Hari Jumaat minggu lepas, penulis sempat bersolat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru. Sebelum waktu Sembahyang Jumaat tiba, penulis sempat merayau-rayau di Bazar di sebelah Masjid Jamek Kampung Baru sambil menyaksikan kerenah para pembeli dan peniaga di situ.
|
Bangunan lama Masjid Jamek Kampung Baru dalam pengubahsuaian. |
|
Ada gerai Nasi Beriani gam di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru. |
Penulis dapati, ramai yang berniaga makanan dan tidak kurang juga yang berniaga pakaian, minyak wanggi dan ubat-ubatan tradisional. Penulis dapati peniaga di bazar ini tidak semeriah seperti bazar di Masjid Negara. Mungkin disekitar Masjid Jamek kampung Baru ini sudah banyak warung, gerai dan restoran yang menyediakan menu makanan yang sedap lagi terbaik. Disebabkan itu tidak ramai peniaga makanan di sini.
|
Boleh tahan sedap juga nasi Beriani Gam Ayam. |
|
Tempat mengambil air sembahyang yang agak merbahaya. |
Penulis cuma berehat sekejap dan sempat merakamkan beberapa keping menarik di bazar tersebut. Tiba-tiba penulis terlihat ada sebuah gerai yang menjual nasi beriani gam di hadapan masjid. Kebetulan perut tengah lapar, penulis pun order sepingan Nasi Beriani Ayam. Alhaamdulillah, nasi beriani dia memang terbaik dan sedap. Selesai sahaja makan nasi beriani, azan Jumaat pun berkumandang. Penulispun terus menuju ke dalam masjid.
|
Bahagian belakang bangunan tambahan masjid. |
|
Pemandangan bangunan tambahan Masjid Jamek Kampung Baru. |
Tiba di bangunan masjid, rupa-rupanya penulis masuk melalui pintu belakang bangunan tambahan masjid. Agak sukar hendak mencari tempat wuduk di situ. Mujurlah di dalam bangunan lama masjid masih ada paip air yang masih berfungsi. Namun di dalam masjid tersebut agak merbahaya kerana masih dalam pengubahsuaian. Manalah tahu, ketika sedang mengambil air sembahyang, tiba-tiba bumbung runtuh. Buat masa ini bangunan lama Masjid Jamek Kampung Baru sedang dalam kerja-kerja ubah suai bangunannya.
|
Khatib membaca khutbah dari aras tiga. |
|
Gerai barangan kulit. |
Penulis bersembahyang di belakang bangunan tambahan masjid yang hampir siap dibina. Penulis dapati bangunan tambahan ini mengandungi pejabat pentadbiran, ruang dapur, bilik pengurusan jenazah, kelas-kelas dan dewan kuliah. Kini, hanya bangunan lama masjid sahaja belum siap sepenuhnya. Ianya masih lagi dalam pembinaan. Keseluruhan projek ubah suai Masjid Jamek Kampung Baru ini dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun ini. Difahamkan kos ubahsuai bangunan masjid ini sebanyak RM20 juta.
|
Suasana selepas sembahyang Jumaat. |
|
Suasana di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru. |
Selesai sahaja bersolat Jumaat, penulis singgah kembali ke bazar sekali lagi. Di bazar tersebut, rupa-rupanya ada peniaga yang menjual cermin mata. Penulis memang sedang mencari cermin mata. Cermin mata yang penulis beli di kedai cermin mata dengan harga agak mahal, kebanyakkanya sudah pecah atau patah. Harga cermin mata di sini cuma rm10.00 sahaja. Apa lagi penulis pun borong sampai tiga lah!...
|
Gerai Cermin Mata. |
|
Gerai Cendol menjadi tumpuan ramai. |
Ada cendol sedap di hadapan masjid jamek ini. Penulis dapati di gerai cendol ini dikerumuni ramai semata-mata hendak beli cendol. Penulis rasa sudah tentu cendol ini memang sedap. Jika korang hendak cuba datanglah ke Masjid Jamek Kampung Baru dan gerai-gerai disini hanya beroperasi sempena solat Jumaat sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan