Jumaat, 30 Mei 2014

Pekena Mee Rebus Mamak Greenwoods

Minggu lepas, penulis ada urusan di Gombak. Entah kenapa secara tiba-tiba penulis teringatkan mee rebus mamak. Ada beberapa tempat yang menjual mee rebus yang sedap di kawasan ini. Antaranya ialah Gerai Sameem Mee Rebus yang terletak di Taman Greenwood ini.
Gerai Rojak Mamak Greenwood.
Oleh kerana penulis teringin sangat hendak makan mee rebus. penulispun ke Gerai Sameem di Taman Greenwood yang terletak bersebelah dengan tapak pasar malam hari Selasa dan berhampiran dengan perhentian bas di Taman Greenwood.
Gerai lori bergerak.
Mamak ini berniaga menggunakan gerai lori bergeraknya. Mee rebusnya menjadi tumpuan orang ramai kerana rasanya yang sedap. Mee rebus ini menjadi sedap kerana dilengkapi dengan ramuan seperti mee kuning, taugeh, telur rebus, bawang goreng dan cili hijau. Tetapi bahan utama yang menjadi tarikan orang ramai ialah kuahnya.
Mee Rebus Mamak.
Gerai ini yang dimiliki oleh keluarga mamak ini menyediakan menu mee rebus antara yang tersedap di Gombak ini. Selain mee rebus, gerai ini ada juga menyediakan rojak yang mana kesemuanya dimasak mengikut stail mamak asli.
Mee Rebus Mamak yang sedap.
Gerai ini hanya menyediakan makanan ala mamak sahaja. Tetapi, anda tidak perlu risau jika hendak makan masakkan melayu, kerana ada gerai lain yang menjual nasi campur dan nasi ayam dara berempah dibersebelahan gerai mamak ini. Aroma ayam gorengnya sahaja sudah menyelerakan tetapi penulis terpaksa menahan nafsu kerana sudah kenyang dengan mee rebus mamak ini.
Ada gerai awekz yang menjual nasi campur disebelah gerai mamak ini.
Jika sesiapa yang hendak membeli belah dan ada urusan di Taman Greenwoodi jangan lupa singgahlah ke Gerai Mee Rebus Sameem ini. Penulis percaya, anda tidak akan menyesal.

Khamis, 29 Mei 2014

Subhanallah, Alhamdulillah Allahuakbar!

Mural DBP
Subhanallah Alhamdulillah Allahhuakbar 

Kau dengari rintihan kami 
Kau ketahui derita kami 
Kau makbulkan doa kami 
Hanya Kau yang Maha Mengetahui 

Berikanlah kekuatan kepada kami 
Bantulah kami memikul amanah ini 
Permudahkanlah urusan kami 
Hanya Kau yang Maha Memiliki 

Kembalikanlah semangat kami 
Kembalikan kegemilangan organisasi ini 
Kembalikanlah maruah DBP 
Hanya Kau yang Maha Mendengari

TKP DBP


Khamis, 22 Mei 2014

Godzilla

Hari minggu yang lalu, penulis menonton filem Godzilla di pawagam MBO Glaxy Ampang. Filem Godzilla ini merupakan salah satu filem yang penulis nanti-nantikan pada tahun ini. Seperti filem Godzilla yang terdahulu, filem bertajuk Godzilla ini memang jarang mengecewakan penonton. Penulis masih ingat perkataan yang popular dalam filem ini ialah “gojira”. Orang jepun memanggil Godzilla sebagai Gojira.
MBO Ampang.
Sinopsis Gozilla

Seekor raksasa Godzilla bersama 3 ekor raksasa Muto telah muncul setelah sekian lama bersembunyi untuk beberapa tahun. Salah seekor muto betina telah bunting dan sedang mencari tempat yang sesuai untuk bertelur di samping mencari radiasi nuklear bagi meneruskan kelangsungan kehidupan buat anak-anaknya nanti. Raksasa Muto mencari bahan radiasi nuklear di Jepun dan Amerika sebagai bahan makanan.
Teket Godzilla.
Raksasa Muto mempunyai sayap dan mampu terbang serta memiliki kuasa di mana ia boleh menyebabkan seluruh bandar kehilangan tenaga elektrik (black out) termasuk sistem alat komunikasi dan kenderaan. Dalam erti kata lain ialah bom EMP (Electronic Magnetic Pulse). Hanya beberapa negara sahaja yang memiliki bom EMP seperti Amerika dan Rusia. Bom EMP ini boleh menyebabkan seluruh tenaga elektrik dan kawalan komunikasi terpadam dengan serta-merta sejauh 5 batu.Manakala Raksasa Godzilla pula mempunyai kuasa untuk mengembalikan tenaga elektrik termasuk sistem komunikasi.
Poster Godzilla - Foto Google.
Hero dalam filem ini iaitu Ford cuba untuk mendapatkan kembali nuklear yang telah dirampas oleh raksasa Muto. Ini kerana bom tersebut berada di tengah-tengah bandar yang bukan sahaja boleh mengorbankan raksasa Muto malah mengorbankan berjuta-juta penduduk di bandar. Dalam pada masa yang sama, Ford cuba untuk memusnahkan telur-telur raksasa Muto dari menetas.
Pelakon utama Godzilla - Foto Google.
Apakah hubungan raksasa Godzilla dan Muto? Dapatkah Ford bersama rakan-rakannya mengambil bom nuklear dari raksasa Muto dengan masa yang ditetapkan ke tengah laut? Dapatkah Ford memusnahkan telur-telur raksasa Muto? Nak tahu kena saksikan sendiri di pawagam.
Godzilla - Foto Google.
Tetapi, filem Godzilla yang terbaru ini agak kelakar apabila Godzilla yang baik ini membantu manusia menewaskan raksaksa Muto yang ganas! Apabila melihat aksi Godzilla berlawan dengan Muto, seperti kita menonton cerita Ultraman pula.. Yang boring nya lambat pula Godzilla tu hendak keluar. Skrip cerita ini pun tidak berapa kuat tetapi masih lagi menghiburkan penulis. Apa pun filem ini bolehlah untuk menghiburkan & melupakan masalah sekejap..ha..ha..

Isnin, 19 Mei 2014

Sup Utara Pasar Malam

Seperti yang pernah penulis katakan dahulu, penulis tidak kisah makan di mana-mana sahaja. Lagipun penulis pernah makan di warung tepi jalan sehinggalah di restoran atau cafe yang bertaraf lima bintang. Oleh itu, penulis tidak kisah makan dimana-mana sahaja asal masakannya bersih, suci, sedap, menyelerakan dan yang penting sekali makanannya halal.
Gerai Sup Utara di pasar malam.
Hari Khamis yang lalu penulis ke pasar malam Bandar Baru Ampang untuk membeli barangan dapur. Ketika penulis sedang memilih sayur-sayuran, tiba-tiba hujan pun turun. Penulis dan orang ramai pun mencari tempat untuk berteduh. Tiba-tiba penulis ternampak satu gerai yang menjual sup utara. Ramai orang yang berteduh dan makan Mee Hoon Sup di gerai tersebut.
Satu-satunya gerai sup utara di pasar malam Bandar Baru Ampang.
Penulis turut berteduh di gerai tersebut. Sementara menanti hujan berhenti, penulispun memesan Mee Hoon Sup dan segelas Tea "O" panas. Penulis perhatikan kebanyakkan pelanggannya sedang asyik menikmati Mee Hoon atau Mee Sup. Kelihatan macam sedap sahaja?... Dalam suasana yang sejuk dan hujan renyai-renyai, pekena sup panas memang memberi suatu kenikmatan yang tidak terhingga. Sememangnya, pekena sup panas  membuatkan kita berpeluh!. Sementara menanti Mee Hoon Sup tiba, penulis sempat merakamkan beberapa gambar menarik di gerai tersebut.
Satu periuk besar sup utara.
Pada pendapat penulis, mana-mana Sup Utara yang penulis pernah makan, rasanya lebih kurang sama sahaja. Kemungkinan resepi, bahan-bahan, rempah ratus dan cara memasak Sup Utara ini juga lebih kurang sama. Tetapi, yang menariknya mengenai sup utara ini, kuahnya akan bertukar menjadi warna merah apabila dikacau. Ini disebabkan oleh sambal yang diletakkan di dalam kuah sup tersebut. Ada satu lagi, di dalam sup ini disertakan lobak masin. Lobak masin ini lah yang menjadi trade mark bagi sup utara ...
Boleh bungkus atau atau makan digerai.
Namun begitu, Supnya tidak mengecewakan penulis. Aromanya supnya sahaja sudah menyelerakan penulis. Maybe disebabkan penulis sudah kelaparan sangat kot… Tanpa segan-segan, penulis pun menghirup sup tersebut... Muahahahaha… Sruppp… Sruppp sekejap sahaja licin penulis telan. Sedar-sedar sudah habis semangkuk. Rasa seperti hendak tambah semangkuk lagi Mee Hoon Sup, tetapi hati pula berkata “iskhh melampau! “ hahahahahaha…
Semangkok Sup Utara.
Apa yang penting, sesiapa orang Ampang yang berkesempatan ke pasar malam ini bolehlah mencuba Sup Utara ini. Dengar cerita sudah banyak cawangan Sup Utara di Kuala Lumpur. So, anda bolehlah mencubanya. Apa yang penting, sebelum makan baca bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah.


Jumaat, 16 Mei 2014

Selamat Hari Guru

Hari Cikgu, Pendidik, Guru, Teachers, Ustaz, Ustazah, Murabbi, Sheikh, Sifoo dan semua yang sudi berkongsikan ilmu dengan kita sepakat dirai di Malaysia pada setiap 16 Mei. Kerja Cikgu memang sukar, namun yang penting kita ikhlas untuk membantu membentuk ummah terbaik. Tidak semua insan diberi kesempatan dan dipilih menjadi guru, ia amanah yang sangat besar.
Sebahagian rakan-rakan  dan guru kelas semasa di tingkatan  4 dan 5 dahulu.
Dan penulis hendak mengucapkan TERIMA KASIH untuk kedua ibubapa, semua guru-guru dari Guru Sekolah Rendah Kebangsaan Parit 13, Sekinchan, Selangor, (1976-81) Guru di Sekolah Menengah Dato Mustafa, Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor (1982) Sekolah Menengah Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor (1982-1984) Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam, Selangor (1985) dan Sekolah Menengah Vokasional Kelang, Selangor (1985-1986). Semua kenalan dan sifoo praktikal serta di alam perkerjaan dan kehidupan . 

 Haik ! *Tabik hormat dan cium tangan*


Pekena Sup Meletup di Bandar Sri Permaisuri

Kelmarin, berkesempatan pergi menziarahi kakak penulis. Rumah dia terletak di Bandar Tun Razak dan sudah berhampiran dengan Bandar Sri Permaisuri. Dahulu pada zaman era rock kapak, penulis pernah tinggal di rumah kakak ini selama lima tahun. Pada masa itu, Bandar Sri Permaisuri ini masih belum wujud lagi. Rasanya Bandar Sri Permaisuri ini masih lagi hutan tebal.
Medan Selera Bandar Sri Permaisuri.
Gerai Sup Meletup.
Kini, Bandar Sri Permaisuri semakin maju. Penempatan penduduknya yang terlebih padat. Banyak bangunan pejabat, apartment dan kondominium dibangunkan di sini. Disebabkan itu, bertambah banyaklah peniaga yang berniaga yang berasaskan makanan di restoran atau tempat makan yang menyediakan pelbagai menu istimewa di sini. Akibatnya, bertambah sesaklah dengan orang ramai dan kenderaan yang berkunjung ke tempat ini semata-mata mencari tempat makanan untuk mengeteh bersama kawan-kawan, saudara mara dan keluarga masing-masing.
Suasana Medan selera yang masih baharu. Besar dan selesa.
Gerai Sup Meletup ada dua lot gerai.
Kebetulan penulis sudah berada di Bandar Sri Permaisuri. Apabila berada di sini, ada satu tempat yang patut penulis kunjungi iaitu Gerai Sup Meletup untuk merasai nasi ayam bersama sup istimewanya. Menurut cerita pekerja digerai tersebut, nama “Meletup” itu diambil sempena gerai ini berhampiran dengan Kem Tentera Sungai Besi suatu ketika dahulu. Ketika itu pelanggan asyik terperanjat apabila terdengar bunyi letupan dari kem tentera ketika mereka sedang menikmati sup masing-masing..
3 periuk besar sup meletup.
Penulis hanya makan nasi putih bersama supnya sahaja.
Kini, Gerai Sup Meletup ini telah membuka satu lagi cawangannya yang terbaharu di Medan Selera Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. Medan Selera ini baharu sahaja dibuka beberapa bulan yang lalu. Cawangan Gerai Sup Meletup ini ada dua lot iaitu bernombor C-2 dan C-3 dari pintu masuk utama. Medan Selera Bandar Sri Permaisuri yang besar ini betul-betul bersebelahan dengan Apartment Sri Penara Bandar Sri Permaisuri. Tempat meletak kenderaan tiada masalah, tempatnya sangat luas.
Sup Meletup Daging...
Nasi putih dicampur dengan Sup Daging... Perghh....
Pada pendapat penulis, cara sup meletup ini di masak lebih kurang sama seperti memasak mee/bihun sup utara. Jadi, rasa rempah ratusnya dia pun lebih kurang sama. Yang menariknya mengenai Sup Meletup ini, kuahnya akan bertukar menjadi warna merah apabila dikacau. Ini disebabkan oleh sambal yang diletakkan di dalam kuah sup tersebut. Ada satu lagi, di dalam sup ini disertakan lobak masin. Lobak masin ini lah yang menjadi trade mark bagi sup utara...
Ikan Bakar pun ada.
Nasi Ayam sup Meletup juga popular!....
Bagi penulis, kesedapannya sekadar boleh tahan sahaja. Hendak dikatakan sedap sangat tu tidaklah. Tetapi kesedapannya, sudah cukup menyelerakan penulis. Penulis makan nasi putih bersama Sup Meletup daging dan segelas tea "o" panas sahaja. Apa yang penting, sesiapa yang berkesempatan datang ke Bandar Sri Permaisuri ini bolehlah mencuba Sup Meletup ini. Dengar cerita sudah banyak cawangan Sup Meletup di Kuala Lumpur. So, anda bolehlah mencubanya.

Khamis, 15 Mei 2014

Makan Tengahari dengan Nasi Lemak Royale Kedah?

Kelmarin, penulis menikmati nasi lemak di Restoran Nasi Lemak Royale Ampang. Nasi Lemak Royale ini agak berbeza kerana ianya berasal dari belah utara tanah air. Rasa Nasi Lemak Royale ini memang tidak sama dengan nasi lemak biasa. Ada juga pelanggan yang kata Nasi Lemak Royale ini bukan nasinya lemak, tetapi seperti nasi kandar sahaja.
Restoran Nasi Lemak Royale Kedah.
Anda pernah mendengar Nasi Lemak Royale?... Mungkin ada yang pernah makan atau hanya sekadar pernah terbaca di laman sesawang internet sahaja. Kebanyakan pelanggan memanggilnya Nasi Kandar Royal. Penulis pernah sekali sekala makan nasi lemak royal ini dahulu. Tetapi kini, penulis hampir melupainya kerana sudah lama tidak pekena nasi lemak ini.
Antara pilihan lauk pauk yang ada.
Pada hari itu, penulis hanya makan nasi lemak berlaukkan ayam goreng berempah bersama sayur dan air tea o panas sahaja. Nasi lemak yang penulis makan itu, bukannya nasi lemak seperti yang kita makan pada setiap pagi yang berwarna putih, tetapi nasi lemaknya berwarna kuning pula. Penulis agak, mungkin nasi lemak ini berasal dari negara India kot, sebab penulis lihat ramai pekerjanya seperti mamak sahaja... hehehe...
Menu makanan tengahari hari ini.
Jenis lauk-pauk dia style mamak dan tidak berapa banyak pilihan. Ada ayam goreng/madu, limpa, sotong, udang goreng, telur rebus dan lain-lain lagi. Yang paling istimewa penulis rasa ialah campuran kuah dia. Campuran kuahnya memang terbaik. Kuah campur nya ada rasa pedas dan manis. Susah lah penulis hendak cerita di entry ini, nanti korang pergi rasa sendiri.
Nasi Lemak Royale.
Harga makanan di sini boleh tahan juga. Penulis makan nasi lemak bersama ayam goreng, beberapa ketul pedal dan hati ayam, sayur dan air teo “O” panas suam. Semuanya berharga RM 7.50 sahaja. Boleh tahan juga mahalnya, tetapi berbaloi jugalah kerana makanannya boleh tahan juga sedapnya.
Harga? boleh tahan hehehe....
Lokasinya di Taman Putra Sulaiman. Jika anda melalui Taman Dagang, anda akan ternampak bangunan Glaxy Ampang kemudian melalui Dagang Evenue Food Court dan masjid baharu. Ada lampu isyarat di hadapan masjid baharu, anda akan ternampak sign board Restoran Nasi Lemak Royale Hijau Kuning di sebelah kanan. Parking lah di tepi jalan atau ada sedikit tempat parking disebelah hadapan restoran itu. Restoran ini dibuka petang ke malam sahaja, jam berapa penulis tidak pasti.

Rabu, 14 Mei 2014

Nasi Ayam & Sup Meletup Bandar Tun Razak

Sup Meletup di Bandar Tun Razak, Cheras sentiasa menjadi pilihan kami suami isteri. Kedudukannya yang tidak berapa jauh dari kediaman penulis menjadikannya lokasi menarik untuk dikunjungi. Selain popular dengan sup meletupnya, terdapat juga nasi ayam yang dijual seawal 10 pagi sehinggalah lewat malam.
Medan Selera Bandar Tun Razak
Salah satu menu yang paling penulis dan isteri minati adalah Nasi Ayam dan Nasi Goreng Ayam mereka. Kenapa agaknya yer? Sebenarnya, penulis lebih suka makan Nasi Ayam daripada Nasi Goreng Ayamnya. Namun, tiada perbezaan sangat pada kedua-dua menu ini kecuali nasinya sahaja yang digoreng. Namun kedua-dua menu ini memang sedap dan terbaik.
Gerai Sup Meletup Bandar Tun Razak.
Penulis sukakan daging ayamnya. Nasi ayamnya menepati cita rasa kami. Manakala daging ayamnya digoreng dengan sempurna serta sosnya yang pekat memang merupakan hidangan yang hebat!. Nasi ayamnya juga amat memuaskan, banyak dan sedap. Selalunya penulis akan makan nasi ayam si sini sehingga licin.
Nasi Ayam Sup Meletup!...
Ada satu lagi bahan sebagai penambah selera. Apa lagi, jika bukan kuah Sup Meletupnya yang menjadi buah mulut masyarakat sekitar. Jika anda merasakan kuah sup mereka tidak mencukupi, jangan malu, minta sahaja sup tambahan, pastinya mereka akan berikan satu sup kosong dengan mangkuk yang besar. Panas, berasap dan berwap-wap lagi.
Nasi Ayam.
Jika dimusim hujan dan jika anda menghirup sup ini, memang satu kenikmatan yang tidak terkata. Itu sahaja yang dapat penulis kongsikan. Jika anda semua ada masa, datanglah ke gerai ini. Bagi yang hendak mencari gerai ini, silahlah ke Medan Selera Bandar Tun Razak yang terletak di belakang Stesen Minyak BP dan berhadapan puladengan Pasaraya Pak Aji.

Isnin, 12 Mei 2014

Masjid Jamek Kampung Baru dalam Pengubahsuaian

Hari Jumaat minggu lepas, penulis sempat bersolat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru. Sebelum waktu Sembahyang Jumaat tiba, penulis sempat merayau-rayau di Bazar di sebelah Masjid Jamek Kampung Baru sambil menyaksikan kerenah para pembeli dan peniaga di situ.
Bangunan lama Masjid Jamek Kampung Baru dalam pengubahsuaian.
Ada gerai Nasi Beriani gam di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru.
Penulis dapati, ramai yang berniaga makanan dan tidak kurang juga yang berniaga pakaian, minyak wanggi dan ubat-ubatan tradisional. Penulis dapati peniaga di bazar ini tidak semeriah seperti bazar di Masjid Negara. Mungkin disekitar Masjid Jamek kampung Baru ini sudah banyak warung, gerai dan restoran yang menyediakan menu makanan yang sedap lagi terbaik. Disebabkan itu tidak ramai peniaga makanan di sini.
Boleh tahan sedap juga nasi Beriani Gam Ayam.
Tempat mengambil air sembahyang yang agak merbahaya.
Penulis cuma berehat sekejap dan sempat merakamkan beberapa keping menarik di bazar tersebut. Tiba-tiba penulis terlihat ada sebuah gerai yang menjual nasi beriani gam di hadapan masjid. Kebetulan perut tengah lapar, penulis pun order sepingan Nasi Beriani Ayam. Alhaamdulillah, nasi beriani dia memang terbaik dan sedap. Selesai sahaja makan nasi beriani, azan Jumaat pun berkumandang. Penulispun terus menuju ke dalam masjid.
Bahagian belakang bangunan tambahan masjid.
Pemandangan bangunan tambahan Masjid Jamek Kampung Baru.
Tiba di bangunan masjid, rupa-rupanya penulis masuk melalui pintu belakang bangunan tambahan masjid. Agak sukar hendak mencari tempat wuduk di situ. Mujurlah di dalam bangunan lama masjid masih ada paip air yang masih berfungsi. Namun di dalam masjid tersebut agak merbahaya kerana masih dalam pengubahsuaian. Manalah tahu, ketika sedang mengambil air sembahyang, tiba-tiba bumbung runtuh. Buat masa ini bangunan lama Masjid Jamek Kampung Baru sedang dalam kerja-kerja ubah suai bangunannya.
Khatib membaca khutbah dari aras tiga.
Gerai barangan kulit.
Penulis bersembahyang di belakang bangunan tambahan masjid yang hampir siap dibina. Penulis dapati bangunan tambahan ini mengandungi pejabat pentadbiran, ruang dapur, bilik pengurusan jenazah, kelas-kelas dan dewan kuliah. Kini, hanya bangunan lama masjid sahaja belum siap sepenuhnya. Ianya masih lagi dalam pembinaan. Keseluruhan projek ubah suai Masjid Jamek Kampung Baru ini dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun ini. Difahamkan kos ubahsuai bangunan masjid ini sebanyak RM20 juta.
Suasana selepas sembahyang Jumaat.
Suasana di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru.
Selesai sahaja bersolat Jumaat, penulis singgah kembali ke bazar sekali lagi. Di bazar tersebut, rupa-rupanya ada peniaga yang menjual cermin mata. Penulis memang sedang mencari cermin mata. Cermin mata yang penulis beli di kedai cermin mata dengan harga agak mahal, kebanyakkanya sudah pecah atau patah. Harga cermin mata di sini cuma rm10.00 sahaja. Apa lagi penulis pun borong sampai tiga lah!...
Gerai Cermin Mata.
Gerai Cendol menjadi tumpuan ramai.
Ada cendol sedap di hadapan masjid jamek ini. Penulis dapati di gerai cendol ini dikerumuni ramai semata-mata hendak beli cendol. Penulis rasa sudah tentu cendol ini memang sedap. Jika korang hendak cuba datanglah ke Masjid Jamek Kampung Baru dan gerai-gerai disini hanya beroperasi sempena solat Jumaat sahaja.

Jumaat, 9 Mei 2014

Pekena Rojak Mamak Bandar Tun Razak

Selepas membayar pelbagai bil di Pos Malaysia, perut penulis terasa lapar. Semasa dalam perjalanan pulang, penulis ternampak sebuah gerai mamak. Sebuah lori/gerai bergerak yang berniaga rojak dan cendol di tepi jalan. Penulispun singgah untuk mengisi perut.
Tauke gerai mamak rojak sibuk melayan pelanggannya.
Yang menariknya, sebelum penulis mematikan enjin motosikal untuk parking motosikal, mamak itu sudah bertanya kepada penulis “encik mau makan ke bungkus?” penulis jawab “makan". Mamak itu bertanya lagi “encik mau makan rojak biasa atau sotong? penulis kata “nanti, biarkan saya duduk dulu”. Pergh.... begitu hebat sekali layanan mamak tersebut terhadap pelanggannya.
Warung mamak sebelum waktu puncak.
Sementara menanti pesanan tiba, penulis sempatlah merakamkan beberapa keping gambar menarik di gerai ini. Jom! kita layan gambar suasana menarik gerai rojak di Bandar Tun Razak ini yang pelanggannya terdiri dari berbagai bangsa.

Pekerja sedang membuat rojak.
Penulis sampai sebelum lunch time jadi, rojak dan cendolnya masih banyak lagi. Jika penulis datang di waktu puncak, khabarnya semua tempat duduk akan dipenuhi dengan pelanggan-pelanggannya. Pelanggannya memang ramai diwaktu lunch time. Oleh itu, tidak hairanlah tauke mamak ini ada lima orang pekerja. Dua orang lelaki dan tiga orang perempuan.
Rojak Sotong.
Siapa yang sukakan rojak dan cendol mamak? Jika ada rojak mamak mesti ada cendol. Rojak dan cendol memang saling melengkapi. Jika disebut rojak dan cendol, pelbagai bangsa dan kaum mengemari makanan ini. Makanan seperti rojak ini ada pelbagai jenis tetapi rojak mamak juga yang digemari orang ramai.
Cendol.
Mamak ini sudah lama berniaga di sini. Cuma ini kali pertama penulis singgah ke gerai ini. Rojaknya menjadi tumpuan orang ramai kerana rasanya yang sedap. Rojak ini menjadi sedap kerana dilengkapi dengan ramuan seperti cucur udang, tauhu, taugeh, telur rebus, sengkuang dan timun. Tetapi, bahan utama yang menjadi tarikan orang ramai ialah kuahnya.
Gerai Rojak Mamak di Bandara Tun Razak.
Kepada anda yang belum mencuba, jom lah singgah ke Bandar Tun Razak. Bersebelahan dengan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur atau berhadapan dengan Sekolah Sains Selangor. Dilain hari, penulis bercadang hendak makan Rojak Sotong dan Cendol di sini lagi. Tidak puas rasanya makan makan rojak itu hari. Harga untuk Rojak Sotong dan Cendol cuma RM 8.00 sahaja.