Jumaat, 28 Januari 2011

BADMINTON TERBUKA MALAYSIAN 2011

Hari Sabtu dan Ahad yang lalu merupakan hari yang terindah dan terbaik kerana penulis dan rakan-rakan kelab ke Stadium Putra untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir dan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2011. Kami sangat gembirat kerana dapat bertemu dengan pemain pemain yang bertaraf antarabangsa. Bukan mudah hendak menyaksikan mereka beraksi di hadapan mata kita sendiri. Hanya setahun sekali sahaja mereka dapat beraksi di kejohanan Super Series seperti ini di Malaysia. Pada keseluruhannya kami dapat menyaksikan hampir 15 perlawanan badminton di peringkat separuh akhir dan akhir.

Gelanggang di perlawanan separuh akhir.

Penulis sempat bergambar kenangan dengan billboard Lee Chong Wei dan Chin Jin.

Kami tiba di stadium lebih kurang pada jam 2 petang. Perlawanan badminton dijalankan secara serantak memandangkan terdapat dua gelanggang pada perelawanan separuh akhir dan satu gelanggang pada perlawanan akhir. Semua ini disediakan bagi memudahkan perlawanan dijalankan dan diselesaikan dengan segera. Pada awalnya, perlawanan agak kurang menarik minat disebabkan bukan pemain negara yang beraksi.

Penulis sebelum memasuki stadium.

Kawan penulis, Ayu dari Singapura yang begitu fanatik dengan badminton Malaysia.

Niat di hati hendak menyaksikan pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei beraksi pada jam 6 petang, akhir telah BERJAYA!. Kepenatan setelah menunggu hampir 4 jam akhirnya terbalas apabila Lee Chong Wei mula berjalan keluar ke arah gelanggang satu. Tidak sabar menanti untuk menyaksikan Lee Chong Wei beraksi. Pada mulanya Lee Chong Wei keluar tanpa jurulatihnya Misbun sidek seperti ramai yang sedia maklum akan keadaan yang terjadi.

Penulis dan Presiden kelab, Lee Hui Seng.

Penulis ketika menanti kemunculan Lee Chong Wei.

Namun selang beberapa minit, penonton mula bersorak tanpa sebab. Rupa rupanya kelibat Misbun Sidek berjalan ke arah gelanggang 1 yang menyebabkan suasana stadium menjadi gamat dengan sorakan daripada penonton. Terasa kelainannya apabila berada di stadium tersebut. Tidak dapat digambarkan perasaan waktu itu. Kehadiran Misbun menaikkan semangatnya untuk beraksi dengan bersungguh sungguh.

Perlawanan akhir antara Lee Chong Wei dan Taufik Hidayat.

Penulis dan rakan-rakan begitu gembira apabila Lee Chong Wei menjuarai kejohan super series kali ini.

Apa yang mengecewakan setelah menunggu hampir 4 jam, Lee Chong Wei hanya memerlukan tidak setengah jam sahaja masa untuk menewaskan pihak lawan dari China di separuh akhir dan Indonesia di perlawanan akhir. Tidak boleh disangkal lagi kehebatan Lee Chong Wei. Tidak hairanlah dia mampu menewaskan pihak lawan dalam masa yang singkat.

Setelah itu kami pulang dengan penuh kegembiraan dan semangat kesukanan.

Khamis, 27 Januari 2011

Restoran Mamak

Restoran mamak memang menjadi pilihan utama kebanyakan masyarakat kita. Tidak kiralah masyarakat Melayu, Cina dan India. Masyarakat Malaysia lebih sukakan restoran mamak dan lebih suka memilih restoran ini berbanding restoran kaum sendiri. Di kawasan perumahan penulispun sudah ada enam buah restoran mamak yang sentiasa penuh dengan pelanggan.

Mengapa perkara ini berlaku? Sedangkan kita sering tendengar perkara buruk yang tidak sepatutnya berlaku di restoran mamak. Ada yang mendakwa, restoran mamak bukan Islam menyamar sebagai muslim dan terdapat benda pelik di dalam masakan mereka. Bahan pelik ini, kononnya menjadi azimat untuk menarik ramai pelanggan. Penulis sendiripun tidak pasti kebenarannya. Penulis hanya berminat membincangkan isu mengenai kualiti yang ada di restoran ini yang menyebabkan restoran mereka menjadi pilihan orang ramai.

Restoran ini agak popular di tempat penulis.

Boleh dikatakan setiap restoran mamak mempunyai ramai pekerja yang begitu efisyen. Dengan berpakaian seragam, mereka menunggu pelangan datang ke restoran mereka. Jika ada pinggan atau gelas terbiar di atas mana-mana meja, mereka terus mengangkat walaupun meja itu diuruskan oleh pekerja lain. Jika kita memanggil mereka ketika dalam perjalanan masuk ke restoran, pastinya mereka terus datang kepada anda dan meminta menunggu sebentar atau memanggil pekerja lain untuk melayan anda. Pendek kata mereka sentiasa sedia untuk berkhidmat!

Bermacam-macam menu di restoran ini.

Apabila anda ke restoran mamak, pekerja mereka segera mendekati anda untuk mengambil pesanan. Kadangkala selepas pekerja lain mengambil pesanan, pekerja lain pula akan datang bertanya kerana melihatkan tiada siapa di meja itu untuk melayan anda. Walaupun ada dikalangan mereka tidak fasih berbahasa melayu tetapi mereka masih lagi cuba menyebutkan barisan menu makanan yang ada untuk memberi cadangan menu yang terbaik kepada anda. Sekiranya anda pelanggan tetap di restoran itu, pastinya mereka akan beramah mesra dengan anda sebelum mengambil pesanan. Sungguh mengkagumkan apabila melihat bagaimana mereka boleh menghafal pesanan tanpa menulis. Tetapi, ada juga dikalangan mereka yang terlupa menu yang dipesan itu. Selepas makanan dihantar, dan sekiranya ada lagi permintaan, pasti mereka akan melayan anda. Sama ada masakan itu terlebih masin atau tidak seperti yang diminta.

Restoran ini baru beberapa bulan sahaja di buka.

Customer always right, itulah yang biasanya berlaku di restoran mamak. Jika anda ingin memarahi mereka kerana lewat, silakan. Mereka hanya menggelengkan kepala dan menuju ke dapur sebagai tanda bahawa mereka akan berusaha mempercepatkan masakan. Walaupun kedai sesak dengan pelanggan sudah cukup menjadi alasan kukuh untuk tidak dimarahi, tetapi mereka tetap menelan apa sahaja kemarahan pelanggan mereka. Tidak seperti sesetengah restoran kaum kita. Ternyata mereka dari golongan yang mempunyai kekebalan hati yang cukup kuat.

Apabila malam minggu, restoran ini sentiasa dipenuhi pelanggan.

Daripada Eastern ke Western, roti, nasi, mee dan sebagainya, macam-macam ada di restoran mamak. Kadangkala dalam satu keluarga ada banyak jenis selera. Jika anda ke restoran lain, mungkin hanya selera Eastern saja yang ada. Inilah yang membuatkan mengapa orang lebih suka ke pasaraya besar berbanding kedai runcit kecil. Kerana apabila mereka ke pasaraya, semua barang yang mereka inginkan ada di sana. Mereka tak perlu ke beberapa kedai berasingan untuk mendapatkan kesemuanya.

Restoran ini di buka 24 jam.

Boleh dikatakan kebanyakan kedai mamak yang besar sudahpun menjalankan perniagaan mereka 24 jam. Perkara ini amat melegakan kebanyakan pelanggan. Waktu dan selera makan manusia ini pelbagai. Jika kita teringin untuk makan roti canai di tengah malam, di mana kita akan pergi jika tidak ke kedai mamak? Sehingga kita teringin makan nasi berlauk pun, kedai mamaklah tempatnya.

Restoran ini sekarang telah menjadi tumpuan pelanggan. Sentiasa dipenuhi pelanggan.

Jarang kelihatan mana-mana restoran yang terpaksa meletakkan kerusi dan meja tambahan di tempat meletak kereta, melainkan restoran mamak. Apabila anda datang, anda mempunyai 10 ke 20 tempat untuk dipilih untuk seisi keluarga. Sekiranya anda sekeluarga sedang berdiri untuk mencari tempat, pasti mereka akan segera datang dan membantu anda. Jika masih tiada tempat, mereka sudah bersedia dengan meja dan kerusi tambahan. Kadang kala penulis juga terasa bengang dengan sesetengah restoran lain yang sangat lemah dalam hal ini. Sudahlah penat menunggu akhirnya kita membuat keputusan untuk ke restoran lain, kerana rasa tidak dihargai.

Restoran ini kelihatan bersih, tenang dan lengkapi dengan internet (wifi).

Penulis bukanlah peminat TV dan bukannya hendak promote TV. Tetapi itulah hakikatnya antara sebab mengapa ramai orang datang ke kedai mamak. Semakin lama, semakin banyak kedai-kedai lain juga memasang TV besar. Mungkin mereka mula menyedari perkara ini yang menarik ramai pelanggan ke restoran mamak.

Restoran ini memasang skrin besar di tempat letak kereta di hadapan restorannya.

Demikianlah beberapa sebab mengapa ramai orang memilih untuk menjamu selera di restoran mamak. Apa pun sebabnya ingin penulis berkongsi sedikit perkara dalam hal makan di luar. Hakikatnya makan di luar ini, tidak kiralah restoran mamak atau restoran lain, bukanlah sesuatu yang bagus sangat. Lebih elok sebenarnya jika kita makan di rumah bersama keluarga.

Bahkan makan di luar ini juga sebenarnya mengurangkan taqwa. Seorang suami juga tidak boleh sewenang-wenangnya makan di luar sedangkan isterinya sudah masak makanan di rumah. Dari segi harga pun, boleh dikatakan harga makanan di kedai-kedai seperti ini amat tinggi. Lebih jimat sekiranya kita makan di rumah bersama anak dan isteri.

Kita tidak tahu sebenarnya apa bahan yang digunakan oleh mereka di dalam masakan mereka sebenarnya. Dari segi khasiat, kebersihan, kesucian dan kehalalannya. Pastinya akan ada perasaan yang berbeza sekiranya orang itu sering makan di rumah berbanding dengan orang yang sering makan di luar.

Isnin, 17 Januari 2011

Renungan yang Memanjangkan Usia Lelaki?

Renungan payu dara wanita selama 10 minit mampu memanjangkan usia lelaki sehingga enam tahun.

Ini bukan sekadar jenaka berbaur seks tetapi merupakan hasil penemuan sekumpulan penyelidik selepas lima tahun menjalankan penyelidikan ke atas 200 orang lelaki tulen di Eropah.

Kajian yang diketuai oleh seorang penyelidik wanita iaitu, Dr. Karen Weatherby yang dimuatkan dalam jurnal perubatan New England of Medicine mengatakan renungan selama 10 minit sehari itu bersamaan dengan 30 minit bersenam di gimnasium.

Keratan akhbar harian yang memuatkan berita kajian yang menarik ini.

Penulis siarkan berita penemuan ini bukan untuk menggalakkan anda merenung payu dara gadis-gadis di tempat kerja atau di sekeliling anda. Sila pandang payu dara isteri sendiri.

Bagi yang belum berkahwin, banyak lagi aktiviti fizikal yang dapat meningkatkan taraf kesihatan anda. Lupakan dahulu kajian dan penemuan ini!

Jumaat, 14 Januari 2011

INTERLOK

Isu Interlok yang mendapat bantahan segelintir pihak kononya bersifat perkauman wajar ditangani secara bijaksana.

Realitinya, novel Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu memaparkan keadaan sebenarnya pada tahun awal pembentukan Malaysia wajar dibahas secara akademik.

Isu ini tidak wajar dipolitikkan untuk mendapat keuntungan politik. Tindakan membakar novel ini yang turut disertai beberapa Ahli Parlimen amat dikesali. Adakah ini cerminan Yang Berhormat yang mewakili rakyat. Isu ini boleh diselesaikan di meja rundingan, bukan dijalanan.

Khamis, 13 Januari 2011

Konsert Justin Bieber di KL

Tentunya peminat penyanyi remaja Justin Bieber kini tentunya tidak sabar-sabar hendak melihat aksi artis kesukaan mereka apabila anak muda yang baru saja berusia 16 tahun itu akan mengadakan konsert sulungnya di negara ini pada 21 April nanti, di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.

Menurut ruangan hiburan di Berita Harian kelmarin, konsert penyanyi dari Ontario, Kanada itu dibawakan ke negara ini oleh TuneTalk dan Fat Boy Records. Tiketnya pun sudah mula dijual, dengan harga RM98, RM188, RM288, RM358 dan RM498.

Setelah terbaca berita ini di ruang hiburan Berita Harian semalam, anak dara penulis cuba membodek penulis supaya membeli tiket dan mengajak kami sekeluarga menyaksikan konsert artis kegemaranya itu. Penulis dan isteri hanya mendiamkan diri sahaja, bukan tidak setuju dengan harga tiketnya tetapi artis ini bukannya citarasa kami. Terlalu muda sangat! Budak-budak sekolah tu lainlah ceritanya.

Menurut sumber berita tersebut, Justin Bieber yang dikesan bakatnya menerusi laman YouTube memanglah nama cukup popular sekarang ini. Sebut saja namanya, tentu remaja di seluruh dunia mengenalinya. Pendek kata, tak sah kalau peminat muzik tidak mengenali siapa Bieber... Sampai macam tu sekali.

Album pertama penyanyi ini diterbitkan pada November 2009, manakala bahagian kedua album terbabit dikeluarkan kira-kira empat bulan kemudian.

Daripada album terbabit, Bieber menguasai carta muzik dunia dengan beberapa lagu termasuk Baby, One Time, Somebody to Love, One Less Lonely Girl, Love Me, Never Let You Go dan Favourite Girl.

Penyanyi yang dilahirkan pada 1 Mac 1994 ini juga dicalonkan Artis Baru Terbaik dan Album Vokal Pop Terbaik untuk album My World 2.0 pada Anugerah Grammy ke-53 yang bakal berlangsung pada 13 Februari ini.

