Seperti yang pernah penulis katakan dahulu, penulis tidak kisah makan di mana-mana sahaja. Lagipun penulis pernah makan di warung tepi jalan sehinggalah di restoran atau cafe yang bertaraf lima bintang. Oleh itu, penulis tidak kisah makan dimana-mana sahaja asal masakannya bersih, suci, sedap, menyelerakan dan yang penting sekali makanannya halal.
Gerai Sup Utara di pasar malam. |
Hari Khamis yang lalu penulis ke pasar malam Bandar Baru Ampang untuk membeli barangan dapur. Ketika penulis sedang memilih sayur-sayuran, tiba-tiba hujan pun turun. Penulis dan orang ramai pun mencari tempat untuk berteduh. Tiba-tiba penulis ternampak satu gerai yang menjual sup utara. Ramai orang yang berteduh dan makan Mee Hoon Sup di gerai tersebut.
Satu-satunya gerai sup utara di pasar malam Bandar Baru Ampang. |
Penulis turut berteduh di gerai tersebut. Sementara menanti hujan berhenti, penulispun memesan Mee Hoon Sup dan segelas Tea "O" panas. Penulis perhatikan kebanyakkan pelanggannya sedang asyik menikmati Mee Hoon atau Mee Sup. Kelihatan macam sedap sahaja?... Dalam suasana yang sejuk dan hujan renyai-renyai, pekena sup panas memang memberi suatu kenikmatan yang tidak terhingga. Sememangnya, pekena sup panas membuatkan kita berpeluh!. Sementara menanti Mee Hoon Sup tiba, penulis sempat merakamkan beberapa gambar menarik di gerai tersebut.
Satu periuk besar sup utara. |
Pada pendapat penulis, mana-mana Sup Utara yang penulis pernah makan, rasanya lebih kurang sama sahaja. Kemungkinan resepi, bahan-bahan, rempah ratus dan cara memasak Sup Utara ini juga lebih kurang sama. Tetapi, yang menariknya mengenai sup utara ini, kuahnya akan bertukar menjadi warna merah apabila dikacau. Ini disebabkan oleh sambal yang diletakkan di dalam kuah sup tersebut. Ada satu lagi, di dalam sup ini disertakan lobak masin. Lobak masin ini lah yang menjadi trade mark bagi sup utara ...
Boleh bungkus atau atau makan digerai. |
Namun begitu, Supnya tidak mengecewakan penulis. Aromanya supnya sahaja sudah menyelerakan penulis. Maybe disebabkan penulis sudah kelaparan sangat kot… Tanpa segan-segan, penulis pun menghirup sup tersebut... Muahahahaha… Sruppp… Sruppp sekejap sahaja licin penulis telan. Sedar-sedar sudah habis semangkuk. Rasa seperti hendak tambah semangkuk lagi Mee Hoon Sup, tetapi hati pula berkata “iskhh melampau! “ hahahahahaha…
Semangkok Sup Utara. |
Apa yang penting, sesiapa orang Ampang yang berkesempatan ke pasar malam ini bolehlah mencuba Sup Utara ini. Dengar cerita sudah banyak cawangan Sup Utara di Kuala Lumpur. So, anda bolehlah mencubanya. Apa yang penting, sebelum makan baca bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan