Isnin, 29 Disember 2014

Derma....

Berita yang diterima melalui facebook, whatsapp, telegram, instagram, media cetak mahupun media elektronik menunjukkan banjir yang berlaku memberikan kesan kepada penduduk setempat. Atas faktor simpati yang mendalam, penulis mengambil peluang menyebarkan maklumat bagi sebarang sumbangan kepada mangsa banjir dengan maklumat di bawah.
Tabung Derma.
Namun begitu, penulis meminta pihak berkenaan memantau kepada mereka-mereka yang menjalankan derma kepada mangsa-mangsa banjir supaya tidak disalah gunakan supaya derma-derma itu sampai kepada pihak sasarannya. Penulis melihat di Selangor dan Kuala Lumpur ini terlalu banyak tabung-tabung derma ini berjalan. Antara sampai atau tidak. Wallahualam. 

Sekiranya anda ingin membuat sumbangan, mendermalah di tempat yang diiktiraf serta menyakinkan anda. Di pejabat penulis juga ada disediakan tabung derma mangsa-mangsa banjir di ruang legar Menara DBP untuk kakitangan yang ingin menderma. Kepada rakan-rakan, pelanggan, tetamu DBP dan sesiapa sahaja juga boleh menderma di tabung ini. 

Penulis hanya menyebarkan maklumat di medium ini dengan niat untuk sama-sama membantu saudara yang di landa banjir. Untuk semakan lanjut, sila berhubung dengan wakil pegawai DBP yang bertugas, kutipan telah bermula pada 25.12.2014 yang lalu. 

Semoga penderma dan yang membantu menguruskan kutipan sumbangan ini diberikan ganjaran berlipat ganda oleh NYA. Hanya Allah sahaja yang membalas jasa baik kalian. 

Isnin, 22 Disember 2014

Pekena Sate Station Ampang Waterfront..

Semalam, penulis sekeluarga pekena sate di Restoran Satay Station. Dikatakan restoran mereka yang ketiga selepas Kampung Pandan dan Setiawangsa. Lokasinya ialah berhadapan dengan lampu isyarat simpang 3, Jalan Bukit Belacan ke Hulu Langat/Kajang. Restoran ini mengambil keseluruhan ruang bawah kompleks perniagaan di situ.
Pintu masuk Restoran Satay Station Ampang Waterfront.
Oleh kerana rumah penulis sudah berhampiran dengan Restoran Satay Station ini, kami tiba awal, iaitu sebelum masuknya waktu Maghrib lagi. Pada masa itu, restoran baharu dibuka dan masih belum ramai pelanggan tegar sate yang datang.
Bagunan Restoran Satay Station.
Sudah tiga tahun restoran sate ini beroperasi di Ampang Waterfront ini. Restoran sate ini semakin popular dan semakin ramai pengunjungnya. Di sebelah malam pula, pengunjung dihiburkan oleh nyanyian tradisional. Persembahan ini adalah sebahagian dari aktiviti promosi restoran sate ini. Persembahan yang ditunjukkan adalah menghiburkan serta bertepatan dengan tema restoran ini.
Kawasan drive thru.
Selepas waktu Mahgrib, semakin ramai pengemar sate tegar yang datang. Ramai diantara mereka datang dalam berkumpulan atau datang dengan seisi keluarga mereka.
Harga boleh tahn. Sesekali kalau teringin bolehlah hehehe.....
Didapati masih banyak lagi gerai yang belum dibuka. Buat masa ini, selain dari gerai sate, hanya gerai mi rebus dan mi bandung sahaja yang sedang beroperasi. Gerai-gerai selain dari sate adalah gerai “sub-tenant” yang mana ianya disewakan kepada peniaga-peniaga lain tetapi beroperasi dibawah logo restoran sate ini.
Sate Station...
Lebih kurang 15 ke 20 minit kami menunggu, hidangan sate kami pun tiba. Tidak lama menunggu seperti di restoran-restoran sate yang lain. Didapati, ada seorang kakitangan restoran ini yang akan berlegar-legar untuk mendapatkan maklum balas dari pelanggan, berkenaan masa menunggu serta ketepatan pesanan seperti, adakah jumlah sate yang dapat adalah seperti yang dipesan, kesilapan kakitangan mereka serta maklum balas yang lain.
Pekerja sedang membakar sate
Bagi penulis, so far, they have the best beef sate in Ampang. Cumanya, kuah kacangnya agak kurang sedikit, tetapi masih ok dan ada kemungkinan untuk membangkitkan lebih rasa kepada satenya juga. Namun, inilah diantara sate yang sedap yang pernah penulis rasa di Ampang setakat ini.
Restoran Satay Station di sebelah malam.
Memang tidak jemu makan sate di sini kerana dagingnya yang lembut, lemak, berempah dan besar. Tetapi, harganya agak mahal sedikit daripada gerai sate yang lain. Sate Daging RM1.80, Sate Ayam RM1.40, Sate Hati Ayam RM2.50 dan Sate Kambing RM2.50. Sesekali bolehlah makan sate di sini. Jika selalu boleh bengkok juga jadinya.... hehehe...
Harga yang perlu dibayar...
Secara keseluruhannya, penulis berpendapat kualiti makanan yang disediakan dinilai dari segi kesedapan dan keseluruhanya adalah OK. Jadi, silalah pergi mencuba sate di Restoran Sate Station ini. Jika tidak sedap jangan marahkan penulis. Citara rasa manusia adalah berbeza beza..... heh


Jumaat, 19 Disember 2014

Apabila Cinta di Dusta

Foto Sekadar Hiasan.
Bila Cinta Di Dusta 

Bila cinta didusta 
Hati mula gelisah 
Hilang kekasih hati 
Hidup jadi merana 

Insan jadi idaman 
Kini dimilik orang 
Cinta yang diimpikan 
Putus di tengah jalan 
Terpaksa mengalah 

Mengapa menyinta 
Andainya tak setia 
Tak usahlah bercinta 
Jika hanya berpura 
Bila hati dah jemu 
Mula berpaling tadah 
Tak pernah difikirkan 
Orang yang ditinggalkan 
Tersiksa sayu pilu 

Ooo...oo merayu-rayu 
Ooo...oo ingin kembali 
Ooo...oo meratap sayu 
Tidak mungkin orang simpati 
Menoleh pun tak sudi 

Andainya ditakdirkan 
Cintamu didustai 
Pastinya kau mengerti 
Siksanya perpisahan 
Hanyalah penyesalan 


Selasa, 16 Disember 2014

Semangat Kesukanan & Semangat Asean

Sepanjang minggu lepas penulis berbengkel buku teks di Hotel Ramada, Kuala Lumpur. Sepanjang berbengkel, pantang ada masa yang terluang, ahli panel kami pasti akan memperkatakan tentang bolasepak negara. Maklumlah pada masa tersebut masih dalam suasana kehangatan bolasepak Piala Suzuki yang sedang berlangsung...
Penulis ketika berada di dalam stadium.
Sudah tentu ramai yang kecewa. Kecewa bukan kerana pasukan bolasepak Malaysia tewas 2 - 1 dengan pasukan Vietnam, tetapi kecewa kerana segelintir penyokong Malaysia yang menyerang penyokong Vietnam sehingga ada yang tercedera. Ini mungkin disebabkan kerana mereka tidak boleh menerima kekalahan pasukan bolasepak negara. Peristiwa ini amat memalukan negara. Tetapi, setelah pasukan bolasepak Malaysia menang 4 - 2 perlawanan kedua di Vietnam, kehangatan berita keganasan bolasepak ini sedikit berkurangan.
Dua orang baju kuning itu adalah pemandu pelancung dan pemandu bas kami yang turut menyokong Malaysia.
Tetapi yang agak memeranjatkan, sambutan penyokong Vietnam terhadap penyokong Malaysia di Stadium My Dinh di Hanoi. Mereka menyambut baik kedatangan penyokong kita, malah mereka menghormati penyokong kita sebagai tetamu negara mereka.
Kami bebas bersorak walaupun duduk bersama-sama dengan penyokong Laos.
Rupanya-rupanya penyokong sukan bola sepak di Vietnam lebih bertamadun. Bukan setakat tiada sebarang insiden seperti pergaduhan, bahkan tiada kelihatan langsung kelibat mercun disepanjang perlawanan. Tetapi lain pula halnya jika di Malaysia, tidak kira menang ataupun kalah, tidak lengkap jika tidak diselami dengan bunyi dentuman mercun...
Sungguh sporting penyokong Laos. Cuba anda bayangkan jika TokMo ini rakyat Laos di Stadium Bukit Jalil?
Benarlah ungkapan seorang wartawan di akhbar Metro Ahad iaitu tahi yang kita bagi tetapi Vietnam balas dengan bunga. Inilah baru dipanggil semangat kesukanan bukannya semangat pergaduhan seperti yang ditunjukkan oleh segelintir penyokong bola sepak di negara kita.
Aksi perlawanan antara Malaysia vs Laos.
Penulis pernah berkunjung hampir kesemua negara-negara Asean. Penulis ke negara-negara ini untuk menyokong atlit negara yang bertanding di Sukan SEA. Dalam banyak-banyak negara Asean, penulis tertarik dan memuji penyokong-penyokong bolasepak di negara Laos. Ini adalah pengalaman manis penulis ketika menyokong pasukan bolasepak negara diperlawanan separuh akhir Sukan Sea di negara tersebut pada tahun 2009 yang lalu.
Kami bebs bersorak dan bermain gendang setelah tamat perlawanan.
Ketika itu Stadium Utama Vientine dipenuhi 30.000 penyokong tuan rumah. Manakala penyokong Malaysia termasuk penulis tidak sampai 300 orang pun. Penulis dapati, tiada kawalan daripada pihak polis atau keselamatan oleh negara tuan rumah. Tetapi, kami rasa selamat. Malah, kami berasa enjoy, selesa dan bebas mencari tempat duduk masing-masing. Tiada sebarang provokasi dari penyokong tuan rumah terhadap kami. Malah mereka bertepuk tangan dengan kehadiran kami sebagai tetamu mereka. Apa yang menariknya, kami sama-sama bangun berdiri tegak ketika lagu kebangsaan negara masing-masing sedang keudara.
Jika kita bayangkan jika ini adalah kumpulang penyokong lawan yang menang di tempat lawan?...
Semasa perlawanan tiada sebarang insiden pergaduhan berlaku. Suasana perlawanan terkawal dan sangat meriah walaupun tiada bunyi-bunyian dentuman atau letupan dari pembakaran mercun. Kami bebas bersorak untuk pasukan Malaysia manakala penyokong Laos bebas bersorak untuk pasukan mereka. Tiada sorakkan yang berbau provokasi diantara kami. Kami bebas bersorak, bermain gendang dan mengibarkan bendera Jalur gemilang negara Laos..
Di luar stadium juga kami bebas bersorak tiada gangguan dari penduduk Laos.
Pasukan bolasepak Malaysia menang dengan jaringan 3 - 1. Malaysia  berjaya melayakkan diri keperlawanan akhir dan akan bertemu dengan musuh tradisi iaitu pasukan Vietnam. Walaupun pasukan Laos tewas, namun penyokong-penyokong Laos kelihatan tidak kecewa. Malah, kebanyakkan mereka menunjukkan isyarat jari "good" dan mengucapkan tahniah kepada kami. Mereka langsung tidak menganggu kami ketika meraihkan kemenangan pasukan bolasepak negara dengan menyanyi, menari dan bermain gendang/kompang dari dalam stadium sehinggalah di luar stadium.

Penulis ada bertanya salah seorang penyokong Laos kenapa mereka masih berasa gembira dan tidak kecewa walaupun pasukan bolasepak mereka tewas kepada Malaysia ketika itu. Mereka kata, mereka sudah gembira dan berpuashati kerana pasukan negara mereka berjaya masuk ke separuh akhir. Mereka kata, pasukan bolasepak Laos telah mencipta sejarah untuk negara mereka kerana kali pertama masuk ke Separuh Akhir Sukan SEA.

Akhirnya pasukan bolasepak Malaysia memenangi pingat emas di bumi Laos dengan mengalahkan pasukan Vietnam diperlawanan akhir. Diharap pasukan bolesepak Malaysia dapat memenangi Piala Suzuki 2014 ini untuk kali yang kedua. Dan diharap juga tiada sebarang insiden yang tidak dingini berlaku.

Semoga berjaya.

Isnin, 1 Disember 2014

Rindu dengan Makanan Korea!

Sepanjang bulan November ini penulis amat sibuk dengan tugas. Penulis perlu menyiapkan grafik buku teks pada bulan ini juga untuk dibengkelkan pada bulan hadapan. Apabila sibuk, idea untuk menulis blog pun tiada.
Antara menu yang disediakan.
Entah kenapa secara tiba-tiba penulis rindukan makanan Korea. Tidak sangka pula kawasan Ampang ini ada ramai orang korea dan sudah pasti banyak restoran Korea di sekitar Ampang ini. Tetapi yang penulis tahu, hanya restoran Korea di dalam bangunan Ampang Point sahaja yang ditanggung halal.
Menu yang penulis order hari ini.
Rule of Thumb jika anda hendak makan makanan Korea di Malaysia kenalah beli di restoran yang berada dalam shopping kompleks kerana apabila mereka berniaga di dalam shopping kompleks, mereka terpaksa melalui saringan untuk mendapatkan sijil halal.
Kimchi yang nampak menyelerakan.
Awas! jangan anda sesekali makan di restoran luar kerana makanan Korea juga ada menggunakan daging babi dan wine. In fact, daging babi itu menyelerakan mereka. Mereka juga serve alkhohol atau minuman tidak halal di restoran mereka.
Minuman percuna, Teh Jagung.
Harga makanan di restoran ini dikira murah juga. Contohnya menu yang penulis order ini cuma berharga RM15 satu serving dan rasanya lazat sekali sama seperti penulis makan di Seoul dan Incheon tempohari. (memang ye.... lagi murah kalau kita buat sendiri)
Habis, licin kecuali Kimchi hehehe....
Spicy Beef Soup nya datang sekali dengan nasi, kimchi kobis dan sayur kukus dengan harga cuma RM15 sahaja. Portion nya banyak. Manakala supnya pula memang ...sedappppp sekali. Sayurnya juga segar dan manis. Tetapi, malangnya penulis tidak dapat menghabiskan Kimchi kerana Kimchi bukannya selera penulis... penulis cuba makan juga tetapi tidak boleh telan...huhuhu....
Inilah Restorannya.
Foto di atas adalah Restoran Gomonae yang terletak ditingkat 1, lot F32, Ampang Point. Restoran ini agak tersorok. Tetapi tanya saja di mana restoran korea pada pekedai di situ.

Khamis, 30 Oktober 2014

Tentang Orang Korea Selatan...

Masih mengenai Korea Selatan. Ada 100 fakta menarik tentang Korea Selatan. Korea Selatan merupakan negara yang sudah tidak asing lagi di dunia. Selain popular dengan pembedahan plastik , bolasepak dan artis K-POP nya, negara ini turut mempunyai beberapa fakta yang sangat menarik untuk dikongsi bersama. Anda hendak tahu? Mari kita baca di bawah ini yang penulis copy paste di salah sebuah website yang penulis temui.
Remaja Korea.
  1. Masyarakat Korea Selatan jarang makan menggunakan tangan kerana dianggap kurang sopan. 
  2. Masyarakat Korea Selatan gemar memakan bawang putih kerana dipercayai dapat meneutralkan darah. 
  3. Selain disebut sebagai negara Gingseng, Korea Selatan juga terkenal dengan gelaran ‘Republic of Plastic Surgery’ 
  4. Remaja di Korea Selatan lebih sukakan hadiah ulang tahun seperti pembedahan plastik berbanding hadiah seperti kereta dan sejenisnya. 
  5. Had umur remaja Korea Selatan untuk melakukan pembedahan plastik mestilah berumur 14 tahun ke atas. 
  6. Negara yang ingin bersaing dengan Korea Selatan dalam hal pembedahan plastik adalah negara Thailand. 
  7. Sudah menjadi perkara biasa apabila majalah-majalah di Korea Selatan  banyak menyiarkan iklan  mengenai pembedahan plastik. 
  8. Hampir 50% wanita yang berumur 20 tahun di Korea Selatan pernah menjalani pembedahan plastik. 
  9. Semasa cuti persekolahan yang panjang, kebanyakkan pelajar di Korea Selatan akan melakukan pembedahan plastik.
  10. Tempat pembedahan plastik paling canggih dan moden berada di Korea Selatan. 
  11. Sudah menjadi perkara biasa apabila artis Korea Selatan perlu melakukan pembedahan plastik. 
  12. Hampir 40% pengunjung klinik untuk pembedahan plastik adalah golongan kaum lelaki. 
  13. Rata-rata kaum lelaki Korea Selatan menjalankan pembedahan pada bahagian mata agar menjadi lebih besar dan ada juga lelaki Korea Selatan yang menjalani pembedahan plastik untuk mengecilkan buah dadanya. 
  14. Berdasarkan kajian, lelaki Korea Selatan melakukan pembedahan plastik kerana ingin kelihatan seperti Jang Dong Gun.
  15. Kos pembedahan plastik di Korea Selatan 50% lebih murah berbanding di Jepun. 
  16. Wanita Korea Selatan yang menjalani pembedahan plastik agar wajah kelihatan seperti Song Hye Gyo 
  17. Pembedahan plastik adalah perkara yang biasa di Korea Selatan, ia bukan menjadi suatu masalah besar jika ramai artisnya yang melakukan pembedahan plastik. 
  18. Wanita Korea Selatan ramai yang mengubah mata mereka menjadi lebih besar dengan pembedahan plastik. 
  19. Mengikut kajian responden, 70% lelaki ingin menjalani pembedahan plastik. 
  20. Kebanyakkan masyarakat Korea Selatan menghabiskan 30% dari hasil pendapatan mereka untuk pembedahan plastik. 
  21. Di Korea Selatan, terdapat lebih kurang 1,200 doktor pakar bedah plastik, namun jumlah itu  dianggap masih kurang. 
  22. Hampir 95% orang Korea Selatan yang mempuyai lipatan di kelopak mata adalah hasil dari pembedahan plastik. 
  23. Hampir 25% ibu-ibu di Korea Selatan menyuruh anak mereka yang masih berumur antara12-16 tahun untuk melakukan pembedahan plastik.
  24. Hampir 76% wanita Korea Selatan yang berumur diantara 20-30 tahun sudah melakukan pembedahan plastik. 
  25. Di Korea Selatan, masih tiada lagi ujian untuk menentukan kecemerlangan pelajar dan 2 minggu sebelum ujian bermula, perpustakaan akan dipenuhi dengan pelajar. 
  26. Di Korea Selatan, sekiranya ada pensyarah yang terlewat walaupun hanya 2 minit, maka pensyarah tersebut akan segera memohon maaf kepada mahasiswanya. 
  27. Semua mahasiswa Korea Selatan diwajibkan mengambil cuti selama 1 semester atau lebih sepanjang mereka bergelar mahasiswa. 
  28. Di Korea Selatan, Kimchi dipercayai dapat menambah selera makan. 
  29. Kimchi tersenarai di dalam 5 makanan tersihat dunia menurut Majalah Healt Magazine. 
  30. Di Korea, enjin carian Yahoo dan Google kurang popular kerana mereka lebih suka menggunakan enjin carian tempatan. 
  31. Ketika mengambil gambar, masyarakat Korea Selatan lebih suka mengucapkan perkataan ‘kimchi’ daripada ‘cheese’. 
  32. Bahasa pergaulan remaja Korea Selatan lebih cenderung berbentuk singkatan seperti “AMIGO”, salah satu judul lagu SHINee yang panjangnya adalah Areumdaun Minyeorueljoahamyeon Gosaenghanda (Hati jadi sakit ketika kamu jatuh cinta dengan si cantik) . 
  33. Di Korea Selatan, ada hantu nakal yang digelar Dokkaebi, mempunyai 1 tanduk di kepalanya dan selalu membawa tongkat ajaib. 
  34. Masyarakat Korea Selatan lebih suka makan mee di restoran/gerai kerana jika mee dibungkus, untuk dibawa pulang, mee akan berasa kurang panas dan makan di restoran sudah menjadi kebiasaan. 
  35. Masyarakat Korea Selatan bebas untuk memilih agama masing-masing. Malah masyarakat Korea Selatan juga boleh untuk tidak memilih/ menganut apa-apa agama sekalipun. 
  36. Jumlah penduduk Korea Selatan yang belum/ tidak memiliki agama sekitar 45.6%. 
  37. Masyarakat Korea Selatan biasanya makan dengan duduk di atas bantal (tanpa kurusi) pada meja yang rendah dengan posisi kaki bersila. 
  38. Hallyu atau Korean Wave adalah istilah yang diberikan untuk tersebarnya budaya Pop Korea di pelbagai negara di dunia. 
  39. Perusahaan TV Korea Selatan mengeluarkan belanja yang agak besar untuk menghasilkan drama dan ada yang berjaya di eksport sehingga keluar negara. 
  40. Marga Kim adalah marga paling banyak dipakai di Korea. 
  41. Bahasa Korea diakui sebagai bahasa paling logik di dunia karana konsonan dan vokal mudah dibezakan. Terutama konsonan menunjuk lokasi bibir, mulut, dan lidah. 
  42. Rain adalah penyanyi Korea Selatan yang pernah mengadakan konsert antarabangsanya di Madison Square Garden. 
  43. Di Korea Selatan, terdapat siaran EBS(Educational Broadcasting System) untuk membantu para pelajar belajar dengan lebih efisyen. 
  44. Lokasi pengambaran filem/drama bersiri Korea Selatan kebanyakan di buat di lokasi-lokasi  pelancungan menarik di Korea Selatan sekaligus dapat mempromosikannya. 
  45. Pemilihan muzik latar untuk drama bersiri Korea Selatan sangat penting, malah semua pihak perlu terlibat untuk menghasilkannya. 
  46. Kebanyakkan drama bersiri/filem Korea Selatan adalah adaptasi dari komik/novel yang berjaya. 
  47. Kebanyakkan drama bersiri Korea Selatan sangat digemari oleh penonton kerana jalan ceritanya yang menarik dan jumlah episod yang tidak terlalu banyak 
  48. Ketika ujian akhir di Korea Selatan, kebanyakkan keluarga akan memberi semangat kepada anak-anak mereka agar dapat lulus dengan cemerlang. 
  49. Korea Selatan merupakan sebuah negara yang paling maju dan inovatif untuk urusan pembedahan plastik. 
  50. Pokok pinus adalah pokok cinta bagi masyarakat Korea Selatan kerana mengandungi ikatan cinta yang kukuh, lurus dan tidak akan pernah berakhir. 
  51. Pulau Nami adalah sebuah pulau buatan yang dijadikan lokasi pengambaran drama bersiri Korea Selatan yang sangat terkenal iaitu Winter Sonata. 
  52. Untuk mengelilingi Pulau Nami, hanya diperlukan masa selama 2 jam dengan hanya berjalan kaki. 
  53. Kebanyakkan drama bersiri Korea Selatan yang melibatkan pokok pinus. 
  54. Kunjungan pelancung ke Muzium Teddy Bear di Korea Selatan telah meningkat setelah tersiarnya drama bersiri berjudul Goong/Princess Hours. 
  55. Kantin dalam drama bersiri BFF sebenarnya berbeza dengan tempat sekolah itu sendiri. 
  56. Kebanyakkan masyarakat Korea Selatan membunuh diri dengan cara menggantung dirinya. 
  57. Kerajaan Korea Selatan telah membuka kaunter khimat nasihat untuk mereka yang mengalami tekanan perasaan agar dapat mengurangkan kejadian kes membunuh diri. 
  58. Artis Korea Selatan tidak terlalu jaim. 
  59. Salah satu penyebab utama kes membunuh diri di Korea Selatan adalah faktor ekonomi dan tekanan perasaan. 
  60. Ada wujudnya laman sesawang membunuh diri di Korea Selatan, dimana pengunjungnya akan berbual dan bertemu untuk membunuh diri bersama-sama. 
  61. Ramai remaja Korea Selatan yang mengalami stress mengikut idolanya untuk membunuh diri kononnya sebagai jalan keluar. 
  62. Kebanyakkan remaja Korea Selatan yang membunuh diri kerana stress akibat tempoh belajar yang panjang di Korea Selatan. 
  63. Kerajaan Korea Selatan telah berjaya menutup sebanyak 250 laman sesawang untuk kes membunuh diri pada tahun ini. 
  64. Masyarakat Korea Selatan gemar meminum kopi luwak dari Indonesia. 
  65. Masyarakat Korea Selatan jika melakukan sebarang kesalahan akan segera mengakuinya dengan cepat dan iklas. 
  66. Ada obor-obor yang di makan hidup-hidup oleh masyarakat Korea Selatan. 
  67. Tiada pelajar Korea Selatan yang merokok. 
  68. Suneung atau Ujian Masuk Perguruan Tinggi Negeri di Korea Selatan dilaksanakan pada 13 November dan merupakan sesuatu yang amat unik. 
  69. Suneung sangat dinanti-nantikan oleh para pelajar sekolah menengah di Korea Selatan kerana pada hari itu mereka akan menjawab soalan ujian dengan bersungguh-sungguh. 
  70. Keluarga pelajar yang mengambil ujian di Suneung akan membawa sepanduk sebagai pemberi semangat. 
  71. Pelajar sekolah menengah di Korea Selatan sudah diberikan tugasan rumah dan hanya disuruh belajar untuk ujian Suneung. 
  72. Sekiranya lokasi ujian dijalankan berhampiran dengan bangunan atau stadium, maka bangunan/stadium tersebut akan ditutup sepanjang ujian sedang berlangsung. 
  73. Ada ahli keluarga yang akan memberikan hadiah kepada pelajar sebelum mengikuti Suneung. 
  74. Hadiah yang biasa diberikan kepada pelajar ketika ujian Suneung adalah seperti garpu, cermin dan tisu tandas. Garpu dianggap sebagai semoga tepat mengenai sasaran (jawapan). 
  75. Ada juga yang memberi semangat kepada pelajar yang mengambil ujian dengan mengupah pasukan sorak. 
  76. Peserta ujian juga dilarang dari memakan sup rumpai laut kerana ianya licin. Licin sama ertinya dengan jatuh dan gagal. 
  77. Masyarakat Korea Selatan memiliki sikap disiplin yang tinggi. 
  78. Masyarakat Korea Selatan suka mengucapkan aigoo (OMG). 
  79. Masyarakat Korea Selatan lebih suka mengucapkan saranghae kepada teman rapat berbanding kekasih. 
  80. Ramai pelajar Korea Selatan yang membunuh diri kerana gagal memasuki universiti. Sekitar 200 orang pelajar di Korea Selatan yang membunuh diri kerana gagal memasuki universiti selama setahun. 
  81. Ada beberapa buah sekolah di Korea Selatan yang masa belajarnya adalah 15 jam sehari. 
  82. Masyarakat Korea Selatan jarang mandi ketika musim sejuk. 
  83. Kebanyakan makanan Korea Selatan mengandungi babi. 
  84. Masyarakat Korea Selatan dinobatkan sebagai warga negara paling tertekan di dunia kerana sukarnya kehidupan disana sehingga ramai yang mati membunuh diri. 
  85. Masyarakat Korea Selatan gemarkan makanan panas. 
  86. Kebanyakan kaum lelaki di Korea Selatan lebih romantik dan penyabar berbanding pasangan kekasihnya. 
  87. Lelaki yang minum arak adalah perkara biasa di Korea Selatan. 
  88. hampir 81% penduduk Korea Selatan mengalami tekanan perasaan pada setiap hari. 
  89. Masyarakat Korea Selatan sudah terbiasa dengan antri dan berisik. 
  90. Masyarakat Korea Selatan kebanyakkannya menganut agama Buddha. 
  91. Anak-anak perempuan di Korea Selatan biasanya bermain permainan gongginori iaitu sejenis permainan mirip dengan bola jaring. 
  92. Pulau Jeju adalah pulau yang paling terkenal di Korea Selatan dan sering dijadikan tempat pengambaran drama bersiri Korea Selatan. 
  93. Tiada tempoh orientasi siswa ketika remaja Korea Selatan mula belajar di universiti. 
  94. The Garden of Morning Calm adalah taman tempat pengambaran drama bersiri You’re Beautiful semasa Go Mi Nam memakai baju perempuan di rumah kaca. 
  95. Jika anda mengucapkan “terima kasih” mereka jarang menjawab "sama-sama” kerana diangap kurang sopan, tetapi mereka akan menjawab “tidak mengapa”. 
  96. Masyarakat Korea Selatan lebih suka menggunakan enjin carian tempatanl seperti Daum. 
  97. Jika ada yang mengatakan “kamu cantik” masyarakat Korea Selatan jarang membalas “terima kasih” kerana dianggap terlalu bongkak. Mereka sering mengatakan “aah aniyo (tidaklah)” 
  98. Membunuh diri merupakan penyebab kematian utama bagi kaum lelaki Korea Selatan yang berusia antara 18-35 tahun. 
  99. Akibat kecewa putus cinta, ramai kaum lelaki di Korea Selatan yang akan berasa trauma atau sakit hati yang berpanjangan kerana mereka lebih menghargai hubungan cinta tersebut. 
  100. Masyarakat Korea Selatan jika melakukan kesalahan akan segera memohon maaf. 
 p/s: Menarik kan?

Selasa, 21 Oktober 2014

Gaya Hidup Orang Korea

Pada entri yang lepas, penulis ada menceritakan tempat-tempat membeli belah yang menarik di Korea. Untuk entri kali ini pula, penulis ingin berkongsi dengan anda semua mengenai budaya hidup masyarakat di Korea.
Masyarakat Korea
Memang terdapat perbezaan yang penulis dapat lihat di antara Malaysia dan juga Korea. Perbezaan yang penulis dapat lihat adalah sikap masyarakat Korea di sini lebih bersopan santun. Masyarakatnya ramah walaupun anda adalah orang luar. Mereka tetap melayan dengan baik dan berbudi bahasa. 

Selain daripada itu, sekiranya berjumpa antara satu sama lain, mereka akan menundukkan kepala tanda hormat antara satu sama lain. Ianya berbeza di Malaysia di mana kita lebih kepada bersalam-salaman sebagai mengeratkan persahabatan. Sekiranya anda masuk ke kedai atau restoran, mereka akan sambut dengan ucapan selamat datang atau salam sejahtera.

Ketika membeli sayur-sayuran atau buah-buahan di gerai, sekiranya korang mengucapkan terima kasih dalam bahasa Korea, mereka akan tarik plastik korang itu dan tambah lagi sayuran atau buahan ke dalam plastik korang. Mereka amat suka sekiranya masyarakat luar tahu bertutur dalam bahasa ibunda mereka. Di Malaysia, cakap la macam mana pun, tuan kedai akan buat tak endah aje.
Masyarakat Korea.
Di Korea, anda kena buangkan sendiri tray, bekas minuman, dan sebagainya selepas anda makan di kedai fastfood. Sebagai contoh, selepas anda habis makan di KFC, anda kena angkat tray, tulang-tulang ayam, kertas tisu dan sebagainya ke tong sampah yang disediakan. Selepas  tiu pula anda kena asing-asingkan kertas, plastik dan sampah di ruang yang telah disediakan. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka kitar semula barang-barang terpakai. Mereka juga kurang menggunakan plastik kerana plastik sukar untuk dikitar semula. 

Sekiranya anda sedang berjalan-jalan, pastikan anda memberikan laluan kepada mereka yang lebih tua. Ini kerana, mereka akan menolak kau tanpa segan silunya kerana tidak memberikan mereka laluan. Penulis sendiri pernah beberapa kali ditolak daripada belakang kerana tidak perasan yang orang tua itu ingin lalu di situ. Jadi, jika ternampak orang tua sedang berjalan, baik kanda ke tepi dan berikan mereka jalan terlebih dahulu. 

Setelah seminggu penulis berada di Korea, memang banyak perkara baharu yang penulis pelajari. Terutamanya adalah budaya dan gaya hidup mereka. Ianya sangat berbeza dengan budaya di negara kita. Tetapi, tidak semua masyarakat Korea adalah bagus. Ada sesetengahnya yang tidak berbudi bahasa dan sopan santun. Terutama di kawasan bandar. Mungkin disebabkan masyarakat bandar lebih terdedah kepada gejala sosial maka adat budaya mereka diketepikan.

Isnin, 20 Oktober 2014

Membeli Belah di Seoul

Walaupun disebelah siang kami sibuk dengan aktiviti-aktiviti menyokong atlit negara yang bertanding di Sukan Asia Incheon, namun disebelah malamnya kami bebas melakukan pelbagai aktiviti. Selalunya sebelam malam kami hanya ronda-ronda di sekitar hotel atau membeli belah di Dongdaemon, Namdaemun, Myeongdong dan Iteowan.
Doota (Doosan Tower) shopping mall.
Sebenarnya banyak tempat menarik untuk membeli belah di Seoul ini. Terpulang pada apa yang anda hendak cari. Dari barangan elektrik, barangan k-pop, cenderamata, kosmetik, pakaian berjenama asehinggalah barangan yang berjenama cap ayam semuanya ada tersedia di sini. Anda hanya  perlu menyediakan won yang secukupnya kerana semua yang anda lihat di sini semuanya kelihatan menarik tetapi harganya bolehlah tahan...huhuhu...
Dongdaemun @ central Seoul.
Salah satu tempat yang kami pergi ialah di Doota Mall. Pusat membeli belah yang menyediakan pelbagai barangan berjenama sehinggalah ke barangan yang dibuat oleh local designer. Rakan penulis yang perempuan sangat suka apabila melihat handbag yang ditawarkan di sini, ianya diperbuat dari kulit dan designnya pun cantik dan cukup trendy.
Kedai Arirang Cenderamata di tingkaat lima Doota (Doosan Tower) shopping mall.
Doota (Doosan Tower) shopping mall yang terkenal ini terletak di Dongdaemun @ central Seoul. Pasaraya ini ini ada 8 tingkat dan di dalamnya ada lebih dari 600 stores. Anda boleh pengsan jika semuanya hendak dijenguk! Dikatakan terdapat 60, 000 orang pengunjung datang ke sini setiap hari.
T-Shirt i love Korea menjadi tumpuan.
Selepas membeli belah di Doota Mall, kami ronda-ronda pula di Dongdaemun Street. Sememangnya memang wajarlah, Dongdaemun ini dikenali sebagai syurga fesyen. Ada pelbagai fesyen yang murah, unik dan terkini yang ditawarkan di sini. Ada juga pelbagai jenama kosmetik, skin care, make up bertaburan sepanjang jalan. Bertambah menarik lagi mereka tidak kedekut memberi kita pelbagai cenderamata kecil sebagai sourvenier..!
Myeongdong Market.
Di antara jenama yang rakan-rakan penulis cari ialah SaSa, Missha, Skin Food, Tony Moly, Nature Republic, Innis Free, The Face Shop, Holika Holika. Kata mereka, jika beli di Kuala Lumpur, janama ini agak mahal juga. Just in case jika jadual kami terlalu padat disebelah siang. Oleh itu kami terpaksa datang pada waktu malam. Lagipun bazarnya dibuka sehingga awal pagi.
Tokmo sedang mencari restoran halal di Itaewon.
Namdaemun ini merupakan salah satu dari market yang tertua di Seoul. jika anda berhajat hendak mencari utensil yang sering digunakan oleh masyarakat Korea seperti mangkuk, sudu garfu, mangkuk pinggan, Korean style pillow, barangan yang berbentuk arts, stokin, ginseng dan lain-lain lagi. Maka, silalah menghala ke sini. Harganya agak murah jika di Korea..
Itaewon disebelam malam.
Jamu mata untuk cari idea apa barangan yang boleh dibawa pulang untuk sedara mara dan sahabat handai sebagai cenderahati. Kalau anda membeli belah banyak-banyak, selalunya mereka tidak kedekut untuk memberikan pelbagai barangan kecil sebagai cenderamata tambahan. Mungkin ini salah satu cara mereka menyatakan rasa terima kasih di atas kesudian kita berbelanja di kedai mereka..

Jumaat, 17 Oktober 2014

N Seoul Tower

Walaupun kelab Famemas berkunjung ke Korea untuk menyokong atlit negara yang sedang bertanding di Sukan Asia, namun kami masih berkesempatan mengunjungi tempat-tempat menarik di sekitar Seoul seperti N Seoul Tower ini. Menara ini terletak di atas bukit Namsan dan dibina pada tahun 1969 serta mula dibuka untuk kunjungan orang ramai pada tahun 1980. Boleh dikatakan ia merupakan antara landmark Seoul yang harus dan banyak dikunjungi pelancong seperti mana Menara Kuala Lumpur di Malaysia.
Perlu mendaki bukit untuk ke Seoul Tower.
Perlu membeli teket jika ingin memasuki Seoul Tower.
Ketinggian N Seoul Tower ini ialah 236.7 meter daripada base, namun oleh kerana ia berada di atas bukit, ketinggiannya mencecah 479.7 meter daripada paras laut, satu kedudukan yang baik untuk melihat permandangan bandar Seoul daripada puncak menara. Pada asalnya ia dikenali sebagai Namsan Tower atau Seoul Tower, namun kini ia dikenali sebagai N Seoul Tower setelah ia diubahsuai pada tahun 2005.
Duduk sorang-sorang sebab kekasih ditinggal jauh di Malaysia.
Cuaca di Seoul mendung dan berjerubu. Jadi, pemandangannya tidak menarik hari ini.
Untuk ke menara ini, pengunjung boleh menaiki kereta kabel atau menaiki bas. Namun, kami menaiki bas yang disediakan oleh pihak Samsung. Namun dari hentian bas, kami perlu mendaki bukit untuk ke puncak menara tersebut. Penat juga penulis mendaki bukit kerana ianya agak tinggi dan curam pula. Ketika mendaki, ada sepasang pakcik dan makcik berniaga gula-gula kapas. Ramai pengunjung yang membelinya, mungkin gula-gula kapas ini boleh bagi mereka tenaga untuk mendaki bukit ini kot hehe. Ada dikalangan kami membeli gula-gula ini dengan harga 2000 won (RM 5.70), wow! boleh tahan mahalnya.
Taman yang sangat romantis.
Pemandangan Seoul Tower.
Di kawasan base menara tersebut terdapat kawasan untuk berekreasi dan berehat untuk kemudahan para pengunjung dan terdapat juga restoran dan kedai cenderamata. Selain itu, apa yang menarik perhatian penulis ialah terdapat ribuan kunci mangga yang dikunci di pagar yang dikhaskan. Kononnya bagi pasangan yang bercinta, mereka boleh mengunci mangga yang ditulis nama mereka dan kunci mangga tu dibuang, yang memberi simbol bahawa cinta mereka tidak akan terpisah kerana telah dikunci ketat-ketat.
Khabarnya, jika dimusim bunga taman ini bertambah cantik.
Bergambar kenangan berlatar belakangkan Seol Tower.
Jika hendak menaiki menara tersebut ke dek permerhatian, pengunjung perlu membayar 9000 won untuk seorang dewasa. Apapun jika hendak melawat menara ini, seeloknya semasa cuaca cerah sebab jika cuaca mendung atau berjerebu, mungkin pemandangan bandar Seoul (daripada dek pemerhatian terutamanya) tidak berapa menarik. Jika anda hendak datang pada waktu malam pun boleh, kerana ada pertunjukkan cahaya di menara ini.

Khamis, 16 Oktober 2014

Korea Dalam Kenangan

Walaupun sudah dua kali menjejakkan kaki di bumi Korea Selatan, kunjungan penulis bersama kelab Famemas, baru-baru ini, tetap meninggalkan kenangan manis. Bermula dengan perjalanan penulis bersama 15 ahli kelab, kami diiringi bagaikan golongan kenamaan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.
Walaupun ada dikalangan kami baharu kali pertama bersua dan berkenalan, kami sudah seperti keluarga besar yang gembira untuk melancong, menyokong pasukan negara yang bertanding di Sukan Asia dan merasai pengalaman indah bersama-sama di negara Winter Sonata. Perjalanan enam jam agak memenatkan, namun keterujaan untuk meneroka dan menikmati detik indah percutian yang ditaja oleh Samsumg bagi menyokong atlit negara mengatasi segalanya.
Melawat Yeongbokgung Palace.
Kami menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon Seoul kira-kira 7 pagi waktu tempatan dengan suhu 17 darjah Celsius.Biarpun begitu, tetap tidak mampu menghalang rasa gembira peserta rombongan untuk melangkah ke destinasi lawatan pertama, Gyeongbokgung Palace.
Kami makan cara orang Korea.
Melihat keunikan dan keindahan istana pertama yang dibina pada Dinasti Joseon ini, ternyata cukup mengujakan peserta. Ditambah suasana hijau di sekeliling istana, mempesonakan lagi pandangan mata selain bagai mengubat keletihan mengharungi penerbangan. Selain itu, melihat pertunjukan acara pertukaran pengawal istana juga memberi pengalaman berbeza pada kali in.
Di luar stadium. Kena menapak jauh untuk ke stadium.
Selepas melawat Yeongbokgung Palace, kami terus di bawa ke stadium badminton untuk menyaksikan perlawanana akhir perseorangan lelaki antara Lin Dan dan Chen Long. Malang sekali kami tidak dapat menyaksikan kehebatan pemain-pemain Malaysia beraksi. Pemain badminton Malaysia seperti Lee Chong Wei telahpun tewas diseparuh akhir ditangan Lin Dan. Sesi lawatan kami berakhir selepas menikmati makan malam yang enak dan pastinya hidangan kimchi turut dihidang sebagai sajian utama.
Kibar Jalur Gemilang di hadapan stadium renang.
Hari-hari berikutnya, kebanyakan kami hanya ke stadium-stadium untuk menyaksi dan memberi sokongan kepada atlit Malaysia yang bertanding di Sukan Asia Incheon. Antara acara sukan yang sempat kami saksikan untuk memberi sokongan ialah bowling, terjun, hoki, takraw dan karate. Antara kenangan manis yang tidak dapat penulis lupakan apabila dapat menyayikan lagu Negaraku bersama-sama atlit karate yang memenangi pingat emas.
Bergambar beramai-ramai di luar Stadium hoki.
Penulis bersama salah seorang sukarelawan sukan asia.
Apabila kelab Famemas memaklumkan penulis terpilih, memang pada awalnya seperti tidak percaya kerana selama menjadi ahli kelab, tidak pernah terpilih pergi luar negeri sejauh ini. Peluang mengunjungi Korea pengalaman manis apatah pemergian kali ini disertai rakan-rakan kelab yang lain. Secara tidak langsung, kami dapat berkenalan selain bertukar pendapat mengenai pelbagai perkara. Terima kasih kelab Famemas dan Samsung kerana memberikan kami peluang ini.
Rakan-rakan penulis dengan penuh bersemangat menyanyikan lagu Negaraku.
Penulis memang suka berjalan dan peluang ini digunakan sepenuhnya untuk melancong secara percuma. Memang tidak jangka boleh terpilih tapi ini dinamakan rezeki, apatah lagi rakan-rakan sering menggalakkan penulis aktif dengan segala aktiviti-aktiviti kelab Famemas. Penulis benar-benar rasa seronok, bukan saja dapat melihat negara orang, malah layanan diberikan Famemas dan Samsung juga seperti raja dan sangat istimewa.