Isnin, 3 Januari 2011

Suasana di Stadium Bukit Jalil

Apabila bengkel buku teks tamat pada jam 4.30 petang, penulis terus sahaja ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki-AFF 2010, di antara Malaysia dan Indonesia.

Jam 5 petang, penyokong Indonesia semakin ramai datang.

Ketika penulis sampai, suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini sudah gamat dengan sorakan serta tiupan “Vuvuzela” dan pukulan gendang oleh penyokong-penyokong pasukan Malaysia dan Indonesia, yang beraksi dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki-AFF 2010, malam itu.

Suasama di luar stadium jam 5.30 petang.

Apabila penulis memasuki stadium pada jam 6 petang, bahang kehangatannya semakin terasa kerana kira-kira 30,000 penyokong kedua-dua pasukan telah mengisi tempat duduk Stadium Nasional yang mula dibuka seawal pukul 3 petang, dan perlawanan bermula pukul 8 malam.

Rakan-rakan penulis menunggu rakan-rakan mulai jam 6 petang.

Penulis, rakan-rakan dan penyokong Malaysia, rata-rata di kalangan kami mengenakan jersi pasukan kebangsaan “Harimau Malaya”, mengibarkan bendera Jalur Gemilang serta sepanduk yang tertera kata-kata perangsang untuk menaikkan semangat pasukan.

Pemandangan dari tingkat 3 stadium pada jam 6.30 petang.

Penulis dapati di kawasan luar stadium pula, suasana seolah-olah suatu karnival apabila para peniaga mengambil kesempatan mencari rezeki daripada kebanjiran peminat-peminat bola sepak di sini.

Pada jam 7.45 malam, stadium dipenuhi penyokong.

Apabila perlawanan dimulakan pada jam 8 malam, stadium telah dipenuhi dengan kedua-dua penyokong. Penulis sendiri hampir sesak nafas apabila berhimpit-himpit dengan orang ramai. Sudahlah berhimpit-himpit, hendak melihat perlawananpun agak susah kerana terlindung penonton yang berdiri di hadapan penulis. Penulis terpaksa menonton game di celah-celah mereka. Walaubagaimapun penulis berasa seronok berada live di stadium kerana merasai sendiri suasana meriah kejohanan Piala AFF Suzuki kali ini.

Hampir 90.000 penonton.

Perlawanan agak seimbang pada separuh masa pertama tetapi beberapa peluang Malaysia untuk mendahului tidak dapat disempurnakan. Masuk separuh masa kedua, Malaysia menggandakan asakan dan pada minit ke-50 pengadil terpaksa menangguhkan perlawanan hampir 10 minit berikutan tindakan penonton memancarkan cahaya leser ke arah pemain Indonesia.

Sudah lama stadium tidak penuhi seperti ini apabila pasukan Malaysia beraksi.

Apabila wisel penamat dibunyikan, keputusan muktamadnya adalah MALAYSIA 3-0 INDONESIA. Alhamdullilah.. tahniah buat pasukan Harimau Malaya Malaysia yang mendahului Garuda Indonesia dalam Perlawanan Akhir Pusingan Pertama Piala Suzuki AFF-2010 di Stadium Bukit Jalil.

Sabtu, 1 Januari 2011

Bengkel Buku 100%

Pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin yang lalu, penulis dan rakan-rakan telah menghadiri bengkel b. teks untuk 100% terakhir di hotel Residence Bangi. Alhamdulillah, tidak banyak pembetulan kali ini tetapi ada juga pemurnian untuk grafik, foto dan gambar rajahnya. Di bawah ini sertakan foto-foto yang sempat penulis rakamkan

PMS b. Teks yang akan dibengkelkan.

Suasana di bilik bengkel.

Designer buku KaiMal begitu serius sekali.

Ilustrator buku KaiMal.

Waktu rehat di lobi hotel.

Editor sedang sedang sibuk menyunting teks.

Makan malam.

Sungguh banyak dugaan pada masa bengkel ini berlangsung. Pada hari pertama sahaja, serentak dengan majlis perkahwinan anak saudara. Penulis terpaksa ke majlis perkahwinan ini kerana telahpun dilantik sebagai jurufoto secara rasmi.

Manakala pada malam berikutnya, berlangsung pula perlawanan akhir bolasepak Piala Suzuki pusingan pertama antara Malaysia dengan Indonesia di Stadium Bukit Jalil. Memandangkan kelab telah membelikan teket, penulis kena pergi juga ke perlawanan tersebut. Nasib baiklah pasukan bolasepak Malaysia menang besar pada perlawanan tersebut he... he...

Oleh itu, penulis terpaksa memohon jasa baik editor dan ahli panel untuk menghadiri kedua-dua majlis yang amat penting tersebut. Penulis mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka.