Jumaat, 27 September 2013

Kolam Air Panas Batu 16, Hulu Langat

Di Dusun Tua,Hulu Langat, penulis singgah sebentar di Kolam Air Panas Batu 16. Tujuannya untuk melihat perkembangan sekitar kolam ini. Pada asalnya, kewujudan kolam ini tidak disedari ramai kerana terlindung oleh surau dan bangunan sekolah agama. Kewujudannya disedari setelah adanya promosi di media-media massa dan laman sesawang/blog di internet.
Kolam Air Panas terletak di belakang surau ini.
Papan tanda Kolam Air Panas di pintu masuk.
Kolam air panas di dusun tua batu 16 adalah merupakan kolam air panas yang terhasil dari tindakbalas sulfur dalam tanah. Seperti mana-mana sumber air panas yang lain, ia memberi manfaat yang besar bagi sesetengah individu. Terletak di lokasi yang strategik (walaupun tanah persendirian), ia telah diwakafkan untuk kegunaan orang ramai.
Pintu masuk ke Kolam Air Panas.
Kolam Air Panas.
Sesiapa sahaja dibenarkan mandi menggunakan air di kolam ini dengan peraturan-peraturan yang mudah. Oleh kerana ia bukanlah kolam mandi, tidak ada sesiapa dibenarkan untuk masuk berendam di dalam kolam. Cuma guna gayung dan baldi. Walaupun begitu, memang sangat berbaloi untuk mandi. Keadaan persekitaran dijaga rapi.
Tempat salin pakaian dan tandas.
Lanskap Kolam Air panas.
Terdapat lebih kurang 10 buah pondok wakaf kecil yang dibina bagi memudahkan pengunjung untuk meletakkan barangan. Bilik persalinan yang seadanya memudahkan lagi sesi persalinan. Kawasan mandi telah diasingkan antara lelaki dan perempuan. Walaupun begitu, sumber air masih dari kolam yang sama. Kawasan ini dibuka setiap hari bermula jam 7.30 pagi hingga 7.30 malam.
REndam kaki dengan air dari kolam air panas.
Sila patuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
InsyaAllah, penulis akan ke sini lagi untuk menyegarkan dan merawat penyakit kulit dan alhamdulillah, kesihatan penulis semakin baik. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Tetapi anda digalakkan untuk menderma.Hasil kutipan derma ini adalah untuk membiayai penjagaan dan penyenggaraan untuk kolam air panas ini. Sesiapa yang berminat untuk menyihatkan badan, bolehlah ke kolam air panas ini.

Khamis, 26 September 2013

Kolam Air Panas Sungai Serai

Dari kolam air panas Dusun Tua beralih ke kolam Air Panas Sungai Serai pula. Terletak di Kampung Sungai Serai, Mukim Hulu Langat. Di sini terdapat banyak kolam air panas memandang struktur tanah banyak mempunyai belerang. Ramai pengunjung luar yang datang ke kolam ini.
Signboard ke Kolam Air Panas Sungai Serai.
Pintu masuk ke Kolam Air Panas Sungai Serai.
Kolam air panas ini tidak berapa jauh dari Kuala Lumpur. Jika naik kereta, anda akan sampai ke sana lebih kurang 30 minit dari ibu negara ini. Kolam ini terletak di Batu 11, Hulu Langat berhampiran dengan masjid yang bernama Masjid Ehsan disebelah kanan anda. Kalau anda tidak jumpa masjid itu, rajin-rajin lah keluar dari kereta dan bertanya dekat orang kampung.
Kolam Air Panas Sungai Serai.
Kolam Air Panas Sungai Serai.
Jika anda hendak pergi ke kolam air panas ini, jangan bawa kenderaan laju-laju. Takut nanti terlepas pula. Kolam ini hanya dibuka dari pukul 8 pagi hingga pukul 10 malam sahaja. Jika anda hendak berendam dalam kolam air panas ini seperti dalam cerita korea atau jepun, anda dicadangkan pergi pada sebelah malam sebab jika berendam waktu siang takut badan anda akan melecur pula. Kawasan untuk berendam ada disediakan iaitu di Sungai Serai, dekat-dekat situ juga.
Mandi di Kolam Air Panas Sungai Serai.
RM1.00 dikenakan untuk mandi dan meletak kereta.
Disini penulis hendak beritahu kelebihan dan kekurangan yang ada di kolam air panas ini. Jika anda hendak ke sini, bayaran masuk dikenakan hanya RM1.00 dan bayaran tempat meletak kereta juga RM1.00. Anda kena berhati-hati kerana di sini agak gelap tidak banyak lampu, tempat hendak tukar baju pun tiada. Jadi seperti yang kami katakan pada permulaan ‘entry’ ini, sila layan diri anda masing-masing. Kalau nak berkelah dekat sini boleh, dipersilakan tetapi jagalah kebersihan tempat ini. Itu sahaja.

Selasa, 24 September 2013

Rendam Kaki di Kolam Air Panas

Satu lagi tempat menarik di Ulu Langat ialah kolam air panas. Penulis berpeluang pergi ke kolam air panas tersebut baru-baru ini dan sempat mencelupkan kaki ke dalam air panas tersebut. Kelihatan airnya berasap sedikit menunjukkan yang airnya memang panas.
Pemandangan kolam air panas dari jalan besar.
Kolam air panas ini terletak berhadapan dengan IKBN Dusun Tua. Kawasan yang agak terhad dengan terdapat cuma satu kolam air panas yang agak kecil. Kolam ini tidak memungkinkan sesiapa pun mandi kerana tempat yang terbuka dan terletak bersebelahan jalan utama. Malahan, kolam ini mempunyai tahap kepanasan air yang lebih tinggi. Pengunjung cuma dapat mencelup tangan dan merendam kaki ke dalam kolam. Amat sesuai untuk destinasi persinggahan jika pergi berkelah di Hulu Langat ini.
Akupun merendamkan kaki di sini.
Lokasi betul-betul berhadapan dengan IKBN Dusun Tua. Kedudukan kolam terletak di antara sungai dan jalan utama. Jika tidak diperhatikan betul-betul, memang akan terlepas pandang kerana terlindung oleh gerai-gerai di tepi jalan tersebut.
Masing-masing merendamkan kaki.
Air panasnya mempunyai banyak kelebihan dari aspek kesihatan. Ia dapat mengurangkan kesan penyakit kronik seperti penyakit kulit, lelah, lemah jantung, kencing manis dan darah tinggi. Kaedah rawatan yang biasa dilakukan jika anda di kolam air panas ini ialah merendam kaki ke dalam kolam.
Santai sambil merendamkan kaki.
Sedikit fakta mengenai Kolam air panas ini ialah, air hangat yang mengalir mengandungi kimia Sulfur atau lebih dikenali dengan nama belerang dengan kehangatannya mencecah 49 Darjah celcius. Bagi mereka yang ingin beriadah, berhampiran dengan kolam ini juga terdapat alur sungai dengan air yang jernih yang mana sesuai untuk bermandi manda iaitu di Sungai Congkak dan Sungai Gabai.
Semakin petang, semakin ramai. Maaf, semua gambar foto kurang menarik kerana dirakam melalui kamera handpone sahaja.
TInsyaAllah, penulis akan ke sini lagi untuk menyegarkan dan merawat penyakit kulit dan alhamdulillah, kesihatan penulis semakin baik. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Sesiapa yang berminat untuk menyihatkan badan, bolehlah ke kolam air panas ini...

Sabtu, 21 September 2013

Berhari Raya Rumah Cikgu

Selesai melawat ladang cili saudara Nizam di Pengkalan Balak, kami meneruskan perjalanan ke Merlimau. Di Merlimau kami bercadang melawat dan berhari raya di rumah cikgu Tuah. Kelakar, dah nak habis bulan Syawal baru nak beraya ke rumah cikgu. Cikgu Tuah merupakan guru kelas kami semasa di tingkatan 4&5 di SMV Kelang dahulu. Ini kali kedua kami melawat cikgu Tuah, kali pertama tiga tahun yang lalu.
Cikgu sangat gembira dengan kedatangan kami.
Ketika sampai, cikgu tiada di rumah, cikgu masih dalam perjalanan pulang dari majlis kenduri kahwin. Sementara menanti cikgu tiba, kami melepak dan berbual di halaman rumah cikgu sambil bermain/bersembang melalui chat whatsApp bersama groups jejak 85-86 iaitu groups rakan-rakan sekolah SMV kelang dahulu.
Berborak sambil menikmati mee rebus.
Hampir setengah jam menunggu, akhirnya cikgupun tiba. Cikgu sangat gembira dengan kedatangan kami, maklumlah kami adalah diantara murid-murid pertama yang beliau ajar. Ibaratkan kami adalah anak murid yang sulung beliaulah.
Cikgu memetik buah rambutan untuk kami.
Setelah bersalaman dan berpelukan. kami dipelawa masuk ke rumah. Kami berborak tentang pengalaman pahit manis semasa di zaman persekolahan dahulu. Sungguh noltalgia. Sambil berborak, kami menikmati hidangan istimewa mee rebus yang sungguh enak. Kami bercadang-cadang hendak pulang awal iaitu sebelum waktu Maghrib tiba. Tetapi, kami tidak benarkan pulang awal. Cikgu sudah berhajat hendak belanja kami makan ikan bakar di Umbai, Melaka.
Memungut sambit menikmati buah rambutan yang manis.
Sementara menunggu waktu Magrib tiba, cikgu mengajak kami ke halaman rumahnya. Cikgu menunjukkan pokok rambutan yang berbuah lebat. Kamipun memetik buah rambutan untuk kami dibawa pulang ke Kualan Lumpur. Menurut cikgu, buah rambutan ini sungguh banyak dan tiada siapa yang hendak memakannya. Kebanyakkan buahnya masak ranum di pokok sahaja. Disebabkan itu warna rambutan ini menjadi berwarna oren. Sesungguhnya buah rambutan cikgu ini sangat manis dan berisi tebal.
Cikgu belanja kami makan di Umbai.
Setelah selesai sembahyang berjemaah Magrib bersama. Cikgu mengajak kami menikmati ikan bakar. Cikgu membawa kami makan ke restoran Parameswara di Umbai. Restoran yang paling hujung sekali. Tempat makan yang cukup popular bukan sahaja bagi warga tempatan bumi Hang Tuah ini.. tapi turut di banjiri warga kota yang turun dari Kuala Lumpur, Johor dan Singapura. Sementara menanti makanan tiba, kami berborak panjang. Sebelum ini cikgu banyak membicarakan pengalaman hidupnya, tetapi kali ini cikgu lebih banyak berbicara tetang bab bab agama. Alhamdulillah banyak ilmu yang kami terima kali ini. 
Terima kasih cikgu kerana belanja kami makan.
Setelah selesai makan dan perutpun sudah kenyang kamipun memohon minta diri untuk pulang ke Kuala Lumpur. Terima kasih daun keladi kepada cikgu kerana belanaja kami makan.....

Sabtu, 14 September 2013

Hobi Yang Menguntungkan

Minggu lepas, penulis dan rakan-rakan ke Melaka untuk berhari raya ke rumah cikgu penulis di Merlimau. Ketika dalam perjalanan ke Merlimau, kami singgah dahulu ke rumah seorang rakan sekolah di Pengkalan Balak. Rakan kami ketika sama-sama meuntut ilmu di SMV Kelang dahulu. Rakan kami ini seorang penyarah yang mempunyai hobi yang sangat menguntungkan iaitu menanam pokok cili
Kami baru sampai di rumah saudara Nizam.
Berbudi kepada tanah, pasti mendapat hasilnya dan ia dibuktikan oleh rakan sekolah penulis iaitu saudara Muhammat Nizam Samsul Bahari. Walaupun berjawatan sebagai penyarah dengan gaji yang agak lumayan, dia tidak kekok menjadi petani moden.
Pokok cili di sebelah rumah saudara Nizam.
Kami berempat sempat melawat ladang cili saudara Nizam di sebelahan rumahnya dan satu lagi ladang cili yang disewa di belakang rumah jirannya. Saudara Nizam kini pantang melihat tanah-tanah terbiar. Jika beliau dapati ada tanah yang terbiar di sekitar Pangkalan Balak, pasti ia akan menghubungi tuan tanah tersebut untuk menyewa dan dijadikan ladang sayur-sayuran.
Saudara Nizam disamping pokok cilinya.
Tanpa sebarang pengalaman, rakan penulis ini memberanikan diri mengusahakan projek tanaman cili padi secara ladang di Pengkalan Balak, Melaka. Dengan bantuan tenaga kerja anak-anak jiran, dia boleh berbangga mengeluarkan cili padi segar untuk pasaran di sekitar negei Melaka.
Pokok Cili.
Walaupun bertugas sebagai penyarah, dia masih mampu memantau tanaman cilinya. Dia tidak menggunakan kedah penanaman cili padi segar secara fertigasi atau sistem sembur ‘sprinkler’, sebaliknya kaedah ‘drip tape’ iaitu pengairan titis. “Sistem pengairan renjis atau ‘sprinkler’ tidak praktikal kerana semburan tidak tepat kepada tanaman. Menurut Nizam, penggunaan sistem pengairan titis dipraktikkan di ladang lebih menjimatkan malah terus meresap ke akar. 
Seorang rakan juga berminat menanm pokok cili.
Menurut saudara Nizam lagi, penanaman cili padi ini agak memenatkan kerana kaedah mengutip hasil dilakukan secara manual. Bagi penghasilan sekilogram cili padi, kami perlu memetik 600 biji. Cili padi ini boleh hidup sehingga lapan bulan dan hasilnya lebih lumayan. Pokok ini akan disemai dalam rumah khas selama sebulan dan selepas tiga bulan, ia mengeluarkan hasil. 
Kami dapat cili percuma seorang sekilo.
Penulis sangat kagum dengan dengan hobi dan usaha rakan sekolah penulis ini. Pada pandangan penulis untuk menjadi peladang yang maju dan berjaya, kita mestilah bersedia bersaing dan meningkatkan ilmu pengetahun serta kemahiran. Sekadar minat tetapi tidak berilmu pengatahuan, anda tidak akan menjadi peladang yang berjaya.
Cili yang segar.
Menurut saudara Nizam, dia kini mencuba menanam sayur-sayuran seperti mentimun dan kangkung. Pertanian seperti menanam sayur-sayuran adalah satu perniagaan kata beliau. Beliau juga bercadang menanam pokok Gaharu juga. Beliau kini sudah mempunyai 3 ladang cili di sekitar Pengkalan Balak dan sedang berusaha mencari tanah-tanah terbiar untuk dijadikan ladang.
Seorang peladang cili yang berjaya,
Penulis mengucapkan tahniah kepada saudara Nizam ini kerana telah menceburkan diri dalam bidang yang sungguh lestari ini. Selain menghijaukan muka bumi ini, dia juga telah sedikit sebanyak telah menyumbang kepada pendapatan negara dalam bidang pertanian.

Jumaat, 13 September 2013

Berkongzi Rezeki

Semenjak penulis bertugas di Ulu Kelang, hampir setiap pagi, penulis akan terlihat beberapa ekor kucing sedang menikmati makanan. Penulispun hairan siapa pula insan yang pemurah memberi makanan kepada kucing-kucing liar ini. Hampir setiap hari kucing-kucing ini akan menikmati makanan seperti air minuman, friskies dengan diselang seli dengan makanan ikan dalan tin.
Makanan Kucing.
Kelmarin, ketika penulis sedang menuju ke pejabat, penulis ternampak kelibat seseorang sedang memberi makanan kepada kucing-kucing ini. Apabila diamati betul-betul, rupa-rupanya kakak operator yang memberi kucing-kucing ini makanan. Alhamdulillah kakak ini berkongsi rezeki memberi sedekah makanan kepada kucing-kucing liar yang berkeliaran di sekitar pejabat penulis. Rasanya, bukan semua orang yang mampu berbuat demikian. Patutlah kucing-kucing di sini comel, cergas dan sihat semuanya. Rupa-rupanya ada insan yang berhati mulia yang sedekah makanan yang berzat pada kucing-kucing ini. Malangnya penulis tidak sempat rakamkan aksi kakak tersebut memberi kucing makanan.
Kucing-kucing ini sedang menunggu makanan.
Bersedekah sangatlah digalakkan dalam Islam. Amalan tolong-menolong dan bantu membantu orang yang kesusahan seharusnya jadi amalan. Tidak semestinya kepada manusia, haiwan juga patut dibantu. Amalan memberi kucing makan sebenarnya dari pengalaman-pengalaman rakan-rakan akan memurahkan rezeki si pemberi dan akan memupuk perasaan kasih sayang dan belas terhadap manusia dan haiwan. 

Kita perlu berbuat baik pada semua makhluk Allah biarpun anjing. Lagipun kucing ini haiwan kesayangan Nabi Muhammad. Bila kita berbuat baik mana tahu Allah beri kita rezeki yang tidak kita sangka-sangkakan. Insyallah, tetapi janganlah kita harapkan sangat kerana pertolongan yang ikhlas adalah yang terbaik.
Kucing di sini kelihatan comel, cergas dan sihat.
Seperti cerita yang pernah penulis dengar dulu iaitu cerita seorang pelacur memberi minum dengan ikhlas kepada anjing yang kehausan. kalau pelacur ini tidak memberi anjing ini minum pasti anjing ini mati. Allah melihat keikhlasan pelacur ini, maka setelah pelacur ini meninggal, balasan syurga Allah kurniakan kepada pelacur yang ikhlas ini. Jadi walau apapun pekerjaan yang kita buat hendaklah ianya ikhlas. Janganlah harapkan apa-apa balasan. Insyallah Allah akan melihat keikhlasan kita.

Rabu, 11 September 2013

Kali Pertama Berbekam

Sudah lama penulis tidak update entry di blog ini. Sebenarnya kesihatan penulis agak terganggu sejak  kebelakangan ini. Apabila kesihatan terganggu, penulis tiada mood hendak menulis blog. Sekarang, kesihatan penulis sudah okey sedikit. Walaupun kesihatan penulis belum pulih 100%, insyAllah ... pada entry yang akan datang, penulis akan cuba menulis pengalaman ketika penulis sedang sakit. Ada pengalaman yang menarik yang akan penulis akan cuba kongsikan
Bekam Al Yakin.
Kelmarin, penulis telah memberanikan diri untuk menjalani proses BEKAM. Pada masa itu penyakit letih, lenguh dan lesu seluruh badan menyerang hampir setiap hari selama sebulan berturut-turut. Setelah sekian lama ingin mencuba, akhirnya penulis telah menjalani proses tersebut. 

Puas penulis melayari blog-blog orang dan juga meng’google’, penulis terjumpa cara alternatif berubat lengoh-lengoh seluruh badan iaitu berbekam. Selain itu juga, berbekam juga boleh merawat penyakit diabetis penulis. Semakin banyak penulis membaca, semakin tinggi keinginan hendak mencuba berbekam ini. Antara sebab yang utama penulis hendak mencuba kerana ianya adalah Sunnah Rasullah S.A.W. Apabila kita berbekam, kita akan dapat pahala sunnah.

Ada banyak pusat khidmat bekam di Lembah Klang ini. Penulis memilih untuk berbekam di Ulu Kelang kerana menyedari ada sebuah pusat bekam yang telah wujud disitu lebih dua dekad yang lalu. Pusat Bekam AL-YAKIN ini dimiliki oleh Haji Ibrahim bin Haji Mokhsen dan keluarga.
Kali pertama penulis berbekam.
Pada mulanya, pembekam akan menyedut menggunakan ‘cup’ itu. First time kena, memang terasa sedikit janggal. Tidaklah terasa sakit sangat. Selepas disedut, pembekam akan membuka cup tersebut untuk menoreh kulit supaya darah dapat dikeluarkan. Pada masa itu penulis akan terasa sedikit pedih. Selepas itu, pembekam akan sedut semula menggunakan ‘cup’ itu. 

Pada masa ini darah kotor akan disedut dan berkumpul di dalam ‘cup’ itu. Anggota badan penulis yang kena sedut darah adalah, 1 cup’(kepala), 2 cup’(bahu) dan 2 cup’(pinggang). Di bahagian kepala, penulis dapat lihat, banyak darah yang dikeluarkan. pembekam itu kata, “ada banyak darah kotor”

Sakitnya bekam ini cuma pada luka untuk keluarkan darah kotor itu sahaja. Ada yang menggunakan jarum dan ada juga yang menggunakan pisau cukur gillette. Jangan cuma tengok samada jarum atau pisau gillette yang pembekam gunakan, nanti takut pula kita hendak berbekam. Insyallah, akan diulang lagi berbekam sehingga penulis puas hati... 

Pada mereka yang ingin mencuba menjalani proses BERBEKAM ini, bolehlah mencuba di pusat Al-Yakin tadi (hubungi Haji Ibrahim 013 375 8087 Taman Ukay Bistari atau mana-mana pusat bekam yang halal, bersih dan tidak menyakitkan (moden).