustai 
Pastinya kau mengerti 
Siksanya perpisahan 
Hanyalah penyesalan 


Selasa, 16 Disember 2014

Semangat Kesukanan & Semangat Asean

Sepanjang minggu lepas penulis berbengkel buku teks di Hotel Ramada, Kuala Lumpur. Sepanjang berbengkel, pantang ada masa yang terluang, ahli panel kami pasti akan memperkatakan tentang bolasepak negara. Maklumlah pada masa tersebut masih dalam suasana kehangatan bolasepak Piala Suzuki yang sedang berlangsung...
Penulis ketika berada di dalam stadium.
Sudah tentu ramai yang kecewa. Kecewa bukan kerana pasukan bolasepak Malaysia tewas 2 - 1 dengan pasukan Vietnam, tetapi kecewa kerana segelintir penyokong Malaysia yang menyerang penyokong Vietnam sehingga ada yang tercedera. Ini mungkin disebabkan kerana mereka tidak boleh menerima kekalahan pasukan bolasepak negara. Peristiwa ini amat memalukan negara. Tetapi, setelah pasukan bolasepak Malaysia menang 4 - 2 perlawanan kedua di Vietnam, kehangatan berita keganasan bolasepak ini sedikit berkurangan.
Dua orang baju kuning itu adalah pemandu pelancung dan pemandu bas kami yang turut menyokong Malaysia.
Tetapi yang agak memeranjatkan, sambutan penyokong Vietnam terhadap penyokong Malaysia di Stadium My Dinh di Hanoi. Mereka menyambut baik kedatangan penyokong kita, malah mereka menghormati penyokong kita sebagai tetamu negara mereka.
Kami bebas bersorak walaupun duduk bersama-sama dengan penyokong Laos.
Rupanya-rupanya penyokong sukan bola sepak di Vietnam lebih bertamadun. Bukan setakat tiada sebarang insiden seperti pergaduhan, bahkan tiada kelihatan langsung kelibat mercun disepanjang perlawanan. Tetapi lain pula halnya jika di Malaysia, tidak kira menang ataupun kalah, tidak lengkap jika tidak diselami dengan bunyi dentuman mercun...
Sungguh sporting penyokong Laos. Cuba anda bayangkan jika TokMo ini rakyat Laos di Stadium Bukit Jalil?
Benarlah ungkapan seorang wartawan di akhbar Metro Ahad iaitu tahi yang kita bagi tetapi Vietnam balas dengan bunga. Inilah baru dipanggil semangat kesukanan bukannya semangat pergaduhan seperti yang ditunjukkan oleh segelintir penyokong bola sepak di negara kita.
Aksi perlawanan antara Malaysia vs Laos.
Penulis pernah berkunjung hampir kesemua negara-negara Asean. Penulis ke negara-negara ini untuk menyokong atlit negara yang bertanding di Sukan SEA. Dalam banyak-banyak negara Asean, penulis tertarik dan memuji penyokong-penyokong bolasepak di negara Laos. Ini adalah pengalaman manis penulis ketika menyokong pasukan bolasepak negara diperlawanan separuh akhir Sukan Sea di negara tersebut pada tahun 2009 yang lalu.
Kami bebs bersorak dan bermain gendang setelah tamat perlawanan.
Ketika itu Stadium Utama Vientine dipenuhi 30.000 penyokong tuan rumah. Manakala penyokong Malaysia termasuk penulis tidak sampai 300 orang pun. Penulis dapati, tiada kawalan daripada pihak polis atau keselamatan oleh negara tuan rumah. Tetapi, kami rasa selamat. Malah, kami berasa enjoy, selesa dan bebas mencari tempat duduk masing-masing. Tiada sebarang provokasi dari penyokong tuan rumah terhadap kami. Malah mereka bertepuk tangan dengan kehadiran kami sebagai tetamu mereka. Apa yang menariknya, kami sama-sama bangun berdiri tegak ketika lagu kebangsaan negara masing-masing sedang keudara.
Jika kita bayangkan jika ini adalah kumpulang penyokong lawan yang menang di tempat lawan?...
Semasa perlawanan tiada sebarang insiden pergaduhan berlaku. Suasana perlawanan terkawal dan sangat meriah walaupun tiada bunyi-bunyian dentuman atau letupan dari pembakaran mercun. Kami bebas bersorak untuk pasukan Malaysia manakala penyokong Laos bebas bersorak untuk pasukan mereka. Tiada sorakkan yang berbau provokasi diantara kami. Kami bebas bersorak, bermain gendang dan mengibarkan bendera Jalur gemilang negara Laos..
Di luar stadium juga kami bebas bersorak tiada gangguan dari penduduk Laos.
Pasukan bolasepak Malaysia menang dengan jaringan 3 - 1. Malaysia  berjaya melayakkan diri keperlawanan akhir dan akan bertemu dengan musuh tradisi iaitu pasukan Vietnam. Walaupun pasukan Laos tewas, namun penyokong-penyokong Laos kelihatan tidak kecewa. Malah, kebanyakkan mereka menunjukkan isyarat jari "good" dan mengucapkan tahniah kepada kami. Mereka langsung tidak menganggu kami ketika meraihkan kemenangan pasukan bolasepak negara dengan menyanyi, menari dan bermain gendang/kompang dari dalam stadium sehinggalah di luar stadium.

Penulis ada bertanya salah seorang penyokong Laos kenapa mereka masih berasa gembira dan tidak kecewa walaupun pasukan bolasepak mereka tewas kepada Malaysia ketika itu. Mereka kata, mereka sudah gembira dan berpuashati kerana pasukan negara mereka berjaya masuk ke separuh akhir. Mereka kata, pasukan bolasepak Laos telah mencipta sejarah untuk negara mereka kerana kali pertama masuk ke Separuh Akhir Sukan SEA.

Akhirnya pasukan bolasepak Malaysia memenangi pingat emas di bumi Laos dengan mengalahkan pasukan Vietnam diperlawanan akhir. Diharap pasukan bolesepak Malaysia dapat memenangi Piala Suzuki 2014 ini untuk kali yang kedua. Dan diharap juga tiada sebarang insiden yang tidak dingini berlaku.

Semoga berjaya.

Isnin, 1 Disember 2014

Rindu dengan Makanan Korea!

Sepanjang bulan November ini penulis amat sibuk dengan tugas. Penulis perlu menyiapkan grafik buku teks pada bulan ini juga untuk dibengkelkan pada bulan hadapan. Apabila sibuk, idea untuk menulis blog pun tiada.
Antara menu yang disediakan.
Entah kenapa secara tiba-tiba penulis rindukan makanan Korea. Tidak sangka pula kawasan Ampang ini ada ramai orang korea dan sudah pasti banyak restoran Korea di sekitar Ampang ini. Tetapi yang penulis tahu, hanya restoran Korea di dalam bangunan Ampang Point sahaja yang ditanggung halal.
Menu yang penulis order hari ini.
Rule of Thumb jika anda hendak makan makanan Korea di Malaysia kenalah beli di restoran yang berada dalam shopping kompleks kerana apabila mereka berniaga di dalam shopping kompleks, mereka terpaksa melalui saringan untuk mendapatkan sijil halal.
Kimchi yang nampak menyelerakan.
Awas! jangan anda sesekali makan di restoran luar kerana makanan Korea juga ada menggunakan daging babi dan wine. In fact, daging babi itu menyelerakan mereka. Mereka juga serve alkhohol atau minuman tidak halal di restoran mereka.
Minuman percuna, Teh Jagung.
Harga makanan di restoran ini dikira murah juga. Contohnya menu yang penulis order ini cuma berharga RM15 satu serving dan rasanya lazat sekali sama seperti penulis makan di Seoul dan Incheon tempohari. (memang ye.... lagi murah kalau kita buat sendiri)
Habis, licin kecuali Kimchi hehehe....
Spicy Beef Soup nya datang sekali dengan nasi, kimchi kobis dan sayur kukus dengan harga cuma RM15 sahaja. Portion nya banyak. Manakala supnya pula memang ...sedappppp sekali. Sayurnya juga segar dan manis. Tetapi, malangnya penulis tidak dapat menghabiskan Kimchi kerana Kimchi bukannya selera penulis... penulis cuba makan juga tetapi tidak boleh telan...huhuhu....
Inilah Restorannya.
Foto di atas adalah Restoran Gomonae yang terletak ditingkat 1, lot F32, Ampang Point. Restoran ini agak tersorok. Tetapi tanya saja di mana restoran korea pada pekedai di situ.